-->

MY FOLLOWER

Pages

Saturday, October 24, 2015

Pre Convo shoot..


Ha..ha.. ingat weeding jer ada pre ke?? convo pun ada tauu..bukannya senang nak ambik gambar together2 ni..sbb mmg sah dan nyata dah masa konvo nanti, chik as akan masuk dewan sorang2 jer..tapi hencik suami still ada dlm dewan,tapi bukan datang tengok chik as konvo, tapi dia bertugas jaga graduan2 ari tu..tapi chik as akan pastikan dia akan jaga chik as extra sikit ari tu..he..he..so oleh kerana mmg dah tahu x bawa anak2 n kami x leh bergambar sesama nanti, so kami wat ler pre konvo pun gamborr..tapiii x der banyak mana pun gambar sbb pelakon2 extra wat perangai..ada yang ngantuk, lapor, nangis dan sebagainya..he..he..so layanzz jerrr..











Tuesday, October 20, 2015

perghh...jubah baru..

assalamualaikum..alooohaaa...alhamdulilah, lagi beberapa ari lagi chik as nak konvo...hoorayyy..sebelum tuh jom p ambik jubah konvo dulu..terbaiknya konvo kali ni, graduan untuk Master and Phd ada jubah baru..perghh, chik as pun tak tahu..memula tu heran gak ler, nengok kengkawan yang dah ambik jubah n upload kat fb..per lain mcm jer jubah diaorang..rupa2 nya UUM dah lancarkan jubah baru, apasal chik as tak tahu aaaa??? N pada tanggal 20 Oktober, maka dengan rasa xcited dan hidung kembang kempisnya (tapi still maintain sopan yerr) terus bawa pegawai pengiring (hencik suami) untuk ambik jubah..sampai2 jer kat kaunter ambik jubah tu, ikutkan hati nak jer chik as buat lompat bintang sebab xcited nengok jubah baru..tapi mengenangkan hencik somi ada, risau plak memalukan dia nanti..ha..ha..walaupun jubah tu besor sebab size 'S' dah habis..chik as ulang yerr, size 'S' dah abihh..maka chik as pakai size 'M'...ha..ha..bangga gila ,seumur hidup x pernah pun pakai size 'S'..he..he... merasalah rasa mcm badan tecik, walaupuuuuunnn...he..he.. so, here it is..taraaa..



Monday, September 14, 2015

His 2nd coloring contest

cheq anak MALAYSIA


today, i just..eh, apasal tetiba speaking omputih ni..dah ler berabuk,ditambah plak ngan musim jerebu skrg ni, lagi ber berabuk2..he..he..so dipendekkan citer,ari ni chik as bawa ler hero sorang tu untuk masuk dalam pertandingan mewarna..dia mmg suka mewarna tapi pendedahan mengenai pertandingan ni mmg kurang.Ari tu masa ikut pertandingan mewarna yang tadika bawak, dia boring2 mewarna, siap conteng lagi kertas mewarna tu..adeh, saborr jer lah..so ari ni boleh dikatakan pendedahan kedua dia lah..n alhamdulilah mood dia okeh n color sampai habis..he..he..walaupun x menang, darwiysh totap menang di hati ayah n ibu..ceewahhh..

 
baguih anak ibu..oleh kerana x p sekolah ari ni, kena gak ulangkaji yer sayang
 
 
muka cuak..semut oh semut..
 

 
 
 
macam2 aksi ada anak oii...

Sunday, September 13, 2015

isi minyak rm30 tapi hilang rm200??

tepuk dahi..!! itulah yang berlaku kat chik as ari jumaat lepas..ari tu chik as kena kerja (kedah cuti jumaat & sabtu..tapi chik as ghojer jumaat tu) so bawa ler anak2 untuk dibahagi sama rata di rumah MIL n kat mak chik as..he..he..oleh kerana minyak x der dengan confidentnya chik as berhenti kat petronas..buka2 jer beg duit, alamak!!! not rm50 dlm beg duit chik as dah 'gone like a dust' adeh, tak tahu kenapa duit leh hilang plak..dah ler gaji pun sipi2 jer lagi..oklah, nak wat mcm ner kan..so chik as anggap dugaan jer lahh.Lepas tu nak p cucuk dok fikir nak bawa anak2 sekali tu punyalah rumit so dgm confidentnya chik as guna jer mesin di pump stesyen utk bayar (untuk pengetahuan,chik as dah banyak kali dah guna) so lepas congak punya congak, chik as isi ler rm30, jangan tanya apasal rm30 jer..ntah ler masa tu sel2 otak kurang berhubung sikit..lepas jer isi n sambil menyanyi2 kecil chik as terus hantar anak2 n g kerja.Tengahari tu oleh kerana masa rehat yang panjang n memikirkan baby kat umah x berapa cukup susu, chik as pun balik rumah. On the way nak balik rumah tu kengkononnya nak beli ler nasi siap2 n singgah di CIMB..cucuk punya cucuk mesej yang tertera 'Harap Maaf, baki tidak mencukupi'..aikk, pening chik as..sedangkan masa tu masih lagi ada baki 3 angka..sampai dua tiga kali chik as cucuk sambil dok pasang kembali wayar2 dalam kepala ni dok fikir hilang mana duit.Bila check online, balance masih ada lagi 3 angka..tapi why??whyy?? jerit chik as kat situ...dalam  hati..he..he..last2 chik as terpaksa gak control ayu p tanya kat pegawai bank tu n explanation dia membuatkan chik as terkedu terpinga dan ternganga..rupa2nya setiap kali isi minyak guna kad kredit or kad debit di mesin bayaran di pam, sebanyak Rm200 akan ditolak dalam akaun kita sebagai cagaran dari pihak bank..selepas 3 hari barulah nilai dan amaun sebenar akan ditolak dan baki yang selebihnya akan dipulangkan..kalau bayar guna kad kredit n debit guna mesin di kaunter, ia akan menggunakan nilai sebenar kita isi minyak..so x akan tolak rm200 tu..so, pengajarannya untuk chik as ialah jangan dok memandai2 dan perasan pandai..kalau duit yg tak seberapa tu nak guna, sila guna cash or bayar guna kad di kaunter..hu..hu..
 
ikhas cik google
 
 
update : duit baki dah masuk balik dah dlm akaun..hoorayyyy

Wednesday, September 09, 2015

13 Mei 1969, Tragedi dan Air Mata



1.0  PENDAHULUAN

Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara, terutamanya negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia.Berdasarkan laporan  dari Jabatan Perangkaan Malaysia jumlah penduduk Malaysia berdasarkan bancian yang dibuat pada tahun 2010 adalah 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara.  Warganegara Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).  Selepas kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalah dalaman. Terutamanya masalah perpaduan dan integrasi kaum. Menurut J. A. Furnival iaitu seorang pakar antropologi, beliau menyatakan  masyarakat majmuk ialah satu masyarakat  yang mengandungi dua atau lebih unsur atau peringkat sosial yang seiringan tetapi tidak bercampur. Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidup yang tersendiri.




Sewaktu British memerintah, situasi pecah dan perintah telah diaplikasikan  di mana di bawah sistem ini, kumpulan-kumpulan etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India dipisahkan. Hasil daripada sistem tersebut, kebanyakkan orang Melayu tinggal di kawasan kampung mengerjakan pertanian, menangkap ikan dan kerja-kerja kampung yang lain.Hanya sebahagian orang Melayu yang menetap di pinggir bandar. Ketika zaman penjajahan Jepun, ketegangan perkauman tercetus kerana orang Melayu dan Cina terpisah dalam kehidupan semasa zaman peperangan. Ketidak samarataan layanan antara orang Melayu dan Cina oleh Jepun menimbulkan lagi situasi ini. Dasar Jepun yang anti-Cina kerana pengalaman berperang di negara China semenjak tahun 1937 telah membawa kepada penindasan kepada orang Cina dan menyebabkan mereka telah melarikan diri ke pinggir Hutan.Ramai orang Cina telah menyahut seruan untuk mengangotai Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan didukungi oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan melakukan serangan ke atas Jepun melalui perang gerila .
Selepas British menguasai semula Tanah Melayu, cadangan menubuhkan Malayan Union dikemukakan pada Oktober 1945. Sir Harold MacMichael telah datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan supaya menyerahkan kuasa politik mereka kepada British. Buat pertama kalinya dalam sejarah nasionalisme Melayu, orang Melayu telah dengan lantang mengetepikan kepentingan kenegerian dan bersatu padu menentang rancangan Malayan Union. Rancangan itu terpaksa ditarik balik dan digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan mengembalikan hak istimewa orang Melayu.
Pada awal tahun 1950an  sebelum merdeka, perkara utama yang sering dibangkitkan oleh orang-orang Cina adalah berkaitan dengan hak-hak kerakyatan serta Bahasa Kebangsaan. Dasar pelajaran yang digunakan ketika itu yang menggunakan Bahasa Melayu dikatakan bakal melenyapkan bahasa ibunda mereka serta menghapuskan kebudayaan Cina. Walau bagaimanapun, dalam meniti era kemerdekaa, pemimpin-pemimpin Melayu dari UMNO dan pemimpin-pemimpin Cina dari MCA telah bersepakat untuk  bertolak ansur dan mengadakan satu pakatan dan dengan itu parti Perikatan telah diwujudkan dan sebagai balasannya mereka telah mendapat syarat kerakyatan yang liberal. Selain itu mereka juga bebas dalam meneruskan kepentingan ekonomi dan perdagangan. Akan tetapi, kemasukkan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) dalam pilihan raya pada tahun 1964 telah mengubah situasi yang berbeza. Ini adalah kerana, sentimen perkauman dan hak-hak keistimewaan orang Melayu telah diganggu oleh Perdana Menteri Singapura ketika itu iaitu Lee Kuan Yew dan ini telah mendorong kepada penyingkiran Singapura dari Malaysia. Penempatan orang Cina di kampung baharu juga telah menjadi isu perkauman. Ini adalah kerana bagi orang Melayu, ia seolah-olah meminggirkan orang Melayu dan memberikan lebih perhatian kepada orang Cina. Berbeza pula dengan tanggapan orang Cina yang berasakan kerajaan seolah-olah mengawal perilaku mereka dengan menempatkan mereka di kota yang sering dipenuhi dengan anggota keselamatan. Tanggapan ini secara tidak langsung mewujudkan lagi sikap perkauman antara orang Melayu dan Cina.
Rusuhan  kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 bukanlah rusuhan  kaum yang pertama kali berlaku antara orang Melayu dan juga orang Cina. Menurut Laporan Majlis Gerakan Negara Malaysia, sudah terdapat beberapa siri pergaduhan dan ianya adalah dari campur tangan PKM. PKM telah mengambil kesempatan dengan menyusup masuk agen-agenya untuk mengintip dan menimbulkan kekecohan.Parti Buruh merupakan salah satu parti yang dipergunakan oleh PKM untuk mengugat kesejahteraan negara ketika itu. Isu ekonomi dan juga apa juga perkara yang bersifat perkauman dipergunakan untuk menaikkan semangat perkauman orang Cina. Antara rusuhan yang pernah berlaku adalah di Pulau Pinang, Pulau Pangkor dan Bukit Mertajam. Rusuhan ini terjadi apabila timbulnya  perasaan tidak puas hati, syak wasangka dan dendam antara orang Melayu dan orang Cina. 

2.0  Faktor-faktor Rusuhan Kaum 13 May 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan tragedi berdarah dan merupakan titik hitam dalam sejarah Malaysia dan meninggalkan kesan terhadap kuasa politik,ekonomi dan sosial. Ianya dikatakan merupakan kemuncak kepada keberlangsungan ketegangan hubungan antara orang Melayu dan juga Cina . Sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman telah menyatakan bahawa faktor-faktor dan punca berlakunya rusuhan kaum adalah disebabkan oleh anasir kongsi gelap Cina dan juga dari komunis. Pada 9 Oktober 1969, Laporan Majlis Gerakkan Negara mengenai rusuhan tersebut telah diterbitkan. Antara faktor-faktor yang dinyatakan selain dari ancaman dan anasir komunis, perbezaan dalam memberi tafsiran mengenai perlembagaan antara orang Melayu dan juga bukan Melayu juga merupakan salah satu faktor tercetusnya rusuhan tersebut.Walau bagaimana pun, menurut pakar sejarah, terdapat beberapa faktor yang penting yang menjadi penyebab kepada tragedi ini.
2.1  Dasar Pecah dan Perintah British
Pada Zaman  pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan  kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan  kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan peranan yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina  digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain.  .

Selain itu dasar pecah dan perintah British semasa Zaman Penjajahan British telah memecahkan perpaduan kaum antara 3 kaum utama yang mendiami Tanah Melayu. Dasar ini juga telah mewujudkan jurang ekonomi dan juga menyumbang kepada jurang pendidikan kerana kehidupan setiap kaum diasingkan mengikut kegiatan ekonomi. Ekonomi orang Melayu berskala kecil dan pengeluaran sumber ekonomi mereka seperti kebun dan sebagainya tidak begitu meluas untuk membolehkan mereka memegang ekonomi Tanah Melayu. Pihak British tidak menggalakan perkembangan ekonomi orang Melayu kerana mereka ingin mengekalkan keadaan orang Melayu sedia ada. Maka dengan ini telah memberi impak kepada masyarakat Tanah Melayu pasca Merdeka dengan perbezaan status sosio ekonomi antara kaum.



2.2  Pendudukan Jepun
Ketika zaman penjajahan Jepun, ketegangan perkauman tercetus kerana orang Melayu dan Cina terpisah dalam kehidupan semasa zaman peperangan. Ketidaksamarataan layanan antara orang Melayu dan Cina oleh Jepun menimbulkan lagi situasi ini. Dasar Jepun yang anti-Cina kerana pengalaman berperang di negara China telah membawa kepada penindasan kepada orang Cina dan menyebabkan mereka telah melarikan diri ke pinggir Hutan.Ramai orang Cina telah menyahut seruan untuk mengangotai Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan didukungi oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan melakukan serangan ke atas Jepun melalui perang gerila. Sewaktu penjajahan Jepun, orang Melayu lebih mendapat perhatian dan diberikan peluang untuk mentadbir negeri dan dinaikkan pangkat untuk mengantikkan pegawai-pegawai British.

Dasar pemerintahan Jepun yang anti Cina dan Pro Melayu telah membawa kesan yang amat buruk dalam perhubungan antara kaum Melayu dan Cina.MPAJA yang pada asasnya diwujudkan untuk menentang Jepun telah mewujudkan semangat perkauman selepas Jepun menyerah kalah. Kekalahan Jepun telah memberi peluang kepada MPAJA berkuasa dan sekaligus ‘membalas dendam’ kepada orang Melayu dengan membunuh dan menyeksa orang Melayu yang disyaki bersubahat dengan Jepun, sekaligus memperlihatkan situasi yang tegang antara Melayu dan Cina. Banyak kejadian rusuhan kaum berlaku ekoran tindakan ganas MPAJA. Rusuhan kaum berlaku di Batu Pahat, Johor, Sungai Manik, dan Sabak Bernam sepanjang MPAJ yang didukung oleh PKM ketika berkuasa walaupun dalam tempoh yang singkat iaitu selama 14 hari.


2.3  Campur Tangan Parti Komunis Malaya (PKM)
Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 bukanlah rusuhan kaum yang pertama kali berlaku antara orang Melayu dan juga orang Cina. Menurut Laporan Majlis Gerakan Negara Malaysia, sudah terdapat beberapa siri pergaduhan dan ianya adalah dari campur tangan PKM. PKM telah mengambil kesempatan dengan menyusup masuk agen-agenya untuk mengintip dan menimbulkan kekecohan.Parti Buruh merupakan salah satu parti yang dipergunakan oleh PKM untuk mengugat kesejahteraan negara ketika itu. Isu ekonomi dan juga apa juga perkara yang bersifat perkauman dipergunakan untuk menaikkan semangat perkauman orang Cina. Antara rusuhan yang pernah berlaku adalah di Pulau Pinang, Pulau Pangkor dan Bukit Mertajam. Rusuhan ini terjadi apabila timbulnya perasaan tidak puas hati, syak wasangka dan dendam antara orang Melayu dan orang Cina.

Pengiktirafan Pulau Pinang sebagai bandar raya  oleh kerajaan British pada tahun 1867 telah membuka ruang dan peluang dalam tercetusnya rusuhan kaum ini.Untuk meraikkan pengkiktirafan ini, penduduk Pulau Pinang telah bercadang untuk mengadakan perarakan. Oleh kerana UMNO Pulau Pinang tidak menyertai perarakan ini, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa orang Melayu ingin menghalang perarakan yang dihadiri oleh orang Cina ini dan rusuhan bakal berlaku. Perarakan yang bermula pada jam 10.30 pagi , pada 2 Januari 1956 ini dilakukan tanpa kehadiran orang Melayu dan telah diiringi oleh kenderaan polis. Apabila kenderaan polis telah berpatah balik, telah berlaku rusuhan antara orang Melayu dan Cina atas sebab ketidak puasan hati masing-masing dan provokasi ketika itu. Peserta perarakan telah mencari senjata dan terjadilah pergaduhan yang menyebabkan empat orang terbunuh dan lapan lain cedera.
Pada 11 Julai 1964, telah berlaku perbalahan kecil di Bukit Mertajam antara seorang penjaja berbangsa Melayu dan seorang penjaja berbangsa Cina. Pergaduhan tersebut menyebabkan kematian apabila penjaja berbangsa Melayu itu dicangkul. Rentetan dari kematian tersebut telah menyebabkan orang Melayu bangkit dan menuntut keadilan . Serang menyerang dan bakar membakar berlaku sehingga perintah berkurung telah dikeluarkan selama sepuluh (10) hari bermula dari 14 Julai 1964.Ketika berlaku penurunan mata wang pada tahun 1967, PKM telah mengambil kesempatan untuk menimbulkan suasana yang tidak stabil dengan menghasut rakyat untuk mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang iaitu tempat yang mudah untuk tercetusnya rusuhan perkauman . Keadaan yang meruncing menyebabkan rusuhan berlaku pada 24 November pada tahun tersebut dan menyebabkan keadaan menjadi kucar kacir dan  menyebabkan banyak  kecederaan berlaku. Ketika konfrantasi berlaku pada tahun 1968, PKM telah mengambil peluang untuk memanaskan lagi keadaan apabila seramai 12 orang pengkhianat negara dijatuhi hukuman bunuh. Mereka menyokong sepuluh orang Cina yang terlibat dan menyatakan sokongan atas faktor perikemanusiaan dan kenegaraan.

Kempen  mereka telah berjaya menarik perhatian dunia dan ketegangan kaum kembali berlaku. Namun, ketegangan kaum itu kembali kendur apabila Perdana Menteri  mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan  Johor dan Sultan Perak supaya hukuman diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup. Pada 24 April 1969, dua minggu sebelum pilihan raya berlangsung, seorang pekerja Melayu UMNO telah dibunuh oleh agen anasir subversif di Pulau Pinang untuk mengagalkan pilihan raya yang bakal berlangsung. Untuk mengelakkan keadaan lebih runcing, para pemimpin UMNO mengarahkan supaya jenazah dikebumikan secara senyap dan dapat menutup peluang anasir Mao Tse Tung ini untuk menimbulkan pergaduhan.

Pada 1 Mei 1959, telah berlaku rusuhan kaum antara orang Melayu dan orang Cina di Pulau Pangkor. Ianya berpunca dari kegiatan kongsi gelap Melayu dan Cina yang mencari wang perlindungan di kawasan  mereka. Pergaduhan bermula apabila sekumpulan 20 orang Melayu bersemuka dengan 30 orang Cina. Walaupun pergaduhan ini dapat dihentikan oleh polis, namun ia tetap menimbulkan dan menaikkan sikap perkauman. Dalam satu insiden lain, pergerakan orang Melayu di masjid telah diperhatikan oleh orang Cina. Imam masjid telah mengarahkan agar kawalan dibuat apabila orang Cina telah mengepung masjid dengan menggunakan senjata seperti parang dan kayu runcing. Orang Melayu telah membalas tindakan ini dengan membakar tujuh buah rumah kongsi, lalu tercetuslah rusuhan kaum dan  menyebabkan seorang Melayu mati dan lima orang cedera dan seorang mati dan dua orang cedera di pihak orang Cina. Selepas rusuhan berjaya dikawal, Perdana Menteri telah menubuhkan Majlis Muhibah untuk membentuk semula perpaduan dan menasihati penduduk supaya bertenang.                                                        

