-->

MY FOLLOWER

Pages

Monday, November 28, 2011

aku jatuh cinta





jatuh cinta? nak jatuh cinta kat sapa plak ni? jangan chik as jangan main2..kalau nak kena silambam ngan hencik faecos tu silalah wat perangai..he..he..takder kaitan ngan jatuh cinta ngan orang lain derr..hanya hencik faecos di hatiku..ha..ha.(budjet romantika de amor tetiba plakk). 

Saturday, November 26, 2011

Asronot wanita India buktikan kebenaran cerita Neil Armstrong tentang Kota Bercahaya

Satu pesanan pendek tersebar tentang berita masuk Islamnya Sunita Williams, astronot wanita India pertama yang pergi ke bulan pada 2 Julai 2007 lalu.
Berita menghebohkan ini bukanlah yang pertama, sebelumnya astronot berasal Amerika Syarikat Neil Armstrong juga menyatakan dirinya masuk Islam sekembali dari bulan.

Thursday, November 24, 2011

seksanya lelaki melihat buah dada wanita!!


Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la.

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Wednesday, November 23, 2011

harimau dah kenyanggg

aksi lentuk anak ibu..he.he..

gollll...alhamdulilahhh lega sesangat bila Malaysia menang semalam..mmg betul ler bola ni membuatkan kita kat umah ni rasa mcm nak sakit jantung jer.berdebar2 jer rasanya..mmg riuh rendah kat umah as semalam,masing2 bersemangat bukan main sampaikan kami 3 beranak pakai baju bola..bersemangattt tuh..he..he..

ibu pun nakkk jugaaaa posing..he..he..

Sunday, November 20, 2011

Bangga hilang dara?


Kaherah – Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus menjadi sebutan bukan sahaja di Asia Barat malah hingga ke peringkat antarabangsa yang terkejut dengan keberaniannya berbuat demikian.

Selain menerima kecaman dan makian, twitter milik gadis berkenaan telah dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah pengikutnya pula meningkat dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang.

Tindakan beraninya yang tidak bermaruah itu terutama bagi gadis yang dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam turut mendapat liputan media antarabangsa.Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima bulan lalu.Kareem, pada 2006 telah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mengkritik Islam dan memfitnah bekas Presiden Hosni Mubarak.
Dalam temubualnya dengan CNN, Aliaa memaklumkan dia bersetuju bergambar bogel dan memuatnaik dalam twitternya kerana dia tidak mahu menjadi seorang wanita dalam masyarakat yang disifatkannya hanya menjadikan wanita sebagai objek seks semata-mata.

“Ia adalah satu ekspresi terhadap diri saya. Saya berbogel kerana ini dilihat dari sudut yang berbeza dan saya juga sukakan seni dan saya juga bukan orang yang percaya bahawa kita perlu berkahwin semata-mata untuk mendapat anak,” katanya.

Saturday, November 19, 2011

sambutan sebeday MAK

SELAMAT HARI LAHIR MAK
SAYANGGGG SANGATTT DGN MAK

alhamdulilah..dah selesai dah pun wat kenduri sikit2 sempena birthday mak as 18hb lepas..tak wat per2 pun..just goreng beehun n kasi kat jiran2 serba sikit..nak wat kenduri besar2 budjet lari so wat mcm tu ler..he..he..menu simple jer hari tu.Beehun goreng, nugget crispy, homemade cake n jajan jer..n yg paling special kali ni ialah homemade cake ler..memula tuh dah malas dah nak wat, fikir nak beli jer tapi kemudian sian plak ngan anak2 yang nak tolong wat cake utk tok so gagahi diri gak ler beli bahan2 n wat cake..errm..best juga bila sekali sekala wat cake..rasa mcm tak puas lak..nak wat lagi ler, sbb cake kali ni ala2 cake volcano jer..kenapa volcano? ha..ha..maunya tak volcano, cake tu tinggi kat tengah pastu merekah..ha..ha...nasib baik ler ada coklat so dapat ler tutup sikit he..he..

kek seksi ?






isyh, tak tahu ler nak kategori mcm ner..nak kata pun serba tak kena..nanti bila cakap ada ler plak orang tu ckp kita ni siapa nak menentukan hukum halal dan haram..maklumlah agama pun masih kurang kiter ni, so dengan agama yang ada ni, sama2 ler kita fikirkan bersama hukum buat kek mcm ni.Nak kata kolot, mmg pun as akan kolot bila hal ni melibatkan ada pautan agama..jangan anggap diri tu terlalu OPEN dan berseni..hati2 bila berbicara ttg hukum dan haram kerana kenkadang kata2 tu akan turun ke hati n dari hati, n dari hati tu akan membawa kita tersesat jauh dari landasan yang betul..x tugi kolot bila melibatkan hal tak senonoh mcm ni, pada sesiapa yang suker tuh tahniah..anda adalah seorang yang URBAN dan MODERN!!.

minyak oh minyak

KESAL...Ismawi menunjukkan resit pembelian minyak masak yang dibelinya.
KESAL...Ismawi menunjukkan resit pembelian minyak masak yang dibelinya.




KUALA LUMPUR: “Saya tidak berpuas hati dengan tindakan pasar raya yang hanya membenarkan tiga kilogram minyak masak dibeli setiap seorang,” kata peniaga, Ismawi Musa, 52, mengenai arahan sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama, di sini, yang mengehadkan pembelian minyak masak.Menurut Ismawi, lebih 10 tahun berniaga kuih, ini kali pertama dia tidak dibenarkan membeli minyak masak dalam kuantiti yang banyak di pasar raya terbabit.


Difahamkan, sebelum ini kerap juga keadaan sama berlaku di pasar raya itu namun tidak mengehadkan pembelian barangan berkenaan.“Saya membuat pembelian dua kali untuk mendapatkan lima kilogram minyak masak dan itu menyusahkan kerana memerlukan sekurang-kurangnya 10 kilogram minyak masak dalam tempoh dua hari.

“Saya minta untuk bersemuka dengan pengurus pasar raya berkenaan bagi mendapatkan kepastian namun alasan diberikan ia arahan pihak atasan,” katanya.

Friday, November 18, 2011

korang gi mana aaaa?

aisyeh..tgh as dok godek-godek blog wat itu wat ini pastu tetiba tgk follower dah ilang..hu..hu..dah ler susah bebenor nak cari sorang-sorang pastu ilang ler plakkk..waaaaa....sedeyy..sedeyyyy.pada korang yg masuk sini, sila ler tanpa segan silunya 'follow' blog chik as yer..ha..ha..muka tak malu tul minta kat orang

Sunday, November 13, 2011

Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?


Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal

Wednesday, November 09, 2011

malu ler cik kak oiii

kus semangat..tgh wat kerja (wat kerja ler sangat) tetiba ada member call bgtau ada seseorang emel tru emel kampus nak cari kereta hencik somi..mmg sah2 bila emel kampus mmg akan spread satu kampus ler n mmg mengejutkan chik as jer..tetiba jer rasa gigil jer badan..risau plak ingatkan ada per ler tadi..terus chik as buka emel and call orang yang mengemel tu..upernya2 pasal kes  2 minggu lepas..kes apa? nahhh chik as kasi kronologi kes..ha..ha.

1 November 2011 (Selasa)
  • Berlaku di persimpangan 'roundabout' kampus ketika semua orang bersesak2 untuk pulang.Anggaran masa adalah dlm pukul 5.15pm
  • Ketika kejadian, kenderaan agak banyak dan waktu itu kereta hencik somi sedang mengikuti sebuah kereta VIVA (kalau x salah ler) dan tiba-tiba kereta tersebut berhenti mengejut dan menyebabkan kereta hencik somi 'mencium' kereta tersebut.
  • Hencik somi dan pemandu tersebut yang juga seorang wanita turun untuk melihat samaada berlaku kerosakan di mana2 n ternyata tidak berlaku2 apa2 kerosakan pada kereta wanita tersebut dan juga kereta hencik somi.Chik as hanya menjadi pemerhati waktu tu.
  • Bila dah selesai, masing2 pun pulang.

09 November 2011 (Rabu)
  • Pemandu tersebut telah menghantar emel pada seluruh kampus untuk mencari kereta hencik somi.
  • Chik as menghubungi pemandu tersebut setelah diberitahu oleh geng pejabat bahawa ada emel mencari kereta hencik somi.
  • Rupa2nya dia mendakwa kereta berlaku kerosakkkan atas pelanggaran dulu dan menyuruh kami memperbaikinya
  • Petang ni baru nak p check semula kereta tu..errrrmmm...habuann la nooo(pinjam ayat Deq Qien) tetiba jer jadi famous..semua orang call chik as ngan hencik somi..chik as ok ler lagi sbb kawan2 jer yg call..yang paling kesian hencik somi ler, semua golongan tepon dia..nasib baik NC pun tak tepon dia sama..hadoiiii

Lelaki misteri di kaca tv!

LONDON - Seorang lelaki tempatan, Paul Yarrow menjadi topik sensasi di Internet selepas dia kerap muncul di belakang wartawan penyiaran yang membuat lintas langsung siaran berita televisyen di sekitar London sejak setahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.


Dia yang berasal dari Bermondsey di selatan London dan pernah berkhidmat sebagai pengiring keselamatan Kementerian Pertahanan tampil dengan berpakaian baju sejuk tanpa kolar berwarna cerah.

Sebuah laman web fidgetwith.com menyenaraikan kemunculan Yarrow di beberapa lokasi berbeza termasuk ketika siaran langsung mengenai protes kapal bantuan kemanusiaan Gaza di sini pada 31 Mei lalu melalui stesen Perbadanan Penyiaran British.

Pada 16 Julai lalu, Yarrow kelihatan berdiri dan memandang ke arah kamera dan memegang sebuah telefon bimbit seperti sedang berbual di sini.


wow..ramainyaaa



 

Tuesday, November 08, 2011

my little HERO photoshoot


My Little Hero  Mini Photoshoot

Location : Astana Permata
Model : Ahmad Darwiysh
Photographer : GWPhotozast





ini adalah merupakan sebahagian daripada hasil photoshoot darwisyh tempoh hari..nak kata gambar baru tak juga sebab dah lama dah ni..he..he..cuma baru jer upload kat sini..he.he..

Monday, November 07, 2011

raya datang lagi

selamat hari raya aidil adha buat semua..chik as tak der buat per2 sangat pun raya ni..just wat simple mimple jer..pepagi raya wat nasi tomato n pastu tolong mak wat beehun sup..kat Kedah ni raya 'Haji' tak semeriah raya 'Puasa'..n kalau x salah chik as, kat Kelantan mmg akan terasa kemeriahan raya haji kat sana..mmg semeriah kita menyambut raya puasa..tapi kalau kat negeri lain, suasana akan rasa meriah bila kita wat korban..insyaallah kalau ada rezeki lebih dan diizinkan-Nya chik as pun tingin gak nak wat korban utk darwisyh plak..insyaallah..

Thursday, November 03, 2011

pilih jer nak yang mana?


ha..ha..kalau korang lak mcm ni ker ? pilih jgn tak pilih..he..he..

Gambar bogel isteri boros

KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.
KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.




KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Wednesday, November 02, 2011

Kisah Seorang Ibu-

Cuba anda hayati cerita ini

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari.