-->

MY FOLLOWER

Pages

Tuesday, June 30, 2009

adeh...lotihnyaaa


salam semua..alooha..he..he..so sorry pada member2 yg asyik tanya bila as nak upload gambar kawin as..as bukannya tanak upload lagi..tapi tak sempat lagi nak upload..skrg nih as ada gambar2 masa kami g bercuti di Bali jer ..coz yg nih tru dari camera as..yg gambar kawin tuh kena edit dulu dari laptop..so lambat ler sikit..kita tgk gambar as bercuti dia bali dulu lah yer..honeymoon ler kenkononnya..he..he..nak gambar banyak2 leh g klik kat sini gadisworld friendster .





Kami g Bali pada 11 jun sampai 15 Jun..kiranya lepas kenduri tuh rest jap..pastu terus gerak g sana..kami bertolak pada 11 Jun pagi dari Alor Star coz flight kami awal giler..kul 8.35am..n yg kelakarnya flight ke Bali plak kul 7pm..punyalah jauh giler jarak masa tuh..so kami decide lepas turun kat LCCT kami turun KL dulu..so masa kat sana sempat ler kami beli camera baru..yeaaa..he..he..kalau tak ralat gak ler..g bercuti tak bawa kamera kan..kenkononya nak beli kamera jer kat Low yat..last2 siap g bukit bintang shooping benda lain sama plak..he..he..kat sana kami jumpa kawan suami as..so dia ler yg jadi tunjuk arah masa kat sana..he..he..tq daniel..n lepas kami buang duit n buang masa kat kl tuh kami pun gerak balik ke LCCT n lepas tuh berlepas ke Bali..tak sabar2 tul nak g bali..he..he..tapi yg nak dijadikan citer tuh, kami terlupa asingkan liquid kat dalam plastik asing..so gel rambut suami as kena rampas..he.he..sorry bang..muka tak puas hati jer dia..n masa yg sama as tak berapa sihat ler plak, mmg lepas2 dari kenduri tuh as mmg demam..so masa kat airport tuh..kena paksa plak telan panadol..aisyeh...he..he..so far perjalanan kami okeh jer..tapi cuaca tak berapa nak elok..cuak gak ler memula tuh.selalunya as, kalau cuaca tak elok pun steady jer, tapi ari tuh maybe tak berapa nak sihat, pala tetiba jadi pusing n pening plak..maybe ngengada sama kot..maklumlah ada cik abg kat sebelah..he..he..sebelum mendarat tuh kami kena isi borang maklumat kesihatan dari Indonesia..maklumlah kan kes H1N1 tuh kecoh skrg nih..so isi jer lah kan..




Kami sampai dlm kul 10pm..cuak gak as takut supir yg kami tempah khidmat dia tak datang..takutt ooo..lepas sms dia..dia ckp dah ada kat lobby airport..tgk kiri tgk kanan tak der pun..pastu masa nak kuar dari pintu airport baru ler nampak Pak Aris..siap pegang kad Nama as lagi siap tulis " NUR"..isyh rugi tul tak snap masa tuh..per taknya kuar2 jer punyalah ramai org yg berdiri kat gate tuh...maybe diaorang nih sama kot macam Pak aris..lega rasanya..jumpa pak aris nih mmg bestt..sporting n kelakar orangnya..he..he..


kat uluwatu..cantik sangat view dia..




so far perjalanan as ke Bali mmg bestt..bukannya per..dapat gak tengok negara orang kan..errm..walaupun Bali nih still di indonesia dan serumpun dengan kita..ia beza sikit dari segi adat,budaya n etc..lebih2 lagi di Bali nih kebanyakkanya adalah beragama Hindu..so dari segi makanan tuh kita kena alert dan berhati2 sikit..takut tak halal..sbb tuh ler as ambik supir islam..so dia akan bawa kita g makan kat tempat yang halal..n kat bali nih juga banyak temple2 kat kawasan umah diorang..n mengikut Pak Aris, rumah2 yang dibina tidak boleh lebih tinggi dari temple, coz tidak menghormati temple tuh..ohh..mcm tuh plak yer..as kat sana bernasib baik coz kami tinggal di Hotel yg owner dia adalah dari Malaysia, so makanan kat hotel alhamdulilah halal..so breakfast tuh mmg tak yah risau dah..kami tinggal dia 2 buah hotel..1st hotel adalah di Diwangkara Holiday Villa,Sanur n second Hotel kat Wina Holiday Villa..not bad gak ler hotel nih kan..bagi as , mmg puas hati..

Sunday, June 21, 2009

homemade ayam bakar ~ as stylee




Ayam Bakar AS style (3 orang makan)

Bahan - bahan : 
Beberapa potongan ayam (mengikut individu yang makan) - kalau as, 3 orang makan as just budjet sorang 2 ketul ayam.
1 sudu  besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
4 biji bawang besar yang dikisar halus
mayonis 
secubit garam 
daun kari

1.Bahan-bahan tersebut digaul sekali dan biar ia sekata dan biar ia mesra..rasaler dulu dan mengikut citarasa kiter.


2.Perap ayam tersebut selama 30 minit atau lebih kurang sejam.


3.Bakar dalam oven selama 45min dengan suhu 150c


4.Sedia untuk dihidanggg...








Wednesday, June 17, 2009

sabor menanti

salam...alooohaaaa...adehler.as baru jer balik dari Bali pagi kelmarin..letih pun tak habis lagi nih..pastu kerja ler plak ari nih,adehler lesu jer badan nih.mata pun ngantuk jer..sorry ler pada member2 yg tanya bila as nak update blog n tanya pasal gambar kawin as..sorry yer..as tak sempat lagi nak update blog nih n nak upload gambar2 kawin yg ada..gambar2 tuh pun as tak sempat tgk habis pun lagi.skrg nih as stay umah mertua tuk sementara waktu.okieslah kan utk as kenal dengan lebih dekat ngan family baru as nih.so far okiess ajer.family sana mmg okies..
nanti post yg akan datang as citer ttg majlis kenduri as n citer2 as di bali..skrg nih as letih yg amat..rasa sengal jer badan2 nih..letih duk dlm flight n letih berjalan jer..pastu balik umah basuh baju yg berbakul2 tuh plak..adehlerrrr...nih pun tgh type pun rasa mcm di awang awangan jer...zzzzz...

Monday, June 01, 2009

kampungku di KOSMO!!!


Limau Bali Jelapang Padi
Oleh SHAH NIZAM OMARshahnizam.omar@kosmo.com.my
Terdapat kira-kira 15 buah gerai menjual limau Bali di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Kampung Padang Halban, Changlun, Kedah.
HALIJAH OMAR menunjukkan isi buah limau Bali yang berwarna merah.
SIAPA yang tidak mengenali limau Tambun atau limau Bali yang begitu popular di Perak? Sudah menjadi satu kemestian bagi orang ramai yang singgah di Ipoh untuk membeli limau Bali sebagai buah tangan apabila berkunjung di bandar raya ini.
Namun, jangan terkejut jika limau Bali juga popular di negeri Kedah Darul Aman yang turut dikenali sebagai Jelapang Padi di
Malaysia.
Jika anda melalui Lebuh Raya Utara- Selatan dari Bukit Kayu Hitam menghala ke bandar raya Alor Setar, Kedah, jangan lepaskan peluang berhenti sebentar di situ.
Ini kerana terdapat kira-kira 15 buah kedai menjual limau Bali di sepanjang lebuh raya itu di kampung berkenaan.
Anda juga tidak perlu risau tentang kebarangkalian buah limau Bali itu tidak dijual kerana ia berbuah sepanjang tahun dan tidak bermusim.
Menurut salah seorang penjual, Halijah Omar, 61, limau Bali dari negeri ini tidak kurang popularnya dalam kalangan pengunjung luar.
Katanya, faktor lokasi jualan yang terletak di laluan utama ke pulau Langkawi melalui jeti Kuala Perlis dan kewujudan beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk Universiti Utara Malaysia menyebabkan kawasan gerai jualan limau Bali ini tidak putus-putus menerima kunjungan ramai.
GERAI menjual limau Bali di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Kampung Padang Halban, Changlun, Kedah.
"Biasanya, mereka yang baru balik dari Thailand akan singgah dahulu ke sini untuk membeli limau Bali. Ini kerana lokasi gerai jualan tersebut juga terletak berdekatan dengan pintu masuk utama ke negara jiran itu,'' katanya kepada Kosmo!.
Katanya, keadaan menjadi lebih meriah apabila tiba musim kemasukan pelajar baru di beberapa buah IPTA di sekitarnya.
Ini kerana, katanya, selepas keluarga menghantar anak-anak ke institusi berkenaan mereka pasti singgah di kedai menjual limau Bali tersebut.
Mengulas tentang rasa, Halijah memberitahu, terdapat dua jenis rasa iaitu manis serta masam dan ia dapat dibezakan mengikut warna isinya.
"Kalau suka rasa masam, isi limau Bali berwarna merah menjadi pilihan, manakala yang manis pula berwarna putih. Pengunjung boleh rasa dahulu sebelum membelinya," katanya.
Tambah beliau, kebiasaannya pemilik kebun limau Bali yang membekalkan buah itu kepada penjual akan mengasing-asingkan buah tersebut mengikut rasanya.
Ini, katanya dilakukan bagi mengelakkan penjual terkeliru apabila menjualnya kepada pengunjung.
"Tak perlu risau jika tersalah beli kerana dengan melihat kulit luar pun, kita boleh tahu yang mana satu isinya masam atau manis," ujarnya.
Dalam soal harga pula, menurutnya, limau Bali itu dijual mengikut saiz. Namun, katanya, ia masih murah jika dibandingkan dengan harga limau yang sama di kawasan lain.
Menurutnya, jika dibeli terus dari kebun, harganya akan lebih murah.
"Kalau besar, harga sebiji adalah RM6, sederhana besar RM10 untuk dua biji dan kecil RM10 untuk tiga biji," katanya.
Seorang lagi peniaga, Noraini Lebai Man, 41, berkata, buah limau Bali yang dijual itu diambil dari pemilik kebun orang tempatan dan bukannya dari negara luar.
"Terdapat banyak pekebun menanam buah limau Bali untuk tujuan komersial. Antaranya, pekebun dari Kuala Nerang, Kampung Darat dan sekitar Changlun," katanya.