2.4  Konflik Politik
Salah satu punca utama kepada tercetusnya tragedi ini ialah timbulnya rasa bimbang, kecewa, serta gelisah dalam kalangan orang Melayu terhadap kekukuhan  kedudukan kuasa politik mereka selepas pilihan raya Persekutuan pada Mei 1969 terutamanya apabila calon dari Parti Perikatan mengalami kekalahan yang teruk di Selangor (Kuala Lumpur). Walaupun pada pilihan raya tersebut Perikatan menang, tetapi pada peringkat negeri parti Perikatan telah mengalami kekalahan yang teruk iaitu di Pulau Pinang, Kelantan dan hanya menang tipis di Selangor. Kemenangan tipis di Selangor telah menyebabkan rasa kecewa bertandang di hati orang Melayu apabila kerajaan di negeri Selangor terpaksa dibentuk secara kerajaan campuran, dan ianya menyebabkan kekuasaan UMNO di Selangor tergugat.Pilihan raya yang diadakan pada tahun 1969 ternyata telah mengubah aliran politik ketika itu apabila parti Perikatan telah hilang banyak kerusi. Bagi MCA, jika pada tahun 1964 mereka telah memenangi lapan kerusi, tetapi pada tahun 1969 MCA kalah dengan teruk kerana hanya dapat mempertahankan satu sahaja kerusi.

Bagi pihak pembangkang,terutamanya DAP, mereka telah mencapai kejayaan yang cemerlang dengan merampas sembilan kerusi daripada 12 yang dipertandingkan pada tahun 1969. Manakala Gerakan pula telah memenangi empat kerusi dari lapan kerusi yang dipertandingkan. Oleh sebab itulah, politik di Selangor bergolak apabila kerajaan campuran terpaksa diadakan. Orang Melayu tidak dapat menerima hakikat ini kerana terpaksa berkongsi kuasa dengan pihak pembangkang yang sudah jelas pendiriannya untuk menghapuskan hak-hak dan perlindungan kepada orang Melayu jika mereka berkuasa.Justeru, ianya adalah jelas menunjukkan bahawa konflik politik adalah merupakan penyebab utama dalam berlakunya rusuhan 13 Mei ini. Keadaan politik yang terumbang ambing dan kehilangan kuasa politik orang Melayu memarakkan api kekecewaan. Keadaan bertambah rumit apabila berlaku masalah dalaman dalam parti Politik itu sendiri antara UMNO dan juga MCA. Kerjasama yang terjalin selama ini mula menunjukan keretakkan  akibat kekalahan MCA yang dikatakan penyebab kekalahan parti Perikatan.


2.5  Kempen Pilihanraya 1969
Ketika pilihan raya pada tahun 1969, ianya telah dipenuhi dengan unsur perkauman untuk memancing undi. Calon-calon yang berkempen telah menggunakan isu-isu sensitif dan perkauman seperti hak istimewa orang Melayu, Bahasa Kebangsaan, penenpatan dan sebagainya. Pada tahun 1968, Parti Buruh telah mengambil keputusan untuk tidak bertanding  dan melakukan kempen untuk memulaukan pilihan raya dan berkempen ke seluruh negara. Kematian seorang pekerja UMNO di Pulau Pinang dua minggu sebelum pilihan raya juga dikatakan mempunyai kaitan dengan Parti Buruh yang dibayangi ole agen Mao Tse Tung.Dua hari sebelum penggundian, seorang pekerja dari Parti Buruh telah ditembak mati oleh Polis dan ini mencetuskan polemik perkauman ketika itu.
Untuk memancing  para pengundi, manifesto menarik digunakan oleh setiap parti yang bertanding. Parti Perikatan telah menggunakan penyata kerajaan iaitu untuk pembangunan negara dan  ekonomi, pertahanan, keselamatan hal ehwal luar dan perpaduan kaum sebagai manifesto mereka. Manakala,Parti PAS pula dengan perjuangan mereka untuk menubuhkan sebuah negara Islam. DAP pula meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Lee Kuan Yew dan meneruskan manifesto ‘Malaysian Malaysia’ dalam menuntut hak-hak yang lebih banyak untuk orang Cina .Calon-calon yang berkempen telah menggunakan isu-isu sensitif dan perkauman .Semasa berkempen , isu dalam Fasal 153 dan 152 Perlembagaan tentang 14akutkan orang bukan Melayu. Selain itu, Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan juga dipersoalkan ketika kempen tersebut.

Isu penyingkiran pekerja bukan Melayu dari sektor kerajaan juga dibangkitkan ketika berkempen. Ternyata kenyataan yang diputar belitkan itu menarik minat orang Cina dan membangkitkan lagi rasa amarah kepada orang Melayu.Calon-calon yang bertanding telah menggunakan segala kudrat dan isu bagi menarik minat para penggundi. Kempen pilihan raya ini sebenarnya telah menunjukkan sikap berani para calon untuk lebih meluahkan isi hati dari kaum masing-masing. Ternyata keberanian mereka juga telah mencetuskan rasa kurang hormat orang bukan Melayu terhadap pihak berkuasa seperti Polis dan juga penjawat awam yang dikatakan telah menjalankan tugas secara berat sebelah. Semangat perkauman mula merebak di kalangan orang Melayu dan orang Cina dalam mempertahankan hak masing-masing.

2.6  Latar Belakang Pendidikan Yang Berbeza
Kegagalan hubungan antara pemimpin dan rakyat serta kurangnya  kerjasama dan perpaduan  adalah merupakan salah satu faktor merebaknya konflik antara orang Cina dan juga orang Melayu. Sejak merdeka, para pemimpin dari Parti Perikatan berusaha untuk mendapatkan sokongan dari rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, akan tetapi mereka masih gagal untuk menarik sokongan rakyat. Persoalan tentang bahasa kebangsaan, dasar pendidikan  dan pembangunan serta perancangan ekonomi adalah antara perkara yang melibatkan aspirasi kaum dan pemimpin.

Selepas Perang Dunia Ke Dua, dasar kerajaan adalah untuk menyusun semula sistem persekolah agar ianya disesuaikan dengan sistem majmuk dan disusun semula yang menggunakan sistem yang berbeza mengikut orang-orang Melayu, Cina dan India. Kurikulum yang digunakan adalah berbeza bagi setiap sekolah. Sekolah Melayu menitik beratkan kemahiran menulis dan membaca , manakala sekolah Cina dan India pula menggunakan kurikulum asal negara masing-masing. Manakala sekolah Inggeris pula hanya dapat dipelajari oleh orang Cina dan India yang  berada di bandar sahaja. Oleh kerana kurikulum yang digunakan adalah berbeza, ianya adalah sukar untuk menyatupadukan kaum melalui pendidikan. Ini adalah kerana, setiap sekolah masih menekankan identiti, salasiliah serta sifat negara yang kuat dari negara asal. Ketiadaan kesepakatan dan perpaduan menyukarkan untuk semua kaum untuk bersatu  melalui pendidikan yang berbeza.

Pada dasarnya, Jawatankuasa  Pendidikan bersetuju untuk mewujudkan satu sistem pendidikan bersepadu dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Jawatankuasa Barnes telah ditubuhkan untuk mengkaji sisitem pendidikan di sekolah Melayu. Hasil dari kajian tersebut , menyatakan bahawa semua kanak-kanak daripada semua kaum perlulah mengikuti pengajian di sekolah kebangsaan. Ciri-ciri utama bagi sekolah  kebangsaan ialah , murid-murid akan diajar menggunakan dua bahasa pengantar utama iaitu Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu. Manakala, bagi meneruskan pengajian ke sekolah Menengah, Bahasa Inggeris akan digunakan. Pada tahun 1951, Sir Henry Gurney telah melantik sebuah jawatankuasa baru bagi mengkaji sekolah dan pendidikan Cina di Tanah Melayu. Hasil dari kajian tersebut, telah menyatakan bahawa untuk mewujudkan kesepaduan dan kesepakatan serta taat setia kepada negara, kepelbagaian kebudayaan dan sistem persekolah yang berasingan adalah perlu. Kajian ini adalah bertentangan dengan hasil keputusan kajian dari Jawatankuasa Barnes dan seterusnya ianya dikaji semula oleh Jawatankuasa yang ketiga. Setelah mengambil kira semua aspek dan keperluan, pada tahun 1952 Ordinan Pelajaran telah dikuatkuasakan.

Di dalam Ordinan tersebut menyatakan bahawa, sekolah mestilah mengikuti corak sekolah kebangsaan tetapi Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh diajar sebagai bahasa ketiga.  Pada tahun 1955, sebuah Jawatankuasa baru yang diketuai oleh Dato Abdul Razak Hussein yang merupakan Perdana Menteri Malaysia telah mengkaji tentang pendidikan  dan menyediakan penyata yang dikenali sebagai Penyata Razak . Melalui Penyata Razak, dinyatakan bahawa dalam mewujudkan perpaduan antara kaum, dasar pendidikan kebangsaaan adalah perlua untuk kesepakatan dan perlu diterima semua rakyat.

Penyata Talib pula diperkenalkan pada tahun 1960 untuk penambah baikkan sistem yang sedia ada. Antara perkara yang cuba diselesaikan ialah memperuntukkan pelajaran rendah dengan perbelanjaan kerajaan dalah salah satu daripada empat bahasa utama Tanah Melayu iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil dengan membawa semua aliran bahasa di peringkat sekolah menengah bantuan penuh, sekolah menengah jenis kebangsaan dengan menggunkan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama, dan mengadakan sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama bagi semua sekolah.

2.7  Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris telah dibenarkan dan digunakan sehingga tahun 1967 sebagai bahasa sampingan. Dasar yang telah termaktub di dalam  Perlembagaan  Persekutuan telah menaikkan kemarahan orang Cina dan menuntut Bahasa Cina  patut diakui sebagai bahasa rasmi seperti mana bahasa Melayu dan juha bahasa inggeris. Walaupun bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa kebangsaan, perlaksanaan dan usaha yang dijalankan bagi melunaskan penggunaan bahasaa tersebut pada setiap peringkat kerajaan, terutamanya UMNO melalui Dewan Bahasa dan Pustaka telah menimbulkan perasaan curiga dalam kalangan bukan Melayu termasuk pemimpin MCA sendiri. Mereka merasakan bahawa usaha ini seolah-olah untuk menenggelamkan bahasa-bahasa lain termasuk bahasa Cina sedangkan mereka mahukan bahasa Cina dihormati diterima sebagai bahasa rasmi di tempat-tempat tertentu di seluruh negara. Keadaan ini menimbulkan konflik antara para pemimpin Periakatan dalam usaha memenangi hati kaum masing-masing. Teriakan bahawa kerajaan telah membunuh bahasa Cina telah dibangkitkan.Isu bahasa ini sememangnya merupakan salah satu faktor yang menjadi penyebab kepada konflik yang berlaku.

2.8  Konflik Ekonomi
Tidak dapat dinafikan bahawa konflik ekonomi merupakan salah satu faktor asas yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dan curi mencurigai antara kaum. Faktor ini juga memainkan peranan penting kerana golongan pentadbir adalah mereka yang mencipta dan meneruskan dasar yang diwarisi daripada pihak penjajah. Jurang perbezaan yang ketara antara kaum telah menghasilkan persaingan ekonomi yang tidak seimbang. Bagi orang Melayu, peluang perniagaan telah dimonopoli oleh orang Cina dan orang Melayu tidak berupaya menandingi keupayaan orang Cina dalam berurus niaga . Manakala bagi orang Cina dan India pula, peluang berkerja dalam sektor perkhidmatan kerajaan tidak terbuka bagi mereka kerana, bagi mereka ianya dikuasai oleh orang Melayu sahaja.Ketiadaan ideologi berdasarkan kelas yang berpengaruh yang boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum menimbulkan rasa tidak puas hati terdapat dasar pembangunan selepas merdeka yang akhirnya menimbulkan konflik perkauman. K.S. Komo dalam bukunya yang berjudul  Pembangunan Ekonomi Kelas Sosial di Malaysia menyatakan bahawa,kegagalan kerajaan memenuhi tanggungjawab dalam membangunkan ekonomi orang Melayu adalah kelemahan yang amat nyata dan ini menambah perasaan perkauman rakyat. Faktor ini menimbulkan lagi rasa dendam dan kecewa pada pihak masing-masing.

2.9       Peranan Media
Media massa terutamanya akhbar dan majalah adalah merupakan medium perantara bagi menyampaikan sesuatu dan menyebarkan maklumat kepada orang ramai.Dalam tercetusnya ketegangan antara kaum pada 13 Mei 1969 juga bertitik tolak daripada api sebaran dari pihak tertentu melalui media. Peranan yang dimainakan pihak media ketika itu menambahkan lagi ketegangan yang ada. Beberapa bulan menjelang pilihan raya 1969, akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan berita yang membangkitkan isu perkauman  kerana isu ini acapkali dimainkan oleh Parti Buruh.Utusan Malaysia telah menyiarkan berita tentang Parti Buruh yang telah mengedarkan surat siarannya yang mengesa rakyat negara ini memulaukan pilihan raya umum. Surat siaran yang hanya menggunakan bahasa Cina membuktikan bahawa parti itu hanya mementingkan orang Cina sahaja dan telah membangkitkan rasa marah orang Melayu kerana menghina kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Berita ini telah mendapat paparan utama di dada-dada akhbar saban hari. Selain itu, persaingan antara akhbar-akhbar juga memaparkan komentar-komentar yang bersifat prejudis sama ada untuk membela sesuatu kaum atau memperlekehkan kaum yang lain. Rakyat semakin gelisah dengan pelbagai berita yang dipaparkan. Selain itu, Utusan Malaysia bertarikh 13 Februari 1969 telah menyiarkan berita tentang tindakan Parti Buruh mengeluarkan rakyat supaya ahlinya memboikot Minggu Perpaduan. Akhbar juga menyingkap kembali tragedi rusuhan 10 tahun yang lalu antara orang Melayu dan juga Cina di Pulau Pangkor pada 1 Mei 1959. Paparan ini memanaskan lagi keadaan dan menimbulkan suasana yang tegang di mana setiap pihak menyalahkan pihak yang lain.Sesungguhnya media memainkan peranan dalam menyemarakkan lagi api perkauman.  

