-->

MY FOLLOWER

Pages

Friday, June 29, 2012

darwisyh dah 2 tahun!!

alhamdulilah, tanggal 28 Jun, dah genap dah umor darwiysh 2 tahun..iysh,rasa kejap jer masa tu berlalu..tengok2,dah besar dah pun dia..masih terkenang-kenang lagi masa mengandungkan dia n masa bersalin dulu..errrmm, jom kita flash back sikit..memula sekali, chik as nak semua dongak atas..alah,ala2 dlm drama2 tuh..kalau nak flashback jer mesti nak dongak atas..he..he..

16 weeks..


tu dia..masa ni rasanya dah 8 bulan lebih..

rasa rugi plak masa pregy dulu tak ambik banyak gambar..bukannya per, masa tu mmg x ada mood langsung nak bergambar..make up bila dah nak dekat2 bersalin tu baru ler ada mood nak bermake up..mmg selebet abih ler masa tuh..he..kali ni pregy mmg as tak berapa nak excited sangat..bukannya apa, takut rasa kecewa sekali lagi..

kalau nak tahu citer per, tgk jer kat SINI

28 Jun 2010 

- Tgh best2 tido..tetiba lebih kurang jam  6 am lebey tu as terjaga..rasa basah jer tempat tido..mmg sah dah..ingat terkencing tempat tido dah.maklumlah, bagi orang yg pregy ni, biasalah dah nak due tu mmg kerap nak ke toilet..so bila jadi mcm tu mmg as ingat as dah membanjirkan tilam..aisyeh,naya tul.Tapi bila bau jer, tak bau hancing pun..terus takut n g jumpa mak..bila jumpa mak as, mmg sah dah, tu upernya tanda2 nak bersalin..pergh, kecut pecut masa tu.Rasa sakit nak bersalin mmg tak der lagi masa tu.Lepas bagitau hencik suami, as terus bersiap2 n mandi.Masa tu, dah mula dah rasa kontraksi sikit2, tapi still cool lagi.he.he..Lepas call opiz, as ngan hencik somi pun gerak g Hospital Besar Kangar.OTW ke hospital tu dah start rasa kerap dah kontraksi dia..sakitt.Sampai2 hospital jer uper2nya bukaan dah 6cm dah pun, n dioarang terus hantar as masuk labour room.Sepanjang berada dalam labour room tu,fuh mmg baru sedar ler mcm mana ler mak kita mengandungkan dan melahirkan kita dulu.Sakitnya hanya ALLAH yang tahu, dan macam2 bermain dalam fikiran as masa tuh (fikir MATI pun ada..he..he..).Tepat jam 12.48pm, as selamat melahirkan seorang hero yang diberi nama AHMAD DARWIYSH ngan berat 3.58kg! beratt oooo..he..he..sepanjang berada di labour room tu, ada citer kelakar sikit.Per taknya, bila as turun2 dari kereta jer n suami tolak  wheelchair,kami terus g daftar..apa yang kelakarnya ialah, as hanya bawa turun buku pink tu jer.Segala beg baby tinggal dalam kereta,ituler bila panik punya pasal.Bila masuk dalam labour room n nurse minta baju baby jer baru sedar..alamak, baju takder! so bagitau kat nurse beg ada ngan hencik somi..nasib baik ler nurse tu bengang ngan as.he.he..so last2 dia yang g minta ngan hencik somi kat luar..nasib baik ler ada gak baju, kalau idak..bungkus ngan selimut hospital ler..he..he..



Ahmad Darwisyh 1st Birthday

kalau tahun lepas as ada gak wat kenduri sikit2 sempena birthday darwisyh ni..tapi tahun ni nak  wat simple2 jer..semuanya nak  wat sendiri(kengkonon nak bgtau pandai wat ler tuh..he..he..) bukannya per,memandangkan hencik somi pun outstation, tak kan nak wat gak kan..so wat simple2 jer..tak der panggil saper2 pun..wat tuk makan kat umah jer.

Buat anak ibu yang tersayang, ibu dan ayah berharap anak ibu akan menjadi anak yang soleh, bijak, berpekerti mulia,hormat pada semua orang,hensemm (he..he..)dan yang paling penting akan sentiasa menyanyangi kami sebagai ibu dan ayah darwisyh dan sentiasa sayang pada ALLAH.  

SELAMAT HARI LAHIR AHMAD DARWISYH
ANAK IBU DAH 2 TAHUN !!



2 comments:

abahsofea said...

bila teringat balik, memang mengujakan kan As? hehe

gadisworld said...

mmg betul en shidi..mmg teruja sangatt..mcm tak sangka jer cepat masa berlalu :)