-->

MY FOLLOWER

Pages

Monday, December 26, 2011

salah terkam!

assalamualaikum...aloohaaa..perghh mmg gembira tak terkata tul ler..tapi yg kelakarnya idamkan benda lain tapi benda lain yang dapat..memula tuh as ngan hencik somi dok idam nak beli galaxy note..sampaikan hencik somi leh termimpi2 pakai galaxy note..per taknya, pamplet dia setiap malam ada kat hujung katil sbb tuh ler jadi angau sampai mcm tuh..tapi ntah mcm ner ntah belek punya belek tetiba terbekenan plak ngan galaxy tab..nak 'meminang ' ipad tak mampu, so galaxy tab pun kira jadii ler..ha..ha..so fikir punya fikir, last2 kami hantar terus rombongan 'meminang' utk galaxy tab 7.0 plus dengan wang hantaran seperti yang tertera mengikut harga pasaran..tapi galaxy ni punyaler kekwat, siap suh beli satu persalinan plak tuh..tapi bila dah jatuh cinta ikutkan jerrr..n akhirnya galaxy menjadi milik kami berdua..

Monday, December 19, 2011

KONVO DAY!!! - the last episode!!

wah..berjela2 post dah mcm citer sinetron dah pun siap bersiri2..he..he..at last tibalah masanya untuk konvo..yeaahaaa..dalam hati tu mmg hati dah berbunga2 dah seronok yang amat maklumlah hari yang dinanti2 dah tiba.Oleh kerana kami stay kat hotel yang agak jauh dari PWTC so kami mmg kenalah kuar awal sikit..dalam hati ni dok fikir nak pakai siap2 ker or pakai kat sana.maklumlah konvo pun sensorang jer takder member so tak tahu nak tanya sapa2.Dahler kena berkumpul sebelum 7.30 kat sana, so bangun pagi tu mmg awal giler..semangat tuh.he..he.fikir punya fikir last2 as decide pakai kat sana jer..kira redah jer lah..


tu dia..muka gabra tu..


alhamdulilah masa as sampai sana kiranya ada free ler parking kat dalam PWTC tu..lega ler sikit, tidak ler menapak bagai nak rak.he..he..sampai2 jer kat dalam tu nasib baik ler ramai lagi yang belum bersiap, so as bersiap kat lobby jer n dibantu oleh adik2..legaa rasanya.terima kasih yunk..

Tuesday, December 13, 2011

KONVO - Behind the scene, Part 2

tu dia aihhh..cam semut serbu gula
oleh kerana masih ada banyak masa lagi lepas ambik jubah, aktiviti seterusnya per lagiii..shoopingg time ataupun bahasa dalamannya 'menghabiskan duit gaji secara sesuka hati'..ha..ha..gelak secara berhemahh..oleh kerana kami ni berlima,so kami berpecah jer..adik hannan ngan adik munirah, as plak ngan hencik somi n mak..sesambil kononnya nak window shooping tu  terpedaya gak ngan sale ni..isyh rasanya diaorang letak ubat ni masa lalu kat sogo ni..per taknya, masuk2 jer terus melekattt n dapat gak ler sambar sepasang kasut.mmg murah n berbaloi2 beli.kasut Vincci yang harga asalnya rm7+.++ leh dapat dlm rm4+.++ jer...perghh mmg jatuh cinta..memulanya tak nak beli dah, sbb kasut tuk konvo dah bawa dah dari umah..kenkonon nak pakai kasut tu ler, tapi nak wat camner bila dah jatuh cinta,,terpaksa gak ler beli..ceewahh terpaksaaa tuhhh..

Monday, December 12, 2011

KONVO - Behind the scene, Part 1

PERHATIAN : ENTRY KALI INI AMATLAH PANJANG, BAGI SESIAPA YANG MEMPUNYAI MASALAH EJAAN DAN JUGA MASALAH MEMBACA AYAT-AYAT PANJANG MCM KARANGAN NI SILA LIHAT PADA GAMBAR SAHAJA DAN SILA HURAI SENDIRI...he..he..




Driver ni ada lesen ke idak ni?
alhamdulilah..akhirnya tanggal 11 Disember lepas dapat gak as pakai jubah konvo..fuh rasa berbeza sangat kali ni.kalau dulu mmg ler pakai jubah tapi x der selendang n takder pun topi..masa konvo dulu plak, dah ler konvo dulu bunga pun beli sendiri..pastu usung jer bunga tu kekiri kekanan kengkonon orang yang bagi.maklumlah masa tu boipren pun takder, single n available katakan n tak nak kalah ngan member2 lain yg ada bunga..so per lagi bunga rose biru menjadi pilihan dgn harga rm25, so bangga ler bawa bunga tu walaupun boli sendiri.he..he..


Wednesday, December 07, 2011

lagi info ttg SBPA!!




Maklumat untuk skim J:-
SSM J17 = SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805
KGT RM95
SSM J22 = SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 KGT 115
SSM J26 = SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040 KGT 125



Permintaan rakan-rakan skim J memang diberi perhatian. Skim Perkhimatan Juruteknik, Juruteknik Lanskap, Juruteknik Perancang Bandar & Wilayah, Juruteknik Ukur, Pembantu Pemeriksa Kilang & Jentera dengan kelayakan masuk Sijil Politeknik (setaraf STPM) tertakluk kepada memenuhi syarat kelayakan masuk ditetapkan atau cukup tempoh perkhidmatan dinaikkan ke gred SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 KGT RM145/150. Semoga rakan-rakan berkelulusan politeknik akan berkhimat dengan lebih gigih melebihi ekspektasi.
    Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA
SSM J29 = SBPA J2-1 RM1565-RM4340
KGT RM145/150
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555
KGT RM 180
SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140
KGT RM 195

Semoga rakan-rakan skim J dapat melahirkan tanda kesyukuran dengan melaksanakan tugas yang terbaik memenuhi kehendak stakeholders, pelanggan dan rakyat.
info diambil dari FB beliau

saya nak jadi Dhia boleh?

isyh, lama gak ler as tak der fav citer tv lepas Nur Kasih n Nora Elena..pastu muncul plak citer Tentang Dhia ni..memula nengok pelakon dia rasa mcm best jer.per taknya para pelakon dia nengok  semua mantap mcm Ady Putra, Nora Danish pastu ramai lagi pelakon yg best2..tambahan plak nengok scene diaorang berlakon tuh mmg cantik..best tul nengok suasana kampung  n umah tepi sawah mcm tuh ..rasa tenang dan damaii jer..takder ler bosan nengok citer yang asyik2 citer orang kaya yang umah saja sampai bertingkat2..bosan doh..lebih baik nengok suasana kampung tuh..rilekss jer rasa..


pada sesaper yang tak pernah nengok citer ni nahh as tepek serba sedikit scene n citer ttg citer ni..n harap maklum, lagu tema citer ni dinyayikan sendiri oleh Ady Putra..sedap gak sore dia ni..so layannzzz..terima kasih tuk hencik 'saluran anda' (youtube daaaa..)









citer ni as nengok dah nak mcm ngan Nora Elena dah watak hero n heroin dia.bukannya per, watak dia membuatkan wanita2 kat luar sana dok berangan2 jer dapat suami mcm Zikir n nak ganti tempat Nora Danish kat tempat tu..per taknya watak lelaki tu bukan main romantik lagi..perghh..kalau ler hencik Faecos romantik mcm tuh..isyhhhh..dasyatttt..tapi dalam dunia nyata ni ada ker lelaki mcm tuh aaaa??? errrmmm...

Sunday, December 04, 2011

Gred Gaji Baru SBPA Kakitangan Awam

Gaji+Baru+Jabatan+Perkhidmatan+Awam

Nak tau lebih lanjut, apa kata korang tengok gambar dan text yang aku copy paste dibawah;

Gred+Gaji+Sistem+Saraan+Baru+Perkhidmatan+Awam+SBPA

Gred Gaji Kakitangan Awam Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Gred N1 - N36
Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180

Uwanis Alqarni permata hati Sarah dan Shuib


wah..comellnyaaa...tahniah wat korang berdua :)

tahniah wat Siti Sarah dan Shuib atas kehadiran putera sulung mereka berdua.Nama pun sedap jer n takderler letak nama yg ntah haper2 jer kan.. Bayi lelaki yang diberi nama Uwanis Alqarni di selamat dilahirkan secara casearan pada 04 Disember yang lepas di Hospital Ampang Puteri pada jam 10.19 pagi .alhamdulilah..semuanya selamat..hope baby and mummy jaga diri dan kesihatan yer..tahniah sekali lagi yer..
style baru kot ni yer..maklumlah kiter ni bersalin kat hospital 'gomen' jer..tak tahu sangat private hospital ni..

Saturday, December 03, 2011

Thursday, December 01, 2011

bila hati disakiti

amboii tajuk dah mcm tajuk drama jer tak pun tajuk novel..perghh.tajuk bukan main gah, tapi isi nan adoo jer..he..he.. sajer jer entry ari ni tema dia ialah luahan hati dan perasaan..bukannya per sekali sekala nak juga wat colum ala2 kolum "Keluh kesah bersama Chik Esah " kann..



Betul ker hati wanita ni rapuh ataupun kalau ckp bahasa omputih "fragile" ? errmm..hati wanita lain tak tahu ler plak kan..sbb wanita ni pun ada pelbagai kategori gak..ada yang rapuh, ada yang keras ada yang retak2 jer n ada juga hati batu..he..he..so korang sebagai perempuan kategori mana tuh?? as ni boleh dikatakan kategori rapuh gak ler..pantang kena ngan ayat berbisa sikit jer terus sentapp..menangis jer dlm hati..nak kata anak manja..takder juga.sbb as ni boleh dikatakan boleh independent juga..takder ler nak berpautt jer kan..


bagi diri as, kata2 tu lebih sakit dari perbuatan..tipulah kan kalau kena penampor pun tak sakit..tapi secara insaniahnya, kata2 tuh lebih sakit..bak kata orang "makan dalam"..tambahan pula as ni berjiwa tak berapa kental sangat...so bila terkena tu kata2 tu as akan ingat sampai bila2..bukannya menyimpan dendam, tapi sekadar luka yang lambat sembuh..

Monday, November 28, 2011

aku jatuh cinta





jatuh cinta? nak jatuh cinta kat sapa plak ni? jangan chik as jangan main2..kalau nak kena silambam ngan hencik faecos tu silalah wat perangai..he..he..takder kaitan ngan jatuh cinta ngan orang lain derr..hanya hencik faecos di hatiku..ha..ha.(budjet romantika de amor tetiba plakk). 

Saturday, November 26, 2011

Asronot wanita India buktikan kebenaran cerita Neil Armstrong tentang Kota Bercahaya

Satu pesanan pendek tersebar tentang berita masuk Islamnya Sunita Williams, astronot wanita India pertama yang pergi ke bulan pada 2 Julai 2007 lalu.
Berita menghebohkan ini bukanlah yang pertama, sebelumnya astronot berasal Amerika Syarikat Neil Armstrong juga menyatakan dirinya masuk Islam sekembali dari bulan.

Thursday, November 24, 2011

seksanya lelaki melihat buah dada wanita!!


Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la.

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Wednesday, November 23, 2011

harimau dah kenyanggg

aksi lentuk anak ibu..he.he..

gollll...alhamdulilahhh lega sesangat bila Malaysia menang semalam..mmg betul ler bola ni membuatkan kita kat umah ni rasa mcm nak sakit jantung jer.berdebar2 jer rasanya..mmg riuh rendah kat umah as semalam,masing2 bersemangat bukan main sampaikan kami 3 beranak pakai baju bola..bersemangattt tuh..he..he..

ibu pun nakkk jugaaaa posing..he..he..

Sunday, November 20, 2011

Bangga hilang dara?


Kaherah – Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus menjadi sebutan bukan sahaja di Asia Barat malah hingga ke peringkat antarabangsa yang terkejut dengan keberaniannya berbuat demikian.

Selain menerima kecaman dan makian, twitter milik gadis berkenaan telah dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah pengikutnya pula meningkat dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang.

Tindakan beraninya yang tidak bermaruah itu terutama bagi gadis yang dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam turut mendapat liputan media antarabangsa.Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima bulan lalu.Kareem, pada 2006 telah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mengkritik Islam dan memfitnah bekas Presiden Hosni Mubarak.
Dalam temubualnya dengan CNN, Aliaa memaklumkan dia bersetuju bergambar bogel dan memuatnaik dalam twitternya kerana dia tidak mahu menjadi seorang wanita dalam masyarakat yang disifatkannya hanya menjadikan wanita sebagai objek seks semata-mata.

“Ia adalah satu ekspresi terhadap diri saya. Saya berbogel kerana ini dilihat dari sudut yang berbeza dan saya juga sukakan seni dan saya juga bukan orang yang percaya bahawa kita perlu berkahwin semata-mata untuk mendapat anak,” katanya.

Saturday, November 19, 2011

sambutan sebeday MAK

SELAMAT HARI LAHIR MAK
SAYANGGGG SANGATTT DGN MAK

alhamdulilah..dah selesai dah pun wat kenduri sikit2 sempena birthday mak as 18hb lepas..tak wat per2 pun..just goreng beehun n kasi kat jiran2 serba sikit..nak wat kenduri besar2 budjet lari so wat mcm tu ler..he..he..menu simple jer hari tu.Beehun goreng, nugget crispy, homemade cake n jajan jer..n yg paling special kali ni ialah homemade cake ler..memula tuh dah malas dah nak wat, fikir nak beli jer tapi kemudian sian plak ngan anak2 yang nak tolong wat cake utk tok so gagahi diri gak ler beli bahan2 n wat cake..errm..best juga bila sekali sekala wat cake..rasa mcm tak puas lak..nak wat lagi ler, sbb cake kali ni ala2 cake volcano jer..kenapa volcano? ha..ha..maunya tak volcano, cake tu tinggi kat tengah pastu merekah..ha..ha...nasib baik ler ada coklat so dapat ler tutup sikit he..he..

kek seksi ?






isyh, tak tahu ler nak kategori mcm ner..nak kata pun serba tak kena..nanti bila cakap ada ler plak orang tu ckp kita ni siapa nak menentukan hukum halal dan haram..maklumlah agama pun masih kurang kiter ni, so dengan agama yang ada ni, sama2 ler kita fikirkan bersama hukum buat kek mcm ni.Nak kata kolot, mmg pun as akan kolot bila hal ni melibatkan ada pautan agama..jangan anggap diri tu terlalu OPEN dan berseni..hati2 bila berbicara ttg hukum dan haram kerana kenkadang kata2 tu akan turun ke hati n dari hati, n dari hati tu akan membawa kita tersesat jauh dari landasan yang betul..x tugi kolot bila melibatkan hal tak senonoh mcm ni, pada sesiapa yang suker tuh tahniah..anda adalah seorang yang URBAN dan MODERN!!.

minyak oh minyak

KESAL...Ismawi menunjukkan resit pembelian minyak masak yang dibelinya.
KESAL...Ismawi menunjukkan resit pembelian minyak masak yang dibelinya.




KUALA LUMPUR: “Saya tidak berpuas hati dengan tindakan pasar raya yang hanya membenarkan tiga kilogram minyak masak dibeli setiap seorang,” kata peniaga, Ismawi Musa, 52, mengenai arahan sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama, di sini, yang mengehadkan pembelian minyak masak.Menurut Ismawi, lebih 10 tahun berniaga kuih, ini kali pertama dia tidak dibenarkan membeli minyak masak dalam kuantiti yang banyak di pasar raya terbabit.


Difahamkan, sebelum ini kerap juga keadaan sama berlaku di pasar raya itu namun tidak mengehadkan pembelian barangan berkenaan.“Saya membuat pembelian dua kali untuk mendapatkan lima kilogram minyak masak dan itu menyusahkan kerana memerlukan sekurang-kurangnya 10 kilogram minyak masak dalam tempoh dua hari.

“Saya minta untuk bersemuka dengan pengurus pasar raya berkenaan bagi mendapatkan kepastian namun alasan diberikan ia arahan pihak atasan,” katanya.

Friday, November 18, 2011

korang gi mana aaaa?

aisyeh..tgh as dok godek-godek blog wat itu wat ini pastu tetiba tgk follower dah ilang..hu..hu..dah ler susah bebenor nak cari sorang-sorang pastu ilang ler plakkk..waaaaa....sedeyy..sedeyyyy.pada korang yg masuk sini, sila ler tanpa segan silunya 'follow' blog chik as yer..ha..ha..muka tak malu tul minta kat orang

Sunday, November 13, 2011

Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?


Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal

Wednesday, November 09, 2011

malu ler cik kak oiii

kus semangat..tgh wat kerja (wat kerja ler sangat) tetiba ada member call bgtau ada seseorang emel tru emel kampus nak cari kereta hencik somi..mmg sah2 bila emel kampus mmg akan spread satu kampus ler n mmg mengejutkan chik as jer..tetiba jer rasa gigil jer badan..risau plak ingatkan ada per ler tadi..terus chik as buka emel and call orang yang mengemel tu..upernya2 pasal kes  2 minggu lepas..kes apa? nahhh chik as kasi kronologi kes..ha..ha.

1 November 2011 (Selasa)
  • Berlaku di persimpangan 'roundabout' kampus ketika semua orang bersesak2 untuk pulang.Anggaran masa adalah dlm pukul 5.15pm
  • Ketika kejadian, kenderaan agak banyak dan waktu itu kereta hencik somi sedang mengikuti sebuah kereta VIVA (kalau x salah ler) dan tiba-tiba kereta tersebut berhenti mengejut dan menyebabkan kereta hencik somi 'mencium' kereta tersebut.
  • Hencik somi dan pemandu tersebut yang juga seorang wanita turun untuk melihat samaada berlaku kerosakan di mana2 n ternyata tidak berlaku2 apa2 kerosakan pada kereta wanita tersebut dan juga kereta hencik somi.Chik as hanya menjadi pemerhati waktu tu.
  • Bila dah selesai, masing2 pun pulang.

09 November 2011 (Rabu)
  • Pemandu tersebut telah menghantar emel pada seluruh kampus untuk mencari kereta hencik somi.
  • Chik as menghubungi pemandu tersebut setelah diberitahu oleh geng pejabat bahawa ada emel mencari kereta hencik somi.
  • Rupa2nya dia mendakwa kereta berlaku kerosakkkan atas pelanggaran dulu dan menyuruh kami memperbaikinya
  • Petang ni baru nak p check semula kereta tu..errrrmmm...habuann la nooo(pinjam ayat Deq Qien) tetiba jer jadi famous..semua orang call chik as ngan hencik somi..chik as ok ler lagi sbb kawan2 jer yg call..yang paling kesian hencik somi ler, semua golongan tepon dia..nasib baik NC pun tak tepon dia sama..hadoiiii

Lelaki misteri di kaca tv!

LONDON - Seorang lelaki tempatan, Paul Yarrow menjadi topik sensasi di Internet selepas dia kerap muncul di belakang wartawan penyiaran yang membuat lintas langsung siaran berita televisyen di sekitar London sejak setahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.


Dia yang berasal dari Bermondsey di selatan London dan pernah berkhidmat sebagai pengiring keselamatan Kementerian Pertahanan tampil dengan berpakaian baju sejuk tanpa kolar berwarna cerah.

Sebuah laman web fidgetwith.com menyenaraikan kemunculan Yarrow di beberapa lokasi berbeza termasuk ketika siaran langsung mengenai protes kapal bantuan kemanusiaan Gaza di sini pada 31 Mei lalu melalui stesen Perbadanan Penyiaran British.

Pada 16 Julai lalu, Yarrow kelihatan berdiri dan memandang ke arah kamera dan memegang sebuah telefon bimbit seperti sedang berbual di sini.


wow..ramainyaaa



 

Tuesday, November 08, 2011

my little HERO photoshoot


My Little Hero  Mini Photoshoot

Location : Astana Permata
Model : Ahmad Darwiysh
Photographer : GWPhotozast





ini adalah merupakan sebahagian daripada hasil photoshoot darwisyh tempoh hari..nak kata gambar baru tak juga sebab dah lama dah ni..he..he..cuma baru jer upload kat sini..he.he..

Monday, November 07, 2011

raya datang lagi

selamat hari raya aidil adha buat semua..chik as tak der buat per2 sangat pun raya ni..just wat simple mimple jer..pepagi raya wat nasi tomato n pastu tolong mak wat beehun sup..kat Kedah ni raya 'Haji' tak semeriah raya 'Puasa'..n kalau x salah chik as, kat Kelantan mmg akan terasa kemeriahan raya haji kat sana..mmg semeriah kita menyambut raya puasa..tapi kalau kat negeri lain, suasana akan rasa meriah bila kita wat korban..insyaallah kalau ada rezeki lebih dan diizinkan-Nya chik as pun tingin gak nak wat korban utk darwisyh plak..insyaallah..

Thursday, November 03, 2011

pilih jer nak yang mana?


ha..ha..kalau korang lak mcm ni ker ? pilih jgn tak pilih..he..he..

Gambar bogel isteri boros

KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.
KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.




KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Wednesday, November 02, 2011

Kisah Seorang Ibu-

Cuba anda hayati cerita ini

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. 

Monday, October 31, 2011

anak kembar ibu

wah..tetiba jer as ada anak kembar..ha..ha..mengandung sorang jer, bersalin pun sorang jer tapi tetiba jer dapat anak sorang lagi..he..he..maunya tak anak kembar, bila anak abg as yang g Mekah stay ngan kami n yang paling best bila umur mmg sama dgn darwisyh cuma bezanya pangkat abg lah..'abg sufi'...suka tul ler darswiysh tu..maklumlah, selalunya dia main sorang2 jer..kali ni suka tul bila ada kakak2 n abg2 yang main ngan dia.

Sufi pun as hantar sekali umah pengasuh darwisyh so dia akan duduk sekali ngan darwisyh umah mak ani dia..alhamdulilah sufi pun tak der buat perangai dan pandai tul bawa diri..sekarang ni kalau as g hantar umah pengasuh mmg akan letak baby car seat dua2 kat belakang..orang tgk pun mesti ingat kami ada baby kembar..tapi kembar tak seiras..he..he...



Saturday, October 29, 2011

List Anugerah Dekan?

Tengok tajuk tu bukan main lagi, tapi isinya tak tahu ler camner kan.he..he..kelakar pun ada bila as baru dapat tahu as dapat list anugerah dekan..tapi yang kelakarnya bila list dekan tu adalah utk tahun 2008 punyer..he..he..kelakar tul rasanya..Tak kisah ler kan, asalkan dapat juga, bangga gak ler bila dapat walaupun hanya sekali..he..he.nak wat camner kan, itu jer yang termampu pun..mana tahu kalau ada rezeki tuk further study nanti boleh ler kot dapat anugerah dekan plak..he..he..insyaallah.



oh yer, as akan konvo pada 11 December nanti bersamaan hari ahad..ceewahh mcm nak umum raya plak rasanya..he..he..oleh kerana tempat as konvo tu jauh bebenor tgh pening gak pala ni samaada nak g naik flight ker or drive sendiri jer..per taknya as kena konvo dkt Dewan Merdeka PWTC..hadoii jauh bebenor tuh..tapi tak per, demi konvo akan ku pergi juaaa...he..he..insyaallah..

Thursday, October 27, 2011

lapangan terbang antarabangsa Kuwait

Ini ialah rekaan lapangan terbang terbaru Kuwait yang bakal dibina tidak lama lagi. Ianya rekaan Firma Foster and Partners yang mereka kampus terbaru Apple berbentuk UFO dan Universiti Teknologi Petronas.







Macam kebanyakkan rekaan Fosters, bangunan ini banyak menggunakan ruang terbuka dan atap yang tinggi. Lapangan terbang ini bakal menjadi lapangan terbang paling mesra alam dengan pensijilan tahap emas LEED. Bahagian atapnya mempunyai lubang terbuka yang memberikan pencahayaan semula jadi diwaktu siang.

cinta buku lima?



ha..ha...kelakar plak bila dengar lagu ni..pandai dia olah semula yer..so every1..layanzzz

Tuesday, October 25, 2011

kenali wanita

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.


Tetapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarganya.

i) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air – kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin – keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
 
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dalam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan

kredit SINI

Kenapa wanita merajuk?

Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? Hasil dari kajian, jawapan nya ialah: (Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)
1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong

Misteri Google Earth Satelite





Pejabat Kertas ?



hendapan lensa

Monday, October 24, 2011

kemalasan memblog..


hadoiii...tetiba kemalasan melanda diirku..malas bebenor nak update blog ni..bukannya per, skrg ni sibuk betul.walaupun sebenarnya banyak citer yang nak diceritakan..tapi pendam jer lelama biar jadi pekasam..he..he..takper, skrg ni bila semangat nak update blog membuak2, bz ler plak melanda..isyh..dugaan..dugaan..

Tuesday, October 18, 2011

kejamnya!!



as sebenarnya mmg tak boleh sangat nak tgk video ni..tapi gagahkan juga diri ini bila video ni diperkatakan oleh kawan2 dan terkenal seluruh dunia...hati as mmg tersentap dan mengalir air mata ni mengenangkan penderitaan kanak2 tu n mengenangkan sikap ' cerdik akal' PENONTON yang melihat kanak2 tu dalam kesakitan dan sedam penumbuk as kasi pada pemandu yang melanggar kanak2 tuh..kalau ler anak ko orang wat mcm tu ko nak kata per aaa si driver PEMBUNUH!!! geramnnya as..

Wednesday, October 12, 2011

selamat berangkat kekankada -kekandaku..

alhamdulilah, pada 11hb lepas abg2 n kakak2 as selamat berangkat ke Tanah Suci, Mekah..syukur alhamdulilah sesangat..best kan, muda2 lagi dah diberikan nikmat ALLAH tu..kita ni yang masih belum sampai, bila ler agaknya kan..insyaallah, mudahan2 kita diberikan nikmat yang sama..insyaallah..

untuk kali ni, abg , kak dan bangtam dan kak tam pergi sekali..bertolak dari Lapangan Terbang Kepala Batas, Alor Star dan dijangka pulang pada 28 Nov nanti..walaupun banyak halangan melanda n alhamdulilah semuanya dipermudahkan oleh -Nya..apa yang as harapkan, semoga abang2 dan kakak2 as pulang dengan haji dan hajjah yang diberkati oleh-Nya..aminn.