Tu dia...he..he..ini merupakan posting reverse namanya.Apa taknya, posting ni sepatutnya chik as wat pada end Disember ari tu lagi..tapi bila kemalasan melanda, pepaham jer lah.he..he.
BEIJING PART 1
26 Nov 2012
Setelah sekian lama menghitung hari, akhirnya tibalah harinya.Chik as n family beserta beberapa orang rakan abg chik as akan berlepas ke Beijing China..hooreyyy..oleh kerana hanya kami jer dari Kedah, so chik as n family berlepas dari airport alor star seawal jam 8.30am,walaupunnn flight kami kul 7.10pm nanti..huk alohhh..lama tuhhh.Tapi nak wat mcm ner kan, dah flight ke KL ada dua time jer, kul 8.30am n 6.30pm..so terpaksa ler kami bertolak pagi..
sedang menunggu di airport alor star |
Oleh kerana kami sampai terlalu ler awal..so kami stay dulu di hotel transit sebelum berlepas ke Beijing pada petangnya nanti. Chik as dah booked hotel Transit yang diberi nama Hotel Langit Langi..errmm..not bad gak ler hotel ni..lagipun x mahal pun, dlm Rm86 jer tuk satu bilik besar..transport pergi dan balik dari airport pun diaorang yang pick up..so okeh ler kan..Lepas merehatkan badan, n dlm kul 5pm tu kami bertolak dan berjumpa dgn ahli rombongan yang lain..x ramai pun..dlm 15 orang jer termasuk kami..n semua tu kawan2 abg..so takder ler segan sangat kan..
Lepas check in n tibalah masanya kami berlepas ke Beijing n kalau nak tahu masa ni mmg kami dah pakai long john..perghh, cuba bayangkan cuaca malaysia yang panas pastu pakai plak long john..perghh mmg berpeluh lerr..tapi nasib baik ler bertolak petang so naik2 flight jer takder ler panas sangat. Perjalanan kami ke Beijing mengambil masa lebih kurang 7 ke 8 jam gak ler..lagi sejam nak sampai masa tu mmg dah start rasa sejuk dah..so masing2 sibuk cari baju sejuk tuk pakai..mmg dah start gigil..walauuupun x jejak kaki kat tanah lagi.Lebih kurang kul 2.30am kami pun sampai di airport Beijing..perghh mmg gigil habis..lepas ambik beg n time tuk chop pasport nak dijadikan ceriter, tetiber jer blackout kat airport tuh..hadoii saborr jer lahh..walaupun kejap jer tapi dia still efect pada system diaorang..chik as ngan ahli rombongan sampai 4 kali tukar kaunter imigresen, sbb komputer tak berfungsi..errm..dah nasib kannn.So lepas jer selesai, kami terus tercari2 TG(Tourist Guide) kami..cuak gak ler kalau tetiba takder..naya kamiii..Tapi alhamdulilah terus nampak TG kami tgh pegang sign "Jafilla Travel" nama TA kami..alhamdulilah..keluar2 dari airport tuk menuju ke bas lagii sejuk..suhu waktu tu 6 darjah celcius kalau x salah..mmg gigil,..n masa tu bercakap mmg kuar asap..masa tu mmg teruja ler gak bila kuar asap..ha..ha..(mcm budak2 jer). Oleh kerana bas kami tu tuk 22 orang so bila kami ni hanya 15 orang, mmg selesaaa yang amat.Dan perjalanan terus ke hotel kami di Taishun Business Hotel.
bersambung...
No comments:
Post a Comment