2.10        Persepsi Lain
Walaupun  Laporan selepas tragedi menyatakan rusuhan yang terjadi adalah disebabkan  hubungan antara orang Melayu dan juga orang Cina, namun pada tahun 2007 seorang ahli akademik dan juga ahli dari parti politik DAP, Kua Kia Soong  telah melancarkan sebuah buku yang berjudul “May 13 : Desclassified Documents on the Malaysian Riots of 1969”. Menurut beliau, buku tersebut dikeluarkan atas faktor kebenaran atas apa yang berlaku. Buku tersebut dihasilkan berdasarkan dokumen yang dikatakan baru ditemui di pejabat maklumat awam London. Menurut dokumen tersebut, rusuhan bukannya berlaku disebabkan oelh parti pembangkang tetapi ianya adalah merupakan satu gerakan yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk menimbulkan kekacauan dan menumbangkan Tunku Abdul Rahman.

3.0  Tragedi 13 Mei 1969
Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia. Ianya dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda yang banyak dan telah meninggalkan titik hitam dalam sejarah tanah Melayu. Pilihanraya pada tahun tersebut menjadi titik punca kepada semua permasalahan yang berlaku sebelum itu. Selama 12 tahun merdeka, puncak kekuasaan politik adalah di tangan orang Melayu walaupun hak politik tidak dinafikan untuk kaum lain. Ini jelas dengan kerjasama politik dalam Perikatan pada pilihanraya sebelum itu. Dalam pilihan raya sebelum tahun 1969, prinsip politik tidak dicabar dan tidak menggugat prinsip yang diamalkan antara parti ketika itu. Walau bagaimanapun, pada pilihan raya 1969, prinsip itu telah tergugat apabila pihak pembangkang mencapai kemenangan yang tidak diduga.

Ketika kempen pilihan raya pada tahun 1969 berlangsung, penglibatan calon-calon yang bertanding menggunakan isu-isu sensitif dan perkauman telah menaikkan kembali semangat  kaum-kaum di Malaysia. Calon-calon bertanding terutamanya parti pembangkang telah membangkitkan soal Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menibulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Parti Perikatan telah mengalami kekalahan teruk dan hanya memenangi 66 kerusi berbanding 89 kerusi pada tahun 1964 dan situasi ini menyebabkan parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PAP telah memenangi 25 buah kerusi manakala PAS menang 12 kerusi. Hasil keputusan pilihanraya telah disambut dengan kegembiraan pembangkan bukan Melayu. Kejadian rusuhan sebelum pilihan raya telah menambahkan kelantangan orang bukan Melayu mengeji orang Melayu. Senario tragedi ini sebenarnya bermul pada 9 Mei lagi apabila telah diadakan perarakan mayat seorang remaja Cina bernama Lim Soon Seng dari Parti Buruh Malaya yang disyaki didalangi oleh komunis. Remaja ini mati ditembak oleh polis Kepong pada 4 Mei 1969 kerana menggangu kempen pilihan raya. Perarakan yang disertai oleh 1000 orang itu memperlihatkan pengaruh komunis apabila gambar Mao Tse Tung dan bendera berwarna merah dibawa bersama dan teriakan berbau perkauman dilontakan kepada orang Melayu. Selain itu mereka juga telah menyebarkan risalah ajaran Mao Tse Tung dan juga risalah yang menyebut “Rejim Tunku Abdul Rahman Kejam” dan “Ajaran Mao Tse Tung sahaja boleh diamalkan di sini”. Provokasi demi provokasi dilakukan untuk membangkitkan lagi ketegangan.

Ketika keputusan pilihan raya diumumkan dan parti pembangkang memperoleh kejayaan yang besar, mereka telah menyambut kemenangan dengan mengadakan perarakan di Kuala Lumpur. Tindakan ini sememangnya menaikkan api kemarahan orang Melayu yang sememangnya kecewa dan hampa dengan keputusan pilihan raya tersebut. Dengan perasaan kecewa, orang Melayu juga ingin mengadakan perakan yang sama sebagai tindak balas kepada pihak pembangkang. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan yang telah memperoleh kemenangan besar di kawasan Batu, Selangor mengetuai perarakan tersebut. Perarakan haram ini melalui Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di Kampung Baru, ianya diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO berasa terancam dengan perarakan tersebut. Sepanjang perarakan, dikatakan orang Cina telah mengikat penyapu di kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman.Bagi masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif, iaitu bermaksud sial.Ada yang meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi jalan.

Sementara itu, seramai 20 orang daripada kumpulan ini telah berhenti di hadapan Balai Polis Travers dan salah seorang daripada mereka telah melaungkan perkataan “Melayu Mati”  atau “Malai Si” serta menunjukkan kemaluannya kepada polis-polis tersebut. Reaksi orang Melayu Kuala Lumpur tidak dapat dibendung lagi lalu satu perarakan balas dilakukan dengan diketuai oleh Haji Ahmad Razali setelah disetujui oleh Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato Haji Idris. Orang Melayu telah berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baharu. Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan orang Cina terutamanya dari Parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap.Berita mengenai kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak iaitu hanya 2km dari rumah Menteri Besar tersebar luas. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dang kongsi-kongsi gelap telah bertindak ganas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur dengan pelbagai senjata seperti tombak dan lembing. Ekoran dari itu, rusuhan besar terjadi dan peritah darurat telah dikeluarkan. Sekitar Kuala Lumpur dikawal oleh pihak polis dan Tentera dari Regimen Renjer dikerahkan untuk mengawal.

Anggota Regimen Renjer yang dianggotai oleh Melayu, Iban, Cina dan India turut menembak orang Melayu dan menyebakan orang Melayu semakin meradang ini adalah kerana ketua Regimen Renjer adalah merupakan orang Cina turut memberi arahan untuk menembak di kawasan rumah menteri Besar Selangor. Setelah Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tunku Abdul Rahman masih terus terbakar.Keadaan menjadi kucar kacir dan semangat perkauman semakin meninggi dan memuncak ketika itu. Kejadian seterusnya berlaku di sebuah panggung wayang iaitu Panggung Odeon di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pemuda-pemuda Cina yang juga anggota kongsi gelap telah bertindak ganas dengan mengepung dan membakar panggung tersebut.Sebelum kejadian, dikatakan terdapat beberapa iklan berbahasa Cina  disiarkan di skrin menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari panggung. Setelah orang Cina keluar dari panggung, mereka telah  menyerang orang Melayu dengan menggunakan parang dan senjata tajam yang lain seterusnya membakar panggung. Ramai penonton yang terdiri daripada orang Melayu terkorban dan cedera parah termasuk dua orang askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Polis gagal mengawal keadaan dan meminta bantuan pihak tentera bagi membantu mententeramkan keadaan yang semakin meruncing. Dalam gerakan pihak polis dan juga tentera membanteras dan membantu mengawal keadaan, anggota kongsi gelap dan samseng jalanan diburu. Disamping itu, gerakan itu juga berjaya menyelamatkan 3000 keluarga Cina.Walaupun terdapat beberapa dakwaan yang menyatakan anggota keselamatan bersikap berat sebelah dan pro Melayu, dakwaan ini disangkal oleh Majlis Gerakan Negara Malaysia melalui laporan yang dikeluarkan selepas itu. Untuk memulihkan kembali keadaan, pihak tentera telah bertindak mengambil alih tugas awam seperti mengendalikan kereta api, bekalan elektrik, air, kesihatan dan pelabuhan.

Rusuhan  telah  mengorbankan banyak nyawa dan menyebabkan kemusnahan harta benda dan melumpuhkan aktiviti negara .Rusuhan, kebakaran dan kecurian harta benda  berterusan berlaku selama beberapa hari sebelum keadaan dapat dikawal semula Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 13 Mei 1969 pada jam lapan malam dan  perintah berkurung dilaksanakan serta merta mengikut Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan demi menjamin keselamatan dan keamanan negara.

MAGERAN
Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada masa itu, pada 16 Mei 1969, Tunku Abdul Rahman telah menubuhkan Majis Gerakan Negara (MAGERAN)  yang terdiri daripada sepuluh orang ahli dan diketuai oleh Tun Abdul Razak  untuk mentadbir negara mengikut pengisytiharan darurat.Selain itu ianya turut diangotai oleh enam orang menteri Melayu iaitu Tun Dr. Ismail, Datuk Hamzah, Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsudin, Ketua Turus Angkatan Tentera, Jeneral Osman Jiwa dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Osman Salleh. Wakil daripada pasukan keselamatan adalah perlu supaya pemulihan keamanan dan keselamatan dapat berjalan dengan lancar. Terdapat dua orang bukan anngota bukan Melayu yang dilantik iaitu, Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T. Sambanthan.Berikutan dari itu, Parlimen juga telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan  berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.

4.0  Impak Tragedi 13 Mei 1969
  4.1 Menyepadukan Kaum
       4.1.1  Majlis Perundingan Negara
Dalam membentuk semula perpaduan kaum, kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan   Negara yang ditubuhkan pada bulan Januari 1970 .Fungsi utama majlis ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Majlis Perundingan Negara ini dipengurisikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil :
a)      Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN
b)      Kerajaan-kerajaan Negeri
c)      Parti-parti politik
d)     Sabah dan Sarawak
e)      Kumpulan-kumpulan Agama
f)       Badan-badan profesional
g)      Perkhidmatan Awam
h)      Kesatuan Sekerja dan Persatuan Majikan
i)        Wartawan
j)        Persatuan Guru-guru



       4.1.2 Memperkenalkan Rukun Negara
Tan Sri Ghazali Shafie yang mengetuai Jabatan Perpaduan Negara telah berjaya merangka satu garis panduan ideologi negara. Rukun Negara telah diterima sebagai model asas bagi strategi dalam usaha mewujudkan perpaduan kebangsaan. Rukun Negara adalah manifestasi ideologi nasional untuk mencapai perpaduan tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama.Rukun Negara yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 adalah hasil daripada perbincangan dalam Majlis Perundingan Negara untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu, adil, saksama dan  maju dari segi sosial dan ekonomi.Konsep Rukun Negara terdiri daripada prinsip-prinsip berikut :
a)      Kepercayaan Kepada Tuhan
b)      Kesetiaan kepada Raja dan Negara
c)      Kedaulatan Undang-undang
d)     Keluhuran Perlembagaan
e)      Kesopanan dan Kesusilaan

       4.1.3 Pembentukkan Majlis Muhibah
     Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN dan diketua oleh Tunku Abdul Rahman. Ia diadakan di setiap peringkat pusat, daerah dan kawasan. Ia bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia.Majlis ini berperanan untuk  menggalakkan  perkembangan muhibah di kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia.  


4.2 Pembentukan Dasar-Dasar  Negara
Tragedi 13 Mei 1969 ini telah menjadi titk tolak kepada dasar pentadbiran negara. Banyak perubahan telah dilakukan dan menyusun semula masyarakat terutamanya yang melibatkan orang Melayu di bandar mahupun di luar bandar.Perpaduan nasional, toleransi antara kaum dan juga jurang ekonomi menjadi agenda kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan yang dikenalpasti. Justeru, pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi masalah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa.Pengajaran utama untuk orang bukan Melayu daripada rusuhan kaum tahun 1969 itu ialah untuk mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang terkandung dalam perlembagaan, secara terlindung atau terbuka sebelum orang Melayu sendiri merasai terjamin dengan kedudukan ekonomi mereka. DEB telah dilancarakan sebagai sebahagian daripada strategi keseluruhan Tun Razak untuk memupuk perpaduan semula dan membina semula negara . Selain daripada matlamatnya untuk membawa kemakmuran kepada semua orang Malaysia supaya tidak ada kaum yang merasakan mereka kerugian dan ketinggalan.

4.2.1  Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar ini telah dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia    Kedua (1971-1975) untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi yang wujud di Malaysia.Rancangan-rancangan pembangunan di bawah DEB disusun dan dijalankan menerusi serampang dua mata, iaitu untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan keduanya menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Agensi- agensi kerajaan atau badan separuh kerajaan dan perbadanan-perbadanan kerajaan mempunyai fungsi yang lebih mustahak dalam perlaksanaan DEB ialah MARA (Majlis Amanah Rakyat), Pernas (Perbadanan Nasional), UDA (Perbadananan Pembangunan Bandar dan PEKN(Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. Selain itu Bank Negara , Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN) dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad adalah badan yang terlibat. Walaupun matlamat DEB untuk membantu orang Melayu dalam 30 peratus pemilikan Bumiputera, namun sedikit sebanyak  ianya dapat membantu dalam pengurangan dan menaik taraf hidup orang Melayu dan seterusnya dapat mengurangkan kadar kemiskininan.

4.2.1.1 Membasmi Kemiskinan
 Kemiskinan adalah sebab utama menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek-projek pembangunan telah dirangka supaya :
a)      Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat
b)      Menambah daya pengeluaran dan pendapatan
c)      Memberi peluang perpindahan orang yang bekerka di sektor rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan
d)     Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah
e)      Memodenkan kehidupan di luar bandar
f)       Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.
g)      Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia
h)      Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan , kesihatan, kemudahan insfrastruktur dan lain-lain.

Banci penduduk yang diadakan pada tahun 1970 mendapati 49.3% dari semua kelaurga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluaga, 86% berada di kawasan luar bandar dam 14% di kawasan bandar.Manakala mengikut kaum, orang Melayu masih di tahap tertinggi dengan 64.8%  diikuti dengan lain-lain 44.8%, India 39.2% dan Cina 26.0 %. Dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970, pecahan mengikut kaum mendapati orang Melayu  mendominasi dalam  bidang Pertanian sebanyak 67.6%, Cina 19.9% , India 11.5% dan lain-lain 1%. Manakala dalam sektor perlombongan orang Cina berada di tempat teratas dengan 32.1% diikuti Melayu 32.1%, India 8.5% dan lain-lain 0.7%. Dalam sektor perniagaan,perdagangan, pentadbiran awam, pelajaran,pertahanan dan kemudahan awam, 45.5% adalah daripada orang Cina dan 42.6% adalah Melayu ,10.7% India dan lain-lain 1%.

       4.2.1.2 Penyusunan Semula Masyarakat
Dalam  menyatupadukan  rakyat, dasar ini digunkan untuk penyusunan semula masyarakat . Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk pemilkan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaan  iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera dan 30 peratus untuk pelabur luar negara pada tahun 1990. Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB:
i) Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan kurang berupaya.
ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sekor ekonomi tertentu
iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti.
iv) Melatih dan  membentuk para usahawan dan pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera.
v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar Bumiputera.
vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta.

 Kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah mendapati hakmilik dan penguasaan sektor syarika-syarikat pada tahun 1971 menunjukkan bahawa pengguasaan Bumiputera hanyalah sebanyak 4.3% dan bukan Bumiputera sebanyak 34%. Manakala penguasaan warganegara Asing adalah sebanyak 61.7%. Walaupun matlamat DEB untuk penguasaan Bumiputera sebanyak 30% masih belum tercapai, penambahbaikkan dilakukan dari masa ke semasa.

4.2.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan
Pelajaran adalah merupakan alat untuk menyusun semula masyarakat  dan ini adalah perkara utama dalam Rancangan Malaysia  Pertama. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kurikulum bersepadu yang sama. Penyeragaman sistem pendidikan adalah penting kerana Dasar Pelajaran seperti Penyata Barnes, Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak,  dan Penyata Rahman Talib serta dasar pendidikan kebangsaan serta dasar lain berkaitan pendidikan berperanan dalam memupuk perpaduan kaum. Pada tahap ini, sistem pendidikan dirancang supaya dapat memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dipernyatakan dan memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Beberapa startegi perlaksanaan telah digubah untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut :

a)    Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama
b)   Mengadakan kurikulum yang sama  dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah
c)    Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
d)   Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
e)    Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
f)    Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
g)   Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukkan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pedalaman.
h)   Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan persepaduan antara unsur-unsur intelektual, rohani , emosi dan jasmani.
i)     Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik
j)     Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris mata pelajaran wajib di ajar di sekolah –sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

4.2.3 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 Kebudayaan adalah merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan amat penting  dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosio ekonomi dan politik. Pengubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Ianya perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan.

Objektif utama Dasar ini ialah :
a)    Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan
b)   Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan.
c)    Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi.

Prinsip-prinsip utama yang ditekankan ialah :
a)      Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
b)      Usur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar
c)      Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan


5.0  Penutup
Peristiwa 13 Mei 1969 sememangnya menjadi sejarah hitam bagi tanah air dan kejutan bagi rakyat dan pemimpin amnya. Pada dasarnya tragedi tersebut telah membuktikan bahawa kealpaan para pemimpin dalam mentadbir negara dan menyisihkan beberapa faktor menjadi punca tercetusnya ketidak puasan hati rakyat. Pembentukan sebuah negara bangsa yang merdeka dan bersatu hati akan musnah andai curiga mencurigai antara satu pihak dengan pihak yang lain akan menjadi barah dalam memupuk perpaduan antara kaum. Soal kepimpinan juga merupaka salah satu punca apabila sesuatu perkara yang berlaku tidak dapat diawasi dan dikawal sepenuhnya atas kelemahan kepimpinan ketika itu. Dan akhirnya , apabila barah perkauman semaikin merebak ianya tidak dapat dibendung lagi dan berakhir dengan pergaduhan dan rusuhan yang mana segala kebencian dan kekecewaan terurai di sebalik rusuhan yang berlaku. Walaupun ianya dapat dikawal selepas itu, tetapi kesan kemusnahan harta benda dan nyawa menjadi bukti betapa seriusnya permasalahan ketika itu.

Walaupun  ianya merupakan tragedi berdarah negara, namun ianya membawa sinar positif kepada rakyat Malaysia. Beberapa dasar telah digubal semula demi menyeimbangkan ekonomi, sosial  dan budaya semua pihak agar dapat bersatu dan seiring memajukan negara. Dasar-dasar yang dirangka dan diolah semula itu memastikan agar rakyat Malaysia dapat mendukung aspirasi negara tanpa mengira fahaman dan ideologi politik. Perpaduan perlu dibentuk semula bagi menyemarakan semangat dan perpaduan rakyat Malaysia dan membentuk semangat cintakan negara.Walaupun sehingga kini terdapat anasir-anasir yang cuba dibawa sesetengah pihak untuk menggugat keharmonian  negara dan perpaduan kaum, rakyat perlu sedar dan segera membantu pihak kerajaan agar ianya dapat dibendung dan perpaduan itu dapat dijaga. Isu-isu sensitif seperti isu agama, hak istimewa orang  Melayu dan kedaulatan Raja perlulah di elakkan dari berbincang dan berdebat secara terbuka. Ini adalah kerana , kealpaan dan keangkuhan kita dalam berfikir dan bertindak secara terbuka menyebabkan ianya melibatkan hati dan perasaan orang Melayu. Begitu juga dengan hak dan kebebasan orang Cina dan orang India.Dalam memupuk perpaduan dan persefahaman, sebagai rakyat Malaysia kita perlu memupuk erat prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara yang telah digubal.

Selain itu pemimpin juga perlulah mengambil berat akan kepentingan rakyat dengan mengenalpasti keperluan dan juga kelemahan sesuatu kaum dalam memberi keseimbangan yang perlu. Sebagai pemimpin dan juga kerajaan, usaha berterusan adalah perlu dalam menangkis anasir-anasir yang bakal mewujudkan kembali konfrantasi antara kaum. Andai kita semua rakyat bersatu padu, maka perpaduan yang dibina akan semakin utuh dan kukuh. Biarpun ianya diancam anasir negatif yang bakal mengoncangkan perpaduan, pastinya kita akan terus bersatu dan sehati sejiwa memupuk perpaduan dan membina sebuah negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bersama-sama membina kejayaan bersama-sama.




Rujukan
       Abdul Rahman Ibrahim.(2011). 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.
            Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
      
       Hasmah Ahmad (1986). Dasar-dasar baru kerajaan.
            Kuala Lumpur : Jabatan Penerangan

       Kua, Kia Soong.(2011). May 13 declassified documents on the Malaysian riots of 1969.
            Kuala Lumpur: Suaram Kommunikasi

       Leon Comber (1985). Peristiwa 13 Mei sejarah perhubungan Melayu-Cina.
            Petaling Jaya: International Book Service.

       Mardiana Nordin (2011). Pengajian Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar

       Majlis Gerakan Negara (1969).The May 13 Tragedy a report 
            K. Lumpur: The National Operations Council.

       Mukhriz Mahathir (2004). Dasar ekonomi baru intipati.
            Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors


Ikhtibar 13 Mei  , Berita Harian. 13 Mei 2010