-->

MY FOLLOWER

Pages

Thursday, December 28, 2006

UP..UP..POWERTEAM!!

UP..UP..POWERTEAM!!.yeahaaa....he..he...
Assalamualaikum..he..he..apa lak yang powerteam tuh kan.Sebenarnya pada minggu lepas n minggu nih office as ada mengadakan Karnival Sukan PSB..Sukan office..ada pelbagai acara seperti congkak.dam,karom,badminton,bowling,dan juga bola tampar..mmg meriahhh sesangatt.Hari ini merupakan acara penutup untuk karnival sukan nih.Sebelum tuh still ada lagi dua acara yang perlu diselesaikan iaitu Jungle Tracking berpasukan dan juga bola tampar.Mmg havoc giler...mmg besttt sesangat walaupun penat.
Acara tadi berlaangsung pada jam 8.00am untuk acara jungle tracking...masing2 bersiap sedia dengan t-shirt dan topi pasukan masing2..dan as rasa pasukan as ler pakaian yang paling cantik sekali..he..he..angkat bakull tuhhh..pasukan as merupakan pasukan pertama berlepas...mula2 tuh..okeh ler kan..jalan mendatar jer..tapi lepas tuh..lama kelamaan aduhaiii..makin tinggi pula nak mendaki bukit..adehler..penat sesangat..semput jer rasa.maklumlah dah lama tak exercise..mcm tuh ler jadinya.
Lepas jer acara jungle tracking terus diadakan acara bola tampar..fuh..sakit sore as..maklumlah i can pop-pom girl..har..har..har (gelak ala2 afdlin shauki dlm Diva popular) at least menang gak ler group as..lawan 3 game..tewas 1 game jer..oklah tuh kan..he..he..pada as karnival sukan mcm nih mmg bagus dlm mengeratkan persahabatan dan perhubungan antara staf sokongan dan juga pegawai atasan..tak ler ada jurang kan..okler gak..besttt..apa yg as tgk game ari tuh mmg mencapai matlamatnya..syabas sekali lagi..ada banyak gambar yg ada,,tapi nnati as paste gambar tuh kat sinin yer..
so..adios..amigos..bye...wasalam...

Thursday, December 21, 2006

Lembap..

Banjir oh Banjir...
================
assalamualaikum semua...sejuknya ari nih...bzzzzz...bukannya apa..sejak dari semalam lagi..hujan turun tak henti2..lepas subuh barulah dah stop..kuasa ALLAH semua tuh..ari nih pun nampak mendung semacam jer..nak hujan lagi kot..kalau diikutkan laporan cuaca ari tuh..hujan lebat nih akan berlarutan sehingga MAC tahun depan..tapi tak tahulah mcm mana kan..semua tuh ketentuan ALLAH..kita ikut jer..tapi alhamdulilah..walaupun hujan lebat di area as nih masih lagi belum banjir..selalunya kalau bulan Nov hingga Dis jer mmg kita tak akan melancong ke Kelantan punyer..sebab hampir setiap tahun diaorang akan dilanda banjir besar ataupun bahasa utara 'BAH'.tapi apa yg peliknya kali ini,bukannya Kelantan yg banjir..tetapi negeri2 di Selatan Tanah Air iaitu di Johor,Melaka dan juga Negeri Sembilan..Yang paling kritikal adalah di Johor..mmg kritikal..sekarang nih hampir 26,704 orang penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir..diaorang ckp..banjir di Johor nih mmg tak pernah jadi..selalunya banjir kecil2 jer tapi kali ini..mmg dasyat..jangan persoalkan kenapa..kerana telah ketentuan...betul tak?


keratan akhbar dari Berita Harian 21 Disember 2006

-------------



ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2006 KEMBALI!!!

=======================






Jeng..jeng..jeng...ia kembali lagi...anugerah yang unggul abad ini telah kembali(baik punya bodek..he..he..)kalau dulu mawi berjaya menewaskan ct untuk dinobatkan Bintang Paling Popular..bagaimana kali ini?? dengan pelbagai kontroversi melanda mawi..dan pelbagai dugaan..adakah mawi berjaya mengekalkan takhta nya??? hanya anda yg menjadi penentu segalanya..ceewah..cam iklan lak..he..he..pada anda yang meminati mawi..ayuh..lupakan segala kontroversi..tingkatkan undi!!kita gempur sekali lagi..ayuhhhh!!

GERAK GEMPUR MAWI DI ABP!!!


UNDI MAWI DLM :




I) PENYANYI LELAKI POPULAR


2)ARTIS DUOA BERKUMPULAN POPULAR

-->BINTANG PALING POPULAR 2006!!!




*PASTIKAN ANDA MENGUMPUL BORANG UNDIAN MULAI 18 DISEMBER SEHINGGA 21 JANUARI 2006!!PASTIKAN ANDA MENGHANTAR SEKURANG2 NYA 50 KEPING SEORANG!! AYUH..GEMPURRR!!








adakah sejarah bakal berulang?? hanya anda menjadi penentunya!!















































Monday, December 11, 2006

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum..ari nih tak der ceriter banyak sangat yg ada n as nak ceriter..cuma ari nih ada pertandingan sukan peringkat office...as pun masuk bahagian gak..he..he..walaupun bakat 'yang adoo' he..he..as sukan indoor nih as kurang sikit ..as lebih suka sukan outdoor n olahraga macam 100m or 4x100m..tuh jer yg as leh pun..mmg sejak sekolah pun as mmg masuk acara nih..so far sepanjang penglibatan as nih..alhamdulilah tak mengecewakan juga ler.paling tinggi as dapat pinggat perak dalam 100m pecut wanita untuk peringkat sekolah..(umah sukan jer..idup umah PERKASA!!)yg lain kebannyakkannya dapat pingat gangsa jer..sepanjang 5 tahun as terlibat,alhamdulilah tak rugi gak ler penglibatan as..skrg nih tak tahu lak mcm mana..dah lama dah tak berolahraga nih..winduu lak rasanya..
Tadi berlangsung dua acara..iaitu karom n congkak..alahai..as nih mana ler tahu sangat main congkak nih..belasahh jer..he..he..seperti biasa keputusannya..KALAH>.he..he..mana ler as tahu sangat nak main benda nih..hentam sajalah labu..lepas nih as terlibat ngan bola tampar plak...mcm manaler keadaannya yer..tunggu..apa2 pun..hidup kumpulan 3--hidup kumpulan POWERTEAM!! yEaahaaaaa!!
SUKAN ASIA DOHA 2006
PENCAPAIAN MALAYSIA
11 DISEMBER 2006


1 - CHN - PR China G- 110, S-63, B-39 T = 212

2- JPN - Japan G- 38, S-45, B-53 T = 136

......

11. MAS - Malaysia G-4, S- 9, B-6 T = 19

*GOLD


Badminton
Men's Doubles -

TAN Boon Heong
KOO Kien Keat


Bowling
Men's Trios

HENG Boon Hian
KONG Aaron Eng Chuan
LIM Tow Chuang Daniel

Women's Singles

CHEAH Mei Lan Esther

Women's Five Player Teams


AZIELA Zandra
CHAI De Choo Wendy
CHEAH Mei Lan Esther
CHOY Poh Lai
KOH Suet Len Sharon
ZULKIFLI Shalin


Sunday, December 10, 2006

Khabar dari Malaysia..

assalamualaikum semua..alohaaa..rasa nak demam lak as rasa..kejap ok..kejap tak ok..adehler..sakit kepala eden..maklumlah sekarang nih musim tak menentu sangat..kejap panas..kejap hujan..as nih dah ler antibodi pun tak kuat..sebab tuh ler asyik tak sihat jer..kena makan banyak vitamin nampaknya nih..he..he..



ermm..apa ceriter sekarang yer..as rasa selain Sukan Asia Doha yang sedang berlangsung sekarang nih as rasa ada satu lagi ceriter penting yg kita semua sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia perlu ambil perhatian.Kalau anda rajin membaca akhabar dan menonton berita terutamanya Buletin Utama anda akan tahu berita apakah yang panas sekarang nih.Tak lain tak bukan ialah tentang meluasnya penyebaran fahaman 'Rufaqa' yg asalnya adalah daripada 'AL-Arqam' yang diharamkan suatu masa dahulu.Apa yg membimbangkan sekarang,kerana ketidak tegasan pihak berkuasa menyebabkan saki baki al-arqam nih kembali bergiat cergas dan kini menubuhkan 'Rufaqa'.ia bukan sekadar satu pertubuhan,tetapi satu ajaran yang benar-benar terpesong dari ajaran Islam kita.Sedih dan marah semuanya bercampur baur..


-------------------------------------------------------------------------

10 Disember 200619 Zulkaedah 1427

UTUSAN MALAYSIA ONLINE

--------------

Ajaran Rufaqa’ menyeleweng – Mufti
Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD

KUALA TERENGGANU 29 Nov. – Terengganu menjadi negeri yang pertama di Malaysia mengeluarkan fatwa bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ahli jemaah syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. dan gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.
Mufti negeri, Datuk Ismail Yahya berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri mendapati ajaran dan pegangan ahli jemaah syarikat tersebut menyerupai ajaran kumpulan Al-Arqam yang diharamkan pada 1994.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya kini dalam proses untuk mewartakan fatwa tersebut.
‘‘Kita kini dalam proses mewartakan keputusan ini dan ia dibuat kerana ajaran Rufaqa’ Corporation mempunyai persamaan dengan Al-Arqam yang diharamkan,” katanya.
Ismail menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri di sini hari ini.
Sabtu lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan kira-kira 100 orang dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Seksyen 13 Shah Alam kerana dipercayai mengamalkan ajaran yang menyamai pegangan Al-Arqam.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau telah pun mengadakan pertemuan dengan Mufti Terengganu berhubung isu ajaran Rufaqa’ Corporation.
Katanya, perbincangan itu menyentuh beberapa aspek termasuk fatwa dan langkah pengawalan terhadap kumpulan Rufaqa’ di negeri ini.
‘‘Kita juga berbincang dengan Penasihat Undang-Undang Negeri untuk menentukan bentuk operasi dan tindakan lanjut yang boleh diambil,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini.
Sementara itu, di SEREMBAN, kerajaan Negeri Sembilan sedang memantau tiga buah kumpulan yang berselindung di sebalik nama pertubuhan, kumpulan nasyid dan perniagaan untuk menghidupkan kembali Al-Arqam.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kegiatan kumpulan itu kini dipantau oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) dan Majlis Keselamatan Negeri.
‘‘Kita memang menyedari kewujudan kumpulan ini dan sedang memantau kegiatan mereka. JAINS dan Majlis Keselamatan Negeri sentiasa menghantar laporan kepada kerajaan,” kata beliau.
Mohamad ditanya mengenai kumpulan Rufaqa’ yang cuba menghidupkan kembali ajaran Al Arqam dan kegiatan kumpulan itu yang kini tertumpu di kawasan Nilai Springs dan Seremban 2 di sini.
Kata Mohamad, bukan Rufaqa’ sahaja yang dikesan terlibat, beberapa kumpulan lain yang menggunakan nama lain turut didapati mempunyai matlamat yang sama.
Di KOTA BHARU, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sememangnya menyokong tindakan tegas kerajaan ke atas individu yang berusaha menghidupkan kembali Al-Arqam termasuk yang berselindung di sebalik perniagaan.
Walaupun Nik Aziz secara peribadi mengakui tidak mengetahui pergerakan Al-Arqam dengan terperinci, namun dari segi luaran, khususnya pakaian pengikut ajaran itu, beliau sudah boleh menilai sama ada mereka terpesong atau tidak.
Katanya, Islam tidak pernah menetapkan pakaian seragam hingga perlu berjubah dan berserban.
‘‘Islam tidak pernah ajar seperti itu. Nak pakai apa pun pakailah, nak berserban macam saya ke, nak pakai cara Melayu ke, Benggali ke, asalkan tutup aurat. Sebab itu saya kata Arqam ke, Rufaqa’ ke, sesat.
‘‘Sesat ini pun macam-macam, yang berfahaman nasionalis, memisahkan agama dengan politik juga sesat. Eloklah sama-sama bertaubat,” katanya.
Di ALOR STAR, kerajaan negeri Kedah dilaporkan sedang mengawasi dua buah perkampungan di negeri ini yang disyaki menjadi pusat mewujudkan semula kegiatan Al- Arqam.
Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dua perkampungan terbabit terletak di Pulau Pisang di Kubang Pasu dan Merbok, Kuala Muda.
‘‘Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKN), Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan polis sentiasa memantau perkembangan kedua-dua perkampungan ini.
‘‘Kita dapati wujud elemen-elemen seperti kumpulan Al-Arqam dari segi pakaian dan cara hidup,” katanya.
Sementara itu di Sungai Petani, seorang penduduk meminta pihak berkuasa agama memantau aktiviti sekumpulan 100 orang yang sebahagiannya dipercayai orang luar yang cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam di Kampung Bukit Haji Omar, Merbok dekat sini.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah berkata, mereka bergiat aktif dengan berselindung di sebalik kegiatan perniagaan dan menternak ikan menggunakan nama Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd..
Beliau berkata, kegiatan tersebut dikesan sejak setahun lalu dengan kebanyakan ahlinya berasal dari luar kawasan kampung berkenaan.
Abdullah mendakwa perbuatan dan cara ibadah ahli kumpulan tersebut dikhuatiri bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.
‘‘Mereka tidak bercampur dengan penduduk tempatan sedangkan surau dan masjid terletak hanya beberapa ratus meter dari tempat itu,” katanya

