-->

MY FOLLOWER

Pages

Friday, August 14, 2015

open house raya lagiii

Assalamualaikum..yuuuhuuuuu...tu dia aih..tgk tak tajuk kat atas tu..selagi syawal ada, selagi tu ler dok sibuk jer nak beraya.makan dan makan dan makan sampai pengsan..ha..ha..so sempena last syawal, kami together2 mengisi perut atas jemputan yang ada.





Memula tu kengkonon nak bergambor sama2..tapi ntah kenapa leh lupa semua..ni pun bergambor dalam kereta n kat umah MIL jer..sian hero tecik tu, tak sempat ambik gambar dia..so chik as letak jer gambar masa dia g english camp ari tu..nasib baik shirt dia color biru gak..he..he..saborr jer lahhh...

Wednesday, August 12, 2015

Kekecewaan

Chik as tak tahu nak ckp mana mana...tapi tak tahu kenapa..sejak dua menjak ni hati chik cepat sangat tersentap..cepat betul tersentuh n terasa. Kenkadang bagi orang lelaki, diaorang rasa soal tu sikit, tapi bagi kita ianya sangat besar n menyebabkan lara di hati ni. Dalam keadaan lara ni, chik as selalumya tak suka untuk bercakap dengan sesiapa pun n sebab tu lah chik as suka luahkannya di sini jer. Di saat ni, chik as rasa kecewa sangat dengan seseorang yang penting dalam hidup. Kecewa dengan keputusan yang dah dibuat tanpa melibatkan chik as. Walaupun ianya bukan soal hidup dan mati, tetapi ianya bukanlah persoalan utama,,yang paling penting adalah penglibatan diri chik as dalam keputusan tu.,chik as rasa sangat kecewa dan sedih sangat..minggu ni bagi chik as minggu yang amat mengecewakan chik as. Chik as dah rasa mcm bukan diri chik as sendiri..kenkadang bila kecewa, chik as lemparkan kemarahan pada anak yang buat perangai waktu tu..mmg x adil bagi mereka..tapi bila kepala dah berserabut,semua jadi serba tak kena.Kepala chik as rasa kusut dan x leh fikir apa2 langsung.Hanya pada Allah chik as pohon diberi ketenangan itu semula. 

Kemuncak kekusutan chik as adalah semalam..chik as tak sengaja tertinggi suara pada mak chik as. Niat nak marahkan anak,tapi tak sengaja tertinggi suara pada mak. Bila tgk mak chik as terasa dan menangis..chik as rasa mcm chik as ni anak derhaka n jahat sangat. Ya Allah, chik as pun tak sedar chik as boleh terlepas kekusutan tu di luar tanpa disedari. Sebagai seorang anak, chik as rasa berdosa sangat2..kenapa chik as boleh jadi mcm tu? kenapa nak lepaskan kekusutan chik as pada orang2 sekeliling chik as..lebih2 lagi pada mak n pada anak2.Chik as rasa berdosa sangat pada mak..waktu tu chik as rasa kecewa dgn diri sendiri..Lebih kecewa, bila chik as hanya menangis n bawa baby masuk bilik tanpa minta maaf pada mak terlebih dahulu. Kalaulah Allah ambil nyawa chik as sblm chik as minta maaf pada mak. nescaya chik as akan jadi anak derhaka sehingga mati..begitu juga sebaliknya.Pagi tadi chik as nak sangat peluk n minta maaf pada mak..tapi ego diri n malu utk minta maaf menyebabkan mak chik as terasa lagi ..n buat mak menangis lagi..Ya ALLAH..kenapa chik as jadi sampai mcm ni sekali...akhirnya chik as peluk mak n minta ampun dan maaf atas perilaku chik as..kami sama2 menangis..sesungguhnya chik as dah lukakan hati mak..masih ada peluang ke chik as nak masuk ke jannah? chik as ni bukan anak yang baik..tapi bila mak chik as dah terima kemaafan dari chik as ..tu dah cukup.soal2 lain chik as tak nak fikir dah..

Chik as berharap sangat agar ALLAH kembalikan ketenangan pada chik as..mcm suami chik as cakap, dia cakap chik as dah bukan chik as yang dulu dalam dua tiga hari ni. Entahlah, mmg chik as sendiri sedar..tapi untuk mengukir senyum tu sendiri memerlukan kekuatan dalam diri...selagi kekecewaan itu ada, selagi tu chik as rasa serabut dan binggung..Sehingga saat ini, chik as masih rasa stress and serabut..bagi chik as, semua yang berlaku perlukan masa..n insyaallah semoga hari esok chik as akan kembali menjadi diri sendiri...insyaallah..

Monday, August 03, 2015

hati wanita



Hati wanita ini memang unik dan kadang2 dah mcm sesumpah dah..kejap2 gembira. kejap2 rasa sedih menangis, lepas tu rasa semangat...ntah lah dah mcm2 perasaan ada, Wanita ini senang jer nak jaga hati dan perasaannya..wanita tak perlukan lelaki yang menghargainya dengan emas permata atau barang2 berharga,..tapi cukuplah sekadar kata2 penghargaan dan pelukan kasih sayang (suami isteri)..kadang2 lelaki ni tak mengerti perasaan wanita.tanpa sedar, dia telah menguris perasaan wanita walaupun bukan dengan perbuatan tapi dengan kata2 sahaja biasa membuatkan wanita itu kecewa..

Bagi chik as, hati chik as ni mmg fragile..tak perlu dgn perbuatan tetapi dengan kata2 pun hati chik as mmg mudah pecah..kata2 yang dilemparkan tu mmg akan terpahat sampai bila2..sebab tu lah org cakap, hati wanita ni mmg rapuh..biarpun dicantum semula, kesan calar tu tetap ada...