-->

MY FOLLOWER

Pages

Thursday, May 31, 2012

nak pakai turban lak, sure saya nampak comeii




 kalau pakai mcm ni comel gak kan..nampak cute jer..tak pun mcm ekin mawi,nampak sweet jer..

x pun style turban macam yuna,sure nampak lagi stylo..


tapi saya rasa, diaorang semua tak comel..sbb saya yang paling comel dan stylo..betul tak? cuba tgk saya pakai..

Wednesday, May 30, 2012

bersuka ria di penang..yeehaaaa

(PERHATIAN: N3 INI BUKAN MERUPAKAN N3 SINETRON YANG BANYAK EPISOD, TAPI N3 CEREKARAMA YANG HANYA ADA SEKALI SIARAN SAHAJA DAN N3 NI MERUPAKAN N3 TERPANJANG BEBELANNYA.SILA SKIP JIKA ANDA MEMPUNYAI SIMPTOM -PENING PALA, RASA NAK MUNTAH,PITAM,TIDO DSB..JIKA MEMBACANYA..TIADA PAKSAAN DALAM MEMBACANYA..he..he)

hachimmmm..sok..sek..sok..sek..aduhaii, tetiba plak sejak malam  marin hidung ni asyik tersumbat jer n plus asyik bersin jer..tu tandanya?? hu..hu..kena flu ler plak..hu..hu..sabor jer lahh..tapi flu2 pun sompat lagi ni nak hupdate blog..he..he..kiranya flu yang tak berapa teruk ler..he..he..

hari minggu yang lepas, habis2 duty jumaat tu jer tetiba hencik somi memberikan idea yang bernas dan mantaopp..." sayang, jom kita p penang"..waduhhh, dgr2 jer idea bernas hencik somi tu apa lagi berseri2 ler muka dan dengan ayunya terus mengangguk tanda setuju..ala2 mcm anak dara jawab bila ada orang masuk meminang..ha..ha..per lagi, terus berdesup ler as, mandi n siap apa yang patut..n kalau lewat sangat sampai sana, kami nak tido sana jer..so lepas pack barang terus pergi..perghh mmg suka tul rasanya..maklumlah nak habiskan duit gaji as (dan suami..) yang sedia ada ha..ha..(gelak jahat) .


Tuesday, May 29, 2012

alahai omakkkk...jammed ler plakkkk

adeh..tension..tensionnn         

adoiii..ntah kenapa ntah jammed teruk sangat..perjalanan yang selalunya 10 min jer nak balik umah, mengambil masa 25 min nak sampai umah..aduhaiii..jammed start dari susur keluar uum-changloon..waduhh, mmg sakit jiwa nengok..tapi per2 pun as nak ucap terima kasih pada tuan  punya keta WAJA yang bagi 'jalan' pada as..macihh yerrr..

makacihh keta waja..:)

Dalam jammed2 tu yang as paling hangin bila diaorang guna lorong kecemasa..n bila tetiba ada lori yang berhenti parking kat situ, mula ler nak sibuk2 masuk lane kita balik..isyh, saborr jer lahh..

ni ler salah sebuah keretanya..geram tul..



letih mmg letih, per taknya keta as manual jer..n bila jammed mcm ni terpaksa ler terkedek2 jalan..aduhh, lenguh kaki maaaaaa...adeh..adeh...balik2 umah jer mcm nak g beli kereta auto terus..tapi terpaksa batal hasrat tuh, bila check balik akaun simpanan..bukannya tak cukup duit, tapi saja tak nak membazir..(alasannnn..ha..ha..)

Monday, May 28, 2012

nak kena bawa slip peksa ker cikgu?


ha..ha..terbaik ler kad undangan perkahwinan ni.dah macam soklan peksa dah pun..ha..ha..tapi tak sure ler plak yg ni hanya rekaan semata-mata ataupun mmg real punya..tapi kalau real rasanya mungkin chekguuu kot yg kahwin ni..tak pun orang yang wat soklan peksa..he..he..sempoiiii

Masak Lemak Cili Api Ikan Masin






Bahan-bahan  (3-4 orang makan)
  • 1-2 keping isi ikan masin (campur tulang pun boleh) spt ikan talang/kurau
  • 5 ulas bawang merah-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • santan secukupnya
  • 1 asam keping
  • 1 helai daun kunyit/2-3 daun limau purut
  • 1 batang serai-titik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • sayur pilihan seperti terung (boleh juga isi nenas)
  • 2 biji cili merah/hijau-dibelah
  • 3-4 cili api-tumbuk

Cara-cara

  1. Masukkan semua kedalam periuk. masak seperti gulai lain
  2. Tambah garam jika perlu 

Kredit dari dapur June

Segmen : Blogwalking sampai lebam!

tolong..tolong, sakit badan dah ni..habis lebam2 seluruh badan..dan semua ni angkara Mama Qhayra yang tag as untuk masuk dalam contest yg Mrs Erry anjurkan ni..segmen "Blogwalking sampai lebam" , sebab tu ler lebamm abih satu badan ni..adeh, sakitt..sakitttt..he..he.. per2 macih  Mama Qhayra yang tag chik as..wahh, mmg terbaik ler blog ni..bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, tak cinta maka tak kahwin, tak kahwin maka..eh, per lak dok melalut-lalut ni..he..he..


1st time baca blog Mrs Erry ni mmg leh jatuh cinta coz dia mmg sempoi je n bersahaja..kiranya layanzz ler tambahan plak blog yang comel sangat (bukan nak mengampu yer, errrr..adaler ampu sikit2..he..he..)n nak cerita banyak pun tarak guna maaaa,so korang g rajinkanlah jari jemari korang tu huntukk melawat blog dia..perrghhh terbaiikkk..


oh yer lupa lak,nak bagitau rahsia besar ni..kiranya rahsia sulit dan persendirian ler ni..psttt..pstttt..meh nak bagitau..dekat ler sikit,jauh bebenor camner nak bagitau.nak tahu tak kenapa korang kena visit selalu blog chik as ni?? kerana :

  • luahan hati dari hati yang ikhlas dan suci (suciii kerrr)
  • cermin diri dan peribadi diri chik as..
  • bahasa spontan dan bahasa pasar yakni bukannya bahasa skema (amaran : bahasa yang digunakan tak boleh digunakan tuk jawab soklan Peksa Bahasa Melayu UPSR,PMR,SPM hatta peringkat universiti sekalipun)
  • sbb korang sayang chik as..he..he..

so dgn rasa bangganya chik as nak tag kat korang..so terimalahhhhh,jangan larik tauu


Friday, May 25, 2012

kenapa aku berblog?

errm..rasanya soklan ni boleh ditanya pada kawan2 yang suka blog dan tanya jer diaorang kenapa diaorang suka berblog? kalau tanya pada as, senang jer..kalau sesetengah orang suka meluahkan perasaan pada diari tapi as ni lain sikit..kalau dulu nengok kengkawan ada diari, kita pun beli diari..memula tu minggu pertama tu mmg tulis lah..tapi lama kelamaan mula ler malas bebenorr..n last2 diari tu jadi tempat contengan n tulis nota kuliah jer..ha..ha..masa tu mana ler tersebar luas lagi penggunaan blog ni..pastu lepas grad jer n dah dapat kerja masa tu ler baru berjinak2 ngan blog..



gambar ni ambik sendiri yerr..masa mawi datang Jitra..pergh,sanggup tul masa tuh.


Blog pertama dicipta pada oktober 2005 dan entry pertama plak pada 07 Oktober 2005 dengan tajuk entry "Uniknya Ramadan Bersama Mawi".ha, apasal sengih2 plak tu..nak wat camner masa tu as ni 'kipas susah mati' (die hard fan) mawi..so kebanyakkannya semua citer ttg mawi dan fan club Mawi FC..perghh sejarahh tuhhh...ha..ha..dan entry seterusnya adalah tentang...? sila jangan muntah secara berjemaah yer sbb entry seterusnya juga adalah ttg mawi , mawi dan mawi..ha..ha..nak wat camner masa tu dok giler mawi..maklumlah bujang lagi..opssss tak der niat pun nak himpit mawi yer (tapi berangan tu ada ler gak masa tu..ha..ha..)

Pastu lama kelamaan blog pun berkembang mekar dan mengikut musim..musim rajin dan musim malas meghupdate blog, ha..ha..n semuanya berkisar kehidupan as dan perkara2 yang berlaku di sekeliling..blog as ni takder ler cun mana pun, tapi apa yang penting isi dalam blog tuh, sbb semuanya adalah ikhlas dari luahan hati as (sebenarnya x reti nak wat cantik2,ha..ha..) diam tak diam dah 7 tahun lebih dah blog ni wujud, perghh kalau ada anak tu dah masuk sekolah dah pun..perghhh..dasyattt,dasyatt..bagi as, melalui blog ni ler as luahkan apa yang terbuku di hati..n kalau ditanya "kenapa aku berblog?" jawapannya " kerana aku suka melayan perasaan dan meluahkannya ke alam maya seperti lukisan di langit yang biru penuh pengertian dan penuh keihklasan..perghhh ayatttt...agak2 kalau dalam peksa Bahasa Melayu SPM okeh tak..boleh dapat A tak? ha..ha..


Daisypath Friendship tickers



Tuesday, May 22, 2012

'mencuri ' lagii..

okies sambungan kepada n3 sebelum ni, perghh cam drama bersiri plak ada sambungan2 nie..tapi takderlah mcm sinetron yang episod leh cecah sampai beratus2 episod tuh..mau muntah darah baca nanti..he..he..





'chekguu' IkramIsmail



Hasilnyaa...hasil dari 'rempuhan' dan selit menyelit di kalangan kumbang..he..he..




Monday, May 21, 2012

'mencuri' dari Ikram Ismail Photography !

wah,amboi bukan main lagi isteri mr.faecos dan ibu kepada ahmad darwisyh ni..dah berani dah nak mencuriii..he..he..mencuri bukan sebarang curi, tapi mencuri ilmu dari saudara Ikram Ismail..photographer terkenal dari KL..ceewaahh..peewitt.Kalau nak tahu, Ikram Ismail adalah merupakan photographer rasmi kepada Ayu Raudah (kenapa mesti sebut gakk nama diaa!!), dan beberapa nama terkenal lain..mmg terbaikk lerrr..bukannya per, bukan senang nak dapatkan ilmu dari saudara Ikram Ismail ni.

Kalau as ni menetap kat KL maybe no hal,tapi dah menetap pun kat utara kebarangkalian tuk jumpa photographer terkenal mmg agak sukar.Alhamdulilah Kolej Komuniti Darul Aman (Kursus Fotografi) yang menganjurkan kursus ni..macih Che Mie coz sanggup bersusah payah menganjurkan kursus ni.Terima kasih juga buat saudara Ikram Ismail n Team yang sporting ..




Thursday, May 17, 2012

adoii,sakitt ler




aduh,sakit tul kaki gara2 lopak lubang simen ni.nampk x dlm,tp mak oiii bila terjatuh mmg leh terseliuh.kerana lubang ni,kaki as dah berdenyut2 dah pun..nk saman saper pun x tau..iysh..iyshh. ikut record,as org kedua dalam opiz yang dah kena..aduhaiii..

Wednesday, May 16, 2012

terima kasih mr.faecos aeco

wahhh..hepy mepy nya rasa..per taknya sempena hari ibu yang baru lepas tetiba hencik somi wat suprise plak dgn menghadiahkan henpon tuk isteri dia nih(x der suprise sangat pun coz p beli sekali..he..he).Hari minggu yang lepas tgh dok layan citer kat tv, tetiba hencik somi ajak kuar town..pucuk dicita ulam mendatang ler..tambahan plak ulam makan ngan sambal belacan ataupun sambal tempoyakk..perrghhh, eh pesal citer pasal ulam plak ni (memo utk diri sendiri : kurangkan berangan ketika menulis..ha..ha..)

