-->

MY FOLLOWER

Pages

Friday, June 29, 2012

darwisyh dah 2 tahun!!

alhamdulilah, tanggal 28 Jun, dah genap dah umor darwiysh 2 tahun..iysh,rasa kejap jer masa tu berlalu..tengok2,dah besar dah pun dia..masih terkenang-kenang lagi masa mengandungkan dia n masa bersalin dulu..errrmm, jom kita flash back sikit..memula sekali, chik as nak semua dongak atas..alah,ala2 dlm drama2 tuh..kalau nak flashback jer mesti nak dongak atas..he..he..

16 weeks..


tu dia..masa ni rasanya dah 8 bulan lebih..

rasa rugi plak masa pregy dulu tak ambik banyak gambar..bukannya per, masa tu mmg x ada mood langsung nak bergambar..make up bila dah nak dekat2 bersalin tu baru ler ada mood nak bermake up..mmg selebet abih ler masa tuh..he..kali ni pregy mmg as tak berapa nak excited sangat..bukannya apa, takut rasa kecewa sekali lagi..

kalau nak tahu citer per, tgk jer kat SINI

28 Jun 2010 

- Tgh best2 tido..tetiba lebih kurang jam  6 am lebey tu as terjaga..rasa basah jer tempat tido..mmg sah dah..ingat terkencing tempat tido dah.maklumlah, bagi orang yg pregy ni, biasalah dah nak due tu mmg kerap nak ke toilet..so bila jadi mcm tu mmg as ingat as dah membanjirkan tilam..aisyeh,naya tul.Tapi bila bau jer, tak bau hancing pun..terus takut n g jumpa mak..bila jumpa mak as, mmg sah dah, tu upernya tanda2 nak bersalin..pergh, kecut pecut masa tu.Rasa sakit nak bersalin mmg tak der lagi masa tu.Lepas bagitau hencik suami, as terus bersiap2 n mandi.Masa tu, dah mula dah rasa kontraksi sikit2, tapi still cool lagi.he.he..Lepas call opiz, as ngan hencik somi pun gerak g Hospital Besar Kangar.OTW ke hospital tu dah start rasa kerap dah kontraksi dia..sakitt.Sampai2 hospital jer uper2nya bukaan dah 6cm dah pun, n dioarang terus hantar as masuk labour room.Sepanjang berada dalam labour room tu,fuh mmg baru sedar ler mcm mana ler mak kita mengandungkan dan melahirkan kita dulu.Sakitnya hanya ALLAH yang tahu, dan macam2 bermain dalam fikiran as masa tuh (fikir MATI pun ada..he..he..).Tepat jam 12.48pm, as selamat melahirkan seorang hero yang diberi nama AHMAD DARWIYSH ngan berat 3.58kg! beratt oooo..he..he..sepanjang berada di labour room tu, ada citer kelakar sikit.Per taknya, bila as turun2 dari kereta jer n suami tolak  wheelchair,kami terus g daftar..apa yang kelakarnya ialah, as hanya bawa turun buku pink tu jer.Segala beg baby tinggal dalam kereta,ituler bila panik punya pasal.Bila masuk dalam labour room n nurse minta baju baby jer baru sedar..alamak, baju takder! so bagitau kat nurse beg ada ngan hencik somi..nasib baik ler nurse tu bengang ngan as.he.he..so last2 dia yang g minta ngan hencik somi kat luar..nasib baik ler ada gak baju, kalau idak..bungkus ngan selimut hospital ler..he..he..



Ahmad Darwisyh 1st Birthday

kalau tahun lepas as ada gak wat kenduri sikit2 sempena birthday darwisyh ni..tapi tahun ni nak  wat simple2 jer..semuanya nak  wat sendiri(kengkonon nak bgtau pandai wat ler tuh..he..he..) bukannya per,memandangkan hencik somi pun outstation, tak kan nak wat gak kan..so wat simple2 jer..tak der panggil saper2 pun..wat tuk makan kat umah jer.

Buat anak ibu yang tersayang, ibu dan ayah berharap anak ibu akan menjadi anak yang soleh, bijak, berpekerti mulia,hormat pada semua orang,hensemm (he..he..)dan yang paling penting akan sentiasa menyanyangi kami sebagai ibu dan ayah darwisyh dan sentiasa sayang pada ALLAH.  

SELAMAT HARI LAHIR AHMAD DARWISYH
ANAK IBU DAH 2 TAHUN !!



Tuesday, June 26, 2012

masam ke manis?





pergh, bila nengok blog Masam Manis  ni mmg teruja sesangat..n terus tangkap cintan punyalah..bagi as blog ni mmg sesuaii sesangat tuk chik as yang dalam proses tuk belajar memasak, or baking2 maaa...mmg penuh dgn info dan resepi plus gambar yang disertakan cuckup menarik..so pada kengkawan yang tingin nak belajar wat cake or chochlate, jom kita melawat blog ni..perghhhg mmg terbaikk..


chik as tinggin sangatt nak wat chochlate ni..nampak mudah n sedappp :)
coklat oreo..errmm sedapp..




selama as wat kek (cheewaahhh,mcm ler selalu wat kek..he..he..) rupa2nya as dah salah cairkan coklat..selalunya as wat cara nombor dua tuh..patutlah hasil coklat tuh tak cantik n ketul2 sikitt...rupanya salah kaedah daaaa...



kredit tuk blog Masam Manis

oleh kerana rasa membara jer nak wat ni, apa kata sama2 kita nantikan samaada chik as berjaya wat..he..he..perghh, cabaran ni..agak2 korang,chik as berjaya wat tak??

mana poie post eden??

adoii ler,dah ler penat menembak kat padang sasar tadi pun tak habis lagi..balik2 opiz nengok blog..tetiba post marin dah ilang..aduhaiii.ko g mana aaaa wahai entry marin?? tension tul rasanya..dah ler punyalah semangat bercerita itu dan ini marin..waaaaa...untuk mengenang kehilangan entry marin..so as tinggal jer entry tu walauupun hanya dgn tajuk jerrr...hu..hu..

Bak kata najwa latif..."kosong..kosong...ohhh kosonggggg" sedap tak suara chik as (sila anggukkan kepala anda secara beramai2..kalau tengah tgk blog ni sensorang sila ajak jiran sebelah anda untuk sama2 mengiyakan kata2 chik as..ha..ha..boleh gitu?)




Sunday, June 24, 2012

mak oiiii,apasal tinggi sangat ni!!


amacam, ada berani??

tu dia aihhh..apasal ler as tak perasan masa beli dulu..mmg ler as tahu kasut ni tinggi, tapi idakler perasan tinggi mcm ni sekali..pergh, dgn 4 inci mcm ni mmg leh wat kaki sakitt..oleh kerana kasut as satu lagi ada 'minor injuries' n masih tak p hantar jumpa 'doctor kasut' lagi..so ari ni, pakai ler kasut ni tuk g kerja.Bila pakai jer,aduhaiii..tinggi nyaaa..mmg sah, x leh pakai tetiap ari kasut ni..sakit ooooo...memula tu mmg ler pakai kasut ni, tapi pastu....

 taraaaa...ha..ha..




tu diaaa aihh..tetiba jer kasut flat ..he..he,tq to deq qien a.k.a Mama Qhayra, coz kasi kak as pinjam kasut ni..macih dear..ha..ha..hambik ko, nak sangat pakai kasut tinggi..perasan ala2 model ler plak walaupun nan adooo..he..he..

p/s- chik as tak ambik gambar ketika pakai kasut tinggi tuh coz tak nak tunjuk kaki chik as yang 'jelita' tu..he..he..

jom pergi kenduri..

perghh, badan ni masih lagi rasa lenguh2 plus leher ni dah jadi mcm robot dah pun sbb sakit tengkuk..skrg ni kalau nak pusing ke kanan or kiri mmg kena pusing ngan badan2 sekali.tak tahu ler bila leh ilang sakit nih..adeh..adeh..

barang darwisyh..kononnya tak bagi tinggal barang dia..tapiii errmm tertinggal gak baju sejuk dia..adehhh

Badan pun still rasa letih lagi ,maklumlah baru balik dari berjalan jauh g kenduri adik kat Tanjung Malim,Perak..kami bertolak ari jumaat..p mai p mai, dlm kul 9pm gak ler baru bertolak dari changloon,perghh mmg memenatkan dan lotih yg amat.kami konvoi ngan 2 buah kereta dan sebuah van..singgah banyak tempat gak ler, n last2 berhenti rehat kat hentian mana ntah luper plak, n masa tu ler semua driver2 take a nap dlm 10 minit..he..he..sian driver2 tuh..lotihh..ngan as2 sekali terlelap..per taknya, as kan co 'driver' so mmg tak leh tido ler..kalau tido, driver plak nak tido sekali..bahaya tuu..walaupun mata as ni dah mcm kena gam2, tapi still gak korek mata tuhh kasi fresh..he..he..mmg seksa jiwa dan raga oooo..tension2..last2 dlm kul 4.30am,baru sampai kat hometsay kami di area Proton City..dekat sikit ngan majlis utk kenduri tuh..kat dewan proton..sampai2 jer umah tu, memasing terus pengsann..tak sedar diri..he..he..Nasib baik ler umah selesa,so rasa fresh ler sikit badan tuh n lepas semua bersiap2..kami pun bawa larikk pengantin terus ke dewan..mujur ler dewan tu selesa..sejukkk jer..tenang sikit rasanya, n lagi tenang bila dgn tak malunya kami dapat plak makan beradap sekali ngan pengantin..perghh mmg beradap tul..he..he..


sepanjang perjalanan  lepas balik dari dewan..




homestay kami...kat area ni le..

lepas makan n bergambar, kami pun terus balik ke homestay n rehat barang sepam dua n terus gerak balik..sebelum tuh, sempat gak ler singgah umah abg kat Ipoh..lama bebenor tak g sana..lepas 'belasah' mee rebus n satay, kami pun balikk..perghh mmg lotihhh bebenorrr...sampai2 jer terus tido tak sedar diri punyerlah..pagi ni subuh pun hampir terlepas..(kononnya letih sangat ler tuh) he..he.. 



jom balikk kg...ohoiiiii..he..he..perjalanan balikkkk

bukit ni dah nak gondol dah kena tarah,..siannn.





p/s- gambar2 kenduri ada dlm memori kad kamera n tak transfer pun lagi..nasib baik ler as bukan 'op' (official photographer) adik..buka2 jer kamera marin..nengok2 alamakkk..bateri dah nyawa2 ikan daaaaa..tapi sempat gak ler tangkap gambar..he..he..

Friday, June 22, 2012

apa yang chik as bz sangat skrg ni?


inilah kerja yang bz sesangat tuh..he..he..tak sempat nak wat secara total..so terpaksa curi-curi masa wat editing ni.. pada pengantin baru, harap bersabar yerrrr..maklumlah photographer pun tak bertauliah..he..he

Wednesday, June 20, 2012

darwisyh oh darwisyh..

anak ibu oh anak ibu..dah memacam peel dah dia skrg ni..macam2 perangai dah bila nak jejak umo 2 tahun ni..kenkadang tu bila kita marah jer, terus meraung2 nangis..n kenkadang plak siap tenung2 kita balik bila kita marah..kononnya protes ler tuh..tapi per2 pun, mmg ibu ni kenkadang leh on off gak kegarangannya..garang ker? ha..ha..ada ler sikittt..

kalau dia meraung tak berhenti-henti tu ubat dia satu jerr....sila tgk di bawah :

I
I
I
I
I
I
I
V



inilah ubat untuk budak bertuah tuh...habis ler tab ayah dan ibu jadi mangsaa,..darwisyh ohh darwisyh..memacam ler anak ibu ini.leh jadi pelakon ni, memula babak sedih,meraung,pastu bila dah dapat tab tetiba jer bertukar mood jadi tersengihh..hadoiiii..macam2 ler dia tuh..

Tuesday, June 12, 2012

isyh,benciinyaaa

aduhaiii..n3 kali ni boleh dikatakan sebagai n3 kosong..kosong segala2nya..bosan giler malam ni.Rasa menyesal pun ada, tapi bila fikir balik tak baik nak menyesal2 bila bab kerja ni.(tapi ikhlas dari sanubari, boson gilerrr kerja malam niii..arghhh) .Disaat ni hanya mengadap komputer jer,student pun tak ramai n x berapa ada geng nak menyembang..so diam jer lahh..lagi bosan sbb takder geng malam ni(eh, kena ada geng ker kalau nak kerja?,mmg kena ada..sbb bila ada aura positif, kerja akan menjadi lebih baik,x gitu?..he...).Nak tengok tenet pun, dah tak tahu nak tgk per,tgk TONTON pun asyik buffer jer..ahh,bosan aihhh..

Skrg ni tepat jam 9.06pm,sesambil jari jemari dok menaip ni mata sempat gak ler jeling2 kat tv,aisyehh..ada bola upernya..Malaysia vs Singapore..isyh, kalau kat umah ni mmg dah bersila depan tv sambil makan kuaci..per taknya,xcited giler bila nengok bola..lebih2 lagi bila Malaysia yang lawan..tapii oleh kerana kat opiz, wat tak tahu jer lahh,nanti ilang feminin i bila nengok dok terkinja2 sorak bola..he..he..eh, goolllll,tu diaaa...dah 1-0 dah !! chaiyokkk Malaysia,come onnn..gol lagiii!! eh..terlebeyyy suda..tgh rancak menaip ni, Malaysia dah gol dahh..pergh..terbaikkk ler..rasa mcm nak melompat jer, tapi budjet control ayu ler kat opiz ni,tapii mmg sengsara ooo..bila jerit dalam hatii..he..he..adeh, bosan tahap gaban aih..bila ler nak balik nii..arghhhh!!! bencinyaaaa..

sama tak?


ni khas wat adik2 n kengkawan yang still lagi berdepan ngan exam..as dah lega dah, dh tak der exam..masa depan tak tahu ler plak kan..tapi rasanya mmg sama lerrrr..amacam ngan korang,sama tak?

Monday, June 11, 2012

semua salah DINASOUR!!

ha..ha...kelakar pun ada, terkedu pun ada..betul ker sbb kentut dinasour jadi mcm tuh? kiranya semua ni salah dinasour ler..salah dia sbb dia kentut!ha.ha..adoiler, kalau mcm ni punya kajian, leh dapat anugerah Nobel tak tahu ler eden nak cakap apo laiee..pendek cerita, INI SEMUA SALAH DINASOUR!! he..he..

Kepak kepung..kepak kepung

wah, sila masuk..sila masuk..tambah nasi tuh, jangan malu2.,eh,cik bedah ngan cik siah pun ada, mana kak timah, tak datang sekali ker? ha..ha..tu dia aih, mcm makcik joyah jer jemput orang makan..he..he..cuba teka suasana ni kat ner, alah korang mesti tahu punya, kalau musim cuti sekolah ni..kalau tak kenduri khatan, sudah semestinya kenduri kahwin..iysh, best gak kahwin ni yer..leh pakai baju cantik2, leh pakai gaun, leh makeup 3 inci,leh perasan mcm puteri raja, leh jadi model..perghh pendek kata best lahh..teringin rasanyaa..eh, lupa lak, as dah kahwin rupanya..ha..ha..tapi kan, bila nengok pengantin skrg ni,rasa mcm nak bersanding semula jer, bukannya apa,sbb nak pakai baju lace yg cantik2 tuh jer..he..he..rasa mcm nak perbetulkan jer apa yg kurang masa kahwin dulu..alah, kalau ada duit apa2 pun boleh..skrg ni pun still boleh sewa baju n snap semula gambar kahwin..tapiiii rasa membazir ler plak..lebih baik duit tu p soping moping or p bercuti jer..tak gitu? (ckp orang yg takder duit..he..he..)






Wednesday, June 06, 2012

sayanggg abang

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror

And bending over backwards just to try to see it clearer

My breath fogged up the glass

And so I drew a new face and laughed

I guess what i be saying is there ain't no better reason

To rid yourself of vanity and just go with the seasons

It's what we aim to do

Our name is our virtue



I won't hesitate no more, no more

It cannot wait I'm sure

There's no need to complicate

Our time is short

this is our fate, I'm yours

wah, tetiba rasa terawang2 ler plak..dok teringat2 ler plak memori lama..memori masa anak dara dulu, masa tuh hati masih kosong n belum diisi oleh mana2 hero malaya lagi..kengkononya hati masa tu bersih suci dan murni laaa..he..he..


Masa tuh, nengok kengkawan semua dah ada boipren,tinggal diri sendiri jer yang x der bf..bukannya tak nak, tapii masa tuh hati masih belum terbuka lagi untuk menenerim mana2 lelaki dalam hidup setelah hati luka dulu..perghh,cam ayat drama daaa..Tapi bulan 8 tahun 2008 mengubah segala2nya..panggilan telefon dari si dia yang menghubungi as di pejabat mmg amat mengejutkan dan pada mulanya as mmg buat x tahu jer..kengkononnya jual mahal ler..tapi ntah kenapa, makin lama as pun x sedar bila masa terbagi no henpon dan dari situlah bermula segala2nya, alkisahnya tersebutlah ceritaaaa cinta dua insan dan dua jiwa..he..he..kalau nak citer lagi, panjang citernya tapi as pendekkan citer ler, alah..ala2 filem yang dipotong oelh LPF..so layanzz jer lah.






Lepas beberapa bulan berkenalan, dan si dia membuat tindakan drastik de
ngan melamar as pada malam pertama bulan Ramadan, as tanpa segan silunya menerima lamaran tersebut..(tapi bukan terima terus yer, kena ler ada adegan menanti jawapan dan sebagainya,mana leh terima terusss) so setelah 3 hari menanti jawapan, as pun menerima lamaran si dia dan pada 3 Syawal as selamat menjadi tunangan si dia..dan setelah 8 bulan selepas itu tanggal 03 Jun 2009 kami selamat diijabkabulkan dan as selamat bergelar isteri kepada Muhammad Hafidz Baharudin dengan resepsi pertama pada 04 Jun dan resepsi kedua pada 06 Jun 2009..dan kami berlepas ke Bali seminggu selepas tuh..





Kebahagiaan kami makin terasa apabila as disahkan mengandung sebulan selepas kami berkahwin.Kami berdua menerimanya dengan hati yang gembira,namun kegembiraan itu tak kekal lama apabila as keguguran 3 bulan selepas itu..sedih mmg sedih teramat sangat namun setahun selepas itu ALLAH kurniakan rezeki kedua buat kami..as disahkan mengandung sekali lagi dan alhamdulilah  pada 28 Jun 2010 ,lahirlah cahaya kebahagiaan kami..seorang 'hero' yang menyerikan lagi rumahtangga kami ,'Ahmad Darwisyh'.

Alhamdulilah, kini dah 3 tahun dah berlalu..semoga kebahagian kami akan terus mekar dan rasa cinta dan sayang antara kami akan terus berkembang dan subur.Buat suamiku, moga kau dapat memimpin keluarga kita ke arah cahaya keimanan dan kebahagian yang abadi di dunia dan akhirat dan moga kau dapat memimpinku dan anak (@anak2 kita..coming soon yg anak2 tuh..he..he..)..love u banggg..muahhh..he..he..