-----------------------




Sukan Asia Doha


SYABAS MALAYSIA!!




syabas buat pasukan malaysia..yes..yeahaaaa..alhamdulilah
DOHA – Malaysia menamatkan penantian 36 tahun dengan merangkul pingat emas badminton pertama di Sukan Asia selepas gandingan muda, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menumpaskan beregu Indonesia, Luluk Hadiyanto-Alvent Yulianto dalam perlawanan akhir di Aspire Hall, Sport City, malam tadi.
Kien Keat-Boon Heong, pasangan bukan pilihan yang digandingkan pada saat akhir untuk menggantikan Chan Chong Ming hanya memerlukan 27 minit untuk menang 21-13, 21-14.
Kali terakhir Malaysia merangkul emas badminton Sukan Asia adalah pada Temasya Bangkok 1970 apabila meraih tiga emas menerusi Punch Gunalan (perseorangan lelaki), Punch Gunalan-Ng Boon Bee (beregu lelaki) dan Ng Boon Bee-Sylvia Ng (beregu campuran).
Ini merupakan kejayaan terbesar buat Boon Heong, 19, dan Kien Keat, 21, yang sebelum ini mengejutkan juara dunia dan beregu nombor satu dunia, Fu Haifeng-Cai Yun dari Chian di suku akhir.
Kemenangan itu menyaksikan kontinjen negara menambah pungutan emas kepada empat, enam perak dan lima gangsa setakat ini, sekaligus menduduki tangga ke-11 pungutan pingat keseluruhan.

Monday, December 04, 2006

APA CERITER?

assalamualaikum semua..aloha..ahlan wasahlan..arigato..apadaaa...yg as merepek nih..he..he..baru ari nih sempat update blog as nih.bz jer sebelum nih kan..bz ngan KIK,bz ngan kerja office..bz ngan exam..alhamdulilah..sekarang semuanya dah selesai..lega sikit rasanya..masuk ari nih..baru dua ari as datang office..bila dah lama cuti rasa malas lak..he..he..mcm mana nak jadi pekerja yg cemerlang mcm nih.,,asyik malas jer kan..ceewahh..mentang2ler baru balik dari KIK..he..he..

Banyak ceriter yg as nak ceriter..antaranya masa as p Pertandingan KIK Peringkat IPTA kali ke-3 kat UKM..Exam n mcm2 lagi..tapi tunggu dulu..biar as tarik nafas dulu...baru ceriter..he..he..
3 Hari di U.K.M..

(coretan dari salah seorang ahli KIK UUM-group Surai@Lib..sorry..as malas nak tulis balik..so as copy jer..he..he..lagipun sama jer)
- Coretan dari En.Hisham Ros..as tambah sikit jer..he..he..

Akhirnya kami selamat tiba di Kolej Aminuddin Baki, UKM pada jam 9 pagi. Bertolak dari UUM tepat pada masanya, iaitu pukul 10 malam semalam. Singgah di beberapa tempat untuk makan dan sembahyang subuh. Mengikut kiraan saya, masa berhenti sampai 4 jam. Bas laju jugak semalam. Bas luar ”cuti-cuti Malaysia” dan bukannya Bas UUM. Katanya semua Bas UUM sudahpun ditempah untuk aktiviti lain. Bas ini bukanlah pilihan terbaik bagi mendapat kesesaan tapi yang penting, kami semua selamat sampai. Ada beberapa peserta yang tak dapat tidur dalam bas, mungkin kerana tak biasa.

Di Asrama, kami tinggal di blok K5A(lelaki) dan 5C (wanita) Boleh tanah juga bilik ini, tidak seperti yang digambarkan sebelum sampai ke sini. Kain cadar dan tuala turut dibekalkan. UUM merupakan kumpulan pertama yang sampai dan check-in. Kumpulan dari IPTA lain belum lagi tiba. Mereka dijangka akan turut menetap di asrama ini nanti. Kemudahan network (wired) ada tapi tiada sambungan internet atau tak tahu macam mana nak setup. Mungkin setting-nya lain dari kebiasaan saya di UUM. . Selepas makan tengahari nanti, ada taklimat dan raptai untuk hari pertandingan / konvensyen esok. Dalam taklimat itulah baru akan dapat kepastian tentang keadaan, jumlah dan pasukan mana yang telah disahkan akan menyertai. Setakat ini, jumlah tidak rasmi ialah 11 pasukan termasuk 3 dari UUM.
Konvensyen ini turut terbuka kepada IPTA lain, tapi hanya beberapa saja yang telah menghantar pasukan masing-masing. UKM sendiri telah menghantar 3 pasukan. Pasukan lain termasuk KUKUM (2), HUSM-Kelantan (1) dan UiTM (2).
-------------------
coretan sendiri :
Ahad, 26 November 2006 (Raptai Persembahan)
8.00am- 5.00pm
Setelah bersarapan pagi tuh..kami dikehendaki untuk ke dewan untuk menghadiri raptai..errm..nampaknya group or team UUM jer nampaknya yg betul2 skema..siap bertali leher n berbaju kurung lagi..sedangkan group lain ada yg hanya memakai t-shirt dan jeans jer..errm..macam2..tak perlah lah kan..kita kena profesioanal..so far raptai berjalan lancar..n kumpulan as adalah merupakan kumpulan terakhir..aisyehh...apa daaa...last kumpulan lak..tapi apa2 pun..okehler kan..1st experience..tapi apa yg as kesalkan masa kat sana ialah --URUSETIA UKM..veryyyyy bad n not profesioanal..tapi tak semua..adalah dua,tiga,empat,lima,enam orang..he..he..iyerlah kan..yg datang tuh semuanya staff..bukannya student..so kena ler layan mcm staff..errm..apa nak buat kan..datang tempat orang..
6.00-8.00
dah habis raptai sesi jalan2..he..he.. i..like..:D dikesempatan yg ada..kami dibenarkan untuk 'jalan-jalan cari makan' he..he,,apa lagi..kami semua g kajang ler..buat apa?? macam tak biasa..SATAY KAJANGGGGG!! nyum..nyum...as ada gambar satay n a few pics masa kami kat sana..tapi ada prob lak nak letak kat sini..tapi takper..nti check kat 'potret hatiku' kat sebelah nih yer..kami duduk semeja 7 orang rasanya ..geng ipq n psb ..kak not,kak miss n naim(ipq) n as,kak wati,yana n kak ja -psb...alhamdulilah..kenyang..
Kami balik lebih kurang kul 8++ rasanya..n lepas mandi n wangikan diri..ceewah..he..he..as n group SnC ada latihan kat lobi asrama tuh lak..biasalah nak mantapkan lagi presentation sok...so far semua okeh..n dlm kul 10+ semuanya dah selesai..yg lain semua dah masuk tido..tapi bagi as..awal sangat ler..he..he..apa lagi..as ,yana,rusmaini n abg nasir kami borak2 dulu kat luar asrama dlm setengah jam sebelum masuk zzzzzzzzzzz....
Isnin 27 November 2006
8.00-5.00pm
Jeng..jeng..jeng..tibalah hari yang ditunggu2 selama nih..hari pertandingan KIK..selepas bersarapan..dlm kul 8.30am(kalau tak salah ler..lupa ler..he..he..) kami pun berangkat menuju ke tempat yg dituju..masing2 berdebar2 jer..maklumlah 1st time masuk bertanding..masing2 smart n ayu gitu..he..he..ada yg memakai blazer,ada yg memakai baju khas..err..iyer kot..alah baju ala2 baju bengkel n makmal tuh..dair pusat komputer..smartt jer..he..he..berdebar2 jer rasa di hati nih..bagi kami di PSB semua ahli wanita dikehendaki memakai baju sedondon colour biru..walaupun tak ler berapa sedondon..he..he..
dlm kul 9.30 majlis pun bermula..ketibaan NC UKM dan dia memberi ucapan sepatah..dua..tiga..empat...la..bla..bla..kataaaaaaaa..setelah semua seleasai majlis pun bermula..dimulakan dgn Kumpulan SISBIS dari Pusat Komputer UUM..tapii malang menimpa diaorang nih..sebelum bermula ..pengacara majlis memaklumlah syarat2 pertandingan n dikatakan masa yg diperuntukkan adalah selama 30 min!! sedangkan masa yg betul hanyalah 20 min sahaja..bila dah jadi mcm tuh SISBIS pun slowkan ler diaorang punya presentation..tetiba masuk minit ke 17..loceng berbunyi..aisyehh,.maksudnya diaorang masih ada 3 min sahaja lagi untuk menghabiskan perbentangan..siannn diaorang tak sempat habiskan..apa nak buat kan..kita kat tempat org..
Kumpulan as memulakan perbentangan lebih kurang kul 4.30pm juga ler..sejam awal dari jadual asal..alhamdulilah smeuanya berjalan dgn lancar..lancar jugaler..walaupun memula tuh slide statik ilang n lagu tak keluar..aisyehh..spoil tul ler..he..he..tapi alhamdulilah lepas tuh semuanya berjalan lancar..yg paling best sekali kehadiran orang penting PSB --Pemangku Ketua Pustakawan..Pn.Rodziah..wahh..makasihh puan coz kasi support pada kami..cayalahh..Kak Lela n Pn.hasma pun turut hadir..walaupun kak lela tuh dlm perjalanan nak ke Bali..amboii..,jauhnya..nak ikutttt.. :D setelah semuanya selesai..kami semua bergambar bersama2..kiranya penutup majlis ler kan..so semuanya selesaiiiii..tunggu keputusan jer malam nih..
8.30 pm -10.30 pm
Kami sedang bersiap sedia untuk ke Majlis Makan Malam dan pengumuman result pertandingan..semua geng UUM dikehendaki memakai baju batik universiti..walaupun baju as tuh pun dah kurenggg sikit colournya..terpaksalah pakai kan..nak beli lain..errmm..duitttt..he..he..nampak bestt plak tgk semua nampak sama jer pakai baju batik tuh..as seperti biasa pakai batik universiti n yg lain sikit as pakai selendang hitam berbatu..adehler..dahler naik bas lambat masa semua dah naik dah..semua sorak ler plak..berkelip-kelip diaorang ckp,.,.adehler..malu eden.. bak kata sorang tuh ..lip lap..lip lap..aisyeh..mana nak lip lap lak..as bukannya lampu raya .he..he..
menu kami malam tuh ada udang cili,daging masak hitam,ayam,acar,kari,sayur..yg lain tuh as tak sure lak..n desert kami malam tuh ais krim n ada lah sedikit buah..majlis malam tuh diselang selikan dgn persembahan kebudayaan universiti dan juga nyanyian..so far okehler kan..tapi masa tuh org bukan tgk sangat...MAKAN TIME..he..he.. sedang enak menjamu selera tuh adalah persembahan nyanyian dari sorang staf UKM nih...terhenti sekejap suapan as..bukannya terpesona dgn kehenseman dia..he.he..tapi lagu yg dia nak nyanyikan tuh mengenangkan as pada MAWI..sorry ler sapa2 yg terasa muakkk jer bila as sebut nama mawi..tapi nih blogs as..suka ati as ler..he..he..isyh..tak sopan lak ckp mcm tuh..he..he..dia nyanyi Beautiful Maria..wahhh..lagu nihlah yg mawi nyanyi masa minggu ke 5 masa di af dulu..tapii yg spoilnya..asiyehh...lagu yg dinyanyikan staf ukm nih mmg real punya beautiful maria..bukan versi B.I tapi versi asal..potong tul ler..tapiii.bolehler...he..he..
result diumumkan dan seperti dijangkan UKM mengondol semua sekali..3 team masuk..ketiga2nya menang,,tapi mmg boleh dipertikaikan jugaler result dia..bukannya apa..tak logik langsung pemenang tempat ke tiga tuh..nampakk kurenggg sesangat..tapi leh menang!! kami semua mmg tak puas hati..siap lempar telur,nasi,ayam,tenuk,tapir,chimpanzi,bigfoot..(aisyehh melampau2 lak..he..he.) kat dioarang,.,mmg betul2 tak puas hati...ceewaaahh..amboi2..beranii ker buat mcm tuh..? mana ada...kami nih Universiti yg profesional..tak mainler buat mcm tuh..reputasi perlu dijaga..ceewah..kiranya tak puas hati bercakap sesama sendiri jer..biasalah adat bertanding kan..apa nak dikatoo...malas as nak ulas bab nih.,,faham2 jer lah yer..
Selasa 28 november 2006
9.00 am-9.30pm
Setelah mengemas bilik apa yg patut..kami pun check out dengan meninggalkan seribu kenangan..pahit ker manis ker kelat ker..semuaaa ada...selesai berakfast kami pun menunggu kehadiran org yg paling penting dlm hidup kami dlm masa 3 hari tuh..siapa lagii kan...macha driver bas ler..he..he..bas pun dgn slow motionnya meninggalkan UKM..dengan kepahitannn...n bas terus menuju ke destinasi seterusnya,.kat mana ??? shooping ler..he..he.. kami berhenti di SOGO,jalan masjid india n etc ..tempat biasa geng UUM berhenti..he..he..sseperti biasa..as tak beli apa2 pun..tgk diaorang beli dgn 2,3 pasang baju ler..kain ler..as tak beli apa2 pun..tak berkenan lak as tgk..as cuma nak cari kasut jer..tapiii errrmm..satu pun tak menarik hati as..dari kedah sampai kl pun tak dapat cari lagi..adehler..dekat k.l as cuma beli majalah jer..he..he..dekat kedah pun ada kan..tapi untuk baca dlm bas..beliI Intrend n Mastika terbaru jer,,untung gak beli Intrend bulan nih..edisi kali nih mmg bestt..tak sesia gak ler kan..
kami singgah di 2,3 tempat perhentian..kami berhenti di sungai buluh n as beli satay kajang kat situ..tapi yg bestnya..ada orang belanja..he..he,..Tq en.abu.he..he..rezeki katakan..as ngan yana singgah makan di Burger King kat situ..maklumlah kat kedah tak der..he..he..padahal sama jer burger nya..burger rm1.80 lagii sedap..(ckp2 orang takder duit..he..he..) lepas tuh kami berhenti di tambun untuk beli buah2 han tempatan(walaupun thailand mariii maaa..) as beli buah longan untuk abg n kak n untuk diri sendrii buah jambu air..bolehler kan..jalan punya jalan punya jalan..dlm kul 9.00pm kami pun sampai di uum..dari penuh bas..hanya tinggal 4 orang jer dlm bas tuh..apa taknya semua dah turun speanjang perjalanan tadi..sampai2 jer UUm ..panaskan enjin kereta jap as pun balik umah..letihh betull..balik pun as duk sorang2 jer kat umah..mak ada kat umah abg..3 hari juga ler as duk sorang..soknya as cuti..letihh ooo..n lusanya lak as ada exam..adehler..penat..penat..apa nak buat kan..dah nasib...
---> UNTUK MELIHAT GAMBAR2 SILA KLIK DI ' POTRET HATIKU ' KAT SEBELAH NIH..--->