Ha..ha.. ingat weeding jer ada pre ke?? convo pun ada tauu..bukannya senang nak ambik gambar together2 ni..sbb mmg sah dan nyata dah masa konvo nanti, chik as akan masuk dewan sorang2 jer..tapi hencik suami still ada dlm dewan,tapi bukan datang tengok chik as konvo, tapi dia bertugas jaga graduan2 ari tu..tapi chik as akan pastikan dia akan jaga chik as extra sikit ari tu..he..he..so oleh kerana mmg dah tahu x bawa anak2 n kami x leh bergambar sesama nanti, so kami wat ler pre konvo pun gamborr..tapiii x der banyak mana pun gambar sbb pelakon2 extra wat perangai..ada yang ngantuk, lapor, nangis dan sebagainya..he..he..so layanzz jerrr..
Saturday, October 24, 2015
Tuesday, October 20, 2015
perghh...jubah baru..
assalamualaikum..alooohaaa...alhamdulilah, lagi beberapa ari lagi chik as nak konvo...hoorayyy..sebelum tuh jom p ambik jubah konvo dulu..terbaiknya konvo kali ni, graduan untuk Master and Phd ada jubah baru..perghh, chik as pun tak tahu..memula tu heran gak ler, nengok kengkawan yang dah ambik jubah n upload kat fb..per lain mcm jer jubah diaorang..rupa2 nya UUM dah lancarkan jubah baru, apasal chik as tak tahu aaaa??? N pada tanggal 20 Oktober, maka dengan rasa xcited dan hidung kembang kempisnya (tapi still maintain sopan yerr) terus bawa pegawai pengiring (hencik suami) untuk ambik jubah..sampai2 jer kat kaunter ambik jubah tu, ikutkan hati nak jer chik as buat lompat bintang sebab xcited nengok jubah baru..tapi mengenangkan hencik somi ada, risau plak memalukan dia nanti..ha..ha..walaupun jubah tu besor sebab size 'S' dah habis..chik as ulang yerr, size 'S' dah abihh..maka chik as pakai size 'M'...ha..ha..bangga gila ,seumur hidup x pernah pun pakai size 'S'..he..he... merasalah rasa mcm badan tecik, walaupuuuuunnn...he..he.. so, here it is..taraaa..
Monday, September 14, 2015
His 2nd coloring contest
cheq anak MALAYSIA |
today, i just..eh, apasal tetiba speaking omputih ni..dah ler berabuk,ditambah plak ngan musim jerebu skrg ni, lagi ber berabuk2..he..he..so dipendekkan citer,ari ni chik as bawa ler hero sorang tu untuk masuk dalam pertandingan mewarna..dia mmg suka mewarna tapi pendedahan mengenai pertandingan ni mmg kurang.Ari tu masa ikut pertandingan mewarna yang tadika bawak, dia boring2 mewarna, siap conteng lagi kertas mewarna tu..adeh, saborr jer lah..so ari ni boleh dikatakan pendedahan kedua dia lah..n alhamdulilah mood dia okeh n color sampai habis..he..he..walaupun x menang, darwiysh totap menang di hati ayah n ibu..ceewahhh..
baguih anak ibu..oleh kerana x p sekolah ari ni, kena gak ulangkaji yer sayang |
muka cuak..semut oh semut.. |
macam2 aksi ada anak oii... |
Sunday, September 13, 2015
isi minyak rm30 tapi hilang rm200??
tepuk dahi..!! itulah yang berlaku kat chik as ari jumaat lepas..ari tu chik as kena kerja (kedah cuti jumaat & sabtu..tapi chik as ghojer jumaat tu) so bawa ler anak2 untuk dibahagi sama rata di rumah MIL n kat mak chik as..he..he..oleh kerana minyak x der dengan confidentnya chik as berhenti kat petronas..buka2 jer beg duit, alamak!!! not rm50 dlm beg duit chik as dah 'gone like a dust' adeh, tak tahu kenapa duit leh hilang plak..dah ler gaji pun sipi2 jer lagi..oklah, nak wat mcm ner kan..so chik as anggap dugaan jer lahh.Lepas tu nak p cucuk dok fikir nak bawa anak2 sekali tu punyalah rumit so dgm confidentnya chik as guna jer mesin di pump stesyen utk bayar (untuk pengetahuan,chik as dah banyak kali dah guna) so lepas congak punya congak, chik as isi ler rm30, jangan tanya apasal rm30 jer..ntah ler masa tu sel2 otak kurang berhubung sikit..lepas jer isi n sambil menyanyi2 kecil chik as terus hantar anak2 n g kerja.Tengahari tu oleh kerana masa rehat yang panjang n memikirkan baby kat umah x berapa cukup susu, chik as pun balik rumah. On the way nak balik rumah tu kengkononnya nak beli ler nasi siap2 n singgah di CIMB..cucuk punya cucuk mesej yang tertera 'Harap Maaf, baki tidak mencukupi'..aikk, pening chik as..sedangkan masa tu masih lagi ada baki 3 angka..sampai dua tiga kali chik as cucuk sambil dok pasang kembali wayar2 dalam kepala ni dok fikir hilang mana duit.Bila check online, balance masih ada lagi 3 angka..tapi why??whyy?? jerit chik as kat situ...dalam hati..he..he..last2 chik as terpaksa gak control ayu p tanya kat pegawai bank tu n explanation dia membuatkan chik as terkedu terpinga dan ternganga..rupa2nya setiap kali isi minyak guna kad kredit or kad debit di mesin bayaran di pam, sebanyak Rm200 akan ditolak dalam akaun kita sebagai cagaran dari pihak bank..selepas 3 hari barulah nilai dan amaun sebenar akan ditolak dan baki yang selebihnya akan dipulangkan..kalau bayar guna kad kredit n debit guna mesin di kaunter, ia akan menggunakan nilai sebenar kita isi minyak..so x akan tolak rm200 tu..so, pengajarannya untuk chik as ialah jangan dok memandai2 dan perasan pandai..kalau duit yg tak seberapa tu nak guna, sila guna cash or bayar guna kad di kaunter..hu..hu..
ikhas cik google |
update : duit baki dah masuk balik dah dlm akaun..hoorayyyy
Wednesday, September 09, 2015
13 Mei 1969, Tragedi dan Air Mata
1.0 PENDAHULUAN
Perpaduan
menjadi matlamat utama sesebuah negara, terutamanya negara yang mempunyai
masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia.Berdasarkan laporan dari Jabatan Perangkaan Malaysia jumlah
penduduk Malaysia berdasarkan bancian yang dibuat pada tahun 2010 adalah 28.3
juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan
warganegara. Warganegara Malaysia
terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67%), Cina (24.6%), India (7.3%)
dan lain-lain (0.7%). Selepas
kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalah dalaman. Terutamanya masalah
perpaduan dan integrasi kaum. Menurut J. A. Furnival iaitu seorang pakar
antropologi, beliau menyatakan
masyarakat majmuk ialah satu masyarakat
yang mengandungi dua atau lebih unsur atau peringkat sosial yang
seiringan tetapi tidak bercampur. Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat,
kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidup yang tersendiri.
Sewaktu
British memerintah, situasi pecah dan perintah telah diaplikasikan di mana di bawah sistem ini, kumpulan-kumpulan
etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India dipisahkan. Hasil daripada sistem
tersebut, kebanyakkan orang Melayu tinggal di kawasan kampung mengerjakan
pertanian, menangkap ikan dan kerja-kerja kampung yang lain.Hanya sebahagian
orang Melayu yang menetap di pinggir bandar. Ketika zaman penjajahan Jepun,
ketegangan perkauman tercetus kerana orang Melayu dan Cina terpisah dalam
kehidupan semasa zaman peperangan. Ketidak samarataan layanan antara orang
Melayu dan Cina oleh Jepun menimbulkan lagi situasi ini. Dasar Jepun yang
anti-Cina kerana pengalaman berperang di negara China semenjak tahun 1937 telah
membawa kepada penindasan kepada orang Cina dan menyebabkan mereka telah
melarikan diri ke pinggir Hutan.Ramai orang Cina telah menyahut seruan untuk
mengangotai Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan didukungi oleh Parti
Komunis Malaya (PKM) dan melakukan serangan ke atas Jepun melalui perang gerila
.
Selepas
British menguasai semula Tanah Melayu, cadangan menubuhkan Malayan Union
dikemukakan pada Oktober 1945. Sir Harold MacMichael telah datang ke Tanah
Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan supaya menyerahkan kuasa politik
mereka kepada British. Buat pertama kalinya dalam sejarah nasionalisme Melayu,
orang Melayu telah dengan lantang mengetepikan kepentingan kenegerian dan
bersatu padu menentang rancangan Malayan Union. Rancangan itu terpaksa ditarik
balik dan digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan
mengembalikan hak istimewa orang Melayu.
Pada
awal tahun 1950an sebelum merdeka,
perkara utama yang sering dibangkitkan oleh orang-orang Cina adalah berkaitan
dengan hak-hak kerakyatan serta Bahasa Kebangsaan. Dasar pelajaran yang
digunakan ketika itu yang menggunakan Bahasa Melayu dikatakan bakal melenyapkan
bahasa ibunda mereka serta menghapuskan kebudayaan Cina. Walau bagaimanapun,
dalam meniti era kemerdekaa, pemimpin-pemimpin Melayu dari UMNO dan
pemimpin-pemimpin Cina dari MCA telah bersepakat untuk bertolak ansur dan mengadakan satu pakatan
dan dengan itu parti Perikatan telah diwujudkan dan sebagai balasannya mereka
telah mendapat syarat kerakyatan yang liberal. Selain itu mereka juga bebas
dalam meneruskan kepentingan ekonomi dan perdagangan. Akan tetapi, kemasukkan
Parti Tindakan Rakyat (PETIR) dalam pilihan raya pada tahun 1964 telah mengubah
situasi yang berbeza. Ini adalah kerana, sentimen perkauman dan hak-hak
keistimewaan orang Melayu telah diganggu oleh Perdana Menteri Singapura ketika
itu iaitu Lee Kuan Yew dan ini telah mendorong kepada penyingkiran Singapura
dari Malaysia. Penempatan orang Cina di kampung baharu juga telah menjadi isu
perkauman. Ini adalah kerana bagi orang Melayu, ia seolah-olah meminggirkan
orang Melayu dan memberikan lebih perhatian kepada orang Cina. Berbeza pula
dengan tanggapan orang Cina yang berasakan kerajaan seolah-olah mengawal
perilaku mereka dengan menempatkan mereka di kota yang sering dipenuhi dengan
anggota keselamatan. Tanggapan ini secara tidak langsung mewujudkan lagi sikap
perkauman antara orang Melayu dan Cina.
Rusuhan
kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969
bukanlah rusuhan kaum yang pertama kali
berlaku antara orang Melayu dan juga orang Cina. Menurut Laporan Majlis Gerakan
Negara Malaysia, sudah terdapat beberapa siri pergaduhan dan ianya adalah dari
campur tangan PKM. PKM telah mengambil kesempatan dengan menyusup masuk
agen-agenya untuk mengintip dan menimbulkan kekecohan.Parti Buruh merupakan
salah satu parti yang dipergunakan oleh PKM untuk mengugat kesejahteraan negara
ketika itu. Isu ekonomi dan juga apa juga perkara yang bersifat perkauman
dipergunakan untuk menaikkan semangat perkauman orang Cina. Antara rusuhan yang
pernah berlaku adalah di Pulau Pinang, Pulau Pangkor dan Bukit Mertajam.
Rusuhan ini terjadi apabila timbulnya perasaan tidak puas hati, syak wasangka dan
dendam antara orang Melayu dan orang Cina.
2.0
Faktor-faktor
Rusuhan Kaum 13 May 1969
Peristiwa 13 Mei
1969 merupakan tragedi berdarah dan merupakan titik hitam dalam sejarah
Malaysia dan meninggalkan kesan terhadap kuasa politik,ekonomi dan sosial.
Ianya dikatakan merupakan kemuncak kepada keberlangsungan ketegangan hubungan
antara orang Melayu dan juga Cina . Sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika
itu, Tunku Abdul Rahman telah menyatakan bahawa faktor-faktor dan punca
berlakunya rusuhan kaum adalah disebabkan oleh anasir kongsi gelap Cina dan
juga dari komunis. Pada 9 Oktober 1969, Laporan Majlis Gerakkan Negara mengenai
rusuhan tersebut telah diterbitkan. Antara faktor-faktor yang dinyatakan selain
dari ancaman dan anasir komunis, perbezaan dalam memberi tafsiran mengenai
perlembagaan antara orang Melayu dan juga bukan Melayu juga merupakan salah
satu faktor tercetusnya rusuhan tersebut.Walau bagaimana pun, menurut pakar
sejarah, terdapat beberapa faktor yang penting yang menjadi penyebab kepada
tragedi ini.
2.1
Dasar
Pecah dan Perintah British
Pada Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan
kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan
ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas
dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi
semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan
status dan peranan yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu
digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di bandar manakala
kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya
direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya
di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan
prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. .
Selain itu dasar
pecah dan perintah British semasa Zaman Penjajahan British telah memecahkan
perpaduan kaum antara 3 kaum utama yang mendiami Tanah Melayu. Dasar ini juga
telah mewujudkan jurang ekonomi dan juga menyumbang kepada jurang pendidikan
kerana kehidupan setiap kaum diasingkan mengikut kegiatan ekonomi. Ekonomi
orang Melayu berskala kecil dan pengeluaran sumber ekonomi mereka seperti kebun
dan sebagainya tidak begitu meluas untuk membolehkan mereka memegang ekonomi
Tanah Melayu. Pihak British tidak menggalakan perkembangan ekonomi orang Melayu
kerana mereka ingin mengekalkan keadaan orang Melayu sedia ada. Maka dengan ini
telah memberi impak kepada masyarakat Tanah Melayu pasca Merdeka dengan
perbezaan status sosio ekonomi antara kaum.
2.2
Pendudukan
Jepun
Ketika
zaman penjajahan Jepun, ketegangan perkauman tercetus kerana orang Melayu dan
Cina terpisah dalam kehidupan semasa zaman peperangan. Ketidaksamarataan
layanan antara orang Melayu dan Cina oleh Jepun menimbulkan lagi situasi ini.
Dasar Jepun yang anti-Cina kerana pengalaman berperang di negara China telah
membawa kepada penindasan kepada orang Cina dan menyebabkan mereka telah
melarikan diri ke pinggir Hutan.Ramai orang Cina telah menyahut seruan untuk
mengangotai Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan didukungi oleh Parti
Komunis Malaya (PKM) dan melakukan serangan ke atas Jepun melalui perang
gerila. Sewaktu penjajahan Jepun, orang Melayu lebih mendapat perhatian dan
diberikan peluang untuk mentadbir negeri dan dinaikkan pangkat untuk
mengantikkan pegawai-pegawai British.
Dasar
pemerintahan Jepun yang anti Cina dan Pro Melayu telah membawa kesan yang amat
buruk dalam perhubungan antara kaum Melayu dan Cina.MPAJA yang pada asasnya
diwujudkan untuk menentang Jepun telah mewujudkan semangat perkauman selepas
Jepun menyerah kalah. Kekalahan Jepun telah memberi peluang kepada MPAJA
berkuasa dan sekaligus ‘membalas dendam’ kepada orang Melayu dengan membunuh
dan menyeksa orang Melayu yang disyaki bersubahat dengan Jepun, sekaligus
memperlihatkan situasi yang tegang antara Melayu dan Cina. Banyak kejadian
rusuhan kaum berlaku ekoran tindakan ganas MPAJA. Rusuhan kaum berlaku di Batu
Pahat, Johor, Sungai Manik, dan Sabak Bernam sepanjang MPAJ yang didukung oleh
PKM ketika berkuasa walaupun dalam tempoh yang singkat iaitu selama 14 hari.
2.3
Campur
Tangan Parti Komunis Malaya (PKM)
Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 bukanlah
rusuhan kaum yang pertama kali berlaku antara orang Melayu dan juga orang Cina.
Menurut Laporan Majlis Gerakan Negara Malaysia, sudah terdapat beberapa siri
pergaduhan dan ianya adalah dari campur tangan PKM. PKM telah mengambil
kesempatan dengan menyusup masuk agen-agenya untuk mengintip dan menimbulkan
kekecohan.Parti Buruh merupakan salah satu parti yang dipergunakan oleh PKM
untuk mengugat kesejahteraan negara ketika itu. Isu ekonomi dan juga apa juga
perkara yang bersifat perkauman dipergunakan untuk menaikkan semangat perkauman
orang Cina. Antara rusuhan yang pernah berlaku adalah di Pulau Pinang, Pulau
Pangkor dan Bukit Mertajam. Rusuhan ini terjadi apabila timbulnya perasaan
tidak puas hati, syak wasangka dan dendam antara orang Melayu dan orang Cina.
Pengiktirafan Pulau Pinang sebagai bandar raya oleh kerajaan British pada tahun 1867 telah
membuka ruang dan peluang dalam tercetusnya rusuhan kaum ini.Untuk meraikkan
pengkiktirafan ini, penduduk Pulau Pinang telah bercadang untuk mengadakan
perarakan. Oleh kerana UMNO Pulau Pinang tidak menyertai perarakan ini,
terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa orang Melayu ingin menghalang
perarakan yang dihadiri oleh orang Cina ini dan rusuhan bakal berlaku.
Perarakan yang bermula pada jam 10.30 pagi , pada 2 Januari 1956 ini dilakukan
tanpa kehadiran orang Melayu dan telah diiringi oleh kenderaan polis. Apabila
kenderaan polis telah berpatah balik, telah berlaku rusuhan antara orang Melayu
dan Cina atas sebab ketidak puasan hati masing-masing dan provokasi ketika itu.
Peserta perarakan telah mencari senjata dan terjadilah pergaduhan yang menyebabkan
empat orang terbunuh dan lapan lain cedera.
Pada 11 Julai 1964, telah berlaku perbalahan kecil di
Bukit Mertajam antara seorang penjaja berbangsa Melayu dan seorang penjaja
berbangsa Cina. Pergaduhan tersebut menyebabkan kematian apabila penjaja
berbangsa Melayu itu dicangkul. Rentetan dari kematian tersebut telah
menyebabkan orang Melayu bangkit dan menuntut keadilan . Serang menyerang dan
bakar membakar berlaku sehingga perintah berkurung telah dikeluarkan selama
sepuluh (10) hari bermula dari 14 Julai 1964.Ketika berlaku penurunan mata wang
pada tahun 1967, PKM telah mengambil kesempatan untuk menimbulkan suasana yang
tidak stabil dengan menghasut rakyat untuk mengadakan demonstrasi di Pulau
Pinang iaitu tempat yang mudah untuk tercetusnya rusuhan perkauman . Keadaan
yang meruncing menyebabkan rusuhan berlaku pada 24 November pada tahun tersebut
dan menyebabkan keadaan menjadi kucar kacir dan
menyebabkan banyak kecederaan berlaku.
Ketika konfrantasi berlaku pada tahun 1968, PKM telah mengambil peluang untuk
memanaskan lagi keadaan apabila seramai 12 orang pengkhianat negara dijatuhi
hukuman bunuh. Mereka menyokong sepuluh orang Cina yang terlibat dan menyatakan
sokongan atas faktor perikemanusiaan dan kenegaraan.
Kempen mereka
telah berjaya menarik perhatian dunia dan ketegangan kaum kembali berlaku.
Namun, ketegangan kaum itu kembali kendur apabila Perdana Menteri mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Sultan Perak supaya hukuman
diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup. Pada 24 April 1969, dua minggu
sebelum pilihan raya berlangsung, seorang pekerja Melayu UMNO telah dibunuh
oleh agen anasir subversif di Pulau Pinang untuk mengagalkan pilihan raya yang
bakal berlangsung. Untuk mengelakkan keadaan lebih runcing, para pemimpin UMNO mengarahkan
supaya jenazah dikebumikan secara senyap dan dapat menutup peluang anasir Mao
Tse Tung ini untuk menimbulkan pergaduhan.
Pada 1 Mei 1959, telah berlaku rusuhan kaum antara orang
Melayu dan orang Cina di Pulau Pangkor. Ianya berpunca dari kegiatan kongsi
gelap Melayu dan Cina yang mencari wang perlindungan di kawasan mereka. Pergaduhan bermula apabila sekumpulan
20 orang Melayu bersemuka dengan 30 orang Cina. Walaupun pergaduhan ini dapat
dihentikan oleh polis, namun ia tetap menimbulkan dan menaikkan sikap
perkauman. Dalam satu insiden lain, pergerakan orang Melayu di masjid telah
diperhatikan oleh orang Cina. Imam masjid telah mengarahkan agar kawalan dibuat
apabila orang Cina telah mengepung masjid dengan menggunakan senjata seperti
parang dan kayu runcing. Orang Melayu telah membalas tindakan ini dengan
membakar tujuh buah rumah kongsi, lalu tercetuslah rusuhan kaum dan menyebabkan seorang Melayu mati dan lima
orang cedera dan seorang mati dan dua orang cedera di pihak orang Cina. Selepas
rusuhan berjaya dikawal, Perdana Menteri telah menubuhkan Majlis Muhibah untuk
membentuk semula perpaduan dan menasihati penduduk supaya bertenang.
2.4
Konflik Politik
Salah satu punca utama kepada tercetusnya tragedi ini
ialah timbulnya rasa bimbang, kecewa, serta gelisah dalam kalangan orang Melayu
terhadap kekukuhan kedudukan kuasa
politik mereka selepas pilihan raya Persekutuan pada Mei 1969 terutamanya
apabila calon dari Parti Perikatan mengalami kekalahan yang teruk di Selangor
(Kuala Lumpur). Walaupun pada pilihan raya tersebut Perikatan menang, tetapi
pada peringkat negeri parti Perikatan telah mengalami kekalahan yang teruk
iaitu di Pulau Pinang, Kelantan dan hanya menang tipis di Selangor. Kemenangan
tipis di Selangor telah menyebabkan rasa kecewa bertandang di hati orang Melayu
apabila kerajaan di negeri Selangor terpaksa dibentuk secara kerajaan campuran,
dan ianya menyebabkan kekuasaan UMNO di Selangor tergugat.Pilihan raya yang
diadakan pada tahun 1969 ternyata telah mengubah aliran politik ketika itu
apabila parti Perikatan telah hilang banyak kerusi. Bagi MCA, jika pada tahun
1964 mereka telah memenangi lapan kerusi, tetapi pada tahun 1969 MCA kalah
dengan teruk kerana hanya dapat mempertahankan satu sahaja kerusi.
Bagi pihak pembangkang,terutamanya DAP, mereka telah
mencapai kejayaan yang cemerlang dengan merampas sembilan kerusi daripada 12
yang dipertandingkan pada tahun 1969. Manakala Gerakan pula telah memenangi
empat kerusi dari lapan kerusi yang dipertandingkan. Oleh sebab itulah, politik
di Selangor bergolak apabila kerajaan campuran terpaksa diadakan. Orang Melayu
tidak dapat menerima hakikat ini kerana terpaksa berkongsi kuasa dengan pihak
pembangkang yang sudah jelas pendiriannya untuk menghapuskan hak-hak dan
perlindungan kepada orang Melayu jika mereka berkuasa.Justeru, ianya adalah
jelas menunjukkan bahawa konflik politik adalah merupakan penyebab utama dalam
berlakunya rusuhan 13 Mei ini. Keadaan politik yang terumbang ambing dan kehilangan
kuasa politik orang Melayu memarakkan api kekecewaan. Keadaan bertambah rumit
apabila berlaku masalah dalaman dalam parti Politik itu sendiri antara UMNO dan
juga MCA. Kerjasama yang terjalin selama ini mula menunjukan keretakkan akibat kekalahan MCA yang dikatakan penyebab
kekalahan parti Perikatan.
2.5 Kempen
Pilihanraya 1969
Ketika pilihan raya pada tahun 1969, ianya telah dipenuhi
dengan unsur perkauman untuk memancing undi. Calon-calon yang berkempen telah
menggunakan isu-isu sensitif dan perkauman seperti hak istimewa orang Melayu,
Bahasa Kebangsaan, penenpatan dan sebagainya. Pada tahun 1968, Parti Buruh
telah mengambil keputusan untuk tidak bertanding dan melakukan kempen untuk memulaukan pilihan
raya dan berkempen ke seluruh negara. Kematian seorang pekerja UMNO di Pulau
Pinang dua minggu sebelum pilihan raya juga dikatakan mempunyai kaitan dengan
Parti Buruh yang dibayangi ole agen Mao Tse Tung.Dua hari sebelum penggundian,
seorang pekerja dari Parti Buruh telah ditembak mati oleh Polis dan ini
mencetuskan polemik perkauman ketika itu.
Untuk memancing para
pengundi, manifesto menarik digunakan oleh setiap parti yang bertanding. Parti
Perikatan telah menggunakan penyata kerajaan iaitu untuk pembangunan negara
dan ekonomi, pertahanan, keselamatan hal
ehwal luar dan perpaduan kaum sebagai manifesto mereka. Manakala,Parti PAS pula
dengan perjuangan mereka untuk menubuhkan sebuah negara Islam. DAP pula
meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Lee Kuan Yew dan meneruskan manifesto
‘Malaysian Malaysia’ dalam menuntut hak-hak yang lebih banyak untuk orang Cina
.Calon-calon yang berkempen telah menggunakan isu-isu sensitif dan perkauman
.Semasa berkempen , isu dalam Fasal 153 dan 152 Perlembagaan tentang 14akutkan
orang bukan Melayu. Selain itu, Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan
juga dipersoalkan ketika kempen tersebut.
Isu penyingkiran pekerja bukan Melayu dari sektor
kerajaan juga dibangkitkan ketika berkempen. Ternyata kenyataan yang diputar
belitkan itu menarik minat orang Cina dan membangkitkan lagi rasa amarah kepada
orang Melayu.Calon-calon yang bertanding telah menggunakan segala kudrat dan
isu bagi menarik minat para penggundi. Kempen pilihan raya ini sebenarnya telah
menunjukkan sikap berani para calon untuk lebih meluahkan isi hati dari kaum
masing-masing. Ternyata keberanian mereka juga telah mencetuskan rasa kurang
hormat orang bukan Melayu terhadap pihak berkuasa seperti Polis dan juga
penjawat awam yang dikatakan telah menjalankan tugas secara berat sebelah.
Semangat perkauman mula merebak di kalangan orang Melayu dan orang Cina dalam
mempertahankan hak masing-masing.
2.6 Latar Belakang Pendidikan Yang Berbeza
Kegagalan hubungan antara pemimpin dan rakyat serta
kurangnya kerjasama dan perpaduan adalah merupakan salah satu faktor merebaknya
konflik antara orang Cina dan juga orang Melayu. Sejak merdeka, para pemimpin
dari Parti Perikatan berusaha untuk mendapatkan sokongan dari rakyat yang
terdiri daripada pelbagai kaum, akan tetapi mereka masih gagal untuk menarik
sokongan rakyat. Persoalan tentang bahasa kebangsaan, dasar pendidikan dan pembangunan serta perancangan ekonomi
adalah antara perkara yang melibatkan aspirasi kaum dan pemimpin.
Selepas Perang Dunia Ke Dua, dasar kerajaan adalah untuk
menyusun semula sistem persekolah agar ianya disesuaikan dengan sistem majmuk
dan disusun semula yang menggunakan sistem yang berbeza mengikut orang-orang
Melayu, Cina dan India. Kurikulum yang digunakan adalah berbeza bagi setiap
sekolah. Sekolah Melayu menitik beratkan kemahiran menulis dan membaca ,
manakala sekolah Cina dan India pula menggunakan kurikulum asal negara
masing-masing. Manakala sekolah Inggeris pula hanya dapat dipelajari oleh orang
Cina dan India yang berada di bandar
sahaja. Oleh kerana kurikulum yang digunakan adalah berbeza, ianya adalah sukar
untuk menyatupadukan kaum melalui pendidikan. Ini adalah kerana, setiap sekolah
masih menekankan identiti, salasiliah serta sifat negara yang kuat dari negara
asal. Ketiadaan kesepakatan dan perpaduan menyukarkan untuk semua kaum untuk
bersatu melalui pendidikan yang berbeza.
Pada dasarnya, Jawatankuasa Pendidikan bersetuju untuk mewujudkan satu
sistem pendidikan bersepadu dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Jawatankuasa
Barnes telah ditubuhkan untuk mengkaji sisitem pendidikan di sekolah Melayu.
Hasil dari kajian tersebut , menyatakan bahawa semua kanak-kanak daripada semua
kaum perlulah mengikuti pengajian di sekolah kebangsaan. Ciri-ciri utama bagi
sekolah kebangsaan ialah , murid-murid
akan diajar menggunakan dua bahasa pengantar utama iaitu Bahasa Inggeris dan
juga Bahasa Melayu. Manakala, bagi meneruskan pengajian ke sekolah Menengah,
Bahasa Inggeris akan digunakan. Pada tahun 1951, Sir Henry Gurney telah
melantik sebuah jawatankuasa baru bagi mengkaji sekolah dan pendidikan Cina di
Tanah Melayu. Hasil dari kajian tersebut, telah menyatakan bahawa untuk
mewujudkan kesepaduan dan kesepakatan serta taat setia kepada negara,
kepelbagaian kebudayaan dan sistem persekolah yang berasingan adalah perlu.
Kajian ini adalah bertentangan dengan hasil keputusan kajian dari Jawatankuasa
Barnes dan seterusnya ianya dikaji semula oleh Jawatankuasa yang ketiga.
Setelah mengambil kira semua aspek dan keperluan, pada tahun 1952 Ordinan
Pelajaran telah dikuatkuasakan.
Di dalam Ordinan tersebut menyatakan bahawa, sekolah
mestilah mengikuti corak sekolah kebangsaan tetapi Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
boleh diajar sebagai bahasa ketiga. Pada
tahun 1955, sebuah Jawatankuasa baru yang diketuai oleh Dato Abdul Razak
Hussein yang merupakan Perdana Menteri Malaysia telah mengkaji tentang
pendidikan dan menyediakan penyata yang
dikenali sebagai Penyata Razak . Melalui Penyata Razak, dinyatakan bahawa dalam
mewujudkan perpaduan antara kaum, dasar pendidikan kebangsaaan adalah perlua untuk
kesepakatan dan perlu diterima semua rakyat.
Penyata Talib pula diperkenalkan pada tahun 1960 untuk
penambah baikkan sistem yang sedia ada. Antara perkara yang cuba diselesaikan
ialah memperuntukkan pelajaran rendah dengan perbelanjaan kerajaan dalah salah
satu daripada empat bahasa utama Tanah Melayu iaitu Bahasa Melayu, Inggeris,
Cina dan Tamil dengan membawa semua aliran bahasa di peringkat sekolah menengah
bantuan penuh, sekolah menengah jenis kebangsaan dengan menggunkan sama ada
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama, dan
mengadakan sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama bagi semua sekolah.
2.7 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan Bahasa
Inggeris telah dibenarkan dan digunakan sehingga tahun 1967 sebagai bahasa
sampingan. Dasar yang telah termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan telah
menaikkan kemarahan orang Cina dan menuntut Bahasa Cina patut diakui sebagai bahasa rasmi seperti
mana bahasa Melayu dan juha bahasa inggeris. Walaupun bahasa Melayu telah
diterima sebagai bahasa kebangsaan, perlaksanaan dan usaha yang dijalankan bagi
melunaskan penggunaan bahasaa tersebut pada setiap peringkat kerajaan,
terutamanya UMNO melalui Dewan Bahasa dan Pustaka telah menimbulkan perasaan
curiga dalam kalangan bukan Melayu termasuk pemimpin MCA sendiri. Mereka
merasakan bahawa usaha ini seolah-olah untuk menenggelamkan bahasa-bahasa lain
termasuk bahasa Cina sedangkan mereka mahukan bahasa Cina dihormati diterima
sebagai bahasa rasmi di tempat-tempat tertentu di seluruh negara. Keadaan ini
menimbulkan konflik antara para pemimpin Periakatan dalam usaha memenangi hati
kaum masing-masing. Teriakan bahawa kerajaan telah membunuh bahasa Cina telah
dibangkitkan.Isu bahasa ini sememangnya merupakan salah satu faktor yang
menjadi penyebab kepada konflik yang berlaku.
2.8 Konflik Ekonomi
Tidak dapat dinafikan bahawa konflik ekonomi merupakan
salah satu faktor asas yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dan curi
mencurigai antara kaum. Faktor ini juga memainkan peranan penting kerana
golongan pentadbir adalah mereka yang mencipta dan meneruskan dasar yang
diwarisi daripada pihak penjajah. Jurang perbezaan yang ketara antara kaum
telah menghasilkan persaingan ekonomi yang tidak seimbang. Bagi orang Melayu,
peluang perniagaan telah dimonopoli oleh orang Cina dan orang Melayu tidak
berupaya menandingi keupayaan orang Cina dalam berurus niaga . Manakala bagi
orang Cina dan India pula, peluang berkerja dalam sektor perkhidmatan kerajaan
tidak terbuka bagi mereka kerana, bagi mereka ianya dikuasai oleh orang Melayu
sahaja.Ketiadaan ideologi berdasarkan kelas yang berpengaruh yang boleh
menyatupadukan rakyat berbilang kaum menimbulkan rasa tidak puas hati terdapat
dasar pembangunan selepas merdeka yang akhirnya menimbulkan konflik perkauman.
K.S. Komo dalam bukunya yang berjudul Pembangunan Ekonomi Kelas Sosial di Malaysia
menyatakan bahawa,kegagalan kerajaan memenuhi tanggungjawab dalam
membangunkan ekonomi orang Melayu adalah kelemahan yang amat nyata dan ini
menambah perasaan perkauman rakyat. Faktor ini menimbulkan lagi rasa dendam dan
kecewa pada pihak masing-masing.
2.9
Peranan Media
Media massa terutamanya akhbar dan majalah adalah
merupakan medium perantara bagi menyampaikan sesuatu dan menyebarkan maklumat
kepada orang ramai.Dalam tercetusnya ketegangan antara kaum pada 13 Mei 1969
juga bertitik tolak daripada api sebaran dari pihak tertentu melalui media.
Peranan yang dimainakan pihak media ketika itu menambahkan lagi ketegangan yang
ada. Beberapa bulan menjelang pilihan raya 1969, akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan berita yang membangkitkan isu
perkauman kerana isu ini acapkali
dimainkan oleh Parti Buruh.Utusan
Malaysia telah menyiarkan berita tentang Parti Buruh yang telah mengedarkan
surat siarannya yang mengesa rakyat negara ini memulaukan pilihan raya umum.
Surat siaran yang hanya menggunakan bahasa Cina membuktikan bahawa parti itu
hanya mementingkan orang Cina sahaja dan telah membangkitkan rasa marah orang
Melayu kerana menghina kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Berita ini telah mendapat paparan utama di dada-dada akhbar saban hari. Selain
itu, persaingan antara akhbar-akhbar juga memaparkan komentar-komentar yang
bersifat prejudis sama ada untuk membela sesuatu kaum atau memperlekehkan kaum
yang lain. Rakyat semakin gelisah dengan pelbagai berita yang dipaparkan.
Selain itu, Utusan Malaysia bertarikh
13 Februari 1969 telah menyiarkan berita tentang tindakan Parti Buruh
mengeluarkan rakyat supaya ahlinya memboikot Minggu Perpaduan. Akhbar juga
menyingkap kembali tragedi rusuhan 10 tahun yang lalu antara orang Melayu dan
juga Cina di Pulau Pangkor pada 1 Mei 1959. Paparan ini memanaskan lagi keadaan
dan menimbulkan suasana yang tegang di mana setiap pihak menyalahkan pihak yang
lain.Sesungguhnya media memainkan peranan dalam menyemarakkan lagi api
perkauman.
2.10
Persepsi Lain
Walaupun Laporan
selepas tragedi menyatakan rusuhan yang terjadi adalah disebabkan hubungan antara orang Melayu dan juga orang
Cina, namun pada tahun 2007 seorang ahli akademik dan juga ahli dari parti
politik DAP, Kua Kia Soong telah
melancarkan sebuah buku yang berjudul “May 13 : Desclassified Documents on the
Malaysian Riots of 1969”. Menurut beliau, buku tersebut dikeluarkan atas faktor
kebenaran atas apa yang berlaku. Buku tersebut dihasilkan berdasarkan dokumen
yang dikatakan baru ditemui di pejabat maklumat awam London. Menurut dokumen
tersebut, rusuhan bukannya berlaku disebabkan oelh parti pembangkang tetapi
ianya adalah merupakan satu gerakan yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk
menimbulkan kekacauan dan menumbangkan Tunku Abdul Rahman.
3.0 Tragedi 13 Mei
1969
Rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak
kepada masalah perpaduan di Malaysia. Ianya dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei
1969. Peristiwa ini mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda yang banyak
dan telah meninggalkan titik hitam dalam sejarah tanah Melayu. Pilihanraya pada
tahun tersebut menjadi titik punca kepada semua permasalahan yang berlaku sebelum
itu. Selama 12 tahun merdeka, puncak kekuasaan politik adalah di tangan orang
Melayu walaupun hak politik tidak dinafikan untuk kaum lain. Ini jelas dengan
kerjasama politik dalam Perikatan pada pilihanraya sebelum itu. Dalam pilihan
raya sebelum tahun 1969, prinsip politik tidak dicabar dan tidak menggugat
prinsip yang diamalkan antara parti ketika itu. Walau bagaimanapun, pada
pilihan raya 1969, prinsip itu telah tergugat apabila pihak pembangkang
mencapai kemenangan yang tidak diduga.
Ketika kempen pilihan raya pada tahun 1969 berlangsung,
penglibatan calon-calon yang bertanding menggunakan isu-isu sensitif dan
perkauman telah menaikkan kembali semangat
kaum-kaum di Malaysia. Calon-calon bertanding terutamanya parti
pembangkang telah membangkitkan soal Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu,
kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini
telah menibulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Parti Perikatan telah
mengalami kekalahan teruk dan hanya memenangi 66 kerusi berbanding 89 kerusi
pada tahun 1964 dan situasi ini menyebabkan parti Perikatan telah kehilangan
majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PAP telah
memenangi 25 buah kerusi manakala PAS menang 12 kerusi. Hasil keputusan
pilihanraya telah disambut dengan kegembiraan pembangkan bukan Melayu. Kejadian
rusuhan sebelum pilihan raya telah menambahkan kelantangan orang bukan Melayu
mengeji orang Melayu. Senario tragedi ini sebenarnya bermul pada 9 Mei lagi
apabila telah diadakan perarakan mayat seorang remaja Cina bernama Lim Soon
Seng dari Parti Buruh Malaya yang disyaki didalangi oleh komunis. Remaja ini
mati ditembak oleh polis Kepong pada 4 Mei 1969 kerana menggangu kempen pilihan
raya. Perarakan yang disertai oleh 1000 orang itu memperlihatkan pengaruh
komunis apabila gambar Mao Tse Tung dan bendera berwarna merah dibawa bersama
dan teriakan berbau perkauman dilontakan kepada orang Melayu. Selain itu mereka
juga telah menyebarkan risalah ajaran Mao Tse Tung dan juga risalah yang
menyebut “Rejim Tunku Abdul Rahman Kejam” dan “Ajaran Mao Tse Tung sahaja boleh
diamalkan di sini”. Provokasi demi provokasi dilakukan untuk membangkitkan lagi
ketegangan.
Ketika keputusan pilihan raya diumumkan dan parti
pembangkang memperoleh kejayaan yang besar, mereka telah menyambut kemenangan
dengan mengadakan perarakan di Kuala Lumpur. Tindakan ini sememangnya menaikkan
api kemarahan orang Melayu yang sememangnya kecewa dan hampa dengan keputusan
pilihan raya tersebut. Dengan perasaan kecewa, orang Melayu juga ingin
mengadakan perakan yang sama sebagai tindak balas kepada pihak pembangkang. Dr.
Tan Chee Khoon dari parti Gerakan yang telah memperoleh kemenangan besar di
kawasan Batu, Selangor mengetuai perarakan tersebut. Perarakan haram ini
melalui Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan
di Kampung Baru, ianya diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu
UMNO berasa terancam dengan perarakan tersebut. Sepanjang perarakan, dikatakan
orang Cina telah mengikat penyapu di kenderaan mereka sebagai lambang
kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman.Bagi
masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif, iaitu bermaksud
sial.Ada yang meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi jalan.
Sementara itu, seramai 20 orang daripada kumpulan ini
telah berhenti di hadapan Balai Polis Travers dan salah seorang daripada mereka
telah melaungkan perkataan “Melayu Mati”
atau “Malai Si” serta menunjukkan kemaluannya kepada polis-polis
tersebut. Reaksi orang Melayu Kuala Lumpur tidak dapat dibendung lagi lalu satu
perarakan balas dilakukan dengan diketuai oleh Haji Ahmad Razali setelah
disetujui oleh Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato Haji Idris. Orang Melayu
telah berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz
di Kampung Baharu. Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan orang
Cina terutamanya dari Parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap.Berita
mengenai kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak iaitu hanya 2km dari rumah
Menteri Besar tersebar luas. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dang
kongsi-kongsi gelap telah bertindak ganas. Mereka membunuh orang-orang Melayu
di sekitar Kuala Lumpur dengan pelbagai senjata seperti tombak dan lembing.
Ekoran dari itu, rusuhan besar terjadi dan peritah darurat telah dikeluarkan.
Sekitar Kuala Lumpur dikawal oleh pihak polis dan Tentera dari Regimen Renjer
dikerahkan untuk mengawal.
Anggota Regimen Renjer yang dianggotai oleh Melayu, Iban,
Cina dan India turut menembak orang Melayu dan menyebakan orang Melayu semakin
meradang ini adalah kerana ketua Regimen Renjer adalah merupakan orang Cina
turut memberi arahan untuk menembak di kawasan rumah menteri Besar Selangor.
Setelah Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa
bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tunku Abdul Rahman masih
terus terbakar.Keadaan menjadi kucar kacir dan semangat perkauman semakin
meninggi dan memuncak ketika itu. Kejadian seterusnya berlaku di sebuah panggung
wayang iaitu Panggung Odeon di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Pemuda-pemuda Cina yang juga anggota kongsi gelap telah bertindak ganas dengan
mengepung dan membakar panggung tersebut.Sebelum kejadian, dikatakan terdapat
beberapa iklan berbahasa Cina disiarkan
di skrin menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari panggung.
Setelah orang Cina keluar dari panggung, mereka telah menyerang orang Melayu dengan menggunakan
parang dan senjata tajam yang lain seterusnya membakar panggung. Ramai penonton
yang terdiri daripada orang Melayu terkorban dan cedera parah termasuk dua
orang askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Polis gagal mengawal
keadaan dan meminta bantuan pihak tentera bagi membantu mententeramkan keadaan
yang semakin meruncing. Dalam gerakan pihak polis dan juga tentera membanteras
dan membantu mengawal keadaan, anggota kongsi gelap dan samseng jalanan diburu.
Disamping itu, gerakan itu juga berjaya menyelamatkan 3000 keluarga
Cina.Walaupun terdapat beberapa dakwaan yang menyatakan anggota keselamatan
bersikap berat sebelah dan pro Melayu, dakwaan ini disangkal oleh Majlis
Gerakan Negara Malaysia melalui laporan yang dikeluarkan selepas itu. Untuk
memulihkan kembali keadaan, pihak tentera telah bertindak mengambil alih tugas
awam seperti mengendalikan kereta api, bekalan elektrik, air, kesihatan dan
pelabuhan.
Rusuhan telah mengorbankan banyak nyawa dan menyebabkan
kemusnahan harta benda dan melumpuhkan aktiviti negara .Rusuhan, kebakaran dan
kecurian harta benda berterusan berlaku
selama beberapa hari sebelum keadaan dapat dikawal semula Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengisytiharkan darurat di
seluruh negara pada 13 Mei 1969 pada jam lapan malam dan perintah berkurung dilaksanakan serta merta mengikut
Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan demi menjamin keselamatan dan keamanan negara.
MAGERAN
Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong
dibawah undang-undang tentera. Dalam pada masa itu, pada 16 Mei 1969, Tunku
Abdul Rahman telah menubuhkan Majis Gerakan Negara (MAGERAN) yang terdiri daripada sepuluh orang ahli dan
diketuai oleh Tun Abdul Razak untuk
mentadbir negara mengikut pengisytiharan darurat.Selain itu ianya turut
diangotai oleh enam orang menteri Melayu iaitu Tun Dr. Ismail, Datuk Hamzah,
Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsudin, Ketua Turus Angkatan
Tentera, Jeneral Osman Jiwa dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Osman Salleh. Wakil
daripada pasukan keselamatan adalah perlu supaya pemulihan keamanan dan
keselamatan dapat berjalan dengan lancar. Terdapat dua orang bukan anngota
bukan Melayu yang dilantik iaitu, Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T. Sambanthan.Berikutan
dari itu, Parlimen juga telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah
dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan
berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
4.0 Impak Tragedi
13 Mei 1969
4.1 Menyepadukan
Kaum
4.1.1
Majlis Perundingan Negara
Dalam membentuk semula perpaduan kaum, kerajaan telah
menubuhkan Majlis Perundingan Negara
yang ditubuhkan pada bulan Januari 1970 .Fungsi utama majlis ini ialah untuk
meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Majlis Perundingan Negara ini
dipengurisikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada
wakil-wakil :
a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN
b) Kerajaan-kerajaan Negeri
c) Parti-parti politik
d) Sabah dan Sarawak
e) Kumpulan-kumpulan Agama
f) Badan-badan profesional
g) Perkhidmatan Awam
h) Kesatuan Sekerja dan Persatuan Majikan
i)
Wartawan
j)
Persatuan Guru-guru
4.1.2
Memperkenalkan Rukun Negara
Tan Sri Ghazali Shafie yang mengetuai Jabatan Perpaduan
Negara telah berjaya merangka satu garis panduan ideologi negara. Rukun Negara
telah diterima sebagai model asas bagi strategi dalam usaha mewujudkan
perpaduan kebangsaan. Rukun Negara adalah manifestasi ideologi nasional untuk
mencapai perpaduan tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama.Rukun
Negara yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 adalah hasil daripada
perbincangan dalam Majlis Perundingan Negara untuk mewujudkan sebuah negara
Malaysia yang bersatu padu, adil, saksama dan
maju dari segi sosial dan ekonomi.Konsep Rukun Negara terdiri daripada
prinsip-prinsip berikut :
a) Kepercayaan Kepada Tuhan
b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
c) Kedaulatan Undang-undang
d) Keluhuran Perlembagaan
e) Kesopanan dan Kesusilaan
4.1.3
Pembentukkan Majlis Muhibah
Majlis Muhibah
ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN dan diketua oleh Tunku Abdul
Rahman. Ia diadakan di setiap peringkat pusat, daerah dan kawasan. Ia bertujuan
untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan
masyarakat Malaysia.Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan pelbagai kaum
dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan
pelbagai kaum di Malaysia.
4.2 Pembentukan
Dasar-Dasar Negara
Tragedi 13 Mei 1969 ini telah menjadi titk tolak kepada
dasar pentadbiran negara. Banyak perubahan telah dilakukan dan menyusun semula
masyarakat terutamanya yang melibatkan orang Melayu di bandar mahupun di luar
bandar.Perpaduan nasional, toleransi antara kaum dan juga jurang ekonomi
menjadi agenda kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan yang dikenalpasti.
Justeru, pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi masalah ini melalui
dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan di kalangan masyarakat
berbilang bangsa.Pengajaran utama untuk orang bukan Melayu daripada rusuhan
kaum tahun 1969 itu ialah untuk mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang
terkandung dalam perlembagaan, secara terlindung atau terbuka sebelum orang
Melayu sendiri merasai terjamin dengan kedudukan ekonomi mereka. DEB telah
dilancarakan sebagai sebahagian daripada strategi keseluruhan Tun Razak untuk
memupuk perpaduan semula dan membina semula negara . Selain daripada
matlamatnya untuk membawa kemakmuran kepada semua orang Malaysia supaya tidak
ada kaum yang merasakan mereka kerugian dan ketinggalan.
4.2.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar ini telah dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970
melalui Rancangan Malaysia Kedua
(1971-1975) untuk memperbetulkan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi yang
wujud di Malaysia.Rancangan-rancangan pembangunan di bawah DEB disusun dan
dijalankan menerusi serampang dua mata, iaitu untuk mengurangkan dan seterusnya
membasmi kemiskinan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa
mengira kaum dan keduanya menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Agensi- agensi kerajaan atau badan separuh kerajaan dan
perbadanan-perbadanan kerajaan mempunyai fungsi yang lebih mustahak dalam
perlaksanaan DEB ialah MARA (Majlis Amanah Rakyat), Pernas (Perbadanan
Nasional), UDA (Perbadananan Pembangunan Bandar dan PEKN(Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri. Selain itu Bank Negara , Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN)
dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad adalah badan yang terlibat. Walaupun
matlamat DEB untuk membantu orang Melayu dalam 30 peratus pemilikan Bumiputera,
namun sedikit sebanyak ianya dapat
membantu dalam pengurangan dan menaik taraf hidup orang Melayu dan seterusnya
dapat mengurangkan kadar kemiskininan.
4.2.1.1 Membasmi Kemiskinan
Kemiskinan adalah
sebab utama menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya
bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh
menggugat perpaduan negara kerana kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar
kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu tertumpu kepada aktiviti
pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah
sosial ekonomi dan projek-projek pembangunan telah dirangka supaya :
a) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat
b) Menambah daya pengeluaran dan pendapatan
c) Memberi peluang perpindahan orang yang bekerka di sektor
rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan
d) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum
antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah
e) Memodenkan kehidupan di luar bandar
f) Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan
Bumiputera.
g) Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi
kaum di Malaysia
h) Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui
pelajaran, latihan , kesihatan, kemudahan insfrastruktur dan lain-lain.
Banci penduduk yang diadakan pada tahun 1970 mendapati
49.3% dari semua kelaurga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah
garis miskin. Dari jumlah semua keluaga, 86% berada di kawasan luar bandar dam
14% di kawasan bandar.Manakala mengikut kaum, orang Melayu masih di tahap
tertinggi dengan 64.8% diikuti dengan
lain-lain 44.8%, India 39.2% dan Cina 26.0 %. Dari sudut pembahagian pekerjaan
pada tahun 1970, pecahan mengikut kaum mendapati orang Melayu mendominasi dalam bidang Pertanian sebanyak 67.6%, Cina 19.9% ,
India 11.5% dan lain-lain 1%. Manakala dalam sektor perlombongan orang Cina
berada di tempat teratas dengan 32.1% diikuti Melayu 32.1%, India 8.5% dan
lain-lain 0.7%. Dalam sektor perniagaan,perdagangan, pentadbiran awam,
pelajaran,pertahanan dan kemudahan awam, 45.5% adalah daripada orang Cina dan
42.6% adalah Melayu ,10.7% India dan lain-lain 1%.
4.2.1.2 Penyusunan Semula Masyarakat
Dalam
menyatupadukan rakyat, dasar ini
digunkan untuk penyusunan semula masyarakat . Kerajaan telah menetapkan sasaran
untuk pemilkan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia
termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera dan 30 peratus untuk pelabur
luar negara pada tahun 1990. Selaras dengan
usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut
untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB:
i) Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan
kurang berupaya.
ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sekor ekonomi
tertentu
iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti.
iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang baru di
kalangan masyarakat bumiputera.
v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian
tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar Bumiputera.
vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan
ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta.
Kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat
Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan rekod dari Pendaftar
Syarikat adalah mendapati hakmilik dan penguasaan sektor syarika-syarikat pada
tahun 1971 menunjukkan bahawa pengguasaan Bumiputera hanyalah sebanyak 4.3% dan
bukan Bumiputera sebanyak 34%. Manakala penguasaan warganegara Asing adalah
sebanyak 61.7%. Walaupun matlamat DEB untuk penguasaan Bumiputera sebanyak 30%
masih belum tercapai, penambahbaikkan dilakukan dari masa ke semasa.
4.2.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan
Pelajaran adalah merupakan alat untuk menyusun semula
masyarakat dan ini adalah perkara utama
dalam Rancangan Malaysia Pertama. Pada
amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang
berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan
kurikulum bersepadu yang sama. Penyeragaman sistem pendidikan adalah penting
kerana Dasar Pelajaran seperti Penyata Barnes, Ordinan Pelajaran 1952, Penyata
Razak, dan Penyata Rahman Talib serta
dasar pendidikan kebangsaan serta dasar lain berkaitan pendidikan berperanan
dalam memupuk perpaduan kaum. Pada tahap ini, sistem pendidikan dirancang
supaya dapat memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan
rakyat berbilang bangsa. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada
hasrat serta aspirasi negara dan dipernyatakan dan memberi penekanan kepada
usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis yang
boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Beberapa startegi perlaksanaan telah digubah untuk
mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut :
a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
yang utama
b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah
c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu
dengan mengagihkan peruntukkan secara adil dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pedalaman.
h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
menekankan persepaduan antara unsur-unsur intelektual, rohani , emosi dan
jasmani.
i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik
j) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris mata
pelajaran wajib di ajar di sekolah –sekolah dan memberi peluang yang sempurna
bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
4.2.3 Dasar
Kebudayaan Kebangsaan
Kebudayaan adalah
merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan amat penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di
mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke
arah meningkatkan pembangunan sosio ekonomi dan politik. Pengubalan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan
mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Ianya perlu dibuat dengan
mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara
ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan.
Objektif utama Dasar ini ialah :
a) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui
Kebudayaan
b) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang
tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan.
c) Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan
dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi.
Prinsip-prinsip utama yang ditekankan ialah :
a) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
b) Usur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar
c) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan
5.0 Penutup
Peristiwa 13 Mei 1969 sememangnya menjadi sejarah hitam
bagi tanah air dan kejutan bagi rakyat dan pemimpin amnya. Pada dasarnya
tragedi tersebut telah membuktikan bahawa kealpaan para pemimpin dalam mentadbir
negara dan menyisihkan beberapa faktor menjadi punca tercetusnya ketidak puasan
hati rakyat. Pembentukan sebuah negara bangsa yang merdeka dan bersatu hati
akan musnah andai curiga mencurigai antara satu pihak dengan pihak yang lain
akan menjadi barah dalam memupuk perpaduan antara kaum. Soal kepimpinan juga
merupaka salah satu punca apabila sesuatu perkara yang berlaku tidak dapat
diawasi dan dikawal sepenuhnya atas kelemahan kepimpinan ketika itu. Dan
akhirnya , apabila barah perkauman semaikin merebak ianya tidak dapat dibendung
lagi dan berakhir dengan pergaduhan dan rusuhan yang mana segala kebencian dan
kekecewaan terurai di sebalik rusuhan yang berlaku. Walaupun ianya dapat
dikawal selepas itu, tetapi kesan kemusnahan harta benda dan nyawa menjadi
bukti betapa seriusnya permasalahan ketika itu.
Walaupun ianya
merupakan tragedi berdarah negara, namun ianya membawa sinar positif kepada
rakyat Malaysia. Beberapa dasar telah digubal semula demi menyeimbangkan
ekonomi, sosial dan budaya semua pihak agar
dapat bersatu dan seiring memajukan negara. Dasar-dasar yang dirangka dan
diolah semula itu memastikan agar rakyat Malaysia dapat mendukung aspirasi
negara tanpa mengira fahaman dan ideologi politik. Perpaduan perlu dibentuk
semula bagi menyemarakan semangat dan perpaduan rakyat Malaysia dan membentuk
semangat cintakan negara.Walaupun sehingga kini terdapat anasir-anasir yang
cuba dibawa sesetengah pihak untuk menggugat keharmonian negara dan perpaduan kaum, rakyat perlu sedar
dan segera membantu pihak kerajaan agar ianya dapat dibendung dan perpaduan itu
dapat dijaga. Isu-isu sensitif seperti isu agama, hak istimewa orang Melayu dan kedaulatan Raja perlulah di
elakkan dari berbincang dan berdebat secara terbuka. Ini adalah kerana ,
kealpaan dan keangkuhan kita dalam berfikir dan bertindak secara terbuka
menyebabkan ianya melibatkan hati dan perasaan orang Melayu. Begitu juga dengan
hak dan kebebasan orang Cina dan orang India.Dalam memupuk perpaduan dan
persefahaman, sebagai rakyat Malaysia kita perlu memupuk erat prinsip-prinsip
perlembagaan dan rukun negara yang telah digubal.
Selain itu pemimpin juga perlulah mengambil berat akan
kepentingan rakyat dengan mengenalpasti keperluan dan juga kelemahan sesuatu
kaum dalam memberi keseimbangan yang perlu. Sebagai pemimpin dan juga kerajaan,
usaha berterusan adalah perlu dalam menangkis anasir-anasir yang bakal
mewujudkan kembali konfrantasi antara kaum. Andai kita semua rakyat bersatu
padu, maka perpaduan yang dibina akan semakin utuh dan kukuh. Biarpun ianya
diancam anasir negatif yang bakal mengoncangkan perpaduan, pastinya kita akan
terus bersatu dan sehati sejiwa memupuk perpaduan dan membina sebuah negara
Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bersama-sama membina kejayaan
bersama-sama.
Rujukan
Abdul Rahman
Ibrahim.(2011). 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Hasmah Ahmad (1986). Dasar-dasar baru kerajaan.
Kuala
Lumpur : Jabatan Penerangan
Kua, Kia
Soong.(2011). May 13 declassified documents on the Malaysian riots
of 1969.
Kuala Lumpur: Suaram Kommunikasi
Leon Comber (1985).
Peristiwa 13 Mei sejarah perhubungan Melayu-Cina.
Petaling Jaya:
International Book Service.
Mardiana Nordin (2011).
Pengajian Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar
Majlis Gerakan Negara (1969).The May 13 Tragedy a report
K. Lumpur: The
National Operations Council.
Mukhriz Mahathir (2004). Dasar ekonomi baru intipati.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Ikhtibar 13 Mei , Berita Harian. 13 Mei 2010
Dasar – Dasar Malaysia. http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf
Subscribe to:
Posts (Atom)