-->

MY FOLLOWER

Pages

Saturday, November 19, 2011

minyak oh minyak

KESAL...Ismawi menunjukkan resit pembelian minyak masak yang dibelinya.
KESAL...Ismawi menunjukkan resit pembelian minyak masak yang dibelinya.




KUALA LUMPUR: “Saya tidak berpuas hati dengan tindakan pasar raya yang hanya membenarkan tiga kilogram minyak masak dibeli setiap seorang,” kata peniaga, Ismawi Musa, 52, mengenai arahan sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama, di sini, yang mengehadkan pembelian minyak masak.Menurut Ismawi, lebih 10 tahun berniaga kuih, ini kali pertama dia tidak dibenarkan membeli minyak masak dalam kuantiti yang banyak di pasar raya terbabit.


Difahamkan, sebelum ini kerap juga keadaan sama berlaku di pasar raya itu namun tidak mengehadkan pembelian barangan berkenaan.“Saya membuat pembelian dua kali untuk mendapatkan lima kilogram minyak masak dan itu menyusahkan kerana memerlukan sekurang-kurangnya 10 kilogram minyak masak dalam tempoh dua hari.

“Saya minta untuk bersemuka dengan pengurus pasar raya berkenaan bagi mendapatkan kepastian namun alasan diberikan ia arahan pihak atasan,” katanya.

Katanya, banyak kali dia bertanya kepada pekerja di situ sama ada ia arahan pihak kementerian tetapi jawapan yang diberi adalah arahan pihak atasan.“Saya tidak faham dengan maksud ‘arahan pihak atasan’ dan meminta sekali lagi untuk bertemu dengan ‘pihak atasan’ yang dimaksudkan namun hampa kerana masing-masing cuba mengelak.

“Saya berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya kepada pasar raya terbabit kerana seperti ada yang tidak kena dengan pengurusan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan, Mohamad Mokhtar Yeop, ketika dihubungi berkata hanya pegawai pengawal harga dari kementerian yang boleh meluluskan syarat untuk menentukan kawalan pembelian minyak masak.

“Pihak pasar raya tidak boleh sewenang-sewenangnya menetapkan syarat pembelian tanpa mendapatkan kelulusan daripada pegawai pengawal harga.

“Kami akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pasar raya yang melanggar Akta Kawalan Bekalan dan kami akan menghantar pegawai untuk menyiasat pasar raya terbabit,” katanya.

Katanya, pengguna diminta melaporkan mengenai kawalan pembelian barang mentah yang diragui supaya pihak berwajib mengambil tindakan segera.


nota kaki : iysh..sampai bila isu minyak ni nak selesai? dari dulu lagi mcm ni..kenapa pulak boleh ada had2 utk pembelian minyak? betul ke minyak masak di pasaran tak ada? ataupun peniagadgn sesuka hati sembunyikan minyak utk mengaut keuntungan yang lebih dikemudian hari? kat tempat as pun sama..kalau bernasib baik jumpa ler minyak masak yg berbotol2..kalau idak..jumpa ler juga minyak berbotol2 ..tapi minyak jagung n minyak yg mahal2 belaka..heran..herannn

No comments: