-->

MY FOLLOWER

Pages

Monday, October 31, 2011

anak kembar ibu

wah..tetiba jer as ada anak kembar..ha..ha..mengandung sorang jer, bersalin pun sorang jer tapi tetiba jer dapat anak sorang lagi..he..he..maunya tak anak kembar, bila anak abg as yang g Mekah stay ngan kami n yang paling best bila umur mmg sama dgn darwisyh cuma bezanya pangkat abg lah..'abg sufi'...suka tul ler darswiysh tu..maklumlah, selalunya dia main sorang2 jer..kali ni suka tul bila ada kakak2 n abg2 yang main ngan dia.

Sufi pun as hantar sekali umah pengasuh darwisyh so dia akan duduk sekali ngan darwisyh umah mak ani dia..alhamdulilah sufi pun tak der buat perangai dan pandai tul bawa diri..sekarang ni kalau as g hantar umah pengasuh mmg akan letak baby car seat dua2 kat belakang..orang tgk pun mesti ingat kami ada baby kembar..tapi kembar tak seiras..he..he...



Saturday, October 29, 2011

List Anugerah Dekan?

Tengok tajuk tu bukan main lagi, tapi isinya tak tahu ler camner kan.he..he..kelakar pun ada bila as baru dapat tahu as dapat list anugerah dekan..tapi yang kelakarnya bila list dekan tu adalah utk tahun 2008 punyer..he..he..kelakar tul rasanya..Tak kisah ler kan, asalkan dapat juga, bangga gak ler bila dapat walaupun hanya sekali..he..he.nak wat camner kan, itu jer yang termampu pun..mana tahu kalau ada rezeki tuk further study nanti boleh ler kot dapat anugerah dekan plak..he..he..insyaallah.



oh yer, as akan konvo pada 11 December nanti bersamaan hari ahad..ceewahh mcm nak umum raya plak rasanya..he..he..oleh kerana tempat as konvo tu jauh bebenor tgh pening gak pala ni samaada nak g naik flight ker or drive sendiri jer..per taknya as kena konvo dkt Dewan Merdeka PWTC..hadoii jauh bebenor tuh..tapi tak per, demi konvo akan ku pergi juaaa...he..he..insyaallah..

Thursday, October 27, 2011

lapangan terbang antarabangsa Kuwait

Ini ialah rekaan lapangan terbang terbaru Kuwait yang bakal dibina tidak lama lagi. Ianya rekaan Firma Foster and Partners yang mereka kampus terbaru Apple berbentuk UFO dan Universiti Teknologi Petronas.







Macam kebanyakkan rekaan Fosters, bangunan ini banyak menggunakan ruang terbuka dan atap yang tinggi. Lapangan terbang ini bakal menjadi lapangan terbang paling mesra alam dengan pensijilan tahap emas LEED. Bahagian atapnya mempunyai lubang terbuka yang memberikan pencahayaan semula jadi diwaktu siang.

cinta buku lima?



ha..ha...kelakar plak bila dengar lagu ni..pandai dia olah semula yer..so every1..layanzzz

Tuesday, October 25, 2011

kenali wanita

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.


Tetapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarganya.

i) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air – kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin – keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
 
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dalam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan

kredit SINI

Kenapa wanita merajuk?

Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? Hasil dari kajian, jawapan nya ialah: (Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)
1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong

Misteri Google Earth Satelite





Pejabat Kertas ?



hendapan lensa

Monday, October 24, 2011

kemalasan memblog..


hadoiii...tetiba kemalasan melanda diirku..malas bebenor nak update blog ni..bukannya per, skrg ni sibuk betul.walaupun sebenarnya banyak citer yang nak diceritakan..tapi pendam jer lelama biar jadi pekasam..he..he..takper, skrg ni bila semangat nak update blog membuak2, bz ler plak melanda..isyh..dugaan..dugaan..

Tuesday, October 18, 2011

kejamnya!!



as sebenarnya mmg tak boleh sangat nak tgk video ni..tapi gagahkan juga diri ini bila video ni diperkatakan oleh kawan2 dan terkenal seluruh dunia...hati as mmg tersentap dan mengalir air mata ni mengenangkan penderitaan kanak2 tu n mengenangkan sikap ' cerdik akal' PENONTON yang melihat kanak2 tu dalam kesakitan dan sedam penumbuk as kasi pada pemandu yang melanggar kanak2 tuh..kalau ler anak ko orang wat mcm tu ko nak kata per aaa si driver PEMBUNUH!!! geramnnya as..

Wednesday, October 12, 2011

selamat berangkat kekankada -kekandaku..

alhamdulilah, pada 11hb lepas abg2 n kakak2 as selamat berangkat ke Tanah Suci, Mekah..syukur alhamdulilah sesangat..best kan, muda2 lagi dah diberikan nikmat ALLAH tu..kita ni yang masih belum sampai, bila ler agaknya kan..insyaallah, mudahan2 kita diberikan nikmat yang sama..insyaallah..

untuk kali ni, abg , kak dan bangtam dan kak tam pergi sekali..bertolak dari Lapangan Terbang Kepala Batas, Alor Star dan dijangka pulang pada 28 Nov nanti..walaupun banyak halangan melanda n alhamdulilah semuanya dipermudahkan oleh -Nya..apa yang as harapkan, semoga abang2 dan kakak2 as pulang dengan haji dan hajjah yang diberkati oleh-Nya..aminn.









Saturday, October 08, 2011

buah hati yang baru..


wah..mcm nak like jer banyak2..mmg idam dah lama dah n akhirnya baru berjaya 'mengorat' benda alah ni..isyh mmg tak sangka tul..terima kasih pada hencik suami yang mengizinkan dan membelikan isterinya benda alah 'teropong ajiab' ni..he..he..thanks my dear..

Tuesday, October 04, 2011

kesian, sedey n lawak

hadoii..nak tergelak pun ada kesian pun ada pada pasangan kontroversi ni..alah, pasangan RM12 juta !! kesian sebab senang2 jer diperbodohkan oleh pihak penaja diaorang tuh dgn segala macam janji manis yang kenkononya perjanjian 'win win situation' , tapi bila dah tamat majlis ni apa yang boleh diperkatakan ialah, ianya bukanlah 'win win situation' tetapi lebih kepada win --> penaja, and L..--> pengantin..kalau kita pasangan pengantin yang bijak, kena ler sama tgk tentatif majlis kita tuh n jangan serah 100% pada penaja dan kemudian akan dilahar kemudian oleh orang ramai..sensitiviti agama, n value for the weeding juga perlu diambil kira.bukannya propa jer lebih ckp grand tahap ala2 perkahwinan william - kata tapi hasilnya mmg sangat menyedihkan. Dari pakaian, tentatif majlis hingga ke makanan sangatlah not RM12 mil punya value.Kalau dikatakan value itu terletak pada pearlnya, propanya mmg terlebihhh sudah.ini adalah kerana pearl tu bukannya dari laut dalam, tetapi adalah dari China sahaja n umum tahu, market valuenya lebih rendah dari Mikoto Pearl yang mmg tinggi sangat value dia..kalau nak kata pearl Raflesia tu jota2, sangatlah propa hokey. lebih baik beli pearl kat sabah tu n kemudian declare gak juta2, .hebat gak tu..kalau camtu, eden pun kayo gak ler, pearl yang hencik somi beli dari sabah tu mesti harga dia pun juta2 gak..paling kurang maybe RM3 mill..perghhh..n the best part, pearl tu still ada dlm simpanan ..n pada yang sponsor tu mesti ler kena kasi balik kannnn..opssss..

dah mcm Mr.n Mrs Smith kawin jer ni bila nengok pengapitnya..
siann pengantin, kek tak der nama diaorang pun..

Monday, October 03, 2011

JJCM versi Changloon..

bertahun x update posting tetiba nak update pasal makan ler plak..he..he..bukannya per, nak post pun kenkadang ikut situasi gak.oleh kerana situasi skrg ni sangattt laporrr, so per kata posting pertama di bulan oktober ini adalah makanan...ha..ha..boleh gitu??


Destinasi JJCM as kali ni ialah di DGreen Restaurant, perghh mmg serba serbi ijau ler..cuma kerusi meja jer yang tak ijau lagi.air laici dia pun color ijau..terbaekk..so far menu dia mmg best n tuk ari tuh as pesan Siakap masak tiga rasa, sayur campur, sotong goreng tepung n sambal belacan..perghhh mmg menyelerakan dan sedapp..tak sia2 pun makan ari tuh..harga pun mmg berbaloi baloiii

 siakap tiga rasa

 sotong goreng tepung

 sayur campur


anak ibu pun berselera makan...