-->

MY FOLLOWER

Pages

Friday, October 28, 2005

Salam AidilFitri



akum..pejam celik..pejam celik dah tinggal lagi berapa hari jer lagi nak raya..isyk..x sampai seminggu jer lagi ni.cepat betul masa berlalu.rasa kejap jer bulan ramadan ni..sayang plak nak tinggalkan bulan ni.dah lama as tak posting kat sini.banyak perkara sebenarnya..tapi malas plak nak posting bila jadi mcm2 masalah..rasa x ada mood plak.alhamdulilah,skrg ni as dah ok dah..life must go on..ceewahh speaking london nampak :D ntah betul ntah tidak..layannnn jerrr..

sepanjang bulan ramadan dan hari raya yang akan datang ni as nak minta maaf banyak2 kalau as ada terkasar bahasa dan tersalah kata.dan buat sahabat2 as di Melaka,Alor Setar,Penang dan Kelantan..as mintakk maaffff banyak2 kat korang..as x sempat nak antar kad raya.dan pada yang dah antar kad raya tu..as balas tahun depanlah yerrr..:D itupun kalau panjang umur..so sorrryyy..x sempat sangat.as bz sikit dgn exam.lepas satu hal..satu hal..so soryyy..selalunya setiap tahun as antar..tapi tahun ni sorrylah yerr.walaubagaimanapun..as tetap sayang korang semua..muahhhh.
----------------------------------------ampun maaf zahir dan batin--------
TEMAN,
DALAM KESYAHDUAN TAKBIR RAYA,
AMPUN DAN MAAF KUPINTA,
AGAR TERLERAI DAN TERHAPUS SEGALA DOSA,
BIARPUN KITA JAUH DI MATA,
ABADIKANLAH KENANGAN KITA BERSAMA,
KERANA KAU TEMAN SETIA,
SAAT KU DUKA DAN TAWA,
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA,
AKAN KU INGAT SAMPAI AKHIR NYAWA..
--------------------------
SALAM AIDILFITRI DARI KEJAUHAN..
SAHABATMU YANG MERINDU .
---------------
Pantun Raya Slang Negeri
----
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita.
----
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
---
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
---
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
--
Melaka...
Hawau awak berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
--
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri(org kolumpo jgn kocik ati!!)
--
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
--
Perak...Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
--
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
--
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
-----
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
------
p/s-gambar akan diupdate kemudian..masalah teknikal lerr..ada problem sikit.

No comments: