-->

MY FOLLOWER

Pages

Tuesday, August 30, 2005



MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA !!!

apa erti merdeka ? bebas dari penjajah ? dapat mentadbir sendiri tanah air kita ? bebas bergerak ? apa jua tafsiran kita sesungguhnya 31 ogos 1957 adalah merupakan tarikah keramat yang harus kita ingati.bukan untuk 2 tahun. bukan untuk 10 tahun..tapi perlu dingati seumur hidup kita. ingatkan pada anak-anak kecil, ingatkan pada kawna-kawan, ingatkan pada jiran-jiran,ingatkan pada semua..apa itu merdeka.. merdeka bukannya berkumpul di dataran menanti saat 12 tgh malam, bukannya berkumpul untuk melihat konsert,..tidak salah untuk melihat konsert@hiburan tetapi perlulah berpada-pada, bukannya bersedia untuk 'race' haram,bukannya merdekakan diri dari kongkongan ibu bapa, dan yang penting..bukannya MERDEKA DARI AJARAN AGAMA ISLAM.. apa tafsiran kita ttg merdeka? hanya kita yang boleh membawa merdeka itu ke dalam diri agar kita tidak leka dgn apa yang kita ada.
Ya ..kita sudah merdeka..sudah bebas..kita berada di negara yang berdaulat, negara yang maju,aman damai.perlu apa lagi kita risau..perlu apa lagi kita fikir..buat saja apa yang kita nak buat..kita sudah merdeka!!! ..kalau inilah fikiran kita,x mustahil negara kita akan musnah..x percaya..percayalah..hanya kita yang mampu membawa negara kita terus ke puncak jaya. janganlah kita leka dan tidak berusaha.sedikit kesilapan, maka musnahlah negara kita.. adakah kita sudah merdeka? sayang seribu kali sayang..ramai di antara kita tertunggu-tunggu 31 ogos tetapi bukannya untuk bersyukur kemerdekaan negara..tetapi menunggu konsert nyanyian, menunggu tayangan filem, menunggu untuk hiburan.apa yang lebih menyediahkan apabila as ada menonton satu rancangan 'remaja' dan topik yang diutarakan ialah kemerdekaan.sedihnya ada diantara remaja kita (mungkin dewasa pun mcm tu juga) tidak tahu tahun kemerdekaan negara kita. hanya sekadar mengetahui 31 ogos..tahun ??? sedih melihat anak2 remaja yang bakal memimpin negara kita menjadi sebegini. kalau ditanya berapa tahun merdeka apatah lagi..adakah selama 48 tahun kita merdeka ini remaja ini sudah merdeka.. Ya, kebanyakkan dari mereka sudah merdeka..merdeka dari pemikiran, merdeka dgn sosialnya, merdeka dgn pakaiannya..dan menyedihkan agamanya.. apa jua anutan agama..semuanya inginkan sesutu yang bersih dan suci..apatah lagi agma kita ISLAM. apa yang dapat kita lihat dengan rakyat malaysia kini ? bukan sahaja remaja tapi semua golongan ..adakah mereka sudah merdeka ??? bagi as..kita belum merdeka dari 'jajahan'.jajahan yang secara halus makin menebal dan adakah kita akan terus dijajah ? jajahan dari fesyen, sikap dan pelbagai lagi..mengapa kita ingin dijajah?? ubahah pemikiran kita, ubahlah cara kita berfesyen, ubahlah cara kita bersosial.,TETAPKAN IMAN DAN ISLAM..jgn biarkan kita dijajah lagi..sesungguhnya andai kita dijajah,adakah kita berpeluang merdeka lagi?? fikirkanlah...



ALBUM MAWI PECAH REKOD ?



KERATAN AKHBAR DARI HARIAN METRO

30 OGOS 2005

www.hmetro.com.my

Friday, August 26, 2005

macam-macam perkara

pening..peningg


dah lama blog as ni tergantung mcm tu jer..ntahlah masa tgh berkobar-kobar(mcm lagu vince ari tu plak) pc buat hal..server slow n mcm 2 lagi..skrg ni plak as busy sikit..lagi satu yg geram teramat sangat ni..ari tu as dah update mngenai konsert final -sambungan dari part 1 tu..tetiba jer elok2 abis n nak post..blackout!!! aduhhhhhh..tension dibuatnya..skrg ni nak update balik konsert ari tu..ambik masa sikit lerr..ada punya ..tapi tungguuu.sementara tu ada problem plak ngan blok as ni..sebab tu lah gmbar mawi tuk part 1 konsert masa nyanyi seroja tu x ada..sorry yekk..nti as upload bebanyak kat fotopages..kat situ pun 3 kali as upload..sama juga problem dia.. :( nti ada masa as buat ler yer.
gegaran mawi..
sejak mawi menajdi juara ni murah rezeki dia..setiap ari ada show sampai x menang tangan dibuatnya ..rezeki namanya..dlm pada tu kesian pun ada kat mawi..sampaikan balik kg pun 10min jer jumpa mak n ayah..apa leh buat mawi..awak dah jadi kepunyaan masyarakat..terpaksaler terima semua tu..dlm pada tu juga, pada org di luar tu..plzzz lahh bagilah sikit mawi ni privacy n one more MAESTRO- dlm nak menaikkan nama mawi (or nak kaut duit lebihhh he..hee) kenalah juga jaga kebajikan amwi ni..jgn terlalu tamak sangat..yg teruk mawi..korang tu rilkes jerr..PANAS NIII ..walaupun as respek ngan spek kat MAESTRO ni..korang jagalah anak buah korang tu elok2..sian ngan mawi tu..kasilah dia rest sikit.cuti sehari pun ok ler...--> just want to share my opinion jerrr.. oklah berbalik pada kisah mawi ni..as rasa mawi ni lain dari yg lain.dulu as minat gak ngan af ni..tapi gitu2 jer lah.but now?? what can i say is ..now i'm a big fan of af but for sure of course MAWI!! yg paling dasyat bukan ajer org biasa..org kenamaan,dato-dato,datin2..n other profesional yg minat n suka dia.ada apa dgn mawi ??? TEPUK DADA< TANYA SELERA
mawi cipta rekod ?
selepas mawi mencipta rekod dgn memegang student paling lama bertahan di tempat 1 setiap minggu sehingga menjadi juara af,juga memegang rekod peratusan tertinggi sepanjang 3 musim af sebanyak 58%(mmg rekod baru) dan menang 3 trofi sekaligus dalam satu af-juara,vokal n persembahan terbaik..mawi kini cipta rekod lagi. rekod apa ? dlm masa hanya 3 hari selepas album kompilasi lagu mawi yg dinyanyikan sepanjang musim af dipasarkan ia telah menjangkau sebanyak 41,250 unit..wow..terkejut juga as..tapi inilah tandanya dlm musim kemarau album kini,mawi mampu mengembalikan kegemilangan rekod album sebelum ini.sehingga berita ni ditulis apa yg as dapat tahu album mawi dah meningkat menjadi 81,200 unit..percaya @ tidakk..itu kenayataan! TAHNIAH PADA MAWIFC DAN JUGA PEMINAT@POENYOKONG@SAHABAT MAWI YANG SELAMA INI MENYOKONG MAWI DGN MEMBELI ALBUM YG ORI "PASTIKAN ORI,BARU BELI" sebenarnya sampai skrg as masih belum berkesempatan nak membeli album mawi..geram betulll .asyik tak ada stokk jer..di sini as lampirkan gambar album mawi..nanti pergi beli tauu..
Edisi KL :41,250 unit album dijual dalam tiga hari

Rm 21.00- Cakare Padat

RM 16.00 -Kaset



Wednesday, August 10, 2005

Oh mawiku..

TAHNIAH!!!!TAHNIAH!!! alhamdulilah akhirnya apa yang diharapkan menjadi kenyataan..bukan sahaja Juara yg digenggam mawi,tetapi mawi mengondol 2 lagi 'award' tambahan yg as rasa ramai diantara kita tidak menyangka.Anugerah Vokal Terbaik dan juga Persembahan Terbaik!!!WOWWWW!!!! as sendiri x menyangka kategori tambahan yg diadakan oleh pihak astro ini digondol oleh mawi..namun apa yang dikesalkan apakah sebenarnya motif dan tujuan anugerah vokal terbaik dan persembahan terbaik ini diadakan melalui undian?? apa yang pasti..KEUNTUNGAN!!! bagi as anugerah vokal n persembahan terbaik ini perlulah diadili oleh juri yg pro ..barulah kemenangan mawi ini lebih diiktiraf! dan tidak dipersoalkan oleh pihak2 lain..bagi as vokal mawi memang hebat n as akuinya dia layak menerima award ini..tapi secara jujurnya as rasakan persembahan amylea lebih hebat dan layak dinobatkan best performance..maybe ada yang akui kata-kata as ni..tapi apa yang bermain difikiran as ini, ada sesuatu yg cuba dilakukan oleh pihak astro..plzz jgn ada sesiapa ataupun astro terasa yer,ini pendapat peribadi..kategori afvokal n afbaik ni sebenarnya telah memecah undi!!! percaya atau tidak,jika afvokal n afbaik ini tidak diadakan..undian mawi akan lebih baik!!secara peribadi as x pernah mengundi afvokal n afbaik!!! x pernah!!! as hanya undi afundi jer..kemenangan mawi memang mengejutkan as..dan ini juga sebagai bukti mawi disayangi oleh semua..dan mempunyai ramaiii peminat.sayangggg mawi..nampaknya pecahan undi tidak menggangu undi mawi :) malah rezeki mawi bertambah-tambah..alhamdulilah..inilah sokongan padu peminat-peminat dan hasil kutukan dan fitnah yang dilemparkan pada mawi..orang yang teraniaya akan termakbul doanya...
Air Mata Mawi..
selepas mawi diumumkan juara akademi fantasia musim ini..ramai yg terpaku seketika..mengapa??? kita dapat lihat buat pertama kali air mata mawi berguguran..air mata kemenangan dan kegembiraaan...melihat mawi menitiskan air mata ntah kenapa sebak jer dada as dan tetiba as turut menagis sama..akkhirnya mawi..impian kau terlaksana juaa...sob..sob..(nangis ler tue..he..he..)
Ulasan Konsert
seawal 8.15 lagi..hati dah berdebar-debar..bukannya apa,risau kalau khabar angin yg mengatakan ada pihak yg tak ingin menjadikan mawi juara menjadi kenyataan.walaupun pada hakikatnya ramai yg sukakan mawi..tapi mereka semua mengundi ker ?? sebelum konser bermula as sempat lagi tengok Buletin Utama..af tua af juga,news ni jgn d lupa..barulah worldddd. masuk jer 8.25 as terus tukar chnl..he..he..yg bestnya mak as pun x bantah..maklumlah dah minat mawi katakan.dulu masa af1 n 2,mak as langsung x minat..tengok gitu2 jer..tapi bila mawi masuk..dasyat jer as tengok..he...he..sampaikan kalau abg2 call n tanya pasal af,mak as bleh jawab punya..siap bagitau % lagi ..cayalah mak.. rasa lambat plak nak pukul 8.30..as sempat borak ngan mak,kalaulah mawi x menang macam mana yer ??? takut gak..
ok..dah 8.30..yahooo...
seperti biasa konsert bermula dgn kemunculan aznil.pentas nampak biasa jer..x berapa 'grand ler'..tapi bila as amati,ada something kat stage tu..oh ..rupanya persembahan diaorang kali ni diiringi oleh live band..orkestra(iyer kot ). itu jer yg berbeza..yg lain nampak biasa jer.. sesi perkenalan pelajar agak berbeza dengan kemunculan mereka meneruni tangga (hati-hati kalau tersingkir,he..he..) .diketuai oleh mawi dan pelajar2 yg lain.
Pusingan pertama
Filex- kudaku lari..
Persembahan yang agak bertenaga dari filex dgn arrangement muzik yang baru .agak rock dan maybe nak lari dari konsep muzik nyer yg asal agak mendayu sikit..walaubagaimanapun filex kelihatan agak semput dan vokalnya menjadi semakin turun naik..filex perlu lebih practice dgn lagu rock seperti ni.walaupun filex cuba membawa penonton ke alam rock tetapi ia agak kaku dan biasa kerana gayanya seperti ini dapat kita saksikan ketika menonton hukum karma dulu.
3.8/5.0
Amyelia - Ku Berserah
Lagu n lirik yang agak menarik.Persembahan amylea diserikan lagi buaian yang disediakan untuknya.agak menarik pembaharuan pada kali ini. Permulaan persembahan dimulakan dgn drama filex dan amylea.tapi apa yang dapat dilihat drama ini seperti 'tangkap muat' jer.maybe kerana tiada keserasian antara mereka..kalau filex n akma or marsha n mawi maybe ada kottt..he..he..gurau jer. vokalnya yyang agak mantap tapi amylea perlulah lebih lantang dalam mengeluarkan suaranya dan perlulah lebih jelas.kedengaran seperti amylea mengunyah ayant dan tidak jelas.sejak minggu pertama hingga akhir inilah amsalah yang dihadapi amylea.walaubagaimanapun persembahan yang hebat walaupun agak membosankan pada permulaanya kerana mungkin terlalu lama di atas buaian.
4.5/5.0
Marsha-manusia
arrangement muzik yang baru memang menarik untuk lagu ini. agak catchy dan sesuai dengan vokal marsha. lagu ini pernah dinyayikan oleh Allahyarham Seniwati Puan Sri Saloma dan juga Sheila Majid ini diberi nafas baru oleh sham kamikazi pengarah muzik bagi af ini.Persembahan yang ditunjukkan oleh marsha agak menarik dan bertenaga.Mungkin muziknya yang agak catchy ini membuatkan kita terpaku di tempat duduk kita. vokalnya agak sederhana dan ada naik dan turunnya.marsha perlu more practise dalam menahan nafas n jgn menjerit dik oii..bahaya tue..anyway good performance n as enjoy sangat..
4.6/5.0
Mawi-Seroja
persembahan yang hebat!!! bagi as inilah persembahan yang 'briliant' .permulaan persembahan mawi 'disembunyikan' di sebalik barisan koir kebangsaan yang mengiringi mawi..apabila lagu dimainkan,hanya sura mawi yg kedengaran dan sedikit demi sedikit barulah mawi muncul ibarat seorang pahlawan yang muncul di hadapan ingin menewaskan musuhnya..ternyata persembahan mawi pada kali ini memang memuakau pada pandangan as.ditambah pula dengan vokal mawi yang mantap dan alunan koir yang boleh membuatkan kita terpaku seketika..WOWW!! itu yang mampu as katakan..walaupun marsha ada membantu mawi dlm mengiringi persembahan ini..bagi as x perlu..kerana kekuatan vokal mawi telah meliputi segalanya.tahniah mawi!!
4.9/5.0
Filex -warkah berlagu pilu
apa yg as dapat lihat..filex tidak memberi 100% utk persembahannya malam ni.entah mengapa dia seolah olah hilang semangat dan fokus sejak minggu ke 9.rindukan akma ? ntahlah.. bermula dari minggu ke 9 lagi,filex seolah2 tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan..tension barangkali.. untuk lagu baru ini,filex bertuah kerana mendapat lagu ciptaan cikgu adnan abu hassan dan bagi as lagu ini sungguh indah melodi dan senikatanya.tapi sayangnya,filex seolah2 tidak lihat 'tuah' lagu itu.pada permulaan diari sudah dapat dilihat filex tidak menyukai lagu ini..mungkin tidak kena dengan jiwanya.tapi ini adalah tugasan dan harus disempurnakan.kalau kena dengan gayanya..lagu ini boleh menjadi hits!
persembahan filex agak biasa.permulaan lagu yang baik tetapi malangnya filex seakan-akan'hentam saja' untuk lagu ini.dia tidak berhati2 dan ini membawa musibah apabila pitching,tone replacement n vokalnya agak 'out' dan ditambah lagi dengan lupa lirik..apa yang sudah terjadi pada filex ? diwaktu persembahan filex , dipaparkan vt 'video' filex dan akma..entah ,mengapa as rasakan ia 'biasa'.mungkin kerana ia adalah sama ketika persembahan khai pada konsert akhir af1 dulu dgn memaparkan vt rosma? i just want to share my opinion.. kemunculan akma pada akhir konsert mungkin menaikkan sikit semangat filex ,tetapi ia sudah agak terlewat.

Friday, August 05, 2005

konsert akhir af..penentu segalanya


dah lama as x post dlm blog ni..bukannya apa,sejak dua menjak ni bz sikit.so,as hanya jadi pemerhati di blog-blog lain esp blog yg ada cerita af ler cam alisejuk,SM,elkapitan.. sepatutnya dah banyak as post cerita ttg konsert and diari dlm af tapi so soryyyler yer bz sikit.

Konsert Terbaik
Bagi as konsert ke-8 adalah merupakan konsert yang terbaik d antara semua konsert kerana semua lagu2 yg best sangat.As dah dapat rasa minggu ke-8 itu adalah minggu yg terbaik sekali bagi semua pelajar af..persahabatan dlm af pun semakin ketara dan akrab.sayang rasanya memisahkan mereka semua.Tapi apa boleh buat perjuangan perlu d teruskan dan haruslah ikut format yang d tetapkan kan.. konsert ke 8 mmg 'boom' best sekali..semua student menunjukkan peningkatan yg ketara,esp kefli yg rasanya mmg membuat persembahan yg bertenaga.overall semuannya best n paling best of course mawi..he..he.. n konsert ini jugalah akma meninggalkan af.biarpun menunjukkan persembahan yg agak baik(ala2 goyang gerudi inul lagi..),akma harus akur dgn result dan undian penonton..

lagu bonus
ladki bani anjani hai
seri langkat

lagu individu
marsya - cubalah utk setia
kefli- hati emas
yazer- mengapa harus cinta
mawi- pupus
akma -selamat jalan romeo
amylea-dua insan bercinta
felix- hukum karma