-->

MY FOLLOWER

Pages

Friday, October 28, 2005

Salam AidilFitri



akum..pejam celik..pejam celik dah tinggal lagi berapa hari jer lagi nak raya..isyk..x sampai seminggu jer lagi ni.cepat betul masa berlalu.rasa kejap jer bulan ramadan ni..sayang plak nak tinggalkan bulan ni.dah lama as tak posting kat sini.banyak perkara sebenarnya..tapi malas plak nak posting bila jadi mcm2 masalah..rasa x ada mood plak.alhamdulilah,skrg ni as dah ok dah..life must go on..ceewahh speaking london nampak :D ntah betul ntah tidak..layannnn jerrr..

sepanjang bulan ramadan dan hari raya yang akan datang ni as nak minta maaf banyak2 kalau as ada terkasar bahasa dan tersalah kata.dan buat sahabat2 as di Melaka,Alor Setar,Penang dan Kelantan..as mintakk maaffff banyak2 kat korang..as x sempat nak antar kad raya.dan pada yang dah antar kad raya tu..as balas tahun depanlah yerrr..:D itupun kalau panjang umur..so sorrryyy..x sempat sangat.as bz sikit dgn exam.lepas satu hal..satu hal..so soryyy..selalunya setiap tahun as antar..tapi tahun ni sorrylah yerr.walaubagaimanapun..as tetap sayang korang semua..muahhhh.
----------------------------------------ampun maaf zahir dan batin--------
TEMAN,
DALAM KESYAHDUAN TAKBIR RAYA,
AMPUN DAN MAAF KUPINTA,
AGAR TERLERAI DAN TERHAPUS SEGALA DOSA,
BIARPUN KITA JAUH DI MATA,
ABADIKANLAH KENANGAN KITA BERSAMA,
KERANA KAU TEMAN SETIA,
SAAT KU DUKA DAN TAWA,
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA,
AKAN KU INGAT SAMPAI AKHIR NYAWA..
--------------------------
SALAM AIDILFITRI DARI KEJAUHAN..
SAHABATMU YANG MERINDU .
---------------
Pantun Raya Slang Negeri
----
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita.
----
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
---
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
---
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
--
Melaka...
Hawau awak berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
--
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri(org kolumpo jgn kocik ati!!)
--
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
--
Perak...Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
--
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
--
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
-----
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
------
p/s-gambar akan diupdate kemudian..masalah teknikal lerr..ada problem sikit.

Thursday, October 20, 2005

Hilang..

so sorry dah lama as x update post baru kat sini.Bukannya apa bz sikit dua ,tiga ari ni.lagipun blog as ni ada problem.as dah update dah cerita baru sebenarnnya tetiba pc kat office ada problem lak.server asyik down jer..bila server dah ok,blog ni plak buat hal,abis semua yg as post hilang.pagi ni tetiba jer dikejutkan dengan pemergian allahyarhamah datin seri endon mahmud..mmg terkejut.x sangka sangat.apa nak buat..semua tu ketentuan dari Allah S.W.T..apa yg kita boleh buat banyakkan doa..so as kehilangan 2 perkara sekali..
mawi gemparkan muzik@ria
18hb yg lepas mawi telah menganas ..tolong...tolong...mawi telah mengeletek usus ku ini.ha..ha..ha.sebenarnya pada hari tu mawi telah diundang ke muzik @ ria bersama hani dan beberapa penononton yg bertuah.kalaulah as ada kat area k.l dah lama dah as ikut sekali.dengan baju melayu johor colour purple mawi mmg cute..ewahh..dah betul ka..isyk..isykk..nanti dituduh fanatik plak :D ramai gak ler penonton kat studio hany yg comel tu.sebelum muzik @ ria mula,as pun terpaksa ler tgk dulu Beat Tv.
sebelum ni jarang sikit tgk bukannya apa,x berapa sesuai dgn jiwa as.ceewahh.tapi mlm tu mmg bertuah aaa..dahler beat tv ari tu okler juga,maybe sebab bulan ramadan kott..n yg bestnyer ada disiarkan majlis berbuka puasa astro.x ketinggalan bintang af sekali.rosma and khai pun ada..dah lama x tengok rosma.cute pula dia skrg ni.seperti biasa ngan khai ler..ehem.ehem..bila lagi khai?
pada majlis berbuka puasa tu diazankan oleh mawi.Ya Allah..syahdu betul dgr sore mawi azan.maklumlah org dah ada pengalaman.bertuah rasanya as dapat dgr.jarang kita dapat artis dua alam ni kat m'sia.kalau ada pun artis2 dulu..artis sekarang ? boleh kira ..
okey berbalik kat studio hany wachaaa tu..mawi mmg kelakar habis.sepanjang rakaman tu as ngan family asyik bergelak jerr..isykk.budak world ni leh jadi pelawak juga ler..sempoii jer dia.ada diselitkan segeman sketsa dgn penonton.yg tu mmg kelakar abis.terserlah 'kelawakkan mawi tu'.ha..ha..ha..eh..he..he..he..(gelak sopan).x puas tgk kejap jer,w'pun sejam rasa sekejappp jer..
mawi ketika di muzik@ ria bersama hanyy..dgr kata hany pun dah ilang akal selama 5 saat bersama mawi..isyk..mawi..apa kau dah buat :D.penonton kat studio pun sama..
Mawi Raja Duta ?
apa tu? pelik jer dengornya..sajer jer.kasi up sikit cerita as kali ni.sebelum tu congrats mawi coz kini dah jadi duta Canon.wow..canon tu..international brand.bukan calang2 org leh jadi duta ni.lebih2 pula duta produk international.murahh rezeki yer mawi.
menurut Maestro,kini ada 6 lagi produk @ syarikat sedang menunggu mawi dan nakkan mawi menjadi duta mereka.antaranya kereta,makanan dan pelbagai lagi.apa yg as dapat tahu,mawi juga dah menjadi duta bagi EON dan juga mee segera MAMEE..senang d masak sdap d makan :D
Marhaban di Astro
Pada 9 oktober yg lalu mawi dan beberapa artis terlibat dalam program marhaban yang di dianjurkan oleh Astro.Antara artis yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah seperti keluraga akademi fantasia iaitu mawi,zahid,kaer dan juga azizi.serta beberapa artis lain seperti kumpulan firdaus,zainal alam kadir,mirwana dan beberapa org lain lagi.terdapat beberapa lokasi yg terlibat antaranya di alamanda putrajaya,johor bharu dan pelbagai tempat lagi..(ayat skema tu..bukannya apa terlupa daaa kat ner).so as postkan gambar2 mawi masa kat sana.thanks kepada kawan2 di cari.com yg post gambar ni.makasihh yerrr..
antara aksi-aksi mawi bersama abg ngahnyer(zahidler,abglong kan vince :D ) di marhaban at astro di alamanda putrajaya(kalau x salah ler)
p/s- terima kasih kepada rakan mawifc.com kerana kasi as pinjam gambar2 kat sini..cayanggg korang.
kredit tuk www.mawifc.com

AL-FATIHAH..


Kita kehilangan wanita pertama negara,Datin Seri Endon Mahmud yang kembali ke rahmatullah tepat jam 7.55am tadi.Allahyarhamah yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri kita,Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman rasminya di Putrajaya.Beliau mengidap barah payudara dan berjuang melawan penyakit yang dihidapinya itu selama 5 tahun dan meninggalkan suami tercinta dan dua anaknya yang tersayang. Allahyarhamah yang juga merupakan pengerusi Bakti juga bergiat aktif dalam seni kemasyarakatan dan juga seni budaya seperti pengenalan songket,batik dan juga kebaya nyonya. Pemergian allahyarhamah merupakan kehilangan besar buat Perdana Menteri kita khasnya serta negara Malaysia amnya..marilah bersama-sama kita panjatkan doa agar rohnya dicucuri Allah dan ditempatkan di kalangan org yang beriman dan disayangi-Nya..amin..

Monday, October 17, 2005

TAZKIRAH RAMADAN

DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH
Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama;sementaraamal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada harikiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadratAllahswt. memohon sesuatu keinginan bagi manusia yang berpuasa di bulanRamadhan.
Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?.Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yangberpuasa dibulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahanlainiaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yangberdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan naik BORAQ sebagai kapal terbang.Ramadhan masih tegak tidak berganjak.
Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu yaRamadhan?"Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempat kanbersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.
MORAL & IKTIBAR
Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya samaada didalam kubur atau di akhirat kelak Fadhilat Ramadhan amat banyak tidakterbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had.-Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalanyangterpuji-Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allahteristimewadalam Lailatul-Qadar-Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga FirdausMereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan matakepalabersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.-Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betulsepanjangRamadhan ini.
---RANCANGAN AIDILFITRI AF3 (ASTR0)----

