-->

MY FOLLOWER

Pages

Monday, October 23, 2006

SALAM AIDILFITRI SEMUA

selamat...hari raya,
kepada saudara serta saudari,
setahun..hanya sekali,
merayakan hari yang mulia ini.
SELAMAT HARI RAYA!!
--------------------------------
assalamualaikum semua....alhamdulilah..akhirnya dapat juga kita menunaikan ibadat puasa kita pada tahun ni.menjelang esok,kita akan menyambut hari raya aidilfitri.horreyyyy..selamat hari raya!!.amboi2..hepyy nampak..puasa tuh cukup ker? he..he.. apa2 pun tahun nih meriah sikit raya as.apa taknya..abg2 as semua balik beraya pada tahun nih.sure meriah gilerrr..meriah ngan anak sedara kat umah.
Raya kali ni agak lembab sikit..bukannya lembab apa..tapi hujan lebatttt sesangat sejak minggu lepas lagi.hingga hari ni pun still hujan lagi dan di setengah tempat sudah banjir looo..aiyaaaa...apa nak buat kuasa ALLAH..alhamdulilah umah as tak terkena banjir..kesian sangat ngan org lain yg umah mereka terkena banjir..apa nak buat..berserah ajerlah.cdg nak basuh kereta..apa taknya kereta tuh dah lama dah tak basuh..tapi nampaknya tetap tak leh basuh..hujan tetiap ari..basuh air hujan jer lah nampaknya.he..he..
------------------------------------------
esok dah nak raya..sepatutnya menjelang sehari sebelum raya nih..as ada kat umah.tgh vacuum umah..lap abuk2 kat almari..anyam ketupat(ceewah..),masukkan kuih dalam bekas..n macam2 lagi..tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii alahaiiiii as masih lagi ada kat office..sedihnya..org dah bercuti as masihh lagi kat office ..kena kerja..adehlerr...penat tul.sepatutnya ari nih kakitangan kerajaan dapat cuti am pada 23 oktober nih setelah diberi oleh kerajaan pusat..tapi last minute kerajaan kedah batalkan..kedah ambik pada hari khamis nih.adoilerr..kita dah plann baikkk punyer tetiba cancel lak cuti..errrmm..mmg ler elok kedah ambik cuti hari khamis kiranya start selasa sampaiii sabtu,sebab kedah bekerja pada hari ahad.tapi kalau iyer pun apasal tak anounce awal sikit.!!!!! tension tull..sunyi jer office nih..org lain dah balik kampung dah pun..waaaaa..nasib baikkk ler kamapung pun dekat jer tak perlu nak beli tiket bus or drive lelama..tapi balik kg drive 2o minute jer..he..he..dah tetiap ari dah balik kampung...he..he..kalauler kg as jauhh alamatnya mmg cabut lari ler..
-----------------
kejap jer kan kita dah nak sambut hari raya..alhamdulilah..so dikesempatan nih as nak ucapkan selamat hari raya aidifitri buat keluarga tercinta dan pada bangtih yg kena bekerja di pagi raya..nti adik send kan gambor mee kari yg kitaorang buat..he..he..nyum..nyum...siann bangtih..pada saudara mara yg tersayang dimana jua berada tak kira di malaysia ,singapore dan juga di Brunei(ada ker..memandaiii jer).tak ketinggalan pada bos di PSB,UUM nih..bosss..tak der duit raya ker bos?? he..he..pada rakan office..dan juga pada sahabat handai di mana jua anda berada..i miss u sooo muchh..
----------------
Tak lupa juga pada my fav singer..he..he..saudara World!! ewaahhh..tak kan tak kenal lagi kot..sapa lagi..mawi ler!! he..he...fanatik sungguh..he..he..n pada sahabat2 di Mawi Fc dan istimewa buat Mawifc Utara..salam aidilfitri....n ampun maaf dipinta...salam worldddd buat semua..jangan lupa main mercun tau..opsss..he..he.. jangan main mercun tau..main bunga api tak per..(pstt...kat mana nak beli mercun aaaa..bgtau ler..jgn beritahu org lain tau) so dengan setulus hati as..as nak ucapkan sekali lagiiii......ehem..ehem...
"SELAMATTTTT HARIII RAYAAAAAAA"

Wednesday, October 18, 2006

ICC + OUM = Raya??

ICC

assalamualaikum semua..wachaaaa..he..he.. apasal ler tajuk blog as ari nih lain mcm jer yer..mcm algebra plak.he..he..otak tgh biol katakan..apa taknya dalam 2 minggu nih asyik bz jer ngan meeting ICC..apa dia ICC? ICC nih maksudnya dlm bahasa melayu KMK(kumpulan meningkat mutu kerja)..as nih salah seorang ahli yg terlibat dlm ICC nih.kena cari pembaharuan dan masalah kat office n cuba selesaikan masalah tuh..itulah kerja ICC nih..pening tul kepala eden nih..skrg nih pun as ada kat bilik mesyuarat..meeting katakan.pening tul as..2 november nih dah nak kena presentation dah kat EDC(Hotel UUm jer..he..he..) pening..pening..

suasana ketika meeting..tapi gambar as takder yer.low profile katakan..he..he




OUM

adehler..asgmt pun lum siap lagi nih..lagi 3 hari dah nak kena submit..adehler..pening..pening..tapi takper..jawapan dah draf dah..cuma nak taip jer..rileks as..rileks..he..he..dah lama dah as tak study..risau kalau takut lupa jer apa yg dah study dulu..sbb tu ler as nih suka study last minute..cepat sikit masuk..agaknya dulu termakan banyak semut kot as nih..he..he..

MAWI VS MEDIA??

errm..dua tiga menjak nih sian lak as ngan mamat nih..he..he..apa taknya tak habis2 isu yg berbangkit.sampai bila ler agaknya dia nak aman.soal tak nak bergambar ngan pompuan pun jadi isu..tak nak berlakon bersentuhan ngan pompuan pun jadi isu..sampai bila ler dia nak aman yer.nasib..nasib..apa yg as tgk skrg media mmg dah teruk sesangat.kalau artis tuh tak ikut ckp dioarang..mulalah artis tuh jadi mangsa..apa kes wartawan skrg ?? sampaikan % undian masa fenomena seni tajuk "wartawan hiburan melampau" pun setuju sampai 77%..tu pun reporter masih perangai mcm tuh lagi..geram tul ler..

pada mawi..just be u'r self n be strong..kami sentiasa akan menyokongmu..worlddd!!

MAJLIS BERBUKA PUASA MAWI&MAWIFC

tarikh :

tempat :Palace Of The Golden Horses (POTGH)

majlis : majlis berbuka puasa bersama fan &anak2 yatim

kalauler as ada kat k.l..rasanya as dah p dah ni..he..he..apa nak buat jauh katakan..so far majlis berjalan lancar n ramai yg hadir..kiranya penuh gak ler dewan kecuali ada 2 meja kosong(meja yg dikhaskan reporter ada 3..but satu meja jer yg penuh) amboi2 boikot nampak..ikut suka koranglah..nak tgk sikit sampai bila korang nak buat cam tuh..

Saturday, October 14, 2006

RAMADAN TERAKHIR..

Amalan Pada Malam Lailatul QadarAmalan-amalan yang diamalkan pada malamnya:

Mulai jam 12.00 tengah malam:

1. Sembahyang sunat wudhuk.
2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.
3. Membaca al-Quran.
4. Istighfar:
5. Zikrullah:
6. Bertasbih:
7. Selawat:
8. Sembahyang sunat tahajjud.'

9. Sembahyang sunat tasbih


.Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca:


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

Copyright © The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad


nak tahu lebih lanjut lagi mengenai:
  • Fadilat Ramadan
  • Doa-doa Rasulullah
  • Doa Ramadan
  • Panduan Solat Aidilfitri
  • dan pelbagai lagi?

-->http://ramadan.emedia.com.my/

---------------------------------

Thursday, September 28, 2006

Sinar Ramadan

assalamualaikum ...sebenarnya tak tahu apa nak tulis kali nih..bukannya apa..blog nih ada prob sikit..x leh nak add gambar lak..adehler..penat tul ler..skrg nih pun as tgh bz ngan asgmt..tak siap lagi nih,T4 dah nak kena submit..insyaallah..kalau tgk pada soalan kali nih mudah jer..tapi nak buat tuh jer yg susah..he..he..asyik bertanguh jer nak buat.bukannya apa,ada benda nak kena selesaikan dulu..pergh..mcm PM lak..bz jer..ataupun buat2 bz..he..he..

Dah lima hari kita menyambut ramadan yang mulia nih..cepat jer masa berlalu kan..dlm masa 5 hari nih,hanya 2 kali jer yg as sempat masak kat umah..isyk..isyk..malas betul anak dara nih..he..he..bukannya apa..kalau balik kerja pun dah kul 6..abih tuh camner..tak sempat sangat nak masak,so beli ajerlah.tapi yg tension kat Bazar Ramadan nih..juadah tuh semua nampak sama jer..so mmg tak tahu nak beli apa..pening plak pikir nak beli apa..last2..raound sampai dua tiga kali kat situ n beli benda yg sama jer setiap tahun..aduhler..boring tul..harga pun skrg..amboii bukan main mencanak naik..ingat semua nih org kaya ker?? nih yg nak marah nih..(cuba marah tapi ttp control ayu..he..he..) ntahlah tak tahu as nak ckp apa..harga minya naik..ayam naik..cili merah naik,pendek kata smeua harga naik..lama2 makan loti loooo..itupun kalau roti tak naik. sebelum nih dlm seminggu nih sejak berpuasa,kita dihebohkan(heboh ker?) dgn gula tak n harga barang yg naik..n yg paling terasa sekali..ayam naik sampai rm0.65 sen!!! amboiii..mahalnya.dahler dulu minyak pun naik mendadak jer naik..aduhler..'orang Besar' leh ler ckp harga berpatutan..apa taknya gaji saja dah cecah ribu riban..yg org sederhana nih? aduhler..demam jer rasanya..lepas nih tol lak naik..last2 naik basikal jer p kerja..he..he..
-----------

Saturday, September 23, 2006

SALAM RAMADAN

assalamualaikum..salam ramadan diucapkan buat semua..alhamdulilah..akhirnya ramadan yang mulia kembali lagi menjenguk di sini..syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih berpeluang untuk sama-sama mendapat keberkatanNya.masa kini berlalu dgn pantas sekali..baru jer rasanya kita berbiacara ttg puasa..tiba2 dah sampai masanya.betapa cepat masa berlalu.mudah2han kita mengambil kesempatan atas bulan yang mulia ini untuk mencari lebih amal jariah dan pahala untuk dikumpulkan..insyaallah bulan ramadan ini merupakan bulan rahmat buat kita semua..insyaallah sama2 lah kita mencari keredaan-Nya.Dikesempatan ini juga as nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan yg mulia ni buat keluarga tercinta, saudara mara yg tersayang walau dimana jua berada,sahabat2 yg dirindui- normah(dah lost contact..mana pigi aaa..),5ruz,Yus,Ju,Nani,Ezin(housemate yg worldd!!),Yan dan juga Munirah..tak lupa buat sahabat lama yg dah lamaaa sangat tak berjumpa -ct robiah n na(selamat menjadi ibu..)dan semua sahabat ku sekalian..sayanggg sangat ngan korang..last but not least-rakan2 office ku -Circulation Depart.Sultanah Bahiyah Library,UUM..salam ramadan buat korang..jgn ponteng pose tau..
---------------- SALAM RAMADAN AL-MUBARAK-------
ramai lagi nak ucap..tapi kalau sebut nama..sampai lepas raya pun tak habis..he..he..apa2 pun walau as tak sebut nama korang..korang tetap yg terbaik untuk as..tq..buat adikku yg berada di Menara K.L..kerja elok2..n kakak sayang adik..take care of yourself.dan yang terakhir..salam ramadan buat Mawi world..teruskan perjuangan yer..serta tak lupa pada sahabat2 MAWI FC dan juga sahabat M2M yg tersayang..teruskan perjuangan kalian..as akan tetap menyokong kalian semua..terutamanya kak ita,kak nurhanie,umi,lyra,kak mier,anizz dan special mfc utara-knot,kak jier,ira,frymee,umi, babymisha dan semuaaaa yg ada..sayangg korang.
----------------SALAM RAMADAN AL-MUBARAK----
fuh..punyalah banyak.rasa mcm sampaikan salam raya plak..he..he..walaupun baru nak pose esok..he..he..malam nih ntah kenapa rindu plak ngan member2 lama..teringat kenangan zaman sekolah dulu..zaman study kat poly n rindu pada kenalan lama.hari makin berlalu..kita pun makin berubah..tapi apa yg as harapkan persahabatan yg kita bina ni akan berkekalan dan berterusan sampai bila2 kerana as sayanggg sangat ngan korang.korang mmg special dalam hidup as..tq again coz be my friend.
----------------SALAM RAMADAN AL-MUBARAK---
banyak benda berlaku dalam minggu nih tapi banyak benda juga yg bermain dalam fikiran as nih.sesuatu yg as melibatkan kehidupan....sesuatu yg melibatkan kehidupan as dan juga kehidupan insan lain...sesuatu yg as rasa sukar dimengertikan..sesuatu yg membuatkan as tertanya-tanya..MENGAPA? ..MENGAPA?..MENGAPA?..as pun confuse dgn masalah ini..adakah as perlu risau? adakah as perlu rasa gusar? dan adakah as hanya stay calm? sampai skrg as masih tercari-cari jawapannya..adakalanya as memilih jawapan yg pertama dan kedua..tapi adakalanya as memilih jwpn yg terakhir..keliru?? as sendiri keliru..biarkan ia berlalu tanpa memikirkan kemungkinannya adalah sesuatu yg kejam..tetapi mencari jawapan mengapa ia perlu berlaku dalam hidup as , ia sesuatu yg 'bisu'..tidak mengerti?? biarlah..as pun masih cuba mengerti dan tercarcari-cari sesuatu yg pasti...kadang2 hati as tidak terdetik perasaan pilu..tapi nampaknya as selalu kalah dalam perasaan sendiri..minggu ni mmg as rasa bingung..tapi as gagahkan diri untuk sentiasa tersenyum walau hati terhiris pilu..luka ini biarlah ku tanggung sendiri..kerna bicara hatiku sudah tidak mampu untuk menangis lagi...
-----------SALAM RAMADAN AL-MUBARAK----
mungkin ini adalah ujian dari Yang Esa untuk hambanya..dan as tidak terkecuali..alhamdulilah..as yg terpilih menerima ujian sebagai hamba-Nya..hati as juga runsing memikirkan kesihatan mak as..oh yer..lupa lak nak bgtau..mak as patah tangan pada 27 august yg lalu.tapi alhamdulilah..dh semakin sembuh..maybe dalam 1 month lagi..baiklah tangan mak as..insyaallah..as cuba untuk sibukkan diri as..tapi hati as masih belum kuat untuk tidak memikirkan masalah yg melanda..tapi..as akan gagahkan diri juga mengharungi benda ni n as pasti ia akan selesai juga dalam masa terdekat ini..insyaallah..as berharap keberkatan ramadan ini dapat mengubah suasana..insyaallah..