-->

MY FOLLOWER

Pages

Tuesday, February 26, 2013

Sunyinya kerja ari ni...adehhh, ari ni chik as kena kerja malam ler plak..punyalahh bercinta chik as nak datang kerja malam..tapi nak wat camner, dah tuntutan kerja kan..so terpaksalah gagahkan diri gak datang. Ari ni nasib baik Mr.Faecos yang hantar dan akan ambik kerja nanti..lega sikit rasanya..bukannya apa, skrg ni chik as cukup malas nak drive..kalau boleh nak tetiap ari ada orang ambik dan hantar..dah malas dah nak drive sendiri.Tambahan plak skrg ni chik as sakit sangat pinggang n belakang ni..adehhh..so bila ada orang drive lega ler sikit kan..

Tingat chik as masa g teman mak chik as untuk ambik BR1M ari tuh..perghh, ingatkan sesi kedua ni dah tak ramai orang..rupa2nya sama jer..per taknya jumlah orang yang ambik lebih kurang 3,000 ribu orang tuk sesi pagi n petang..perghhh..dah ler nak cari parking pun susah n terpaksa menapak jauh n masuk2 kat dalam dewan tu ramai bebenor orang. Ingatkan sesi kedua ni diaorang dah ambik pengajaran BR1M tahun lepas yang agak 'kelam kabut'..tapi lebih kurang sama jer tahun ni..bezanya tersusun ler sikit..tapiii still diaorang kekurangan kakitangan.Apa yang chik as tengok, mmg ada kaunter khas untuk OKU dan juga warga emas, tapi kedudukan yang tak strategik (depan pintu) n diaorang berebut2 nak masuk..memula tu chik as tolong mak beratur kat lorong tuh..tapi memandangkan tak gerak2, chik as decide tuk ke lorong biasa..perghh panjang berjela barisan.N yang membuatkan lagi panas, bila ada orang yang datang lewat, tetiba dengan selamba potong barisan..barisan yang sepatutnya satu baris dah jadi dua baris..errmm, nak ditegur yang wat perangai tu 'warga emas' ..so diamkan jer lahhh..Oleh kerana mak chik as tak berapa sihat, terpaksa ler chik as tercari2 kerusi kosong tuk mak chik as rest sementara chik as tolong beratur bagi pihak mak..Mmg letihhh yang amat bila 'boyot' tapi berdiri lama ..dari kul 11.00 hingga jam 12.30 baru ler sampai turn mak chik as...aduhhhh...sakittt satu badan chik as..

Lepas siap beratur utk ambik baucer, kena plak beratur untuk cash kan duit plak kat kaunter asing..aduhaiii..bagi chik as, lebih baik bagi saja baucer tu n kemudian lantik beberapa bank terpilih dan penerima boleh cashkan duit tu di bank2 tersebut mengikut valid date yang ditetapkan...lagiii senang..

Tapi per2 pun, semua tu hanyalah cadangan sahaja..chik as tengok diaorang perlu tambahkan kakitangan untuk membantu makcik2 dan pakcik2 yang terpinga2 cari kaunter dan juga utk memahai proses penerimaan tersebut..Per2 pun alhamdulilah dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sumbangan yang diberikan untuk mak chik as..Chik as pun dapat gak, tapi hanya dapat baucer buku jerrr...jadilahhh kan..sapa lagi yang nak kasi Rm250 utk beli buku? errm...tgh fikir ni nak beli buku apa yerrrr...

p/s - mood ari ni...- sakit pinggang n belakanggg..adoiiiiii

Saturday, February 16, 2013

aksi anak ibu

tgk yang ni...
pastu tgk yang ni..sama tak? ha..ha..

he..he...itulah perangai anak ibu skrg ni..memula terkejut gak chik as, apa benda dia wat tetiba jer buat mcm tuh..lepas tu dia tunjuk " ibu,kakak..." sambil tunjuk kat gambar tuh..he..he..barulah chik as perasan upernya dia tiru gambar kat wall tuh..he..he..darwisyh oh darwisyh..






Thursday, February 14, 2013

syukur pada-MU YA ALLAH


alhamdulilah result utk sem lepas dah keluar..walaupun pelbagai cabaran melanda sem lepas berbaloi juga keputusan yang diterima.Cuma ralat sikit ler, tak dapat A+,hanya dapat mcm tu jer..pergh, sem lepas mmg mencabar buat chik as.Per taknya masa tu early pregnancy so masa tu alahan mmg teruk giler.Sampaikan dua kali masuk hospital n yang paling mencabar time kena presentation tu plak kena admit wad..aduhh, mmg mencabar.Tapi alhamdulilah dapat member2 yang banyak tolong plus dapat lecturer yang memahami keadaan masa tu..so per2 pun, perjuangan masih belum selesai..start 16hb Februari bermulalah episod baru tuk sem baru..doakan chik as berjaya yer n harap chik as sempat jawab exam sebelum or selepas  deliver..jangan deliver time final exam udah ler ..he..he..Risau gak ni, sbb due chik as 22 May 2013 n final exam plak 1 Jun..iysh, risau gak ler..tapi diharapkan chik as dapat menempuhinya..

Monday, February 11, 2013

akhirnyaaa..






akhirnya setelah sekian lama mencari,dapat juga merasa burger bakar ni..perghh bila makan tu mmg kenyang yang amatt..besar betul daging dia..so leh ler wat checklist apa yang chik as dah dapat..(ngidammm daaa)


  • Burger Bakar   -  check
  • Cucur cempedak - check 
  • Cucur Ubi - check
  • Buah 'Setaq' - belum dapat lagiii..

BEIJING PART 4

28 Nov 2012
DAY 3

Untuk hari ketiga plak, ittinery kami adalah untuk ke kilang jed n ke Great Wall of China..masa kat bilik hotel chik as dah berbelah bahagi nak climb ke idak great wall tu ngan pewut boyot ni..tapi masa tu chik as berserah jer lah..ikut keadaan chik as masa sampai tu..kalau larat chik as climb..kalau idak,duduk kat bawah jer lah..per2 pun, jommm sopinggg dulu di kilang jed..he..he..

soping jgn x soping..he..he..

 Akhirnya hasil tangkapan kat kedai jed ialah cincin jed utk chik as n kakak plak dapat rembat gelang jed..he..he..n lepas puas kat kedai kami meneruskan perjalanan utk ke Great Wall..perghh jauh bebenor nak sampai sana pun..ponatt eden.




sebelum climb..pose duluuuu..steady jer mak n anak sedara chik as

hapyyy..hapyyy  


he..he..akhirnya chik as climb gak great wall..

tinggiiii tuhhhh..
penat mmg penat sampaikan satu masa tu chik as mcm dah surrender dah nak climb..tapi dah separuh jalan so terpaksa tamatkan juga..mmg tinggi sangatt..dahler masa tu chik as 4 bulan pregy he..he..saborr jer lahhh pregy2 pun climb gak..tapi kalau x climb bila lagi dapat peluang mcm tu kann..so climb jer...

Thursday, February 07, 2013

Alhamdulilah..




 betapa besarnya kebesaran dan kekuasaan-MU YA ALLAH..
Aku bersyukur kepada-MU atas anugerah yang ada ini..
Peliharalah Kami Sekeluarga YA ALLAH..

BEIJING PART 3



walaupun sejuk..totappp nak berpose gakk..   




Walaupun sejuk, tapi kami tetap meneruskan perjalanan..perghh, mmg sejuk dan beku jer rasa bila angin datang menderu.Sejuk punya sejuk sampaikan sakit hidung n rasa pedih sangat mulut tuh..eee..gigil..Antara Tinanment Square and Forbiden City tu dekat jer n paling menarik boleh masuk ikut laluan tangga bawah tanah..errnn..menarik kan.

laluan bawah tanah utk ke forbiden city..

peaceee



debabnya chik as...tidakkkkk


mmg best n kalau korang nak tahu di forbiden city ni mmg luas yang amat tempat dia..kalau nak diikutkan chik as tak tahu ler berapa km kami kena jalan..tapi kami just g sampai stage 2 jer..ambik jalan shortcut..he..he..letih maaaa..kat china ni mmg kerja kami asyik berjalannnn n naik tangggaaaa jer..kalau ler lama chik as kat sini, mau kurus chik as (kalau x pregy lerr).

ecehhhhh...  
sedondon jer mafla kami..he..he..one family katakan..
ha...ha...kelakar plak nengok..            




tak sabarnya

( ari ni chik as tak nak sambung lagi Beijing Part 3, sbb facebook tak leh acces kat opis..so tak leh ambik gambar..he..he..)


yeaaa...sok dah cuti dah..bukan sehari..bukan bukan..tapi 4 hari..ha..ha..(gelakkk sukerr) lama bebenor cuti kali ni..per taknya jumaat, sabtu, ahad dan isnin sempena cuti Chinese New Year..hoorayyy best tul bila cuti lelama ni. Hencik somi siap tanya chik as lagi " cuti2 ni nak g mana?" ..kalau ikut hati, chik as nak p sana..p sini..tapiii memandangkan keadaan chik as skrg ni..mmg tak terdaya ler chik as.Mmg cepat letih skrg ni, n cepat semput..mcm ari tu, bukan main semangat lagi nak p penang, tapi bila sampai2 kat sana n bila nak start shooping terus pancit..hadoiii...sedeyyy tul ler.Tambahan skrg ni bila dah 6 bulan pregy, lagiler rasa letih n tak larat sangat.errm, nak wat mcm ner kan..niat hati ni mmg ler nak berjalan2 tapi keadaan yang tak mengizinkan..

So kesimpulannya, nak kemana cuti ni? jeng..jeng..jeng..so kita tungguu jer lah kan.Apa yang pasti ari ni mmg tanak kemana2, sbb ari ni nak mengadap depan tv nak nengok episod akhir "hingga hujung nyawa" ..he.he..tak sabar lak rasanya nak nengok muka comel "el" n muka cute "zain"..ini ler salah satu citer yg as suker selepas "Nora Elena"..rasa sweet sesangat..sejak awal, chik as tak ikut sangat citer ni, tapi penangan hencik somi yang sukakan citer ni (ntah2 suka nengok muka comel "EL" perrr..) chik as pun dah terikut2 dah nengok..lepas tu terus jatuh cinta..lagu2 dlm citer ni pun boleh tahan gak best..so petang ni nak ngadap depan tv jer nak tgk kesudahan cinta el n zain..adakah hingga ke hujung nyawa??? cheewahhh..tetiba tersenyum sendiri tingat babak2 romantik,lucu n  comel dioarang.. 




so per2 pun kita nantikan petanng nanti..he..he..n pasa sesiapa yang tak pernah tgk citer ni, boleh tgk kat youtube or tonton..layanzzz

Tuesday, February 05, 2013

BEIJING PART 2

 DAY 2
27 Nov 2012

pose dulu...



Oleh kerana keletihan so journey kami ari tu bermula jam 11am..sempat ler gak tuk rehatkan2 badan yang keletihan..perghh penattt..

Berduyun2..utk ke restoren muslim..laporrr oooo




makann timee...






Untuk makan pada hari tuh kami di bawa ke restoren muslim yang berdekatan dengan muslim market..errm, mungkin sbb chik as pregy so menu tu tak berapa nak kena ngan selera chik as(maklumlah x der sambal belacan..he..he..) tapi bila nengok pinggan semua orang lincin jer..sedap ler tu kott.

lakonan semata2 guna chopstick..sbb chik as mmg faill bila guna..he..he..

Lepas semua orang kenyang pewut, kami dibawa ke market bersebelahan utk beli barang2 runcit mcm roti, biskut dan sebagainya..n apa yang best kami tak perlu risau sbb pasaraya ni adalah merupakan pasaraya muslim n halal..


sempat lagi tuh...
perjalanan kami diteruskan untuk bersolat dan kami singgah di Masjid Niujie iaitu masjid yang tertua di Beijing..cantik sangat senibina dia..tapi, oleh kerana waktu zohor belum lagi masuk, kami buat keputusan utk teruskan perjalanan.


 



waktu solat di sana...




Kami meneruskan perjalan utk ke Tinanment Square n forbiden City..jauh gak perjalan kami..chik as ni dahler tgh pregy, apa yang paling chik as tak tahan ialah jammed kat sana..hadoii..bayangkanlah kami terpaksa menempuh perjalan selama 2 jam dari hotel tuk ke mana2 destinasi di pekan beijing walauupun pada dasarnya perjalanan hanya mengambil masa 20 min jer tanpa jammed..cuba bayangkan..hadoiiii..mmg setiap pagi yang merisaukan chik as adalah jammed..dahler morning sickness..hadoiii..mmg kena spare asam sentiasa.



menuju ke Tinanment Square..





bersambung...