TREND LETAK ANAK PATUNG DI BUMPER KERETA.
Saya teringat suatu perbualan dengan abang saudara saya semasa traffic jam di lebuhraya baru-baru ni. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang saudara sy pun bertanya,
“Ha kau tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”
Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok anak patung tu..
“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”
“Salah…”
“Sebab,
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts
Monday, April 02, 2012
Wednesday, December 07, 2011
lagi info ttg SBPA!!
Maklumat untuk skim J:-
SSM J17 = SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805
KGT RM95
SSM J22 = SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 KGT 115
SSM J26 = SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040 KGT 125
Permintaan rakan-rakan skim J memang diberi perhatian. Skim Perkhimatan Juruteknik, Juruteknik Lanskap, Juruteknik Perancang Bandar & Wilayah, Juruteknik Ukur, Pembantu Pemeriksa Kilang & Jentera dengan kelayakan masuk Sijil Politeknik (setaraf STPM) tertakluk kepada memenuhi syarat kelayakan masuk ditetapkan atau cukup tempoh perkhidmatan dinaikkan ke gred SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 KGT RM145/150. Semoga rakan-rakan berkelulusan politeknik akan berkhimat dengan lebih gigih melebihi ekspektasi.
SSM J29 = SBPA J2-1 RM1565-RM4340
KGT RM145/150
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555
KGT RM 180
SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140
KGT RM 195
Semoga rakan-rakan skim J dapat melahirkan tanda kesyukuran dengan melaksanakan tugas yang terbaik memenuhi kehendak stakeholders, pelanggan dan rakyat.
info diambil dari FB beliau
Saturday, June 25, 2011
apa fungsi pap smear tu??
bagi mereka yang sudah pun mendirikan rumahtangga ataupun pada sesiapa yang aktif dalam hubungan seksual ni perlu mendapatkan dan menjalani ujian pap smear..bukannya lama pun nak wat ujian ni kejap jer..tapi masih ramai di antara kita yang masih malu2 dan malas nak wat..antar faktor yang paling utama ialah MALU..betul tak?? kalau x betul iyerkan jerlah..he..he..ramai yang pernah mendengar Pap Smear, tapi ramai yang tak tahu apa itu pap smear..so check it outtt..
1. What does a Pap Smear test for ?
Pap smears are designed to pick up changes in the cells of the cervix that may lead to cause cancer. These changes form a sort of spectrum with cancer at one end. Early detection of pre- cancerous cells allows intervention that may well prevent the woman developing cancer.
There are two main types of cervical cancer Pap smears are designed to pick up changes consistent with squamous cell carcinoma – the most common type of cancer.
Pap smears may incidentally identify some other things not related to cancer but these are not the reason for doing the test.
2. How reliable is a Pap Smear ?
It is claimed that "regular pap smear tests every two years can prevent the most common type of cancer of the cervix in 90% of cases " ( Pap Smear Test results - a guide for women with an abnormal pap smear – Commonwealth Department of Health and Family Services 1997) . It’s important to remember however that a Pap smear is a screening test and as such is not a perfect diagnostic tool. However cervical cancer is generally accepted as a slow developing cancer maybe taking up top 10 years to develop. If symptoms are present, even with a normal result further investigations are probably warranted. Also a Pap Smear is done at one point in time and although it is thought that statistically it is not appropriate to screen the general population any more frequently than 2 years (or shorter in certain groups like those with previous abnormalities) if symptoms arise in the interim – don’t ignore them just because your last smear was ok !
3. What things may cause a pap smear to not be reliable ?
- It is possible for the area of the cervix containing an abnormality to not have been smeared by the test. Doctors should take care to take a sample from both a wide area of the outside surface of the cervix as well as a brush sample from inside the canal. This error may occur may be through poor technique or it may be that the abnormal cells were too far up the canal and so out of "reach" .
- Sometimes interpretation can be difficult because the sample is obscured by debris – blood mucus or inflammatory cells. These may not be visible to the naked eye.
- Human error is possible when the slide is looked at under the microscope.
Wednesday, March 23, 2011
BPA lagi..
Q & A
PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A
1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.
2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.
3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
- Nombor 7
- Nombor 7 dan PC
- Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.
4. APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?
BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.
5. BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
- Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
- Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi
6. APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?
- KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.
- KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.
- KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.
7. MENGAPA KKM MASIH MEMBENARKAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT SEHINGGA SATU (1) TAHUN WALAUPUN KESANNYA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA TELAH DIKETAHUI?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. KKM memberikan masa perubahan (transition period) secara berperingkat kepada semua pihak untuk ‘phasing out’ botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA. Tindakan ini adalah selari dengan tindakan negara-negara lain yang telah mengharamkan BPA.
8. KENAPAKAH PENGHARAMAN INI DIKENAKAN KE ATAS BOTOL SUSU BAYI SAHAJA?
Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.
9. APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut :
- Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
- Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
- Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.
10. APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat.
Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.
11. APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN?
Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain.
12. APAKAH NEGARA-NEGARA YANG TELAH MELARANG PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.
13. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGGUNA SELEPAS 1 MAC 2012?
Walaupun tarikh penguatkuasaan ke atas pengharaman botol susu bayi polikarbonat di pasaran adalah pada 1 Mac 2012, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA.
14. ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA?
Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.
15. BAGAIMANA KEADAAN PENGGUNA YANG PERNAH ATAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. Tindakan pengharaman ini juga diambil adalah berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini.
Walau bagaimanapun, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA bagi mengurangkan pendedahan terhadap BPA.
16. ADAKAH PERKAKASAN DAN BEKAS MAKANAN / MINUMAN BAYI SEPERTI PINGGAN, SUDU DAN CAWAN PLASTIK JUGA MENGANDUNGI BPA?
Tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, dan stainless steel.
17. ADAKAH BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT MENGANDUNGI MELAMIN YANG BOLEH BERPINDAH KE DALAM SUSU?
Tidak. Botol susu bayi polikarbonat tidak mengandungi melamin.
18. APAKAH CONTOH BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA SELAIN DARIPADA BOTOL SUSU BAYI?
Bekas makanan atau minuman yang biasanya diperbuat daripada polikarbonat adalah seperti botol menyimpan air (tumbler) dan bekas air guna semula.
19. KENAPA KKM TIDAK MENGHARAMKAN BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN PLASTIK POLIKARBONAT? APAKAH TINDAKAN KKM SETERUSNYA?
Berdasarkan kepada pengetahuan masa kini dan bukti saintifik dari negara maju lain, tiada kesan terhadap kesihatan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk mengambil sebarang tindakan pengharaman ke atas bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat selain daripada botol susu bayi buat masa ini.
Semua bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat perlu mematuhi Malaysian Standard MS 2234:2009 – Plastic Materials and Articles Intended to Come into Contact with Food, di mana specific migration limit (SML) bagi BPA adalah pada paras 0.6 mg/kg (sama seperti negara EU).
KKM akan terus memantau produk-produk bekas makanan dan minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat di pasaran tempatan serta mengikuti perkembangan saintifik antarabangsa dari masa ke semasa berkaitan isu BPA ini
perhatian kepada ibu-ibu!!!
perhatian kepada ibu-ibu, yang mana yang masih belum tahu atau dah pun tahu ttg pengharaman botol susu yang mengandungi Bisphenol A (BPA), sila ambil langkah anda..bukan langkah seribu tau..tapi langkah berjaga-jaga.
As ambil artikel ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia
As ambil artikel ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia
| Penerangan | KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA PENGHARAMAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2011 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA). Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA yang telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh dan sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA. Di samping itu, pemantauan secara berterusan oleh KKM mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji. Sehingga tahun 2010, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85% dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. Kajian oleh Universiti Malaya menunjukkan kadar migrasi meningkat sebanyak tujuh (7) kali ganda pada suhu 80ºC berbanding pada suhu bilik 25ºC. Pengharaman yang diambil ini adalah selaras dengan tindakan beberapa buah negara lain. Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah. KKM tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Pengharaman ini dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi seperti bayi dan kanak-kanak sehingga terdapat maklumat yang kukuh berhubung keselamatan penggunaan BPA bagi botol susu bayi. Dalam tempoh masa satu (1) tahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan oleh KKM. Namun begitu, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing. Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://www.moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my. |
|---|
PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
- Nombor 7
- Nombor 7 dan PC
- Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
- Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
- Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
so mcm ner, dah check dah ker botol susu anak2 kita mcm ner? as pun bila dapat tahu jer mengenai ni, balik-balik umah jer terus check n sah..botol susu kat umah as mmg ada BPA..isyh, dahler ari tuh baru jer beli botol susu..errmm, ni nak kena cari botol susu lain ler nampaknya..ramai orang ckp, botol susu Free BPA ni mahal ..tapi, alahh kalau setakat rm7 sebotol tuh nak mahal apa sangat berbanding dengan kesihatan anak kita..takkan lah baju beratus-ratus kita sanggup beli..botol susu anak yang tak sampai rm50 pun tanak beli..so ibu-ibu dan ayah-ayah bertindak lah segera untuk kesihatan anak kita..as pun nak kuar g carilah petang ni...
Monday, March 21, 2011
jom mengorat...
jom kita mengorattt...bukan orang tauuu..tapiiii....
minggu ni mmg minggu yang agak lembab..bukannya per, mmg hujan setiap hari..sejukkk jer..tapi lembab2 pun ada gak yang panasnya..ehhh, bukannya nak gosip daaaa..ni nak bgtau pada semua..Pesta Buku Utara (Bokk Fair) 2011 sedang berlangsung..so pada sesiapa yang nak mencari or nak mengorat buku..bukan tuan buku tau..datanglah ke Book Fair berikut :
PAMERAN BUKU UTARA (BOOK FAIR) 20011
DATARAN PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH,
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
9.00 AM - 7.00PM
LEBIH DARI 30 PENGELUAR BUKU!!
DATARAN PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH,
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
9.00 AM - 7.00PM
LEBIH DARI 30 PENGELUAR BUKU!!
DATANGLAH BERAMAI-RAMAiiii
Wednesday, March 09, 2011
awas dengan cermin!!
Berhati-hatilah, khususnya buat kaum wanita bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian.. Macam mane tu? Teruskan bacaan..
Terfikir tak? Dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian, ada seseorang yang lain khusuk memerhatikan anda disebelah cermin sana! Tambah haru-biru lagi jika gambar anda dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia..Wah..gawat!
Oleh itu, kita perlu pastikan cermin yang digunakan tu adalah cermin biasa ataupun cermin 2 arah.
Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan dan cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka.
Bagaimana kita ingin bezakan? Mari lihat foto dibawah ini.
Ini KACA DUA HALA. Apabila anda letakan jari, hujung kuku anda nampak bertemu dan tiada ruang antaranya, maka, AWAS, ANDA SEDANG DIPERHATIKAN.
Ini pula adalah cermin yang sebenar. Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar, hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.
Jelaskan foto di atas ni?
Jadi, harap lebih berhati-hatilah selepas ni.
info diambil melalui emel..
Wednesday, June 23, 2010
Kontraksi Braxton's Hicks (BH)
Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.
Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.
Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?
Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
#Bayi bergerak dengan aktif
#Semasa senaman atau membawa barang berat
#Mengurut perut
#Semasa hubungan seks
#Dehidrasi
Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?
Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran.
Ini adalah perbezaannya:
1.Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
2.BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
3.Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
#Bayi bergerak dengan aktif
#Semasa senaman atau membawa barang berat
#Mengurut perut
#Semasa hubungan seks
#Dehidrasi
Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?
Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran.
Ini adalah perbezaannya:
1.Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
2.BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
3.Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin
Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH
1.Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
2.Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
3.Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
4.Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
5.Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
artikel ini diambil dari : alamhamil.com
Sunday, June 20, 2010
adoiiii
hadoiiii..gaji belum dapat lagi nie tapi dah terpaksa melabur duit dgn manyakkkkk sekali..dah ler bulan nie road tax dah tamat tempoh..pastu plak kena plak satu hal lagi..kena saman loooo..adussss salehaaa tul ler...he..he..kalau tak renew roadtax tuh rasanya sampai skrg tak tahu kena saman tuh..bila check2 jer mak aiii..ada dua saman semua sekali rm330.00 TUNAIIIII!!!..errm..saborr jer lah..tahun lepas punya saman plak tuh..tapi tak pernah lak dapat surat saman nie..tuh yg peliknya n menjadi tanda tanya gak ler..apasal orang lain yg ada berpuluh saman tapi still leh renew roadtax n cayer baru jer ada satu saman had laju n satu saman halangan lalu lintas(tak tahu ler halang aper) tak leh renew??? di mana keadilan!!! he..he..sabor jer lah kan..tapi tak puas hati sikit ler sbb orang lain kena banyak saman pun still leh rileks jer..yg as nie baru jer ada saman nie dah kena block.hu..hu...sedey..sedey..terbang duit ku tuh..kalau ikutkan rm330 tuh leh shooping barang baby tuh..hu..hu..per nak wat..dah nasib...cobaaannnn...
so pada sesaper yg nak check saman tuh korang check ler kat website nie..tapi lambat gilos dia punya reply..better korang check tru sms jer..cepat jer dapat result.as memula check online, tapi lambat yg amat..pastu baru godek2 tenet cari camner nak check tru sms..check sms nie lagi senang..n kalau nak detail pun boleh..kasi jer email kita diaorang akan send tru email detail saman..
check saman online :
http://www.rilek.com.my
http://www.myeg.com.my
http://www.eservices.com.my
ataupun tru sms :
type :
POLIS SAMAN (no ic berdaftar pemilik kereta anda) send 32728
ataupun
type :
POLIS SAMAN (no plat kereta)(email anda) send 32728
http://www.myeg.com.my
http://www.eservices.com.my
ataupun tru sms :
type :
POLIS SAMAN (no ic berdaftar pemilik kereta anda) send 32728
ataupun
type :
POLIS SAMAN (no plat kereta)(email anda) send 32728
Thursday, July 23, 2009
Tip-tip Penting Untuk Kurangkan Loya dan Muntah Semasa Hamil
“Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan.Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas, tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan.
Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.
Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan, tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.
1.Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.
Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan, tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.
Jadi, sekiranya anda mengalami masalah muntah muntah secara berlebihan, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera.
Tip-tip Untuk Kurangkan SimptomKepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba untuk amalkan tip-tip ini
1.Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
2.Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.
Hindarkan diri dari wangian
Hindarkan diri dari wangian
3.Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya
Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya
4.Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.
5.Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah
Subscribe to:
Posts (Atom)