Destinasi kami ni satu jer, kalau kat A.Star nin 'syurga' enpon n laptop satu jer..SENTOSA..so per lagi, kami pun berdesup ke sana n selepas survey n godek sana godek sini..jatuh cinta ler plak ngan HTC ni..kalau nak tahu spec2 dia, silalah rajin tangan anda tuk bertanya pada 'pakcik' GOOGLE.he..he..



as sambar satu n hencik somi sambar satu tuk henpon dia yg ke..err...err..ntahler dah banyak kali dah tukar tuh..as ambik HTC One V n hencik somi plak HTC One W..beza dia yg paling ketara semestinya size henpon tuh, bak kata hencik somi "henpon melambangkan tuan dia"..so boleh bayangkan tak beza size henpon kami? he..he..per2 pun tq sesangat wat hencik somi atas hadiah ni, walaupun cover dia kena beli sendiri..ha..ha..macih yer hencik somiku mr.faecos aeco atas hadiah ni dan selamat tinggal buat Nokia E71 ku..sob..sob..jasamu ku kenang selamanya...waaa..cayang ooo ngan henpon ni.Kalau ler dia tak rosak dan tak buat hal, sure tak tukar lagi ni..tapi tak per, hp tu dah bertukar milik dah.Jatuh ke tangan hero tecik tuh, khas tuk dia nengok video upin ipin jer , pengubat dikala dia wat peel..he..he..


Tuesday, May 15, 2012

jagung pelangi?




cer nengok jagung tuh..perghhh dah mcam kristal dah pun kan..tapi sanggup ker nak makan?kalau nak cari kat Malaysia mmg sah takder jagung mcm ni, tapi jagung ni banyak dan boleh diperolehi di Arizona.

Monday, May 14, 2012

berilah dia peluang


Sempena hari ibu yang baru lepas ni hati as kenkadang mudah tersentuh dan rapuh,ibaratkan kaca yang terhempas dan jatuh berderai takalan menghempas lantai..errr per motif lak berbahasa bagai ni(nota utk diri sendiri : kurangkan baca novel sastera yg berbunga2..he..he.).Kalau dulu as ni mmg sensitif tapi takderler sesensitif mana pun..tapi sejak menjadi ibu hati ni lebih lembut..mmg lumrah dan sifat semulajadi seorang ibu(lembut ker as ni?) yang bersifat penyanyang dan melindungi..tapi betul ke semua ibu ada sifat mcm tuh? apa taknya sejak dua tiga menjak ni as tgk banyak tul citer ttg ibu..dan yang paling menarik perhatian ialah kes ibu yang memukul anaknya yang berumur 10 bulan tuh..siap masuk Tv3 n laman sosial lagi.
i
as sebenarnya mmg tak tahu pun video tuh tersebar kat Facebook, n as hanya tengok video tersebut bila ditayangkan di Buletin Utama jer..masa mula2 nengok tu

Sunday, May 06, 2012

aku yang terluka




 tu diaaa..ni ler gara2 cuai bila berperang kat dapur n hasilnya kena 3 jarum dan beberapa jahitan yg menusuk kalbu..ha..ha...as kena ni hari isnin lepas masa tu hencik somi baru balik dari Bangkok..so nak menunjukkan diri ni isteri yang rajin lagi budiman terus ler ke dapur niat di hati tu nak wat air tuk kengkawan hencik somi...n kebetulan nak dijadikan citer air gula dah habis n masa nak potong plastik gula tu ler kejadian berlaku..ntah mcm ner as leh terhiris jari sendiri..haduhhhh sakit bebenor n darah mmg banyak..


nasib baik ada mak as yg taruk ubat n minyak tuk sementara waktu sebelum ke klinik..n lepas kawan2 hencik somi balik kami terus ke klinik n akhirnya kena ler 3 jarum n beberapa jahitan..waaaaa.....so sampai skrg jariku masih berbalutt..hu..hu...



Saturday, May 05, 2012

perginya dia untuk selamanya...



Tanggal 03 May 2011 , perginya sebutir lagi bintang komedi negara, Bob Kuman ataupun nama sebenarnya Husni bin Mohd Rawi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir  pada jam 4.38 petang di rumahnya kerana sesak nafas di rumahnya di Damansara..sebenarnya as sering juga mengikuti perkembangan arwah di blog Mazidul ni, dan kalau anda nak tahu kisah seterusnya leh tgk kat SINI .. 


kredit gambar : Blog Mazidul