-->

MY FOLLOWER

Pages

Friday, March 03, 2006

ku kembali..

Assalamualaikum..aloha...arigato..ajinomoto..he..he..dah lama as mendiamkan diri yer..sorry ler bebanyak memberku sekalian.walaupun banyak yang berlaku tapi banyak tu juga ler yg as tak update kat sini.ntah apa2 ntah kan..he..he..bukannya apa almaklumlah computer x der kat umah.now..i'm backkkkk.dengan sukacitanya as beritahu as dah dapat dah notebook as ..yahoooo..(ops..riak dan takbur lak..orang lain dah berkurun dah ada notebook as baru ada dah riak lak..he..he..) bukannya apa sajer beritahu jer..alah murah jer.manalah mampu as nak beli mcm org lain.yang hergernya saja boleh kasi as settlekan hutang pinjaman study as dulu..he..he..dari as beli yg mahal2 lebih baik as settlekan utang ..x gitu..he..(cakap orang x der duit:D) apa2 pun Acer Aspire 5520ZN dalam gengaman ku..he.he..udahler tu muak mendengarnya..:D
ANUGERAH JUARA LAGU

senyum sikit.ba...cak...he.. he..walaupun AJL nih dah lama berlalu tapi as tetap nak sentuh sikit juga mengenai AJL nih..biasalah apa jua yang melibatkan mawi as akan ceriter punyer..maklumlah fanatik katakan(x der yg terasa ker??) sebelum tu syukur alhamdulilah mawi berjaya mengondol dua anugerah tu iaitu satu anugerah sendiri- Persembahan terbaik pilihan penonton yang mengunakan hasil undian sms.Lepas mawi menang ada pula pihak2 yg tertentu dlm blog memasing mengatakan mawi x layak menang.heloo..dah namanya persembahan terbaik pilihan penonton,sure lah penonton pilih yg mana dia suka.kalau korang dah suka org tu apasal x undi,bila dah kalah jgn cakap banyak okehhh..amboi..amboi..amboi..(tiru gaya azwan) apa nak buat dah mawi nih ramai peminat kan..alhamdulilah kami nih x kedekut untuk mengundi dan beli album original nak buat camner.apa nak buat kan..he..he..
dan yang paling best dan mungkin dah dijangka M.Nasir dan Lolog memenangi AJL nih bagi Irama Etnik Kreatif..syabas !! mmg lagu nih best pun..


Bagi anugerah lain..as memang sokong Katakan -hazami..bagi as lagu nih mmg cathy sikit n senang dan mudah untuk kita sukakan lagunya walaupun sekali dengar jer.Lirik dan muzik pun best.Tapi untuk Balada..er...no comment ler..for me lagu Awan Yang Terpilu ada lirik dan lagu yang lebih puitis dan bukannya lagu yang dicedok dari lagu Inggeris n dialihbahasa ke B.M..mcm lagu tuh(mengata nih..)opss...x baik mengata..tarik balik..tapi itu personal opinion lah kan.Vokal terbaik anugerah yg as ingat Jackly(iyer ker ejaan nih..belasahh jer) yang menang..tapi HAZAMI!!! okehhhh tu..as minat hazami ni.vokal dia mmg mantap.

SYABAS KEPADA PEMENANG!!

JUARA LAGU
GEMILANG
BALADA
GEMILANG
POP ROCK
KATAKAN
ETNIK KREATIF
ADUH SALIHA
VOKAL TERBAIK
HAZAMI
PERSEMBAHAN TERBAIK
MAWI-ADUH SALIHA!!



laporan seterusnya pada post yang akan datang

- Anugerah Bintang paling Popular hak mutlak mawi
- Mengapa mawi menjadi pilihan?
-gambar2 sekitar majlis berlangsung

No comments: