-->

MY FOLLOWER

Pages

Sunday, March 27, 2011

macam x percaya jer...

iysh ..mcm tak percaya pun ada,rasa mcm mimpi pun ada..23 march lepas, sempena besday as,chewah nak sebut gak tuh he..he..as berkesempatan untuk mendengar kupasan ttg isu "NATRAH"..errmm korang tahu tak siapa natrah tuh? kalau tak tahu sila tanya encik goggle yer.he..he.. as seronok sangat n rasa teruja sangat bila dapat tahu ada program Bicara Buku Natrah ni n yang bentangkannya plak bukannya sebaranga orang , tetapi penulis buku tu sendiri Datin Seri Fatinni..didatangkan khas dari UTM...selalunya as tengok dia kat dalam tv jer n kerap tengok masa isu Teater Natrah ari tuh..maklumlah dia tak berapa ngan Erma Fatima..he..he..







walaupun gambar blur..tetapp nak jugaaa letak sini.



Bagi as, kupasan pada hari tuh mmg bermakna dan mmg tak puas punyer.Isu yang dibangkitkan bukanlah hanya isu Natrah semata-mata tetapi isu Melayu itu sendiri..bagaimana kita alpa dan bagaimana nasib kita akan datang..walaupun kita berada di Malaysia,dengan majoriti berbangsa melayu adakah kita boleh katakan dan boleh banggakan bangsa kita andai kita sendiri cuba singkirkan bangsa kita sendiri..perghh dah mcm penceramah ler plak as..banyak lagi citer dlm natrah ni,.so alternatifnya silalah dapatkan buku Natrah ini di pasaran..he..he.. so lepas jer sesi ni habis as ngan member pun tanpa segan silu dan tebalkan hati mengeluarkan duit tuk beli novel ni..setelah berfikir sebanyak 100 kali maka novel Natrah tuh kami miliki juga..n lebih rasa berbaloi apabila sedang kami tunggu Datin Seri utk minta sign, tetiba diminta untuk bergambar bersama-sama n lagi masyukk apabila dijemput duduk semeja dan makan sekali dgn Datin Seri..kami juga boleh bersembang secara tak formal dengan Datin seri. n lagi menarik as juga dapat personal business card datin Seri..perghhh mmg berbaloi-baloii..bestt sangattt..tapi buku tuh skrg ada dlm almari as lagi, maybe hujung minggu ni baru sempat nak baca..he..he..





Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Saturday, March 26, 2011

epyyy besdayyy to us :)


epyy meppynya as birthday kali ni..bukan sajer birthday  kami kali ni bertiga tetapi suprise yang diberi hencik somii mmg amattt terharu.he..he..walaupun simple tapi bestt sangatt..so touching :) oleh kerana birthday kami hanya selang sehari jer, so kami celebrate sekali jer..pada 23 march tuh ,masa besday as, hencik somi wat kejutan ler plakk.pagi tu ingatkan suami as dah lupa dah birthday as, so muka ibu darwisyh ni mmg masam mencuka ler..he..he..maklumlah tunggu suami wish dari semalam lagi..dahler kami pagi tuh g kereta asing2 sbb suami as kena g kursus..dgn muka masam tu tetiba suami as ngan awiysh nyanyi lagu epyy besday kat as..so mmg teruja ler sangat kan..muka dari masam tuh terus jadi manis balik..he..he..n petang tu sekali lagi suami wat suprise..kenkononnya suh as ambilkan barang dlm keta, tup tup jumpa benda lain..he..he...jumpa a bouquet of flower..cheewahh speaking plak..masa as tgk bunga tuh mmg rasa mcm nak melompat pun ada..terkedu as kat tepi keta tuh..he..he..tq abang cayang. :)

pada 24hb tuh plak, kami sambut sekali lagi..kali ni kami sambut dua besday sekali..birthday as n birthday suami as..walaupun simple tapi sangattt bermakna... :) 

 pose dulu..sblum potong cake..


 awisyh dah ready nak potong cake tuh...

 berbangga ler plakk ngan bunga tuh..he..he..

 cayanggg anak ibu..muahhhh

 premata hati ibu dan ayah :)

 bersama tok sayang :)

 my precious

bunga ibu :)






Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 23, 2011

BPA lagi..

Q & A
PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A

1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PCPla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’ Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.

4.        APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?
BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

5.        BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
  • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi


6.  APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?
  • KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.
  • KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.
  • KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.


7.  MENGAPA KKM  MASIH MEMBENARKAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT SEHINGGA SATU (1) TAHUN WALAUPUN KESANNYA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA TELAH DIKETAHUI?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. KKM memberikan masa perubahan (transition period) secara berperingkat kepada semua pihak untuk ‘phasing out’ botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA. Tindakan ini adalah selari dengan tindakan negara-negara lain yang telah mengharamkan BPA.

8.  KENAPAKAH PENGHARAMAN INI DIKENAKAN KE ATAS BOTOL SUSU BAYI SAHAJA?
Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.

9.  APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut : 

  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
  5. Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

10.    APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat.
Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.

11.    APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN? 
Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti  yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain. 

12.    APAKAH NEGARA-NEGARA YANG TELAH MELARANG  PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT? 
Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

13.    APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGGUNA SELEPAS 1 MAC 2012? 
Walaupun tarikh penguatkuasaan ke atas pengharaman botol susu bayi polikarbonat di pasaran adalah pada 1 Mac 2012, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA.

14.    ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA?
Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.

15.    BAGAIMANA KEADAAN PENGGUNA YANG PERNAH ATAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. Tindakan pengharaman ini juga diambil adalah berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini. 
Walau bagaimanapun, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA bagi mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

16.    ADAKAH PERKAKASAN DAN BEKAS MAKANAN / MINUMAN BAYI SEPERTI PINGGAN, SUDU DAN CAWAN PLASTIK JUGA MENGANDUNGI BPA? 
Tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, dan stainless steel.

17.    ADAKAH BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT MENGANDUNGI MELAMIN YANG BOLEH BERPINDAH KE DALAM SUSU?
Tidak. Botol susu bayi polikarbonat tidak mengandungi melamin. 

18.    APAKAH CONTOH BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA SELAIN DARIPADA BOTOL SUSU BAYI?
Bekas makanan atau minuman yang biasanya diperbuat daripada polikarbonat adalah seperti botol menyimpan air (tumbler) dan bekas air guna semula.

19.    KENAPA KKM TIDAK MENGHARAMKAN BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN PLASTIK POLIKARBONAT? APAKAH TINDAKAN KKM SETERUSNYA?
Berdasarkan kepada pengetahuan masa kini dan bukti saintifik dari negara maju lain, tiada kesan terhadap kesihatan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk mengambil sebarang tindakan pengharaman ke atas bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat selain daripada botol susu bayi buat masa ini.

Semua bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat perlu mematuhi Malaysian Standard MS 2234:2009 Plastic Materials and Articles Intended to Come into Contact with Food, di mana specific migration limit (SML) bagi BPA adalah pada paras 0.6 mg/kg (sama seperti negara EU).

KKM akan terus memantau produk-produk bekas makanan dan minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat di pasaran tempatan serta mengikuti perkembangan saintifik antarabangsa dari masa ke semasa berkaitan isu BPA ini






Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

perhatian kepada ibu-ibu!!!

perhatian kepada ibu-ibu, yang mana yang masih belum tahu atau dah pun tahu ttg pengharaman botol susu yang mengandungi Bisphenol A (BPA), sila ambil langkah anda..bukan langkah seribu tau..tapi langkah berjaga-jaga.


As ambil artikel ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia


Penerangan JATA.gif 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA


PENGHARAMAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2011 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).

Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA yang telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh dan sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.

Di samping itu, pemantauan secara berterusan oleh KKM mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji. Sehingga tahun 2010, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85% dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. Kajian oleh Universiti Malaya menunjukkan kadar migrasi meningkat sebanyak tujuh (7) kali ganda pada suhu 80ºC berbanding pada suhu bilik 25ºC.

Pengharaman yang diambil ini adalah selaras dengan tindakan beberapa buah negara lain. Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

KKM tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Pengharaman ini dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi seperti bayi dan kanak-kanak sehingga terdapat maklumat yang kukuh berhubung keselamatan penggunaan BPA bagi botol susu bayi.  

Dalam tempoh masa satu (1) tahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan oleh KKM. Namun begitu, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://www.moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.  



PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.








so mcm ner, dah check dah ker botol susu anak2 kita mcm ner? as pun bila dapat tahu jer mengenai ni, balik-balik umah jer terus check n sah..botol susu kat umah as mmg ada BPA..isyh, dahler ari tuh baru jer beli botol susu..errmm, ni nak kena cari botol susu lain ler nampaknya..ramai orang ckp, botol susu Free BPA ni mahal ..tapi, alahh kalau setakat rm7 sebotol tuh nak mahal apa sangat berbanding dengan kesihatan anak kita..takkan lah baju beratus-ratus kita sanggup beli..botol susu anak yang tak sampai rm50 pun tanak beli..so ibu-ibu dan ayah-ayah bertindak lah segera untuk kesihatan anak kita..as pun nak kuar g carilah petang ni...



Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, March 21, 2011

hobi encik somi..



13 march lepas suami as terlibat dengan PRCC race..alah race keta control kecik tuh..errmmm minat tul duami as..sampaikan kat mana2 ada race pun nak g juga..ikut jer lahhh..dah minat dia kannn..race yang ni, tambahan plak dia merupakan urusetia, lagiiiler dia sibuk..so far sepanjang dia menyertai race ni mmg tak mengecewakanlah..selalunya akan dapat top 5 ler..






Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

nak dekat dahhh...

dah nak dekat dah ni..so pada hencik somi sila jangan buat-buat lupa dan bz yer..dua hari jer lagi niiiii..tik tok tik tok.....pada anda semua, sila jgn hairan yer..tunggu entri seterusnya kelak..he..he...


Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

jom mengorat...

jom kita mengorattt...bukan orang tauuu..tapiiii....
minggu ni mmg minggu yang agak lembab..bukannya per, mmg hujan setiap hari..sejukkk jer..tapi lembab2 pun ada gak yang panasnya..ehhh, bukannya nak gosip daaaa..ni nak bgtau pada semua..Pesta Buku Utara (Bokk Fair) 2011 sedang berlangsung..so pada sesiapa yang nak mencari or nak mengorat buku..bukan tuan buku tau..datanglah ke Book Fair berikut :


PAMERAN BUKU UTARA (BOOK FAIR) 20011

DATARAN PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH,
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
 
9.00 AM - 7.00PM
 
LEBIH DARI 30 PENGELUAR BUKU!!
DATANGLAH BERAMAI-RAMAiiii








Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 17, 2011

apabila kita diuji..




untuk n3 kali ni as pun tak terkata apa2..rasa sedih, takut, bersyukur..semua ada..as sedih bila mendengar berita ni..walaupun jauh di sana, tetapi tetap saudara kita..mengenangkan para penyelamat menjumpai beribu mayat yang tersangkut di pokok, di celahan bangunan dan sebagainya..ada lelaki, wanita, warga emas dan yang paling banyak dijumpai adalah kanak-kanak kecil..sedihh sangattt..as rasa bersyukur sangat bila kita berada di bumi Malaysia yang bertuah ini..di bumi yang mempunyai risiko bencana alam yang paling kecil..kita tak ada gempa bumi, tak ada letusan gunung berapi ataupun sebagainya...bersyukur sesangat..apa2 pun marilah sama2 kita berharap agar saudara kita di Jepun tabah menghadapi dugaan ini.Tragedi yang berlaku di Jepun ini, kita turut sama terkena tempiasnya..antaranya boleh baca di sini :






Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 16, 2011

ada hantu?



