-->

MY FOLLOWER

Pages

Sunday, December 30, 2007

Dimanakah keamanan?


Assalamualaikum..aloooha..minggu nih banyak tul peristiwa yang terjadi..bukan sahaja dalam negera tapi bahkan dalam negara sendiri..Minggu nih kejutan yang paling terbesar ialah pembunuhan Benazir Bhuto di Pakistan..










Kalau tak salah as, pembunuhan tuh berlaku pada hari khamis..coz mlm tuh as g umah sepupu n tgk berita tuh kat footer kat tv jer..tapi tak berapa pasan berita tuh sampailah pagi jumaat tuh masa as nak beli paper..semua paper ari tuh mmg citer pasal benda nih jer..memang merupakan satu kejutan juga ler..isyh..akhirnya dia terkorban juga..





















Detik terakhir ketika pembunuhan Benazir yg sempat dirakam.





Ketika as membaca cerita2 mcm nih..perasaan as bercampur baur..kenapakah perkara macam nih masih lagi terjadi?? lebih2 lagi di negara Islam..sudahlah kita dicurahkan dengan cerita2 sedih dari Afghanistan, Iraq, Palestin..dan kini datang plak berita dari Pakistan..sedih sangat as rasa..Kenapakah kekerasan digunakan untuk mencapai hasrat dan matlamat seseorang?? apa yg as sedihkan, yg selalu kita dgr mereka nih sebagai pengebom berani mati datangnya dari mereka yang inginkan perubahan dalam kehidupan mereka..kehidupan yang lebih bermakna untuk anak cucu mereka..mereka tahu..mereka pasti tidak sempat mengecapi keamanan dan kebahagiaan..tetapi..kenkadang as terfikir,adakah dengan melakukan serangan berani mati ini adalah salah satu caranya untuk mencapai matlamat? apa yg paling as sedihkan, mereka nih disogok dan diapikan oleh pihak tertentu untuk melakukannya sedangkan pihak yg menyuruh tersebut hanya bersenang lenang..cuba kita fikirkan,andai tak ada pihak yg mengapikan2 mereka nih,dari mana mereka ini yg digelar 'pejuang berani mati' mendapatkan senjata, bahan peledak,bom dan lain2 lagi?? sedangkan mereka ini adalah daripada golongan miskin di sana??

As cuba meletak diri as di tempat mereka..cuba merasai perasaan mereka dan situasi yang berlaku..namun as gagal kerana mungkin keadaan di Malaysia yang aman dan masing2 hidup dengan sentosa di negara malaysia bertuah nih mengagalkan as untuk mendalami perasaan itu..mungkin keadaan memaksa untuk mereka sanggup 'membunuh' diri sendiri..namun mereka tidak menyedari, andai beribu nyawa pun yg terkorban..adakah keamaan akan dicapai takkala 'pihak besar' masih lagi berkuasa dan hanya menjadikan mereka patung semata2...

As bersyukur pada ALLAH S.W.T atas keharmonian dan ketenteraman negara kita nih.walaupun pelbagai kaum,kita masih lagi hidup bermuafakat dan tolong menolong..Justeru tuh, bila ada anasir2 jahat yg cuba menghancurkan ketenteraman negara kita as mmg geram sesangat..tak perlulah menabur benih hasutan pada kita..adakah kita mahukan demonstrasi jalanan yang cuba dilakukan?

Nak tahu apa yg bakal terjadi kalau demonstrasi diadakan ?

# premis perniagaan akan ditutup

# menggangu aktiviti seharian penduduk

# menakutkan pelancong tempatan/asing

# ekonomi akan jatuh kerana pelabur tidak akan melabur d ngara yg tak aman

# ketakutan pada kita semua

# merosakkan fasiliti awam

dan mcm2 lagi..

jadi..sedarkah kita pentingnya keamanan?? fikirkan sendiri..




No comments: