-->

MY FOLLOWER

Pages

Monday, June 06, 2011

abang,ayang,anjer,darling..




Suamiku,
Di saat tanganmu menggengam erat tangan tok kadi,
Diriku berdebar dub dab.dub dab..menanti apa yang bakal terjadi kelak,
Kerana namaku dan namamu sama2 panjang dan hampir sama jer,
takut juga bila bibirmu tersasul menyebut nama awek lamamu,
disaat tu sudah terfikir olehku untuk menyusun langkah silat, taekwando mahupun silambam keatasmu,
namun semuanya berjalan dengan lancar..alhamdulilah..tersenyum lebar diriku di dalam hati,
sambil menjerit kesukaan..tapi nasib baik orang tak dengar,sbb aku hanya menjerit dalam hati jer..ha..ha..
syukur ke hadrat ilahi kerana kau telah ku miliki..walaupun pertemuan kita hanya seketika,
permulaan cinta kita adalah sehingga ke tangan tok kadi..gembiranya aku sambil di hati menyanyi-nyanyi lagu saloma selamat pengantin baru..


Suamiku,
Ingat lagi tak waktu kita sama2 demam,kau di kedah..aku plak berkursus di penang,
risau aku mengenangkanmu di sana kerana kesihatan kau dan aku sama-sama infiniti,
demam yang kau katakan ujian itu rupanya khabar gembira buat kita,
kerana rupa-rupanya sudah wujud bakal generasi kita dalam rahimku.,
kau tadah tangan mengucapkan syukur bila doktor menyatakan
"tahniah...isteri awak mengandung"..

Suamiku,
ketika tempoh alahanku ,kau menjagaku tanpa jemu,
kau tatangku ibarat minyak ron 97,
kau tunaikan segala permintaanku demi membuatkan ku bahagia selalu...akan tetapi ALLAH menguji kita,
tanggal 28hb tetiba aku mengalami pendarahan,
gusar dan cemas terlukis di fikiranmu,
lantas aku dikejarkan ke Hospital Kangar,
masih terngiang-ngiang kata doktor pakar ketika itu,
"maaf cik..isteri encik keguguran."
ku tahu berkecai hatimu..begitu juga hatiku,
kerana zuriat yang di nanti pergi terlebih dahulu,
namun kau masih tersenyum memberi kekuatan padaku,
yang ketika itu sudah kehilangan semangat dan jiwaku,
terima kasih suamiku,kerana menyandarkan bahumu padaku..


Suamiku,
ALLAH  masih menyayangi kita,
takala aku masih terasa kehilangan zuriat kita dulu,
berita gembira kembali lagi,
kerana peluang kedua datang lagi..kerana kau dan aku bakal menjadi ayah dan ibu,
PKU dan kereta yang kupinjam dari Kak Su menjadi saksi kegembiraan kita ketika itu.
selama 9 bulan ku mengandungkan zuriat kita,
dan selama ku mengalami alahan terlampau selama 3 bulan,
kau tak jemu-jemu menjagaku dan memanjakanku..
oh suamiku,terharunya aku bila kau sanggup mencari jambu air dan juga lamb chop keinginanku ketika itu,
tapi kau harus bersyukur kerana aku tak mengidam Kereta Baru atau umah baru..ha..ha..

Suamiku,
tanggal 27hb June dan ketika itu demam piala dunia 2010 kita masih lagi berjaga pagi untuk melihat perlawanan bola,
kau ,aku dan baby dalam pewut kita pun sama-sama berjaga,
ketika bola ditendang di tv,baby kita pun turut sama menendang perutku,
kau tawa gembira bila melihat perutku tersenget sana..tersenget sini bila ditendang baby kita..sakitt ooo..
pagi 28hb june tetiba air ketubanku pecah..aduh,dah sampai masanya,
ku kejutkan mu dalam tidurmu,
setelah segala persiapan dibuat,ku kau bawa ke Hospital Kangar,
kata doc, bukaanku sudah sampai 6cm..patutlah sakitnya sudah terasa,
cemas wajahmu sambil mengenggam erat tanganku..sesungguhnya sakitku berkurang dalam kasih sayangmu.
terima kasih sekali lagi suamiku..
tepat jam 12.48pm akhirnya putera kita selamat dilahirkan selepas 2 jam ku membuat aksi akrobatik di labor room ketika menahan sakit..tetapi aksi ku masih boleh dikategorikan kategori Umum bukan 18sx kerana adanya doc lelaki ketika itu..walaupun malu teramat ku ketika itu..tetapi sakit melupakan segalanya..ha..ha..
dan akhirnya kita menerima hero pertama kita Ahmad Darwiysh..
pengikat kasih sayang kau dan aku..

Suamiku,
hari ini 03 Jun 2011,
genap 2 tahun kau dan aku menjadi KITA,
menjadi ayah dan menjadi ibu kepada zuriat kita..

Suamiku,
terima kasih kerana menjadi sahabatku..temanku.kekasihku..darlingku...suamiku,
aku bersyukur atas kasih sayangmu..atas perhatianmu...tunjuk ajarmu..
aku berterima kasih kerana bersabar dengan kerenahku dan 'kemerajukkan' aku..
biasalah..anak manja...mmg mcm tuh wahain suamiku..he..he..
aku memohon kepadamu agar diampunkan dosaku andai ada ku berdosa padamu,
andai ada ku meninggi suara padamu, anda salah lakuku, kerana aku masih meminta tunjuk ajarmu,
kerana tunjuk ajarmu adalah kasih sayangmu pada ku..

Suamiku,
kaulah sahabatku,darlingku,manjaku dan cayangku..
sesungguhnya aku menyanyangimu..
ku berdoa kau,aku  dan hero kita bahagia selamanya...aminnn..









No comments: