-->

MY FOLLOWER

Pages

Thursday, February 11, 2010

sapa nak kerja???



11 FEBRUARI 2010

25 SAFAR 1431H




"UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA"

(FIRST CHOICE UNIVERSITY)


IKLAN JAWATAN KOSONG

uum-small-embos-baru.gif

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap/kontrak seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.

1. Jawatan : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

(4 KEKOSONGAN – 3 TETAP, 1 KONTRAK)

Gred Gaji : P1T1 RM1899.01 – P1T25 RM4715.47

Syarat Kelayakan :

(i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T1); ATAU

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T3); DAN

(iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



2. Jawatan : PEGAWAI TADBIR GRED N41 (1 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM1690.28 – P1T27 RM4640.28

Syarat Kelayakan :

(i) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T3); ATAU

(ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T4); DAN

(iii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



3. Jawatan : PUSTAKAWAN GRED S41 (1 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89

Syarat Kelayakan :

(i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T3); ATAU

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Lepasan Ijazah Sains Perpustakaan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T4); DAN

(iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.




4. Jawatan : PEGAWAI KEWANGAN GRED W41 (1 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM1702.81 – P1T27 RM4688.95

Syarat Kelayakan :

(i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T3); ATAU

(ii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T8); ATAU

(iii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T8); ATAU

(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T9); ATAU

(v) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T10); DAN

(vi) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


5. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29

(2 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM1544.86 – P1T21 RM3034.66

Syarat Kelayakan :

(i) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F29 : P1T1); DAN

(ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

6. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 (1 KEKOSONGAN - KONTRAK)

Gred Gaji : P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10

Syarat Kelayakan :

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T1); ATAU

(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5); DAN

(iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T6); DAN

(iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


7. Jawatan : PENOLONG PENGURUS ASRAMA GRED N27 (3 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10

Syarat Kelayakan :

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

(ii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5); DAN

(iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

8. Jawatan : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R24 (1 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM1749.05 – P1T16 RM2946.98

Syarat Kelayakan :

(i) Tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan;

(ii) Sekurang-kurangnya mempunyai sijil BO yang dikeluarkan oleh Jemaah Pemeriksa Elektrik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. DAN

(iii) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

9. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29 (1 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM1160.69 – P1T27 RM3057.39

Syarat Kelayakan :

(i) Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : P1T6); DAN

(ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

10. Jawatan : AHLI MUZIK GRED B17 (1 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM827.94 – P1T24 RM2177.15

Syarat Kelayakan :

(i) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreatif serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional.

(Gaji permulaan ialah pada Gred B17 : P1T9); DAN

(ii) Ujian Khas: Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti.

11. Jawatan : PEREKA GRED B17 (1 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM827.94 – P1T24 RM2177.15

Syarat Kelayakan :

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam subjek Lukisan pada peringkat peperiksaan tersebut; DAN

(ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

12. Jawatan : PEMBANTU VETERINAR GRED G17 (1 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM824.91 – P1T24 RM2155.88

Syarat Kelayakan :

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada Gred G17 : P1T1); ATAU

(ii) Sijil Veterinar daripada Institut Haiwan Kluang, Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G17 : P1T8); DAN

(iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

13. Jawatan : PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT

(4 KEKOSONGAN – 2 TETAP, 2 KONTRAK)

Gred Gaji : (N17) P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35

(N27) P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10

Syarat Kelayakan :

(a) Lantikan ke Gred N17

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T2)

(b) Lantikan Terus ke Gred N27

(i) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T1); ATAU

(ii) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5); DAN

(iii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

14. Jawatan : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 (1 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35

Syarat Kelayakan :

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; ATAU

(ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah agama bantuan penuh kerajaan; DAN

(iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


15. Jawatan : PENGAWAS HUTAN GRED G11 (1 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM735.72 – P1T21 RM1748.57

Syarat Kelayakan :

(i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran serta Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada Gred G11 : P1T1); ATAU

(ii) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran serta Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(Gaji permulaan ialah pada Gred G11 : P1T2); DAN

(iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

16. Jawatan : PENOLONG JURURAWAT GRED U11 (1 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM738.99 – P1T22 RM1766.54

Syarat Kelayakan :

(i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN

(ii) Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Kelayakan Penolong Jururawat yang diiktiraf oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U11 : P1T4); DAN

(iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

17. Jawatan : TUKANG K3 (ELEKTRONIK) GRED R9 (1 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM721.02 – P1T21 RM1626.04

Syarat Kelayakan :

(i) Tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; ATAU

(ii) Pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Awam, Pekerja Awam Khas, Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;

(iii) Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

(iv) Lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.

(Gaji permulaan ialah pada Gred R9 : P1T2)

18. Jawatan : PEMANDU KENDERAAN GRED R3 (1 KEKOSONGAN - TETAP)

Gred Gaji : P1T1 RM701.42 – P1T17 RM1354.86

Syarat Kelayakan :

(i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;

(ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

(iv) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik

CARA MEMOHON

(i) Borang permohonan boleh didapati daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia dengan mengemukakan sampul surat berukuran 26cm x 34cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 atau datang mengambilnya sendiri di Kaunter Jabatan Pendaftar, UUM dengan bayaran sebanyak RM 5.00 yang boleh dibayar di Kaunter Bendahari, UUM atau dalam bentuk Wang Pos, dibayar atas nama ‘BENDAHARI UUM’.

(ii) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

(iii) Keutamaan permohonan untuk jawatan no. 1,6 dan 13 akan diberi kepada calon-calon yang boleh berbahasa Inggeris/Mandarin/Arab dan berkebolehan mengendalikan komputer.

(iv) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.

(v) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :

Pendaftar
Universiti Utara Malaysia

06010 UUM Sintok

Kedah Darul Aman

(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tel : 04-928 3864/4131

(vi) Maklumat terperinci mengenai semua jawatan di atas dan syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui Laman Web berikut : http://www.uum.edu.my/pend/pend.html

(v) Tarikh tutup permohonan : 22 Februari 2010 (Isnin)

Jabatan Pendaftar

Universiti Utara Malaysia

Tel : 04-9283021/3043

Fax : 04-9283046

e-mail : pendaftar@uum.edu.my



Daisypath Anniversary tickers

No comments: