-->

MY FOLLOWER

Pages

Tuesday, July 31, 2012

Segmen : Tambah Follower Blog Samapi 1000+

wah..chik masuk segmen lagi..rajin plak chik as skrg ni masuk segmen2 ni..he.he..bukannya per,best plak bila dapat tambah kenalan dari serata Malaysia.So dengan besar hati chik as 'mengeJOIN' segmen ini.he..he..




setakat ini 31/07/2012 telah mempunyai follower seramai :


137 orang!!


dan chik as nak tag anda yang masuk blog chik as ni..


Kalau korang nak join juga, jom kita sesamer memeriahkan segmen ni..

Hanya Klik kat banner ni sahaja..


Monday, July 30, 2012

pengantin muda 14 & 16 tahun


chik as tak tahu nak cakap apa..sememangnya perkahwinan adalah sesuatu ikatan yang suci dan dituntut dalam Islam untuk mengelakkan berlaku kemaksiatan.Akan tetapi, kehidupan selepas berkahwin adalah sesuatu yang berbeza dan berlainan sama sekali. Perkahwinan ni sebenarnya adalah tanggungjawab..

Chik masih ingat lagi, arwah tok chik as pernah bercerita dulu.Tok chik as berkahwin ketika berumur 13 tahun dan arwah Wan pula 39 tahun..errm, jauh kan jarak umur.Tapi mungkin sudah jodoh..n arwah tok pernah cerita, masa berkahwin dulu mmg tok chik as tak tahu apa2 langsung bab kahwin ni(budak2 skrg ni tak naif dah mcm dulu).N masa tu juga, tok chik as masih lagi bermain anak patung bersama2 anak jiran dan soal masak memasak, arwah Wan yang buat..bab suami isteri plak, mmg tak der sbb tok masa tu masih belum baligh lagi n masih bermain mcm kanak2 yang lain walaupun sudah menjadi isteri orang.Sehinggalah tok baligh barulah Tok tahu apa itu tugas isteri dan baru ler buat tugas2 rumah.Rumahtangga tok dan wan bahagia ke akhir hayat..

Tapi itu cerita orang dulu2, dan memang perkahwinan di umur 13-14 tahun mmg suatu kebiasaan, tapi kini ianya agak janggal dan di luar kebiasaan.Chik as pun tak tahu nak rumus mcm mana..apa yang chik as harapkan pada kedua2 pengantin muda ni, jalanilah rumahtangga dengan baik dan jalankan peranan masing2 dgn penuh tanggungjawab.

korang nak makan tak?

Sempena bulan puasa ni,masalah yang paling utama yang ibu2 dan isteri2 kat umah ialah menu tuk berbuka dan bersahur nanti.Setiap petang mesti poning pala memikirkan apa yang nak dimasak tuk suami dan anak2 kann..Per kata korang cuba resepi baru..sebenarnya bukan resepi pun, tapi teknik terbaru tuk mencantikkan telur rebus..diulangi, telur rebuss.Nak tahu caranya?..jom, ikut chik as..(tapi bukannya chik as wat pun, tak pernah cuba pun lagiii he..he..)


























dah mcm telur dinasour dah chik as tengok..kalau chik as ler, chik as tak lalu plak nak makan telur mcm ni..tgk pun semacam jerr..eeee...korang nak makan tak ??

Bila Chik As tak online...

Chik As tak online kerana...

|

|

|

|

|

|






Inilah sebabnya bila chik as tak online,
hero tecik telah memanopoli lappy chik as..
darwisyh oh darwisyh..
tgk apa pun tak tahu ler..
lappy ibu pun nak, tablet pun nak..semua dia nak 'konkerr' :D

Sunday, July 29, 2012

Chik As Masuk Studio!!

testing..testing,1,2,3..ehem..ehem..adoii..naik kering tekak chik as ni.Dalam bulan puasa ni, chik as n beberapa kengkawan chik as dah terpilih tuk merakamkan suara..cheewah, jadi artis ker chik as skrg ni sampai nak rakam2 suara? Chik as rasa, kalau ler chik as wat album, sureee punyerlah bangkrup syarikat rakaman chik as tu..terlampau sedapp sangatt.ha..ha...

Sebenarnya, chik as n beberapa kawan terpilih tuk wat rakaman suara tuk dimasukkan dalam video Bengkel Web Opac.Ianya adalah merupakan satu bengkel untuk student2 baru ttg proses2 yang terlibat dalam perkhidmatan perpustakaan.Chik as pun tak tahu ler kenapa chik as leh terpilih..sore chik as takder sedap mana pun..'konpiuss' chik as dibuatnya.Tapi dah diberi tanggungjawab, chik as pergi juga wat dubbing suara.Mmg terkehel2 suara chik as wat rakaman, gabraa tul.He..he..per2 pun ianya adalah merupakan pengalaman yang best dan tak dapat chik as lupakan.Bila masuk dalam bilik rakaman tu, dah feel mcm jadi penyanyi ler plak.Nasib baik chik as tak nyanyi lagu "Sesuci Lebaran" tadi..tetiba aura ct masuk dalam diri..ha..ha..ha..hancuss kalau tetiba jer chik as nyanyi, wat malu jer.he..he..



Kami semua yang 'menyumbangggkan' suara.he..he..



Saturday, July 28, 2012

nak letak tajuk apa yer?

salam minggu semua..sukanya chik as ari ni.baru ari ni dapat berkesempatan tuk nak godek2 n blogwalking blog kengkawan..selalunya chik as mmg tak sempat punyer nak wat kalau hari minggu mcm ni.Maklumlah nak kena membasuh, mengemas,jaga hero tecik tuh, memasak (cheewaaah, tunjuk rajin plakkk he...he..) .Ari ni lepas siapkan semua perkara, chik as leh ler concentrate pada blog ngan tenangnya.Apa  tak nya, chik as dah 'rasuah' darwiysh ngan tab dia tu...he..he..oh yer luper plak, dq a.k.a mama qhayra mesti gumbira n tersenyum lebar skrg ni bila dah dapat enpon baru..isyh jelesnya chik as..pstt dq, chik as pinjam boleh? he..he..

Marin tgh khusyuk nengok citer korea kat chnl 398 (chik as skrg ni mmg sukaaaa sangat citer korea..tapi drama korea jer tau..kpop berkecuali.he..he..),hencik somi ajak kuar g alor star..perghh, terus bersiap chik as.Tujuan asal tu nak g bayar keta jer, tapi dah alang2 kuar tu chik as ajak jer hencik somi g tailor g wat baju..errm, kira gamble ler tuh.Sbb rasanya banyak tailor dah tak nak terima tempahan dah pun.N tekaan chik as mmg tepat, semua tailor dah tak nak terima..hu..hu..sian hencik somi.Nak beli ready made, size plak mencemburui..redha jer lah kan..Tapi chik as tetap tak berputus asa n ajak g nengok kat butik2 lainn alhamdulilah ada rezeki..Memula tu tema chik as tuk raya tahun ni ialah 'pink belacan' tapi oleh kerana color tu takder tuk baju suami chik as,so thema kami berubah menjadi dark coklat+purple= choc ple !! ha..ha..leh gitu? bukannya per..sbb color tu nak kata purple pun tak..coklat pun tak..kiranya gabungan kedua2nya sekali.he..he..Nak cari baju darwisyh, takder plak color tu, so kami decide beli kemudian jer.Baju chik as pun tak beli lagi.Tapi takper, lambat lagi..chik as hanya risau baju hencik somi jer..so bila dah dapat tu rasa lega ler sikit kan..baju chik as ngan anak beli lain kali pun takper..

wat per reramai beratur ni??
OTW nak balik tu, kami singgah di Stadium Darul Aman..bukannya nak  main bola tau, tapi g bazar ramadan kat situ..punyalah luas bazar kat situ,ponat chik as berjalan.Turun2 jer dari keta, chik as nengok ada satu gerai tu punyalah ramai orang beratur..tertanya2 gak ler chik as apa ler yang dioarang wat tu..beli apa?? risik punya risik  rupa2nya diaorang beratur tuk beli air bunga kekwa..gerai tu hanya jual air tu jer, tapi sambutan perghh mmg dasyatt..ramai sangat orang beratur.Pelanggan yang beli plak bukannya satu dua, tapi sampai 5,6,7 pendek kata lebih dari 4 ler.Chik as pun beli 5,1 tuk MIL n 4 lagi simpan  he..he..N apa yang lagi special, pelanggan yang beratur panjang kat situ diberikan payung sementara utk sampai ke khemah tu..bagus juga kan dia punya layanan.Chik as serahkan tugas beratur tu tu hencik somi n chik as ngan darwiysh duduk jer tepi gerai tu sesambil curik2 ambik gambar..he..he..niat tu mmg nak masukkan dalam blog dah.he..he..oh yer, pada sesiapa yang dok kedah tu,rajin2 ler singgah bazar ramadan stadium n gerai di kat hujunggg sekali dari stadium..cubalahh,mmg marvelousslahh..





ni ler akak tokey kedai..
sedap..sedap..yummyy

Segmen : Kenali Komuniti Blogger !!

SEGMEN : KENALI KOMUNITI BLOGGER !!





tgh chik as layanz radio sesambil blogwalking, chik as termasuk ler blog adik ni..mmg cute mute blog dia.Upernya2 dia mmg ambik tempahan untuk mengedit blog..patutlah blog dia marvelous sangat..budak kreatif upernya..errr, chik as nakk juga boleh?? he..he..

Oh yer, dalam chik as godek2 blog Caer ni, chik as tergoda, tertarik,menarik nak masuk contest yang dianjurkan dia.Mmg best juga kan bila kita dapat menambah kenalan blogger.So tunggu per lagi, mana ler tahu ada rezeki kita kan..nanti leh caer wat editting tuk blog kita plak..perghh mmg besttt.

So tuk contest ni, chik as nak tag anda yang masuk dalam blog chik as ni..Esp



segmen ni akan tamat pada 31 July 2012!!
so per lagi..jom kita terjahhhh!!

Thursday, July 26, 2012

beijing, here i come!!


alhamdulilah..tiket dah beliii...insyaallah kalau diberikan umur yang panjang, rezeki yang murah dan kesihatan yang mengizinkan, maka chik as akan berangkat ke Beijing, China pada 26 November 2012 dan akan pulang pada 1 Disember 2012..isyh, musim sejuk dah masa tuh..eee, tak tahu ler mcm ner keadaannya nanti.Nak citer banyak pun rasanya mcm tak best jer, sbb bukannya pergi lagi pun.3 Bulan jer lagi..(tapi xcited ni..he..he..).takper, nanti kalau sampai masanya chik as akan beritahu korang lain yer.

Entry Lepas Geram!!

Entry ni chik nak klasifikasikan sebagai entry lepas geram..boleh tak? boleh ler kann..he..he..Pada 24 hb lepas chik as terpaksalah ambik cuti sbb nak uruskan penukaran hak milik keta chik as.Oleh kerana semua dokumen dah siap dan dah disahkan oleh JPJ sebelum ni, so abang chik as tak perlu datang sekali lagi untuk urusan ni, so chik as gamble jer p sensorang sbb hencik somi chik as tak leh temankan sbb dia ada meeting ari tuh.Takperlah, nak wat mcm ner kan..tapi rasa risau gak ler..maklumlah nak uruskan semua benda sorang diri.Tapi takper, chik as kan kental orangnya..ok ler kan.he..he..

Chik as ada appointment ngan PUSPAKOM kul 9am, n oleh kerana keta chik as tu dah tak nampak mcm keta dah..kotor bebenor, chik as g basuh keta dulu dgn perasaan bercampur baur sbb sebenarnya road tax keta chik as dah lama 'meninggal'.Nak g renew, JPJ suh wat penukaran hak milik dulu..n oleh kerana ari ni jer chik as berkesempatan g JPJ, mmg seminggu tu mmg chik as bawa keta secara haram ler..he..he..Tapi nak dijadikan citer, lepas kuar jer dari mesin basuh automatik tuh, keta chik as parking betul2 tepiii sebelah keta JPJ..hadoiiii berderupp darah chik as.Kalau ler tetiba abang JPJ tu nengok roadtax chik as..naya jer.Siap2 jer diaorang lap2 keta, chik as terus berdesup kuar...takuttt.he..he..

tu ler keta JPJ..syhh, larikkk.




Lepas kuar jer dari carwash tu, chik as berdoa jer moga2 tak jumpa ngan road block.Chik as siap hafal jawapan lagi kalau kena tahan ngan 'abg' JPJ..he..he..siap nak tunjuk borang tukar milik lagi yang chik as dah ambik ari tu.Alhamdulilah, nasib baik tak jumpa n perjalanan chik as terus ke Puspakom..adoiii, lama bebenor ler kat puspakom tu.Dahler yang ada kat situ semuanya lelaki, chik as jer perempuan..oh yer ada lagi sorang pompuan..akak cashier kat situ.he..he..Walaupun chik as tak tahu nak wat per, chik perhatikan jer apa orang wat, n ikut jer .Mmg lama tul ler kat situ, naik bosan chik as berdiri jer kat tepi keta tuh..arghhh tensionn.





lepas selesai jer urusan Puspakom chik as terus gerak ke JPJ, dan episod lepas geram bermula di sini...ceewah.Sampai2 jer kat JPJ n parking pun dgn tenangnya chik as terus masuk utk nak ambil nombor.Puas gak ler chik as cari kat mana ler tempat tuk ambil nombor tuh..uper2nya kena g ambik kat kaunter guard kat depan pintu tuh..aisyeh, dahler kaunter guard tu sekali ngan kaunter informasi.So bila ada orang kat kaunter informasi tu mmg tak nampak ler tempat ambik nombor tu sbb dah lindung orang.Dgn muka separa ayu chik as bagitau ler kat Encik Pengawal Keselamatan tu..meh chik as wat dialaog..lagi senang..

Chik   As       : Assalamualaikum encik, saya nak buat tukaran hak milik kereta..

Pengawal  1  : Hari ni sistem offline, tak leh buat..p balik ! nanti mai lain

Chik As        : (masa ni dah runsing dah) Agak2 bila sistem ok balik encik?

Pengawal     : Mana saya tau!! mungkin, sehari  ke ,dua ari kaa..

Chik As       : .............. (tak terkata apa2)

Pengawal 2 : (Menyampuk) habaq kat dia, call jer nombor ni(sambil tuding jari kat nombor yang ditulis kat dinding tu).SIstem ok ka , tak ok ka..nanti kita bagitau la masa tu kan..la ni mana leh nak wat pa..



Lepas jer dia ckp mcm tu,mmg perasaan chik as bercampur baur..geram pun ada sedey pun ada.Geram sbb sikap pengawal keselamatan tu yang cakapnya kasar yang amat..sedey plak bila rumah chik as dah ler jauh..takkan nak balik mcm tu jer.Pastu nak kena ambik cuti lain uruskan kerja yang tak selesai ni..mmg bercelaru chik as masa tu.N chik as wat keputusan tak balik, tapi chik as dok termenung kat kerusi menunggu tu tanpa tak pasti tunggu apa..chik as berfikir  n berfikir..lebih kurang setengah jam gak ler chik as dok situ n chik as terus call hencik somi.Hencik somi suh tanya semula kat kaunter informasi tu utk boleh ker chik as nak renew jer dulu road tax baru wat tukaran hak milik.Chik as pun terus ke kaunter informasi tu..

Chik  As       : Assalamualaikum Chik, tumpang tanya..saya nak buat tukaran hak milik..tapiii..

Pengawal   2 : (Dengan tetiba dia menyampuk) Saya dah cakap tadi!!.sistem tak ok, mana boleh buatt!! kalau...

Chik As         :(Masa ni chik as mmg rasa bengang sangat..) Encik, saya nak cakap ngan Cik ni !

Terus terdiam Pengawal tu..masa tu mmg chik as rasa geram sangat2.Dia buat mcm kita ni tak faham bahasa kot..mmg chik as tahan jer sakit hati chik as tuh.Lepas chik as citer semua masalah kat cik kat kaunter informasi tu, dia pun sudi nak tolong chik as..tapi ada satu lagi perkara yang chik as geram.Masa cik kaunter informasi (sorry tak tau nama dia..he..he.) tanya ler soalan kat pengawal tu


Cik Kaunter  : abang... kalau tak buat hak milik lagi, boleh tak renew roadtax?

Pengawal 2   : dia marah saya tadi..saya tak mau jawab!


hadoiiii, chik as rasa mcm nak soung jer dia kat situ.Tapi chik as bersabar jer banyak2..Kalau ler chik as ni jenis lantang mmg dah kena dah pengawal tu.Dia yang dok asyik marah kita, dia kata kita plak marah dia.Masa tu temperature chik as mmg naik tinggi tapi sabar jer dok tunggu cik kaunter tu g tanya kat kaunter JPJ kat depan dia.Lepas tu cik kaunter tu datang bgtau chik as yang sistem sebenarnya dah ok dah pun n boleh buat urusan seperti biasa!! Satu perkara lagi yang chik as geram, kalau tau sistem tu dah ok, apasal tak maklum pada Kanter Informasi tu?? Nasib baik ler chik as g tanya semula..kalau chik as tak tanya tadi, tak ker naya jer chik as balik umah sedangkan sistem dah ok dah pun..gerammm tul ler chik as.Lepas cik tu tolong ambikkan nombor, urusan tu kejap jer..chik as tak sempat duduk di kerusi menunggu pun.Waktu urusan berjalan, chik as tahan jer dalam hati ni nak komplen kat pegawai kat situ..n last2 chik as terkeluar gak.Chik as tanya dia, kenapa pengawal keselamatan kat situ bersikap kurang sopan dgn pengguna..tapi tak tahu kenapa, masa chik as bercerita ngan pegawai kat situ, air mata chik as dah bertakung dah nak melimpah..n chik rasa dia pun nampak chik as nak nangis.Dia pun mcm terkedu jer tgk chik as bercakap sambil sore tahan sedey (isyh, mesti buruk bebenor waktu tu).

ni ler pengawal keselamatan tu.Yang duduk tu pengawal 1 n berdiri pengawal 2 !!

 

Dia minta maaf bagi pihak diaorang n lepas dari tu chik as terus ke kaunter informasi say thank untuk cik kaunter tu..walaupun pengawal2 tu ada kat tepi dia jer, chik as wat bodoh jer..geram yang amat.Lepas buka jer pintu n menuju ke parking keta, chik as menangis sepuas hati..hu..hu..chik as ingatkan chik as ni kental orangnya..tapi rupernya rapuhhh...hu..hu..


lotih eden!!

Salam Ramadan buat semua..adoii, dah lama chik as tak update blog ni.Ada masalah internet kat umah..jari jemari ni dah gatal dah nak menaip nak bercerita kat korang, tapi terpaksa simpan dulu citer2..hu..hu..oleh itu utk membalas dendam, chik as akan post 3 story sekaligus ari ni..he..he..(tamak tul ler..)

Semenjak bulan puasa ni, chik as dah jadi mcm budak sekolah ler plak skrg ni.Nak thumprint kehadiran pun beratur..nak balik lagiiii ler beratur..n plus, jammed plak tu post guard pintu keluar..hadoiii,mmg stress ler..kenkadang tu, bila dah leh balik setengah jam awal, dlm kul 4.30pm tu,n kenkadang tak sampai kul 4.30 pun lagi,barisan beratur tu dah panjang berjela dah pun.Maklumlah, staf kat opiz chik as sahaja dah 110 orang..plus ngan ada satu jabatan lain lagi..mesin thumprint plaknya ada satu.Kalau sekali wat jer terus access ok, takper ler gak..tapi yang selalu jadi, mmg sesetangah kengkawan chik as n kengkadang chik as juga, kena wat banyak kali..maunyer tak beratur panjang..Last2, bila sampai turn kita, dari beratur kul 4.30, kul 4.45 baru settle..hadoiii..dugaaannnn..




dasyat kan..dah mcm budak2 sekolah beratur nak kuar dari sekolah jer..he..he.. n lagi menarik, ada kengkawan chik as siap masukkan video ni dalam hencik youtube lagi..he..he.femes opiz chik as..tapi chik as tak masuk ler dlm video tu, sbb chik as terlalu cun tuk masuk dlm youtube..ha..ha..takderlerlah, masa rakaman tuk video tu chik as mencutikan diri..so mmg takder gambar chik as..malas ler nak glemer2..nanti riak plak ..he.he..



time balik plakkk...




sememangnya bulan puasa ni penuh ngan dugaan..dah  inilah salah satu dugaannya..tak gitu? he..he..

Monday, July 23, 2012

Pencarian Follower ke 100!!


Oleh kerana chik as rasa baik hati sikit ari ni (hari2 lain pun baik gak..he..he..) chik as nak kasi cenderahati sikit wat sesaper pun yang jadi follower ke 100 chik as..so apa lagi, jommm!!

PENCARIAN FOLLOWER KE 100 BERMULA SEKARANG!!

STATUS CONTEST : TAMAT !

----------

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA IZAN MAMA MIA
YANG MERUPAKAN FOLLOWER KE 100 CHIK AS..
TAHNIAHHH!!




IZAN MAMA MIA akan memenangi
top up bernilai RM10!!

* mama mia, tolong tinggalkan no telefon pada ruangan komen di sini.Jangan risau, chik as tak akan paparkan nombor telefon tuh.Tahniah yer :)

Terjah Segmen Ayu : Saya blogger dari...

Ngantuknya..maklumlah bulan2 puasa ni mata asyik ngantuk jer..kat opiz pun rasa lemau jer, maklumlah ada virus telah menular dalam badan chik as ni..haaaaa, jgn fikir bukan2 yer..virus selsema jer..jangan nak tambah2 plak ayat belakang yer.he..he..dah 3 hari dah chik as demam.Blog pun jarang2 dah buka, tak larat maaaa..tapi sesambil tuh chik as nakk juga masuk segmen dari Ayu ..mana ler tahu kan kalau ada rezeki..n plus leh gak tambah kenalan..okeh segmen ni chik nak mulakan darriii...SEKARANG...(dah macam nak start lawan lari daaaa)




Chik As mulakan dengan, Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera..oh yer tak luper juga Salam Satu Malaysia (sambil angkat jari ).Chik as ni blogger dari negeri yang banyak padi n warna fav negeri ni hijau dan kuning..leh teka ke tak ni? he..he..alah, chik as tau mesti boleh agak punya.Chik as ni berasal dari Changloon,Kedah..errr, tahu tak Changloon tu kat ner..alah dekat ngan Bukit Kayu Hitam dan UUM..dan kat UUM ler tempat chik as kerja bersama2 suami terchentaaa..



Chik as ada seorang hero henceemm yang baru berumur 2 tahun, Ahmad Darwisyh namanya..kegemaran chik as ialah..eh, apasal chik as rasa mcm panjang berjela plak entry ni..mesti korang bosankan..he..he.. k lah, chik as rasa setakat ni jer kot..nak lebih2, jom kita kuar minum..chik as banjer..tapi tak leh lebih dari Rm5 ler.he..he..gurau murau jer..n sebagai penutup kata dari chik as "blog berblog membawa bahagia"..he..he..


dan utk taq plak, chik as nak tag cikjat plat..jangan larik tau chik jatt

Thursday, July 19, 2012

Contest Sulung Chik As !

STATUS CONTEST : TERBUKA !

UPDATE: 26/07/2012 

TARIKH TAMAT : 31 JULY 2012!

PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 1 AUGUST 2012..MINTA MAAF BEBANYAK, LAMBAT BEBENOR NAK UPDATE,BARU ARI NI LEH MASUK SINI..ADA MASALAH NGAN INTERNET KAT UMAH.

TERIMA KASIH PADA ANDA YANG MENYERTAI PERTANDINGAN SULUNG CHIK AS INI.AKAN TETAPI, ADA DARIPADA ANDA TELAH TERLUPA DENGAN SALAH SATU PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN IAITU PERKARA YANG CHIK AS DAH HIGHLIGHTKAN!.CHIK AS INGIN MEMBERI PELUANG KEPADA ANDA YANG TELAH MENYERTAI DAN MUNGKIN INGIN MENYERTAI CONTEST INI, DENGAN MENGUBAH JAWAPAN ANDA BERDASARKAN KRITERIA YANG TELAH DITETAPKAN.

KREATIF BERMAKSUD : BUAT LER APA CARA SEKALIPUN, PANTUN KER, WAT CEREKA PENDEK KER, ETC..ETC..SECARA SIMPLE.
TQ DEAR :) 

----------------------------



Sejak chik as berkarya di blog 7 tahun yang lalu, tak pernah plak chik as bayangkan leh plak ada follower..bukannya apa, tujuan dan misi utama chik as wat blog dulu hanyalah semata-mata tuk cerita itu dan ini jer n masa tu plak nak bersaing ngan kengkawan yang ada blog..(kes jeles ler ni,..ha..ha..) tapi tak sangka plak sehingga kini chik as dah ada pengikut seramai 91 orang..ada yang chik as mmg mengikuti blog dioarang dan ada juga kenalan baru yang chik as belum sempat lagi nak ikuti tapi insyaallah sesiapa yang follow blog chik as, chik as akan follow kembali..seronok juga bila bertambah kenalan dan juga berkongsi pelbagai citer..mmg bestt..

Oleh tu, dengan bangganya chik as nak adakan contest 'sulung' tuk follower chik as..hadiah tu tak der ler best sangat..tapi insyaallah, chik as akan beri sedikit cenderahati utk anda.

Tempat pertama
  Beg Duit (Purse Wanita/Lelaki) @ Top Up Rm20


Tempat Kedua
Tudung Bawal 3 tone atau Tudung Obama @ Top up Rm10


Apa yang perlu anda buat senang ajer :

1. Anda perlulah menjadi follower chik as

2. Stick kan banner ni



3. Jawab soalan  dalam entry di dalam blog anda secara entry yang kreatif !

4. Masukkan url blog anda pada komen di sini.

5. Tamat


senang jer kan, contest chik as..so per tunggu lagi..Untuk soalan sulung chik as ni, jawapan mmg ada dalam entry blog chik as ni..so selamat mencuba.

Soalannya ialah :

Dimanakah tempat chik as 'honeymoon'  dulu,berserta tarikhnya sekali.


Tarikh Tamat : 31Julai 2012 12.56pm


*SYARAT PENYERTAAN*

  • Rakan-rakan seopiz chik as tidak boleh menyertai contest ini!!
  • Anda perlulah menjadi follower chik as
  • Anda tidak boleh memaparkan jawapan di SINI
  •  Anda hanya boleh menjawab hanya sekali sahaja.
HAVE FUN dan CERIA, tak leh SEDEY2..he..he.. 

Geng cute dan comel yang ikut contest ni ialah :

1.Miss Chochlate 

2.Eza Boom Boom 
3.izan mama mia
4.ros_reeza
5. Shay Simpson (sila beri link sekali lagi)

setakat 26/07/20012 1.32pm





Terkenang-kenang ler plakk

Kenkadang bila tgk budak2 sekarang ni bermain mmg berbeza sangat ler ngan zaman chik as bebudak dulu.Budak2 sekarang ni mana ler nak main 'aci ligan' (kejar-kejar polis pencuri), tuju kasut, main lompat getah 'zero point',main lawan congkak..pastu ada plak main apa ntah luper ler plak chik as..alah yang main jengkek2 tu pastu lompat ikut kotak tu..tak ingat ler plak apa nama dia..tapi yang pasti permainan dulu2 mmg best dan menguji ketahanan fizikal dan mental..balik umah jer bau baju tu mmg asyehmmm ler..bucukkk peluh katakan.he..he..Bebudak sekarang ni mmg rugi bebenor..dah ler asyik terperuk kat dalam umah jer main games, pastu permainan plak semuanya tak menguji ketahanan fizikal langsung..tak keluar peluh n hasilnya, budak2 skrg ni 'debob2' jer.he..he..itulah bezanya bebudak dulu dan skrg..iysh, nampak benor chik as ni dah tua ( bukan tua..tapi angka terlebih nombor jer he..he..).


Masa bebudak dulu, mmg chik as banyak buat benda ni..errmm, korang pernah tak buat benda2 ni..kalau korang pernah wat, nescaya korang mmg tak ler mudaaa sangatt punn kan.he....he..



Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.



Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.




Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab nak tengok lampu peti ais padam.
Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk



Main bubble wrap