-->

MY FOLLOWER

Pages

Monday, October 15, 2007

2 KEGEMBIRAAN BESATU !!!

LATEST!!!
* Ketika tiba di ISS pada 12 Oktober 2007 bersama 3 angkasawan dan
3 ahli yg sudah berada di ISS.













Assalamualaikum....selamat hari raya!!! ari nih 3 syawal bersamaan 15 Oktober..so ari nih mrupakan ari raya ketiga kita..alhamdulilah.cepat jer masa berlalu kan..dulu baru jer kita sembang2 pasal puasa,nak raya ler..apa ler..tetiba dah pun raya.alhamdulilah..tapi yg sedeynya ari nih,as dah kena kerja!! waaaaa..ku bekerja di hari raya!!! nasib baik ler umah dekat..kalau uamh jauh dan tak dapat balik kampung,mau nangis meraung kat office nih..he..he..seperti biasa, suasana office nih sunyi sepi jer..errm..ari raya lagi katakan..



Dr.Sheikh Muzaffar dan Kapten Dr.Faiz



Hari raya tahun nih merupakan hari raya yang berbeza sikit bagi as dan seluruh rakyat Malaysia..pada tanggal 10 Oktober 2007,maka lahirlah angkasawan malaysia yang pertama!!!! YAHooooooOOO..MALAYSIA BOLEH!! rasa bangga sangat rasa di hati nih..sebagai rakyat malaysia as memang berbangga apabila negara kita dapat melahirkan angkasawan yg akan menjalankan kajian di ISS(International Space Station) di angkasalepas..sapa sangka, negara kita yg kecil nih berjaya melahirkan angkasawan duni..bukan seorang, tapi dua orang angkasawan yang mengharumkan nama negara iaitu Dr.Sheikh Muzaffar dan Kapten Dr.Faiz.Tapi, untuk projek tahun 2007 nih, hanya seorang sahaja angkasawan yg dibenarkan ke angkasalepas, iaitu Dr.Sheikh Muzaffar..apa2 pun tahniah diucapkan..as rasa bangga sesangat bila melihat anak melayu,anak malaysia kita, dan muslim pulak tuh sebaris dengan angkasawan negara lain seperti Rusia dan US..bangga sesangat.Best tul tgk masa pelepasan pada 10hb tuh..as tunggu sampai habis...ntah kenapa rasa bangga sangat tgk semua tuh.nasib baik astro ada saluran khas untuk angkasa1 nih..iaitu chnl 588.Sepanjang proses iaitu proses berlepas, percantuman di ISS dan sebagainya mmg as nantikan.seronok tgk Dr.Sheikh di angkasalepas..bangga tul rasanya bila dia berbual dengan Dato Jamaludin Jarjis dan berbahasa melayu dan menjawab salam di angkasa lepas..apa yg as tahu mereka akan pulang pada 21hb nih dan as harap semuanya akan selamat kembali..insyaallah..







Untuk pengetahun semua, untuk projek kali ini, mereka menggunakan capsule yang diberi nama Soyuz.Mereka akan bercantum di ISS untuk membuat kajian.Mereka bertolak pada 10hb Oktober 2007 dan akan kembali pada 21 Oktober 2007..Untuk pengetahuan semua, kitaran waktu siang dan malam di sana adalah selama 90min untuk siang dan malam..cepat kan!!Pakaian yang akan mereka pakai semasa berlepas adalah pakaian seperti di bawah nih.






Tetapi selepas itu mereka dibenarkan untuk menukar baju biasa dan akan memakainya selama 10 hari..Oleh kerana kedaan terapung kerana tiada graviti, mereka makan menggunakan tiub andai makanan itu mempunyai kuah dan boleh makan seperti biasa andai mereka makan buah ataupun roti.Apa yang as takut ialah, untuk kembali ke bumi perjalanan meraka lebih laju dan cepat dan kiraannya ialah 7 km per saat!!! cepatnya!!! 7KM!! mmg sangat laju..apa yg as harapkan semuanya akan selamat..insyaallah...









--SELAMAT HARI RAYA ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA, DR.SHEIKH MUZAFAR DI ANGKASALEPAS,MOGA SELAMAT SAMPAI KE BUMI..-


































































No comments: