-->

MY FOLLOWER

Pages

Tuesday, February 26, 2013

Sunyinya kerja ari ni...adehhh, ari ni chik as kena kerja malam ler plak..punyalahh bercinta chik as nak datang kerja malam..tapi nak wat camner, dah tuntutan kerja kan..so terpaksalah gagahkan diri gak datang. Ari ni nasib baik Mr.Faecos yang hantar dan akan ambik kerja nanti..lega sikit rasanya..bukannya apa, skrg ni chik as cukup malas nak drive..kalau boleh nak tetiap ari ada orang ambik dan hantar..dah malas dah nak drive sendiri.Tambahan plak skrg ni chik as sakit sangat pinggang n belakang ni..adehhh..so bila ada orang drive lega ler sikit kan..

Tingat chik as masa g teman mak chik as untuk ambik BR1M ari tuh..perghh, ingatkan sesi kedua ni dah tak ramai orang..rupa2nya sama jer..per taknya jumlah orang yang ambik lebih kurang 3,000 ribu orang tuk sesi pagi n petang..perghhh..dah ler nak cari parking pun susah n terpaksa menapak jauh n masuk2 kat dalam dewan tu ramai bebenor orang. Ingatkan sesi kedua ni diaorang dah ambik pengajaran BR1M tahun lepas yang agak 'kelam kabut'..tapi lebih kurang sama jer tahun ni..bezanya tersusun ler sikit..tapiii still diaorang kekurangan kakitangan.Apa yang chik as tengok, mmg ada kaunter khas untuk OKU dan juga warga emas, tapi kedudukan yang tak strategik (depan pintu) n diaorang berebut2 nak masuk..memula tu chik as tolong mak beratur kat lorong tuh..tapi memandangkan tak gerak2, chik as decide tuk ke lorong biasa..perghh panjang berjela barisan.N yang membuatkan lagi panas, bila ada orang yang datang lewat, tetiba dengan selamba potong barisan..barisan yang sepatutnya satu baris dah jadi dua baris..errmm, nak ditegur yang wat perangai tu 'warga emas' ..so diamkan jer lahhh..Oleh kerana mak chik as tak berapa sihat, terpaksa ler chik as tercari2 kerusi kosong tuk mak chik as rest sementara chik as tolong beratur bagi pihak mak..Mmg letihhh yang amat bila 'boyot' tapi berdiri lama ..dari kul 11.00 hingga jam 12.30 baru ler sampai turn mak chik as...aduhhhh...sakittt satu badan chik as..

Lepas siap beratur utk ambik baucer, kena plak beratur untuk cash kan duit plak kat kaunter asing..aduhaiii..bagi chik as, lebih baik bagi saja baucer tu n kemudian lantik beberapa bank terpilih dan penerima boleh cashkan duit tu di bank2 tersebut mengikut valid date yang ditetapkan...lagiii senang..

Tapi per2 pun, semua tu hanyalah cadangan sahaja..chik as tengok diaorang perlu tambahkan kakitangan untuk membantu makcik2 dan pakcik2 yang terpinga2 cari kaunter dan juga utk memahai proses penerimaan tersebut..Per2 pun alhamdulilah dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sumbangan yang diberikan untuk mak chik as..Chik as pun dapat gak, tapi hanya dapat baucer buku jerrr...jadilahhh kan..sapa lagi yang nak kasi Rm250 utk beli buku? errm...tgh fikir ni nak beli buku apa yerrrr...

p/s - mood ari ni...- sakit pinggang n belakanggg..adoiiiiii

1 comment:

Elya Roza said...

keje shift mmg penat kn k sis..