-->

MY FOLLOWER

Pages

Sunday, August 28, 2011

gotong royong kacau bubur lambuk..yeehaaa


 pada 15hb yang lepas as n beberapa orang geng office telag terlibat utk menyediakan bubur lambuk secara gotong royong..ni ler 1st time as terlibat..errmm menarik gak walaupun sebenarnya ada masalah 'misscommunication' ttg masa..orang lain pergi kul 8am, kami kul 10am baru sampai..errmm, nak wat guano kan, kami pun based kepada surat jer..pergi2 sana tgk2 dah siap potong dah pun sayur2 semua..so kami just ready tuk pek jer..group lain yang terlibat ngan kami ari tu muka masam mencuka jer..marah ler tuh sbb kami dtg lewat..saborr jer lahhh...walau per2 pun ni ler xtiviti kami kat sana...n hasilnya mmg sedappp (puji sendiri..ha..ha..)







chef import ni..he..he...



yea...yea..sok raya..


KEPADA SEMUA YANG MENJENGUK DI BLOG INI
DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI PADA SESIAPA YANG MENGENALI DIRI INI
AMPUN MAAF DIPINTA,
KEPADA SEMUA..

Wednesday, August 17, 2011

retaknya hati itu..

pepagi ni dikala mata as sedang redup n ngantuk tahap gaban punyer, tetiba as dipaparkan dengan gambar2 ini..dengan tetiba air mata ni bergenang dan rasa sedey sangat..tak tahu ker kenapa, tapi rasa sedih, geram, suka semua ada..tapi apa pun yang berlaku, semuanya adalah ketentuan dari-Nya..bahagia atau sengsara hanya diri kita yang mampu mengatasinya..

as mmg sejak dari dulu lagi mengikuti perkembangan Abby ni..dari awal sampai skrg ni..as suka juga tgk2 kebahagiaan abby dan anak2 dalam Fb dia..as sukaaa sangat bila abby berupaya menjaga anak2nya dengan baik walaupun tanpa suami di sisi...walau setabah mana pun dia, dia tetap seorang wanita..dan wanita sememangnya hatinya rapuh dan mudah retak..kita sebagai orang luar ni pun terasa kepedihan dan kesakitan itu apatah lagi abby kan..tapi apa yang as harapkan, abby dapat mencari kebahagiaanya sendiri disamping anak2..go for it abby!!

 nampak mcm satu family yang bahagia..tapi pada zahirnya, tidak sama sekali..


 anak-anak yang gembira dgn papanya..


alangkah indahnya bila berjemaah bersama2 papa, tapi sayangnya peluang ni tak datang selalu..kerana kami tak bersama dgn papa lagi..

 "papa..baby sayang papa.." di kala anak sukar melepaskan papanya pergi..

 betapa rindunya anak2 pada papa dan kebahagiaan mereka sekeluarga



sedeyynya tgk...hu..hu..apa nak wat, papa dah dapat pucuk muda..walaupun pucuk muda lembut, tapi khasiatnya kurang berbanding daun hijau yang penuh zat vitamin..

-.
-
-
-
errrmmm...



tahniah kerana anda telah berjaya... 
bergembiralah  atas air mata orang lain..

kredit tul Fb Abby abadi n PEREMPUAN ITU!!

Tuesday, August 16, 2011

jemput makannn - arab style


 perghhh...habis ker tuh??.




banyaknyaaaa...

isyh, mewah sungguh bila tgk diaorang ni makan..sorang makan mcm 10 orang makan..as tak pasti ler mmg diaorang selalu makan mcm  ni or event tertentu jer..tapi bila tgk yg kat meja makan tu, kalau ler korang di tempat tetamu tu korang nak wat per? isyh..as rasa kalau as ler, as makan separuh pun tak sampai.suku pun tak..sbb besar sangat lauknya tuh..mesti sblum makan tu fikir 44 kali ..

berkahwin dgn kedua-dua gadis kembar !!

 'cayanngggg dua2 isteri abang'

Mr Wichai  24 tahun, Samut Songkram adalah merupakan orang paling berbahagia ketika ini bila dia berkahwin bukan seorang, tapi dgn dua orang adik beradik kembar sekaligus!! perghh..dasyatttt.pasangannya adalah merupakan pasangan kembar Ms Sirintara dan Ms Thipawan (22) .Menurutnya, dia telah jatuh cinta kepada kedua-duanya dan apabila disuruh membuat pilihan akhirnya dia memutuskan untuk berkahwin dgn kedua2 nya sekali..senang citer..he..he..

------sebahagian artikel--
Mr Wichai hidup bersama dengan dua gadis kembar di rumah keluarganya setelah pernikahan, dan ibunya dengan bangga telah mempersiapkan dua buah kamar untuk yang mereka baru menikah.
ketika ditanya tentang aturan tidurnya, Mr Wichai menjawab dengan sederhana dan sambil tersenyum.
‘Tentu saja tidak ada masalah! Selama tiga malam dalam seminggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga malam lagi dengan Sirintara. Dan setiap hari Sabtu, kita akan tidur bersama-sama ‘


 ha..ha..ayat yg as highlight yang last tuh kelakar lak rasanya..kalau korang tak paham apa artikel ni tulis jgn tanya as..sbb as pun sama jer..he.he..rasanya ni bahasa indon kot..tapi per2 pun sebagai orang Islam, korang jgn berangan2 nak wat mcm ni plak yer..

Info di SINI 

stylo myloo cafe



D' Espresso, Madison Avenue and 42nd Street


perghhh..dasyat tul bila masuk cafe mcm ni..maybe bagi orang yg sukakan buku maybe akan masuk..n bagi as walaupun as suka gak ngan buku n kerja pun dgn buku,tapi bila masuk cafe ni rasa serabut giler..asyik dok ingat kerja jer..nanti tak pasal2 plak tgh minum g bangun kenkonon nak p susun buku kat wall tu..he..he..serabut..serabuttt

info kat SINI

Monday, August 15, 2011

aktiviti takala awisyh tido

malam semalam ngan tetiba jer mood nak wat kuih raya membuak2..maklumlah tensen lepas tgk badminton, bila Dato' Lee Chong Wei kalah..hu..hu..so per lagi terus kuarkan bahan2 dan buat terus kuih ice cream ni.as mmg tak pernah wat pun kuih ni..so ni adalah merupakan kali kedua as wat kuih..he..he..wat maluuu jer..masa mula2 tekap acuan tuh, nipis bebenor, n bila dah bakar asyik patah jer n masa doh kedua baruler okeh sikit..he..he..per2 pun tak berapa puas hati sangat sbb yg last sekali tu choc dah mula membeku..silap as ler, g masak awal choc tuh..isyh..tak per lain kali cuba lagi..tapi per2 pun dapat ler juga satu balang kuih ni..dlm 100keping - 20 keping yg patah dan tak elok..so dapat ler 80keping..he..he..alhamdulilahhh..dah dapat dah 2 jenis kuih..




 bersepah dapur as kerjakan..

Biskut Dahlia Chip

Bahan-bahan
  • 240gm tepung gandum ( as guna tepung gandum blue key)
  • 90gm tepung kastard
  • 45gm tepung ubi
(tepung perlu diayak terlebih dahulu)


  • 150gm gula halus 
  • 210gm mentega @ marjerin (as guna buttercup jer)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 40gm chochlate chip (boleh juga guna hirisan ceri)

Sunday, August 14, 2011

percubaan pertama!

assalamualaikum..aloohaaa..wahh, bersemangat jer datang kerja ari ni..misi utama sebelum rayer adalah nak siapkan kerja2 yang ada n bila lepas raya boleh rileks n chill jer..lagi satu bersemangat ni sbb dah dapat start wat benda yang dah lama dah tingin nak wat..buat per??? " buat kuih rayerrrr"..he..he..maklumlah baru ada oven so masa ni ler nak praktikkan benda yang dah 15 tahun x wat..perghh, lama giler.sampaikan dah lupa habis cara2 nak wat..nasib baik ler ada hencik tenet yang banyak membantu..tak yah nak beli buku2 resepi lagi..he..he..

barang2 nak wat kuih mmg dah beli dari minggu lepas lagi, tapi ada certain barang jer yang masih belum beli so per la, gi marin terus bergegas ke pasaraya tuk beli acuan n benda2 lain n rush wat terus..bukannya per, nak kejar masa nak kuar plak kul 4pm tu ke A.Star..alhamdulilah, sempat juga siapkan satu jenis kuih..so marin as sempat wat kuih dahlia jer, tapi as improvise sikit bentuk dia..as tak guna bentuk kuih samperit tuh , as just guna bentuk bunga..lagi senang n tak mudah patah n as tukar hiasan ceri ngan choclate chipDapatlah wat dlm 80 keping biskut..rasanya??okeh ler kot..he..he..awisyh pun makan sampai 3 keping..


 

Monday, August 08, 2011

menu ari cuti

assalamualaikum dan selamat berpuasa..hamboiii lama bebenor tak update blog ni..bukannya tak nak update, tapi tak sempat..kalau nak diikutkan hati tuh nak update tetiap hari..tapi kerja yang banyak membataskannya..ceewahh ayat..he..he..

hero kecik ibu yang tak sabar2 nak berbuka sama..

sepanjang bulan puasa ni, mood tuk masak makin membuak2 plak..lagipun malas sangat nak beli kat bazar ramadan tuh..semuanya nengok samaaa jer..tak der benda yang berbeza pun..rasa tak tahu lagi mcm ner kann..so better masak jer.lagipun leh gak improve skill memasak ni..as pun tingin gak nak pandai masak mcm orang lain..bila pandai masak, suami akan sayangggg..he..he..so ari sabtu lepas, as masak nasi tomato, sambal sotong n ayam berempah jer..perghhh..ni kali ke2 as wat nasi tomato..kalau sebelum2 ni guna pes nasi tomato, tapi kali ni mmg as start dari basic..errmm mmg terasa kelainannya n lagi puas bila kita tak guna pes masak segera tu..n feedback yang dapat balik mmg baikk punya cuma nasi tu tak berapa nak rasa garam sikit..maybe as letak stok ayam tuh sikit rasanya..takper next time nak cuba lagii..rasa puas hati sangat dapat gembirakan suami dan membesarkan lagi pewut suami..ha..ha..


 nasi tomato


 sambal sotong

 ayam goreng berempah with honey



dah 2 hari berturut2 dah kami minum ni..nyum..nyum..