RAYA PERTAMA.
AF3 XTRA: 4.30 PTG

KONSERT REUNION AKADEMI FANTASIA 3:
5.30 PTG"PENAWAR RINDU"

RAYA KEDUA
RUMAH TERBUKA AKADEMI FANTASIA 3:
10.00 PAGI

DARI STUDIO SATU SATU - MAWI: 11.30 PAGI
AF3 XTRA (ULANGAN): 12.00 TGH MALAM

RAYA KEEMPAT.
KONSERT AKHIR AKADEMI FANTASIA 3: 5.30 PTG(ULANGAN)

Saturday, October 15, 2005

Aduh Saliha..

akum...alohaaaa..amacam pose ok ker..jgn asyik ingat nak raya jer..amal ibadat tu yg penting.bulan pose ni ler,bulan seribu berkat.banyakkan amal ibadat dan sunat.lepas tu baruler fikir bab raya..nak beli baju baru ker,kasut baru ker,umah baru ,keta baru ker,isteri baru ker..opsss yg tu x lehh aaaa.. :) oh yer as baru dapat info..acctually x baru ler..adalah dalam 2,3 ari yg lepas.album solo mawi akan keluar di pasaran pada 21 oktober nti.so,apa lagi x reti2 nak menabung dari sekarang ..he..he..lepas tu serbuler album mawi.kita cipta rekod lagi kali ni.kalau dulu sampai 170 ribu jer..kali ni kita jejak 200 ribu plak..amacam,ada berani ker..as harap kalau kita betul2 sayangkan mawi dan nak mawi terus berjuang dalam bidang ni..supportlah dia dgn beli album yg ori sahaja..bak kata as" pastikkan ori,baruuu beli tauuu".kat dalam album mawi ni ada beberapa org komposer yg terlibat antaranya yasin,fauzi marzuku,ajai dan sifu m.nasir.mmg worldddd punyalah.

------tajuk album-aduh saliha----
Aduh Saliha oleh M Nasir
Cinta Hakiki oleh Yasin
Kurnian Tuhan oleh Ajai
Berbalas Balas oleh Fauzi Marzuki
Kian oleh Fauzi Marzuki
Perempuan oleh M Nasir
Lagu Jiwa Lagu Cinta oleh M Nasir
Di Pintumu oleh M Nasir



kredit utk klubkidd .www.klubbkidd.blogdrive.com




Mawi dalam magazine

ok utk episod kali ni.ceewa..mcm ceria plak :) utk post kali ni as akan listkan majalah yg ada cerita mawi..untuk panduan sesaper yg nak tahu info ttg mawi.ini adalah list yg as dapat.

- URTV (15-30 oktober) with misha and maya karin (cover)-rm3.50

-MANGGA (oktober)-(cover) rm3.50

-Media Hiburan Bumper-(oktober)Erra, Ning and Umie Aida (cover) - rm 9.90

-Hai (minggu ini sabtu 15 oktober ) -cover -rm.2.00

-In Trend(oktober) -cover -rm7.50

---akan diupdate sentiasa----saja suka..suka..so sweettt... jgn ada yg nak buat isu plak yer.fire kangg aa.... kredit utk mawimarsha group.thanksss

Wednesday, October 12, 2005

Dapatkan Segera!!!

akum semua..alohaaaa... oh yer vcd The Best of Mawi World dah berada dipasaran pada 29 september lepas..kalau x salah ler.cepatttt dapatkan segera ..nati kalau abis,menyesal.counting setakat ni,baru smeinggu d pasarkan dah menjangkau 40,000 ribu unitt WOWWWWW..dasyatnyer.itu baru seminggu tu..x campur lagi org lain yg x beli lagi vcd tu..termasuklah..he..he.. :) lagi satu as nak beritahu album raya bintang af3 ni dah pun keluar..biler yer..aaaaa...x sure plak tapi dlm minggu lepas or minggu ni juga ler.as pun x sure dah sampai ker kat luar area K.L ni..but for sure call ler speedy tanya tgk. album ni mmg best(ceewah)yg bestnya adalah lagu yg d nyanyikan oleh mawi "Ku Pohon Restu Ayah Bonda" ..sapa yg dgr lagu ni mmg ler sedih gilerr...buat lak,nak beraya tiket abiss ..waaaaaaaaaa...



cd Salam Raya Af3 Rm 21.00

MAWI DIAPIT 3 JELITAWAN

berita baikkkkk..mmg baik punya..untuk edisi Aidilfitri ni Media Hiburan dgn banganya..ceewahh menjadikan mawi cover Media hiburan Bumper Aidilfitri dengan diapit 3 jelitawan..wow..dasyat tu.untuk media hiburan tu ... mawi diapit oleh erra fazira, umie aida dan ning baizura.amboi mawi..senyum sampai ke telinga ler yer..maklumlahlah semuanya jelita dan menawan belaka.isyk..kalau marsya join sekali barulah cukup 4..sesuaiiiiiii gitu :) oh yer untuk edisi bumper ni, herga dia cuma rm 9.90 ajer..hanya tunai diterima yer ..

selain tu URTV pun dah kuar dah..edisi raya n jeng..jeng..cover bulan ni pun mawi juga :) aduhaii laku bebenorler anak bujang pak atan ni yer..alhamdulilah rezeki.bukan senang tau artis nak jadi cover depan.punyalah susah,alih2 mawi ni senang jer memanapoli semua majalah hiburan dan bukan hiburan.tak caya ? cuba p tgk kedai mamak yg jual majalah ni.cuba cari ada x muka mawi jd cover mana2 majalah..haa.a...banyak tuuuu x terkira.yg as ni pun sampai x menyempat nak beli..baru beli satu,tetiba kuar pula majalah lain..penat gak nak kejar.tapi as hanya beli majalah yg standart jer ler..majalah yg x kenal tu..x yah ler..

Sunday, October 09, 2005

MAWI WORLD SDN. BHD


TAHNIAHHHH!!!!... wow tahniah pada mawi coz kini dah ada syarikat sendiri.mmg cepat,pantas dan worlddlah..baguslah mcm tu.sekarang ni mawi dah ada syarikat yg boleh menguruskan segala urusan mawi selain diuruskan oleh Maestro.Dengan tertubuhnya syarikat ini diharapkan mawi dapat memperkembangkan lagi segala kerjaya seninya dan tidak terhenti setakat ini sahaja.Apa yg as dapat tahu,sekarang ni pihak2 yg tak bertanggungjawab dah x leh guna nama mawi sewenang-wenagnya coz nama mawi dah didaftarkan dan sebarang penyalahgunaan nama adalah dilarang sama sekali..sapa langgar arahan akan di 'sue'..ceewahhh memandaii plak as ni..bak kata mawi' rezeki kita kongsi sama'..setakat nak buat kuih mawi,nasi mawi or yg biasa2 tu ok ler..tapi kalau masih ada yg nak jual t-shirt mawi..korang mmg cari masalah ,sbb skrg ni hanya mawifc sahaja yg ada hak utk menjual merchandise mawi.yg lain..minta maapppp yerr.. projek terbaru mawi world sdn.bhd ni adalah menjual kard raya mawi..mmg besttt ..cantik..as tabik springg ler ngan diaorang yg bertungkus lumus dalam menjayakan usaha ni.kalau sapa2 yg nak tahu lebih lanjut mengenai urusan seni mawi or xtiviti mawi leh ler surf kat www.mawifc.net @ www.mawi.com
================= Laman web Mawi===========
LAMAN WEB RASMI MAWI FC .NET (laman web rasmi mawi)www.mawifc.net

LAMAN WEB MAWI FRIENDS COMUNITY (fan world comunity) www.mawifc.com

Friday, October 07, 2005

UNIKNYA RAMADAN BERSAMA MAWI..






akum...yeszerrr..selamat berpuasa..pose ker tak ni..ceria semacam jer :) k lah dalam kita menjalani ibadah puasa ni as nak kasi satu info sikit pada korang semua actually peminat mawi ler.mawi akan ke udara di astro ria sepanjang bulan ramdan ni mulai 6.28 ptg sehingga 6.30 ,2 minit jer untuk satu slot ramadan iaitu-Uniknya Ramadan Bersama Mawi.As pun sebenarnya secara kebetulan jer tertengok promo iklan mawi dengan teh BOH,tetiba nampak jer macam ku kenal org itu..ooo..mawi rupanya.lepas tu..tetiba jer mawi bercakap mengenai ramadan.baru as tahu inilah rancangan uniknya ramadan bersama mawi.so sesapa yg terlepas tu,dont 'risau', ada ulangannya pada kul 11.28 malam.Apa sebenarnya rancangan ni ? oklah rancangan ini adalah merupakan satu slot khas mawi yg akan memperkatakan mengenai ramadan..ala2 fitrah ramadan ler.tapi yg lainnya mawi yg jd penceramahnya :D walaupun slotnya sekejap jer,tapi serba sedikit ia boleh masukkan ilmu agama dalam diri kita ni,jgn asyik nak hiburan jer. hari pertama as sempat tengok itu pun,secara tak sengaja.hari kedua..alamakkk,x dapat d elakkan as terlepas tgk coz ada urusan kat luar,hari kedua alhamdulilahh sempat. tapi jgnlah nak tgk slot ni hanya nak tengok mawi jer (mmg pun )yg penting dgr apa yg mawi nak sampaikan itu..ILMU TUUU..
Berita baik untuk pengguna Hotlink dan Maxis.anda kini boleh mengaktifkan caller ringtones terkini nyanyian raya bintang af3.EXCLUSIVE tu..kat tempat lain x der lagi. kalau nak tahu lebih lanjut or nak dengar promo lagu tu leh klik kat sini www.hotlink.com.my n klik samaada anda hotlink or maxis n cari af3 raya hits n enjoyyy..apa yg menarik perhatian as semestinya lagu 'ku pohon restu ayah bonda' ..sapa yg nyanyi aaaa?? ek elehh buat x tahu lak, :) mawi ler..as rasa lagu ni special sangat.w'pun as hanya dgr sikit jer tapi syahdu abis.sesaper yg x dapat balik kg masa raya nti,confirm nangis punyer..as yg dgr ni pun syahdu jer ..isyk..isyk.sapa yg x der perasaan tu x tauler nak cakap camner.
oklah pada sesiapa yg masih lagi belum mendaftar untuk melanggan caller ringtones Hotlink ni,leh ikut step ni:-
1. type *131# and send jer(yuran dia rm3.00 sebulan)

2. kita akan terima satu password untuk masuk dalam website hotlink dan memilih caller ringtones yg kita nak.

3. dan melalui websitenya,kita leh beli secara online@ melalui hf,kita leh buat camni -

*131*# dan tekan send

oklah untuk Id lagu mawi,ku pohon restu ayah bonda, leh ikut id ni

*131*07020# dan send..lepas tu..ambik telephone umah cuba call hf sendiri untuk dgr..wuiyooo bestnyerrr....

Thursday, October 06, 2005

SALAM RAMADAN

salam ramadan...selamat menyambut bulan puasa ni.jangan pula buat-buat lupa sudah ler.bak kata mawi,world,world juga..pose jgn lupa..biar betulllll.Di bulan yang mulia ni as nak mengucapkan salam ramadan buat semua family as yg tercinta,sahabat2 as yg tersayang serta semua yg menjadi pengunjung blog as ni..salammmm ramadan.jgn pose 'yang yuk' -bangun pagi angkat periuk sudah :) sebenarnya banyak benda yg as nak tulis dan update di sini.tapi masa tak mengizinkan sekarang.insyaallah ada masa as akan updatekan.

pada bulan puasa yang mulia ni apa yang kita harapkan ialah dapat memperbanyakkan amal ibadat kita.yang kurang ditambah,yang sedia ada diperelokkan..moga ramadan ini bukanlah yang terakhir yang kita kecapi.hidup hanya sekali,bersyukurlah pada yang ESA atas segala rahmat dan kurniaanya.di bulan ramadan ni juga bukanlah bulan untuk kita membazir.hiduplah serba ada..serba sederhana atas apa yg dikurnia.janganlah bulan ini sebagai alasan kita membazir.pastikan bulan ramadan yang mulia ini kita manfaatkannya dengan sebaiknya.jangan nak ingat raya jer dikkk..pose baru sehari :) pastikan bulan ramadan ini juga menjadi satu permulaan bagi kita untuk menghakis sifat2 yg tak elok yang selama ni dah lama bertapak dalam diri kita.bersihkan diri dari hasad dengki,tamak,x jujur dan pelbagai lagi sifat yg membuatkan kita 'benci' pada diri kita sendiri.berjanjilah untuk mengubah diri bukan menjadi sempurna,kerana kita hanyalah manusia biasa..tetapi berjanjilah menjadi seoarang yang sejahtera hidupnya..

apa ni ? inilah card raya keluaran MAWI WORLD SDN BHD

nak tahu apa cerita ..tunguuuuu