ada hantu??? kat manaa...he..he..semalam as baru berkesempatan nengok citer SINI ADA HANTU..mula2 tu as mcm tak berapa excited sangat nengok citer ni..lebih terkinja-kinja(kinja2??) nak nengok KHURAFAT jer..tapi oleh kerana citer hantu2 ni sesuai nengok waktu malam n kebetulan ni pilihan encik somi so as ikut jer lah..awal2 citer tuh as cuma tengok dlm 5min jer pastu kena g iron baju suami as..sbb dia nak outstation esoknya, so as hanya leh citer apa yg as tgk jer..tgk tajuk tuh n para pelakon tuh mmg tak berapa nak menarik jer..pada tanggapan as, citer ni lebih kurang mcm citer2 VCD dulu2 jer..ala2 citer KEM 505,or seangkatan dengannya ler..tapi sangkaan as meleset..bagi as citer ni menarik juga n takder ler babak seram dia,para pelakon tuh terjerit2 jer lebih tapi nan  adooo..


Hantu yang memula as tengok tuh adalah 'Hantu Pokok Pisang'..he..he..kelakar jer bunyinya.secara alam nyata ni as sebenarnya tak berapa tahu sangat ttg hantu ni..tapii pernah ler juga kecik2 dulu dgr ttg hantu pokok pisang ni..he..he..yang jadi hantu plak Fasha SAnda ler plak,banyak pulak dia berlakon yer..errmmm..memula citer tuh as nengok mcm flat jer jalan citer dia sehinggalah hantu pokok pisang tu menjelma, seram juga ler muka hantu tuh..ermrm menjadi gak..hantu seterusnya 'Hantu  Nombor ekor' kot..kalau x salah ler..perghh mmg seram gak ler nengok hantu ni..n kita pun tetiba akan terfikir benda yg sama kalau kita drive sensorang tengah2 malam n pastu siaran radio kita tetiba bertukar secara tetiba..masa tu ler kita tak berani pandang cermin pandang belakang kan..mana tahu tetiba ada 'penumpang yang tidak diingini' kat seat belakang kaaa...eeee..

ada beraniii??

hantu seterusnya HANTU ASRAMA..haaa...yg ni sesaper yg pernah dok kat asrama mmg pernah dgr or maybe pernah alaminya dulu..n mengikut citer suami as,kat sekolah dia kat Johor dulu mmg sama mcm citer ni..citer ttg Hantu Jepun yang berkawad tgh2 malam kat situ..masa as kat asrama dulu pun lebih kurang mcm tu jugaler, tapi kami dulu bukan takut hantu jepun, tapi takut jelmaan hantu 'student'..sbb kat kamsis (asrama) as tu dulu, ada citer ttg ada student yang jatuh bangunan kami tuh..samaada jatuh or bunuh diri tak pasti lak..n lepas tuh ada orang nampak n dengar kat bilik student tuh mcm ada orang n lampu mmg terpasan sedangkang mmg tak der orang pun lepas dari kejadian tuh sbb semua orang tak berani duduk n bilik tu dibiarkan kosong mcm tuh jer..eee..gerun plak bila diingatkan balik..

Lepas citer hantu asrama tu, ada plak plot dia masa van dioarang rosak n diaorang berhenti tepi jalan..n kawan dia yg sorang ni tetiba plak nak buang air kecik n dia pergi tepi semak n biarkan kawan dia kat tepi jalan, n tetiba ada sebuah lori yang lajuu sangat..n lepas van diaorang okeh, diaorang pun gerak..tapi secara tetiba perangai kawan dia berubah..jadi diam..n masa van tu bergerak, ditunjukkan ada sebelah kasut kat jalan raya..masa tuh as ngan suami mmg dok agak yg kawan dia tuh dah jadi hantu sbb kena langgar ngan lori tadi, tambahan plak bila bos dia call ckp ada orang meninggal bila kena langgar ngan lori..kawan dia tu terus ingat kwn dia yg chinese tu yg dah jadi hantu..he..he..tapi upernya bukan..n dari awal sampai akhir okeh ler..takder ler bosan n rasa nak sumpah seranah citer sbb bazir masa..he..he..overall as kasi 2 bintang..sbb buatkan as menjerit gak certain2 part tuh..he..he..nasib baik awisyh x terkejut.



kredit : makacih mesti guggle n pada empunya blog ini








Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers