-->

MY FOLLOWER

Pages

Tuesday, December 17, 2013

Teluk Batik ler plakkk

Yeeehaaaa.. tu dia aih..tadi tak der mood sangat...pastu tetiba jer mood tu datang nak citer kat korang semua (ada ker orang baca ??) coti2 malaysia chik as kat Teluk Batik n Pulau Pangkor..mmg marvelous lah..per2 pun best juga bila dah lama x g bercuti ni. Chik as p ngan family abang , mak n family chik as jer...kami g konvoi dua buah kereta n sempat gak ler singgah Zoo Taiping, pusing2 pulau kat pangkor, naik bot keliling pulau , makan mee udang n memacam lagi lerrr..sekali sekala layannzz gak mcm ni..ilang penat..n per yg best 1st time chik as snokeling (betul ker eja tuh..arghh belasah jer..he..he..) mmg best tul..chik as malas nak ckp banyak..so layanzzz jer..biar gambar berbicara..cheewahh..

pose bersama 'bujang senang'


kesayangan hamba...

anak dara 'cheq'

      



TELUK BATIK N PULAU PANGKOR

di 'little great wall'
kota belanda..

snorkeling time..










bersambung daaa....

malasnya chik as ni!!

assalamualaikum..ada orang tak?? mak aihhh sarang labah2 dah penuh dah umah nih..per taknya berbulan2 x jenguk umah ni..bukannya per, selain chik as bz (bz ler sangattt) chik as sangatt ler malas nak hupdate disamping 'kebizian' ngan anak dara n anak teruna kat umah tuh..internet kat umah pun mcm hampess jer..so mmg idakler chik as nak buka blog ni ( yg bebenornya malas nak hupdate..he..he..)

oleh kerana chik as ghojer malam ari ni, maka berkesempatan ler chik as singah kat 'umah' ni..errmm..bukan saja sarang labah2..sarang anai2 pun dah ada ni..ha..ha..chik as masuk umah ni pun ingat nak kemas2 sikit per yang patut..nak tebas semak samun, mop lantai, cuci2 cormin..he..he..(per yg chik as merapu ni daaaa)ha..ha...udah2 ler chik as merapu..sian korang yer..mau menanah tinger dengor chik as bebel..he..he..k lah jumpa lagi nanti..tata titi tutuuuuu


Wednesday, October 30, 2013

cakkk

assalamualaikum...wuiyooo lamanya chik as tak post n3 kat sini.bukannya per, mmg chik as bz sikit dua tiga menjak ni..bz ngan hero heroin kat umah n bz ngan asgmnt lagi..isyh tak tahu ler nak kata per, tapi sem ni mmg agak mencabar bagi chik as..mmg terasa tul cabarannya tuh.sampaikan ada satu masa tu rasa mcm nak berenti jer study..he..he..saborr..sabor..
 
melayan kerenah anak2 kat umah pun banyak cabarannya..he..he..tapi mmg seronok bila tgk diaorang membesar depan mata kita..si abang tu cakap bukan main pandai lagi sekarang ni..si adik plak skrg ni, bila menirap jer terus 'reverse' ke belakang. bukan ke depan...he..he..
 


Si abang sekarang ni dah pandai dah protect adik dia..sayaaang sungguh..tapiii bila time manja tu bukan mainnn  lagi..he..he..per2 pun moga anak2 ibu membesar dgn sihat dan bijak...insyaallah.

Tuesday, September 10, 2013

oh anak ibu..

video


Alhamdulilah...dah pandai dah anak ibu ni..harap2 berterusan sampai bila2..insyaallah.Sekarang ni kalau nak solat, siap dia sendiri hampar sejadah nak solat sekali..tapi yg tak tahan tu bila ayah dia baca surah al fatihah kuat2,dia lagi kuat..ha..ha..sampai kekadang tersasul ayah dia..he..he..bila explain kat dia baru ler dia faham..oh anak ibu :)

Tuesday, August 20, 2013

udah ghojer ler dek non..

assalamualaikum..perghh setelah 3 bulan chik as bercuti akhirnya rabu lepas ,13 August chik as kembali masuk opis..isyh,boring juga bila cuti bersalin ni lelama..x der geng nak bergosip..ha..ha..next time rasanya nak ambik 2 bulan jer kot..cheewah,he..he..

Bila dah masuk opiz ni seronok dapat jumpa kengkawan balik..ramai gak staff baru yg baru masuk waktu ketiadaan chik as..mmg x kenal sangat ler staff2 yg baru masuk ni..per2 pun welcome to PSB..n pada chik as Welcome gak..Welcome Back!! he.he.. Elok2 masuk opiz jer, diaorang wat jamuan raya peringkat Universiti..perghh..besttt tul rasanya.Kiranya dapat gak ler merasa jamuan raya ni..(fikir nak melantak jer kerjanyaa..he..he..) Lepas masuk opiz ni n bila dah start kerja  ni nak kena cari masa ler plak tuk singkirkan lemak di badan ni..maklumlah masa pregy makan tak hingat donia,utk baby katakan..bila dah bersalin ni si lemak tu tak nak kuar sekali..so per lagi berkumpul ler dlm badan tuh..isyh degil sungguh tanak kuar..so chik as terpaksa cari alternatif tuk buang lemak2 yg ada..nak selim melim balik ler katakan..nak pakai baju size 'S' (sila jangan muntah yer..ha..ha..)..tapi seriusly (bahasa per ni??) mmg nak kena exercise ni..baju yg leh pakai dulu bila sarung balik tetiba baju tu x muat ler plak..chik as rasa mesti fabrik tu x elok,sbb tu dia mengecik..kecut katakan (x ngaku tu badan dah naikkk).Sebab tu chik as kena bekerja keras tuk menurunkan kembali berat..tapi kalau makan x hingat donia,camnoooo..he..he..


Marin Jamuan raya peringkat University chik as..memacam menu ada..pilih jer n sempat n tak sempat jer.Sbb kalau terlewat jer, alamat balik mcm tu jer..dah habis loorrr...tapi marin chik as sempat gak ler makan koeteow goreng, tu pun sbb jabatan chik as punya gerai, spagheti(share ngan kengkawan),murtabak mini n sate..yg lain mmg x sempat..tu pun dah konyang dah tu..tapi bila balik umah jer pewut berkeroncong ler plak..he..he..lapar ler plakkk...sampai umah MIL nengok2 ada beehun goreng..bedal ler plakkk...so guanoo tuh nak kuruih mcm 'che ta'..ha..ha...


layanzz jamuan raya...makann lagiii..he..he..


makan lagiiii

artis undangan marin..Salwa Abd Rahman n Nasir Wahab








Monday, July 15, 2013

sepetang di alor star

Sabtu lepas chik as n suami terpaksa bawa 'mr.black' g jumpa 'doc' tayar..dah uzur sesangat dah tayar keta hencik somi tu.Kami decide nak tukar kat alor star jer sesambil nak g 'window shooping' kat kedai baby..sepanjang perjalanan tu mmg kami dok berdoa jer harap tak der per2 yg terjadi..sbb bila drive, keta tu mmg terasa gegarannya..sampai2 jer kat kedai, huk alooo..tayar tu dah nampak benang dah pun..alhamdulilah kami sempat sampai..n tanpa menunggu lama tayar pun ditukar sesambil kami melihat imej RM berlegar2 di atas kepala..hu..hu...takperlah nak wat camner kan.sesambil nengok dioarang tukar tu chik as ngan darwisyh dapat ler juga rileks2 kat bilik menunggu yang ada aircond tuh..legaaa chik as..bukannya apa,pertama lega dpt control hero kecik tu dari berjalan merata2..n kedua legaaa x merasa panas2..lebih2 lagi bulan posa ni..dok kat dalam tu dapat ler gak cuci mata nengok sport rim yang berkilau2 jer kat dalam tuh..siap pose ngan sport rim idaman lagi..tapi, mungkinn sumpahan tokey kedai kot..sbb bergambor jer tapi tak beli..gambar2 yg chik as tangkap tuh dah kena delete oleh hero tuh..hadoiii..bila tgk2 balik, udah terlambatt..he..he..
 
Lepas tukar tayar, kami pun g kedai baby plak tuk nengok n survey breast pump..maklumlah dah nak masuk kerja dah pun..so terpaksa ler cari sekarang ni..bila tengok kat kedai tu pelbagai jenis ada..yg murah pun ada, yang mahal n sama mcm gaji chik as pun ada..so 'tepuk poket, tengok duit' jer..he..he...memula nengok tu chik as ingat nak ambik avent, tapi tetiba terbekenan plak ngan set ni..harga pun takderlah mahal sangat..Kalau ambik set dia baru Rm3++ n kalau tambah storage bottle n serba sikit barang dlm rm5++ jer..tgh dok belek2 tuh, dok bersoal jawab ngan adik salesgirl tuh..hero kecik tuh wat perangai plakk..dok tarik tangan kiter dok ajak balik..hadoii ilang mood jer.(untung hencik somi sbb tak jadi beli lagi..ha..ha..) maybe ada hikmah kot..maklumlah tukor tayar tadi pun dah terbang banyak..kalau beli lagi ari tuh mau demam hencik somi..he..he..so kami decide beli insyaallah next week..sekali beli ngan baju raya daa..
 
 
 
Alang2 dah g alor star, kami singgah di bazar ramadan Stadium Darul Aman tuk beli juadah berbuka..orang punyalah ramai yg amattt, hencik somi pegang darwisyh tuh ngan sepenuh hati..risau katanya..takut terlepas..he..he..tapi mmg iyer pun..bersesak2 orang..n tujuan kami kat bazar tu satu jer..nak cari air teh bunga 'beratur'..chik as pernah citer dulu kat SINI n kali ni dia dah tukar tempat plakk..lega sikittt bila beratur bawah bumbung..pada sesaper yg dok area alor star tuh, per lagi..g serbu n try beratur sekali..he..he..
 
 
beratur..jangan x beratur..
 
 
 

Redah Dusun di bulan puasa!!

Tu dia aihhh..dlm bulan2 puasa pun chik as redah gak g dusun ngan abang,kak n anak sedara..he..he..bukannya apa, sekali sekala p redah dusun..lama bebenor chik as x g dusun n kesudahannya dapat hadiah terbaekkk punya...dpt berkenalan ngan 'encik Pa'..sambung sikit lagii.. PACAT..hadoii ler...tapi tak per..berbaloi2 punyaa..he..he..
 
 
 
 





perghh..wat sambal belacan sodapp nii
 
Selepas redah dalam sejam dua, kami pun collectler hasil tuaian kami..he..he..best gak dpt petik manggis dari pokok n sesambil tu verangan ala2 petik apple gitu,apple malaysia katakan..he..he..Balik2 dari dusun jer memasing dah lotih semacam dah..pengsan..ituler penangan lama x g dusun..ponattt ..ponatt
moh kiter balik..

Friday, July 05, 2013

kahwin katak?

Majlis perkahwinan yang diadakan mmg meriah mengikut adat dan tradisi. Tetamu yang hadir dihidangkan dengan makanan yang lazat dan memakai pakaian yang berwarna warni demi menyambut pasangan baru ini.Sememangnya pasangan ini sangat istimewa dan menjadi tarikan bagi kampung tersebut..akan tetapi, ianya mencipta sejarah kerana ianya digelar Perkahwinan Katak..kenapa??? haaa...nii sebabnya...

Monday, July 01, 2013

jangan jadi anak derhaka!!

Dunia sekarang ni mungkin dah terlalu moden sehinggakan manusia menjadi alpa dan lupa segala2nya..kalau dulu2, anak2 paling takut ngan ibu bapa..nak kuar rumah pun minta izin n semestinya x tentu lagi lulus ke idak permohonan kita nak kuar tuh..tapi dgn didikan tegas tapi mesra tu lah yang menjadikan kebanyakkan anak2 seorang 'manusia' yang cintakan Allah dan hormat orang sekeliling..Tapi kini, dunia dah berbeza..anak2 pun dah menjadi semakin kurang hormat dgn ibu bapa..buat endah x endah jer..ckp pun siap tengking2 mcm ckp ngan kengkawan jer.

 
 Chik as pernah pergi satu pasaraya ni, n ada seorang ibu dan seorang anak lelaki..Waktu tu nak bayar di kaunter,n chik as berada lebih kurang selang 2 orang dari mereka. Ntah mcm mana ketika nak bayar mungkin si ibu ni duit x cukup dgn barang yang nak dibeli tu.Kebanyakkan barang tu adalah barang si anak, kalau tgk daripada pandangan chik as ler..Tanpa mengira orang yg ada kat situ, si anak tu marah2 n herdik mak dia di depan kami semua..dia marah sbb mak dia tak bawak cukup duit tuk bayar semua benda tu..Yang herannya apasal dia tak bayar sendiri kan..sian chik as tgk si ibu tu, dok tercari2 dalam bekas dompet kecik dia tu..sedey sangat kami yg berada di sekeliling tu tengok.Cashier tu pun tak terkata apa2, bila tgk keadaan mcm tu..mungkin dia pun terkejut..Makin lama suara dia makin tinggi marahkan ibu dia tuh, n si ibu ni diam jer sambil dok minta maaf kat anak dia.Suasana jadi sunyi n dgr sore si anak tu jer dok marah2 mak dia.Tapi mungkin orang pun makin geram, ada sorang dua lelaki n ada sorang makcik ni dtg ke kaunter n kat situ berlaku pertengkaran sikit..dioarang marahkan si anak tu tapi yg peliknya, si ibu plak yg pertahankan si anak dan suruh dioarang jgn masuk campur..n kemudian diaorang blah mcm tu jer..chik as ngan kawan chik as masa tu terkedu..tak sangka apa yg kami tengok tu dah mcm drama..mmg selalu kita tgk jer kat dalam tv, tapi x sangka boleh terjadi dalam realiti..walaupun dah 8 tahun perkara tu berlaku..chik as sentiasa terfikir, apa perasaan si anak tu sebenarnya?? n kenapa tindakan ibu dia sebegitu???Chik as ada bertanya pada mak chik as, kenapa ibu dia x marah pun tindakan anak dia mcm tu??


Mak chik as ckp " seorang ibu,  x sanggup menjatuhkan maruah anak dia di depan orang kerana bagi seorang ibu anak adalah segala2 nya.."..chik as tak berapa faham lagi masa tu..maklumlah chik as x kahwin lagi..n kini baru chik as faham apa maksudnya..mmg betul, seorang ibu x sanggup menjatuhkan maruah anak depan orang, tapi si anak sanggup merendahkan maruah si ibu depan orang..mashallah..takut jer dengar kan.baru2 ni pun kita dgr pelbagai kisah 'anak derhaka' ni n paling latest kes Afiq Muaz..n kalau sesaper yg tak tahu,sila tanya pakcik gugel yer kengkawan..he..he..pada chik as, marilah kita berdoa agar kita dijauhkan sikap tu..insyaallah..







Sunday, June 30, 2013

anak ibu dah p sekolah..jeng..jeng..jengg

assalamualaikum semua..wah hari ni chik as berdebar2 jer rasa..per taknya ari ni ari pertama antar darwisyh p sekolah..alah, p taska jer..he..he..jumaat lepas genap umo darwisyh 3 tahun..Dia pun dah tak nak duduk umah pengasuh dia lagi.Mungkin dah boring kot takder member..so kami decide nak antar dia g sekolah..at least ada gak kengkawan n environment yang berbeza.Ari rabu yang lepas chik as n hencik somi bawa darwisyh g jenguk2 dulu sekolah baru dia..Yang menariknya taska ni, dia bagi kami, tempoh pecubaan..so dlm tempoh percubaan dalam seminggu tu, kami x perlu bayar apa2 pun..n lepas dia dah ok, baru ler kami bayar..okeh gak kann..


Tadika Iktiar Pintar
lawatan ke taska..epy ler plakk dpt tgk mainan..



 So hari ni hari yang ditunggu2, dia pun bangun awal n lepas mandi2 terus galas beg dia n ckp nak g sekolah..tapi kenkadang dia tukar2 " ibu, awiysh x nak g sekolah..nak p pejabat"..aisyeh, ni gara2 kerap bawa dia p pejabat ayah dia ari tuh..he..he..saborr jer lahhh. Untuk permulaan ari ni, ayah dia yang hantar sebab taska ni mmg sejalan ngan opiz kami..oleh kerana ibu dia ni tgh bercoti, so ayah dia jer yang hantar sorang.Terlampau xcited lupa lak chik as nak snap gambar dia..aisyeh, ibu plak yang terlebeyy..he..he..Lepas jer hantar tu, ayah dia terus g kerja n pastu hencik somi call chik as " anak meraung2 nak balik..siap ckp " ayah..tunggu, saya nak balik juga.." hadoiii awiysh oh awisyh, tersentuh hati lelaki ayah tuh..ha..ha..hencik somi ckp nak nangis jer rasa dgr dia panggil mcm tu..he..he..lepas tu setiap setengah jam chik as mesej cikgu dia tanya condition dia..nasib baik ler cikgu taska tu kawan chik as..kalau idak sure dia off dah enpon dia, bosan melayan chik as..ha..ha..

Cikgu cakap memula tu dia mmg sedey n siap dok tunggu kat pintu lagi n x mau sembang..tapi lelama dia makin ok n mau sembang ngan cikgu..lega chik as dgr..tapi untuk permulaan ni, chik as hantar dia setengah hari jer..so dlm kul 12.00 tu chik as dah p ambik dah..sampai2 jer kat taska tuh, tgk dia steady jer..ok jer dia.Lepas chit chat sat ngan cikgu, kami pun balik..Alhamdulilah, ari pertama berjaya..so tuk esok, chik as akan hantar penuh plak..sehingga petang..tapi chik as akan still pantau..so cikgu ida, jangan off enpon naaa..chik nak mesej n call selalu ni..ha..ha...


Tuesday, June 25, 2013

sapa menang pertanding masak2 ni aaa?

Isyh tak sangka kejap jer dah nak final malam ni..walaupun result dia dah bocor, tapi selagi x tunjuk dkt tv kita x leh nak kata per2 kan..per2 pun chik as sokong syura malam ni.Ramai yang kata syura x layak dan che ta lebih layak ke finalDan final mlm ni celina lebih layak..mcm ni ler yer, org cerdik bila exam tak semestinya lulus kalau x menepati soalan tuh..n orang x berapa cerdik tak semestinya gagal bila exam..bila dia berusaha lebih, maka hasilnya akan jadi yang terbaik..




 
menu ketika separuh akhir..

Kenapa chik as pilih Syura ?

1. Dia bermula dari bawah dan dia sendiri akui kurang pakar dalam bidang masakan
2. Sentiasa belajar dan berusaha untuk menjadi yang terbaik , hanya utk diri dia
3. Diaorang ckp syura x pandai masak western, hanya pandai masakan Melayu..Celina n Syura berada dalam situasi yang sama..Celina pun x pandai dalam masakan melayu..so???
4. Humble and sweet
5. x putus asa..



memula bertiga,,

 
che ta tersingkit pada peringkat separuh akhir...
pastu berdua..(kelakar lak tgk bayang kat belakang tu)


Macam celina, mmg nampak dia mmg terror bab western ni..tapi dlm bidang kulinari (ceewahh ntah betul entah idak chik as sebut ni..he..he..), teror atau tak bergantung kepada usaha kita yang berterusan..mcm masterchef ni, yang menjadi final examnya ialah malam ni..so kalau celina lebih hebat, maka dia yang layak..n kalau syura lebih hebat dari celina  maka syura juga layak.teror atau tidak, tidak bergantung pada sepanjang musim masterchef ni..tapi pada masakan pada malam ni..so sama2 kita saksikan..jeng..jeng...jeng...

Thursday, June 20, 2013

tahniah Kak Tun...

Ha..ni bukan kak tun yang dalam tv tu yer..ni Kak Maziana a.k.a Kak Tun, rakan seperjuangan, segosip, rakan p kantin dan etc..etc kat opis chik as dan juga Mama Qhayra..alhamdulilah, kak tun dah selamat melahirkan anak yang ketiga pada 19 Jun 2013 pada jam 4.47pm dgn baby girl  seberat 2.7kg..alhamdulilah dah selamat dah pun..sedang menanti mama qhayra ler plak lepas ni.. :)


TAHNIAH KAK TUN 


ala tomeinyaa...geram aihhh

dah botak dah !

Pada 31 May yang lalu maka botaklah kepala puteri ibu..he..he..tapi masa lahir pun aleesya ni x der ler banyak sangat rambut kalau nak dibandingkan dgn abang dia dulu..bila dah botak ni, lambat plak nak tumbuh..he..he..


putri ibu..aleesya dani..masa ni x botak lagii




majlis 'buka mulut' oleh wan..a.k.a my father in law...(ckp omputihh ooo)



kak saadiah as a bidan..

tadaaaaa..rambut dah ilang dah..he..he..


 Majlis wat kecik2 jer panggil adik beradik n jiran2 jer..menu ari tu pulut ayam n beehun goreng..alhamdulilah, jiran2 datang membantu..makasihhhh bebanyak wat jiran2 semua.kalau harapkan tuan umah ni, errmmm harapan tinggal harapan ler..he..he..Meriah gak ler ngan kehadiran tetamu n dalam masa yang sama tu tetiba jer si abang tu wat perangai..itu tak kena, ini x kena n sampai meraung2 masa tu..Heran gak ler chik as, x pernah2 lak darwisyh wat perangai mcm tu..bila pegang2 badan dia, uper2 nya dia demam..suhu mmg tinggi n malam tu juga ler dia muntah2 n kena 'jelum' ngan air ais..errr korang faham x maksud 'jelum' tu? kira faham lah yer..he..he..Dua hari gak ler dia demam, n lepas tu alhamdulilah dia kembali sihat..lega rasanya.Mmg susah hati bila anak2 ni demam..

budak demam...

Per2 pun diharapkan anak2 chik as diberikan kesihatan yang baik selepas ni..insyaallah..pssttt, nak bagitau ni..minggu depan chik as dah habis dah pantangg..yeaaaaa....he..he..so lepas ni leh panjang sikit kaki ni melangkah..he..he..bebas katakan..

Thursday, June 13, 2013

berpantang yang x pantang..nak wat guanoo kan!!!

assalamualaikum..perghh sejuknya ari ni..lebat tul hujan.maunya tak,dari petang marin lagi hujan sampaiii ler sekarang ni.Ni pun dok dengar lagi bunyi putera katak dok memanggil2 hujan..kalau sore sedap tu okeh ler gak kan, ni pitching pun lari..guanoo tuh..he..he.



Chik as ingat dok umah ni leh ler update selalu blog, tapi idak juga..tak sempat memanjang chik as ni..bz ler kengkononnya.he..he..selagi tak habis exam, selagi tu ler chik as bz (buat2 bz jer sebenarnya..he..he..) per2 pun tq sesangat ngan lecturer sem ni..mmg prihatin dan memahami..tq Dr Jeff n Dr.Fitri...per2 pun dalam tgh pantang ni chik as terpaksa gak take exam..rugi ler kan kalau tetiba jer nak postpone sem..padahal dah ujung2 dah pun..so dlm tak habis pantang ni, chik as terpaksa gak ler menapak g take test..per nak wat kan..chik as pun tawakal jer lah ngan result kali ni..dah ler masa nak dekat due tu, class pun chik as dah tak masuk.Mau idak, class tingkat 3, masa tu chik as dah sarat sesangat dah..kalau naik juga, mau terbersalin chik as kat dalam class.he..he..

so pada 10hb yang lepas, chik as terpaksa ler gak g UUM tuk jumpa lecturer.Kebetulan lak,hencik somi outstation, so terpaksa gak ler chik as drive sendiri..mmg takut gak ler,maklumlah baru jer 30 hari pantang..tapi alhamdulilah semuanya ok.Balik2 umah jer. terus bertungku..he..he..takuttt...

muka happy dapat kuar..he..he..




menikmati udara segarrrr setelah beberapa lama terkurung..he..he...