That day same like other day at Hiroshima..people get ready to work..kids are create their smile and happy to go to school..but it was something strange that day...but they can't find out what it is.. Suddenly...something terible happen, strange light appear they can feel the heat and than...BOMMMMMM..eveything is gone..it was that day..6 August 1945.It was the nuclear attact by the US Army at the end of world war II..
hiroshima...
Nagasaki before and after the booming
'the killer'
Full Article -->Atomic bombings of Hiroshima and Nagasaki
=================
Petang tadi..oleh kerana takder citer per2..as pun buka lah National Geographic..nampak mcm bestt jer tajuk dia..so just stay n tgk..rupa2nya citer ttg Penguguran Bom di Hiroshima dan Nagasaki,Jepun pada perang dunia kedua .Memang sejak dulu lagi, as mmg suka ttg sejarah..n citer ini mmg menarik minat as..Inilah pertama kali as lihat dokumentari yg benar2 membuka mata as apa yg telah terjadi ketika itu.As hanya tahu ttg hal nih hanya melalui pembacaan n sedikit dokumentari sahaja..so tak berapa nak clear sangat apa yg berlaku..n petang nih mmg jelas semuanya.,as juga sempat online dan cari maklumat mengenai perkara nih..
Mengapa kita perlu berperang? adakah kita perlu berperang? adakah ianya salah satu jalan akhir untuk mencapai keputusan? as tidak dapat memikirkannya dan memberi jawapan..mungkin kerana as berada di bumi dan tanah air yang merdeka..aman damai tanpa peperangan dan persengketaan jadi as tak dapat memikirkan jawapannya..tetapi..andai as berada di negara yang bergolak seperti di Palestin,Iraq dan lain2 lagi negara..mungkin as dapat memikirkan jawapannya..as cuba letakkan diri di tempat penduduk palestin yang bertahun2 menuntut kemerdekaan dan kedamaian..menangisi kedamaian dan memohon kebebasan..tapi malangnya..sehingga kini terikat dan terus begini dari generasi ke genarasi..adakah kebebasan akan datang jua? hanya kuasa ALLAH mampu menentukan segalanya..kita sememangnya beruntung berada di bumi Malaysia yang bertuah ini..tenang..aman..dan bebas..jadi as memohon pada kita semua sebagai rakyat Malaysia..jangalah kita bertelagah sesama kita dan biarkan negara luar mengintai peluang untuk bertapak di negara kita..wahai bangsaku..bangunlah..berjuanglah demi negara yang tercinta..kenapa perlu bertelagah antara kita atas sebab politik dan sebab yang tidak pasti..adakah kita mahu negara kita tergadai ?
as dapat lihat sendiri perpaduan kita kini di Malaysia semakin retak dan menati masa untuk hancur dan pecah berkecai..as bukan sahaja berbicara tentang perpaduan antara kaum di negara kita..tetapi antara kita khasnya bangsa melayu dan Islam khasnya.Sejak tahun 1998, bangsa Melayu kita semakin berpecah atas nama politik..jiran dulunya bersatu hati dan bersatu rasa membantu sama lain kini semakin menjauh diri kerana politik..adik beradik bertelagah atas sebab yang sama..adakah politik dapat membantu kita? adakah politik dapat membahagiakan kita?? fikir2kanlah..tak kan kerana politik..keluarga kita lempar ke tepi ? perpecahan dalam perpaduan bukan sekadar berkisar ttg politik..tetapi sebab2 yg sengaja ditimbulkan. sedar atau tidak, ada pihak yang cuba memecah belahkan perpaduan antara kita dengan menimbulkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan perdebatan dan tindak balas negatif antara kita..isu2 sensitif cuba ditimbulkan ..sedar atau tidak rakyat malaysia sekarang berada di ambang bahaya dan kehancuran andai kita tidak menampalkan keretakan yang berlaku dengan perpaduan dan kesetiakawanan dan semangat jati diri dan negara.
as sedar sejak 5 tahun ini, pelbagai perkara terjadi di negara kita dari sekecil isu sehinggalah isu2 sensitif baru2 ini..bagi as, isu kedaulatan dan isu agama adalah perkara yang tidak perlu diperdebatkan..mengapa kini isu itu cuba timbul ? ada yang tidak kena dengan perkara ini..mengapa setelah 51 tahun merdeka, isu ini baru timbul? mengapa perlu menimbulkan kekecohan antara kita..sedar atau tidak, penderitaan atuk nenek kita dahulu dalam mencapai kemerdekaan..semangat dalam menyatupadakukan antara kita utuh ketika itu..tapi kini?? kita alpa dan rasa semakin bebas dalam melakukan apa jua perkara..kalau dahulu bangsa kita menentang penjajah, kini bangsa kita yang menjadi penjajah di bumi dan tanah air sendiri..cara hidup kita kini tidak ubah seperti penjajah..agama ditolak ketepi..dimanakah letaknya kemerdekaan kita? cuba lihat sekeliling kita kini..dapat kita lihat kita masih dibelengu penjajah..sedar atau tidak atau kita seaakan2 butakan mata...ianya telah berlaku dan akan terus berlaku..bangsa kita kini tidak sedar apa itu merdeka..merdeka bukan sekadar melaungkan merdeka di dataran ataupun di setiap majlis sambutan kemerdekaan..bukan setakat konsert artis ketika sambutan..bukan sekadar bunga api..tetapi lebih dari itu..merdeka itu sebenarnya adalah perkataan keramat dan mulia..cuba kita tanya pada diri kita..apakah ertinya bendera Malaysia(Jalur Gemilang) pada kita? adakah sekadar kain yang digantung pada tiang dan sekadar kain yang mewakili negara? sebenarnya..ia lebih dari itu..bendera kita adalah simbol kedaulatan..simbol kebebasan negara..simbol kemerdekaan..simbol suci yang tidak boleh dipandang enteng..bendera Malaysia perlu dijaga seperti nyawa sendiri..namun, adakah kita mengambil peranan menjaga bendera seperti itu? kita kini seolah2 merendah2kan kuasa bendera itu sendiri dan meletakkan taraf bendera di peringkat terendah sehingga ada pihak sanggup mempermainkan peranan bendera itu sendiri..kesucian bendera dikotorkan dengan kelakuan sesetengah pihak yang cuba menerbalikkan bendera Malaysia atas sebab politik..membakar bendera..memijak bendera..adakah itu wajar ??? malulah anda sebagai rakyat Malaysia jika anda berkelakuan begitu..cuba tanya pada pejuang2 bangsa kita yang masih ada kini..apakah semangat bendera Malaysia pada mereka? tak perlu saya jawab..anda tahu sendiri..
ayuh bangsaku..ayuh rakyat Malaysia..bangunlah dari mimpi2 indah yang sia2 anda..sedarlah..betapa kita kini semakin terumbang ambing ..sayangilah negara kita..sayangilah perpaduan ..ayuh...sedarrrr dan bangkitttt....dengan semangat Merdeka, ayuh kita berubah menjadi insan yang lebih baik dan rakyat yang lebih bertanggungjawab..