-->

MY FOLLOWER

Pages

Thursday, September 29, 2005

'MAWI LELAKI MELAYU TERAKHIR ?'



selepas mawi keluar ajer dari af,mawi ni dah jadi mcm gula..asyik kena hurung dek semut..x kira ler semut api ker,semut merah ke,semut kecik ker..yg ptg sure kena hurung punya.bukan sahaja oleh peminat tapi juga oleh media massa dan juga media elektronik.apa taknya kalau cover depan tu muka mawi,sure majalah tu cepatnyer abih..maklumlah..mawiiii sepanjang mawi berada di af dan dlm jangkamasa 2 bulan mawi bergelar artis ni..sebut jer majalah apa..pendek kata semua majalah hiburan pasti ada majalah mawi.bukan sahaja hiburan bahkan majalah bukan hiburan pun ada ..setakat ni majalah yg cover mawi Hai,URTV,Media Hiburan,Mangga(cipta rekod..3 kali tauu),Mastika pun ada, URS,dan banyak lagi ler..as sekadar menyebut beberapa majalah yg polular ler..dan yg paling terbaru sekali..kira latest ler..ini ler yg canggihnya..sepanjang keluaran majalah ni..mawi menjadi lelaki pertama yg jadi cover depan majalah ni. mmg worlddd punya. Untuk keluaran bulan Oktober ini,mawi manjadi cover depan untuk Majalah In trend..mmg canggih.cipta rekod.ok kat sini as selitkan sikit bebrapa temubual antara mawi dan wartawan maj In Trend tu..nak tahu selebihnya..pandai2 lah beli sendiri yer :)

menyusul nanti
  • Temubual MAwi dan wartawan In Trend

__________________________________

Apa pandangan mawi sebelum menyertai Akademi fantasia,sedangkan sebelum ini Mawi tidak tahu apa itu Akademi ?

Saya tahu ttg diari daripada majalah.Saya hanya dengar kawan2 bercerita fasal akademi.Kalau dapat masuk kena duduk terkurung tiga bulan.Itu sahaja yang saya tahu.Bila kawan2 ajak pergi uji bakat saya pun ikut mereka sahaja.Tidak sangka rezeki saya tersurat di Akademi.

Dahulu sebelum popular ,mungkin Mawi pernah dipandang sebelah mata dan diperlekehkan ?

Mestilah ada,itu lumrah manusia..tapi saya ambil sebagai semangat.Tak apalah biarlah saya seorang yg tahu tak payahlah org lain tahu.

Mawi sudah popular dan ramai pun sudah berkira-kira mawi bakal jadi jutawan.Apa rancangan Mawi ?

Saya nak buka kelas mengaji untuk mak dan abah saya.Saya takut juga mahu rancang banyak perkara.Takut tidak jadi.Biarlah buat sementara ini saya tanamkan hasrat buka kelas mengaji

Okey mawi,kalau saya tanya Mawi,jawab apa sahaja yg terlintas dalam fikiran mawi..

Jamal Abdilah ? Raja Pop Malaysia

marsha ? senang rapat dengannya

Islam ? Agama Suci

Akidah ? Sesuatu yg berharga

Keluarga ? Kasih Sayang

Cinta ? Ibarat kentut,ditahan sakit dilepas takut (iyer ker mawi he..he..)

Rempit ? keberanian..lumba haram

Felda Taib Andak ? Hidup Peneroka

Masjid ? Tempat Ibadat

Nyanyian ? satu kesenian kebahagian

Rezeki ? redha dan terima

Perkahwinan ? Sesuatu yg dituntut

Mati ? Sudah semestinya

Monday, September 26, 2005

mawi dan bintang af3 gamatkan Brunei

pada 23 september lepas bintang2 af3 selamat sampai di Brunei. rasanya ini mmg perkara yg wajib untuk setiap bintang af3 untuk membuat persembahan di brunei.baguslah mcm tu..mengeratkan lagi hubungan dan kemesraan antara dua buah negara. Sebenarnya as rasa x perlulah as cerita lebih2 lagi..sbb rasanya korang dah pun baca kat mana2 website kan..sorry ler sangat..bz yg teramat2 ler sangat x nyempat nak update.so korang baca ajerlah yer :)


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Dewan Amphitheatre Jerudong Park digegarkan lagi semalam dengan kehadiran bintang-bintang Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dengan persembahan mantap setiap bintang.Konsert yang bermula pukul 8.30 malam itu dimulakan dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh artis tempatan yang juga bintang tempatan yang digilap melalui pertandingan Suara Bintang Keputeraan 2005.Artis tempatan, Has, memulakan konsert dengan persembahan mantap melalui nyanyian Jalinan Cinta yang kemudiannya diikuti dengan Yura yang mempersembahkan suara yang cukup lantang dengan lagu Sabar Menanti.Rina dengan lagu Teringin juga berjaya memukau peminat yang hadir dan seterusnya Aming dengan gaya tersendiri memberikan persembahan bertenaga yang berjaya menghangat dan menggegarkan dewan berkenaan.Suasana menjadi lebih meriah apabila semua bintang AF3 tampil dengan persembahan memukau dengan nyanyian Bermula Di sini dan seterusnya menampilkan pengacara yang terkenal dalam bidang lakonan, Ogy Ahmad Daud.Walaupun Ogy hadir menggantikan tempat pengacara asal konsert AF3 iaitu Aznil Haji Nawawi, namun beliau berjaya menghidupkan suasana dengan kehebatannya berkomunikasi dengan para peminat yang hadir.Konsert itu seterusnya dimulakan dengan persembahan individu bintang Akademi Fantasia yang dimulakan dengan Ekin yang membawakan lagu Lets get loud dengan mantap walaupun Ekin kurang sihat.
Persembahan individu bintang-bintang Akademi Fantasia diteruskan lagi sehingga akhirnya menampilkan bintang yang diminati ramai iaitu Juara AF3, Mawi World.Mawi mendendangkan dua buah lagu individu iaitu Gadis Melayu dan Aduhai Saleha yang menyebabkan suasana dewan menjadi lebih riuh dengan teriakan para gadis Brunei setelah Mawi menggubah lirik lagu menjadi "Siapa bilang gadis Brunei tak menawan...?'Selain lagu individu, lagu secara berkumpulan juga turut menyerikan lagi konsert berkenaan termasuk nyanyian lagu Hindi yang cukup memukau dengan tarian daripada bintang Akademi Fantasia terutama Amylea yang memainkan peranan penting dengan tarian solo sebelum lagu itu berakhir.Lagu medley Grease juga tidak kurang hebatnya yang mana semua bintang Akademi Fantasia dapat membawakan para peminat balik ke zaman lagu itu dipopularkan.Konsert semalam diakhiri dengan persembahan "wajib" iaitu lagu tema Akademi Fantasia Menuju Puncak oleh semua bintang Akademi Fantasia yang terdiri dari Mawi, Felix, Amylea, Marsha, Yazer, Kefli, Akma, Ekin, Idayu, Aidil, Fuad, Reza, Eliza dan Amy.Konsert Akademi Fantasia 3 Live in Brunei secara keseluruhannya memang berjaya menggegarkan dewan Jerudong Park Amphitheatre dengan persembahan yang memuaskan daripada semua bintang Akademi Fantasia.Konsert berkenaan ternyata memberikan kepuasan kepada semua peminat tempatan sekali gus memberi mereka peluang untuk melepaskan rindu kepada bintang pujaan mereka, sambil menyaksikan sendiri kehebatan bakat penyanyi yang digilap melalui rancangan yang disukai ramai, Akademi Fantasia.

GAMBAR AKAN D UPLOAD KEMUDIAN

Sunday, September 25, 2005

NEW MALAYSIA IDOL


CONGRATULATION DANIELL NEW MALAYSIA IDOL



its all over now..guees who get the tittle 'malaysia idol' ? nita or daniel?? if u say nita..treerrrrttt sorry u are wrong.. so, minus 50 he..he.. just kidding..melalut plak cakap omputih pepagi ni..sebenarnya as dah nak tido dah..but my blog phewwww..got a big problem.so terpaksalah ambik masa yg pnjg juga ler nak fixed problem ni.at last,it work.fuh..dah ngantuk sangat dah ni.lagi berapa minit jer lagi dah nak subuh dah.wow..whole night!!! dasyat tu..mcm buat assignment lak rasanya.oklah straight to the point.
Perjuangan Nita dan Daniel sudah sampai ke penghujungnya..IDOL yg dicari telah pun jumpa. Akhirnya tepat jam 9.50 pm waktu genting highland :) Daniel telah diangkat oleh peminat Malaysia Idol sebagai Juara Malaysia Idol ke 2 pada tahun ini.Daniell telah mengalahkan Nita dgn 3 gol berbalas satu..oppss silap chnl plak..daniel telah mengalahkan Nita dgn memenangi 68% bersamaan dgn 1.2 juta undian sms manakala nita pula sebanyak 500 ribu sms.so,sapa menang? 1.2 juta @ 500 juta sms ? kalau sapa yg jawab 500 juta sms tu..sah..fail matz kott .he..he..kejuaraan mutlak milik daniell..hidup org kedah..hidup chglun..ha..ha..apa2 pun.congratulation daniel.you must build your own way now.
sebenarnya as x nak komen banyak mengenai M.I ni,coz i'm
not a big fan of M.I .its fair right..tapi apa yg as lihat kualiti pada M.I kali ni amatlah teruk.ops..sorry pada yg terasa,but its true.just look at the final contestant ! what do u think ? pada as ini semua yg berlaku ni ada sesuatu yg perlu dikembalikan kepada pengurusan M.I. apa dia ? as pernah terbaca beberapa artikel yg menemubual pengurusan M.I dan komen ttg Akademi Fantasia dan 'JUARANYA'. walaupun tidak secara terus terang, apa yg dikatakan oleh mereka ialah " AF hanyalah rancangan utk populariti bukannya mencari bakat, kami di M.I bukannya mencari populariti tetapi kualiti yg ada .." lebih kurang mcm tu lah.as tambah sikit lagi "kalau mereka ni (af student) dtg ujibakat M.I dah lama tersingkir ".. --> (esp mawi) .so skrg apa kualiti yg M.I ada ? as rasa apa yg diperkatakan pada mawi n af kini dah berbalik pada mereka.as mmg respek pada M.I musim pertama yg telah melahirkan Jacyln Victor n Dina..mmg superb!! but this year ?? no comment. as rasa M.I kini menanggung sedikitt rasa malu (or lebih)
atas apa yg berlaku.kalau diberi peluang utk berentap dgn juara af1 cthnya.for sure vince akan mng.
as x nak komen mengenai Daniel,tapi apa yg as nak perkatakan di sini ialah pada pengurusan M.I ambil iktibar ! mengenai apa ? mereka sudah cukup dewasa untuk berfikir apakah perkaranya. UNTUK PENGETAHUAN M.I LAGI, AF POPULAR KERANA MELIPUTI SEMUA GOLONGAN,TETAPI M.I DI WUJUDKAN SECARA FRANCIAS OLEH U.S HANYA UTK ORG BANDAR SAHAJA !! kenapa as ckp mcm tu ? apa yg as lihat M.I ni sendiri dah acuan barat, so apa salahnya d ubah menjadi ala timur.x salah kan.tapi apa yg kita lihat ? pakaian wanitanya ,fuhh boleh membuatkan org pandang berkali2.x termasuk lagi slang 'omputih' nyer. jadi M.I fikirlah jalan terbaik untuk menarik balik minat 'org kg'..bukan sekadar tagline peserta tu'org kg' tapi apa yg as lihat dia bukan org kg sebenar.kenapa ? jgn tanya kenapa..
KEMANA HALA TUJU MALAYSIA IDOL ?

Friday, September 23, 2005

oh daniel..oh mawiii



sebelum as mulakan post ni biarler as nak gelak jap.. he..he... apa punya kawan daaaa...nak kata kawan tu x ler juga..but just classmate jerr. apa yg as cerita ni yer ?? sebenarnya as nak cerita mengenai Malaysia Idol ni..alah yg ada kat 8tv n Tv3 tu..sajer jer explain2 x tahu he..he.. secara jujur dan ikhlas as cakap as bukannya pernah tgk pun M.I ni..adalah sekali dua..tu pun lepas AF abis.tgk M.I pun sbb dah boring tahap power rangers x der cerita best kat tv. sepanjang M.I ni berlangsung sampailah dah grand finale ni barulah as perasan sesuatu.tu pun baru tahu ari rabu lepas..baru lagi tu.. rupanya Daniel tu classmate as dulu.lawak-lawak.camner ler leh x kenal ni.kami same class form 4 dulu.x der ler rapat pun..as ni dulu ketua kelas sbb ganti dia ler coz dia pindah school ke skolah lain.maunyer as x perasan si daniel ni..dah ler x penah tgk M.I pastu rambut daniel tu pun dah lain dah :) kelakar plak rasanya budak kelas as dah famous..dah nak finale baru perasan..ntah hapa2 ntah :) alah x kisah ler lagipun as x minat M.I ni..tapi tumpang bangga ler juga classmate kita dah famous :) opssss tutp criter daniel..ngantuk ler..

ha..ni ada cerita baik punyaaa.sure x ngantuk ler.. cerita apa ? cerita mawi lerr... kalaulah mawi ni org kedah ..bestnya..tumpang bangga gak..(pa daaa..ni lah manusia kalau org ternama jer trus bangga<-- nasihat diri sendiri ni) as kesian ngan mawi..d tarik sana,d tarik sini oleh parti politik ..apa kessss ???? come on ler parti politik sekalian.jgnlah nak mempergunakan mawi tuk kepentingan politik sendiri.mawi hadir sebagai penghibur,so let it be like that..geram betul as. x kiralah parti umno ke, pas ke,dap ker ..jgn masuk campur !!!! n lagi satu jgn ingat mawi tu parti pas ke parti umno ker..dia parti worldddd..pencalonan tahun depan :) as x suka politik mempergunakan mawi.plzz lahh..bagiler dia bernafas sikit.dia hadir sebagai penghibur so x perlu nak gunakan dia untuk politik.just give him a space.plzzz lerrr..

oh yerr..skrg ni masa artikel ni d tulis (artikel ker ..) mawi dah berada di brunei..alhamdulilah dah selamat sampai.rasanya mlm ni @ esok mawi n gang akan buat konsert kat sana.apa yg as dapat tahu, semalam diaorang pergi mengadap Sultan Brunei.cayalah mawiii worlddd..
UPDATED !! DANIEL JUARA MALAYSIA IDOL 2 2005 !!!
my comment ?? no comment .

Thursday, September 22, 2005

rindu semakin jauh...

ntah kenapa rasa sunyi jerr...rasa rinduuu..tengok org tu terbayang org ni..tgk org ni terbayanorg tu..rindu kot he..he.. opssss jgn salah sangka yerr.. as rasa rindu sangat dgn sahabat2 as masa di polytechnic dulu.apa agaknya diaorang skrg ni yer.. maklumlah masing2 dah ada hala tuju sendiri.diaorang bernasib baik dapat masuk universiti..tapi as..memang ler dapat masuk juga dan ambik degree..tapi mmg lain sangatt.as ambik degree jarak jauh berbeza dgn diaorang jadi full time student. maklumlah as skrg dah kerja..bolehlah cukup makan :) dah rezeki kat sini.as cemburu tengok student kat uum ni..oleh kerana kerja as berdepan dgn student as cemburu dgn diaorang.kalaulah pointer as tinggi dulu..sureeee punya dah masuk 'U' full time..dah rezeki..as teringin sangat nak jadi full time student..pergi kelas sama2..makan sama2..pergi shoping sama2..dating sama-sama...opssss yg tu x leh he..he.. acah jer..pendek kata rindu sangat. as sayang sangat dgn member2 as..as ni bukannya org yg mudah nak cakap or say hii..i miss u ...u are my friend or apa2 lagi ler yg sweet2 tu..tapi bagi as..persahabatan itu tak perlu kata2 tapi hanya keihlasan dan kejujuran akan mempertahankannya sehingga akhir masa. rindulah dgn korang semua.. w'pun as jarang contact korang..percayalah as dah abadikan memori kita selamanya di hati...ceewahhh


memori kita bersama x akan ku lupa..

Monday, September 19, 2005

ANUGERAH ERA 2005 ( AE' 05)













Akhirnya berakhirlah anugerah era pada hari sabtu yg lepas..apa yg boleh as ckp..mmg hebattttt sangatt.. as tabik spring lerrr ngan astro kerana boleh hasilkan sebuah anugerah yg hebat dan bermutu seperti ini. persembahan artis2 mmg bertenaga dan hebattt..boleh dikatakan agak meriah dan best sekaliii sepanjang anugerah2 yg diadakan pada tahun ini.mungkin kerana kemunculan aznil hj nawawi dan linda onn sebagai pengacaranya yg membuatkan anugerah kali ini mmg hangatttt..as percaya penonton di stadium dan di rumah mmg x kering gusi melihat telatah aznil dan linda ni..mmg vasssttt sangattt..TAHNIAH!! AE pada kali ni juga melihat banyak pembaharuan yg berlaku..antaranya set pentas pada kali ni mmg canggih dan menarik.apa yg istimewanya pada kali ini disediakan satu sudut khas seperti konti penyampai era ..canggih juga idea diaorang ni yerrr.. Jika dulu cd digunakan utk mengumumkan keputusan pemenang, apa yg istimewanya pada kali ini keputusan pemenang disampaikan melalui sms ..sms? ini yg bestnya..di skrin besar akan terpapar 'satu mesej diterima' kononya ada mesej samper ler..so, penyampai anugerah akan buat2 ler buka hf dan baca keputusan pemenang..mmg canggih..brilianttt lerrrr.. maklumlah kali ni kan Digi yg sponsor ..tapi apa yg mencacatkan sikit anugerah pada kali ini adalah teknikal problem..masalah mic rosak..sepatutnya hal2 mcm ni kena ambik perhatian sikit..kesian tgk nash menjerit tapi org x dgr..walaupun aznil muncul utk menukar mic..tapi dah terlambat..siannn nashh
PERSEMBAHAN ARTIS
apa yg as dapat lihat sebagai penonton,persembahan artis pada kali ni mmg bertenaga dan best..membuatkan kita x nak berganjak dan x nak tukar channel...he..he.. (ada gak masanya mcm nak tukar chn bila ada artis yg buat show kurenggg) .persembahan yg as rasa paling best dan mmg 'show' yg sebenarnya ialah Ahli Fikir..bila as tgk jer show tu..wow..mmg canggih habis..mmg bertenaga dan besttt..siap ada badut sarkis lagi..mmg bertenaga ..mcm nilah kalau nak buat show..jgn sekadar melepaskan batuk d tangga jerr..selain tu persembahan ct, nash n man kidal (walaupun masa nash menyanyi ada masalah mic) ,sharifah zarina&aidil, mawi (hebattt..mmg worldddd), dan juga persembahan jamal abdilah.yg lain as rasa mcm biasa jerrr..ini opinion as jerr..yg lain terserahlerr pada mata yg memandang kan.

KEPUTUSAN PEMENANG
1. ARTIS HARAPAN PILIHAN
Zahid - Pemenang
2. LAGU POP PILIHAN
Elegi Sepi - Azharina- Pemenang
3. ARTIS INGGERIS TEMPATAN PILIHAN
V.E - Pemenang
4. VOKAL DUO/ BERKUMPULAN PILIHAN
KRU/Adam - Pemenang
5. IRAMA GLOBAL PILIHAN
Erti Hidup - Dayang Nurfaizah - Pemenang

6. LAGU NASYID PILIHAN
Aku Tanpa Cintamu - Mirwana/Jay Jay - Pemenang

7. MUZIK VIDEO PILIHAN
Terhangat Di Pasaran - KRU/Adam - Pemenang
8. PILIHAN KAKI WAYANG ERA
Sepet - MHZ Films-pemenang
9. LAGU ROCK PILIHAN
Mungkin Nanti - Peter Pan -Pemenang

10. BAND PILIHAN
Spider-Pemenang
11. ANUGERAH SENI ERA
M.Nasir
12. ARTIS PILIHAN DIGI
Mawi
13. ANUGERAH CARTA ERA
Mungkin Nanti -Peter Pan
14. VOKAL LELAKI PILIHAN
Anuar Zain-Pemenang
15. VOKAL WANITA PILIHAN
Siti Nurhaliza-Pemenang

Thursday, September 15, 2005

Masalah melanda..


aduhaiiii..asalamualaikummmm..salamattttttt :) dah lama as tak update..bukannya malas..tapi blog ni ada problem plak..dah banyak as post tapi semua hilang..aduhhhh ..aduhhhh saliha..opss tersasul plak he..he.. oh yer sebut pasal saliha..baru as teringatkan mawi..jgn marah.. :) 16 september ni mawi akan datang ke Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan di Jitra, Kedah..yahooo.. dekat ngan umah as tu..nak pergi ke tak pergi yer...emmmm.. ntilah as pikirkan dulu..bukannya apa,17hb as ada exam plak..camner yerr..tak p rasa ralat plak..mawi dah datang dekat dah tu..nak pergi sure masalah nak parking keta plak..camner yerr...ntahlah kita tungguuuu..kalau as p sana as dgn rasa bestnyer akan update kat sini..kalau tak p..takder lah yerr...