-->

MY FOLLOWER

Pages

Monday, August 15, 2011

Biskut Dahlia Chip

Bahan-bahan
  • 240gm tepung gandum ( as guna tepung gandum blue key)
  • 90gm tepung kastard
  • 45gm tepung ubi
(tepung perlu diayak terlebih dahulu)


  • 150gm gula halus 
  • 210gm mentega @ marjerin (as guna buttercup jer)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 40gm chochlate chip (boleh juga guna hirisan ceri)
Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Gunakan kelajuan sederhana

2. Masukkan kuning telur sikit demi sedikit dan esen vanila dan putar sehingga sebati dan bahan2 mesra bersama.

3.  Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum. tepung ubi dan tepung kastard yang telah diayak tadi ke dalam adunan mentega tadi.Gaul menggunakan senduk tangan hingga sebati bersama dan menjadi doh.Tak perlu putar guna mixer.

4. Canai doh tadi di atas papan dan untuk memastikan ia tidak melekat pastikan tabur sedikit tepung terlebih dahulu di atas papan dan juga pengelek.Canai doh tadi dan jgn terlalu tebal atau nipis.Kalau tebal ia tidak akan rangup, dan kalau terlalu nipis ia akan cepat hangus dan mudah patah.

 5. Tekap mengikut acuan pilihan kita dan susun di atas pembakar yang dilenser dgn marjerin.

6. Sapu kuning telur pada kuih

7. Hias dengan meletakkan choclate chip di atasnya,pastikan choc tu ditekan di tengah sehingga tengelam, baru nampak cantik.

8. Bakar selama 20-25min dgn suhu 120 atau sehingga ia nampak kekuningan.(suhu dan masa oven bergantung kepada jenis oven.Jika oven kecil, anda perlu bakar  selama 25min dgn suhu 150 ataupun sehingga ia kuning)





No comments: