-->

MY FOLLOWER

Pages

Monday, November 07, 2005

15,000 SERBU RUMAH TERBUKA MAWI

SUMBER : Berita Minggu 6/11/05

KULAI: Lebih 15,000 peminat membanjiri Felda Taib Andak, di sini, semalam, untuk meraikan Majlis yang bermula jam 9.30 pagi itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk sepanjang lebih 10 kilometer di Jalan Kulai hingga ke padang tempat majlis berlangsung.Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 24, mengeluarkan lebih RM25,000 untuk bersama-sama berhari raya dengan peminat dan penduduk Felda.Beliau berkata, sambutan yang diterima di luar jangkaannya dan amat menggalakkan, malah peminat dari jauh seperti Sabah, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor turut hadir.“Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada semua peminat dan keluarga serta penyokong yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis rumah terbuka ini.“Apa yang terlebih, terkurang, saya minta maaf,” katanya sewaktu ditemui pada majlis itu.


Turut hadir Pengurus Besar Perniagaan Proton EON Bhd (EON), Datuk Abdul Razak Dawood dan Ketua Pegawai Eksekutif M dot Mobile Sdn Bhd, Zainudin Mohd Salleh.Pada majlis itu, Mawi turut menerima Proton Savvy dengan nombor pendaftaran Mawi 100.Peminat mula tiba di kawasan Felda itu seawal jam 9.30 pagi untuk bertemu Mawi selain berhibur dengan persembahan anak jati Felda itu serta artis jemputan seperti Nash, Shahila serta bintang AF1 dan 2, Nija dan Zarina.Kira-kira 20 khemah didirikan di padang Felda Taib Andak untuk majlis itu dan orang ramai dijamu dengan juadah hari raya yang disediakan penduduk kampung seperti ketupat dan rendang, kuah lodeh serta nasi beriani.Kos majlis itu turut ditaja beberapa pihak. Sebanyak 10,000 poster dan 10,000 poskad Mawi yang ditaja EON dan M dot Mobile diedarkan kepada peminat.rumah terbuka bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi, pertama kali sejak bergelar penyanyi.
_______________________________________________________
akum....alohaaa...amboi lepas raya ni berseri je nampak.ada apa2 ker..he.he.. k lah salam aidilfitri sekali lagi.raya kali ni as rasa cam biasa jer x der ler nak meriah sangat pun..coz abg2 x balik kali ni.biasa ler turn beraya umah mertua plak.tapi raya kali ni mmg terasa kuar duit banyak..aduhhh poka eden..apa nak buat kan..dah raya..tapi best ler gak walaupun nampak duit cam terbanggg jer :D .raya kali ni as x g mana2 pun..p 2,3 umah sedara jer..sepatutnya ari ni dah kena kerja.tapi malas tahap maksima plak rasanya so tepaksaler mencutikan diri ini..he.he..bukannya ponteng yerr,coz dah amik dah cuti awal2 lagi.sok kena lah keja balik.pada sedara mara yg datang umah as tu..tq coz kalau nak ikutkan as mmg ler tak sampai sana.he..he.oh yer buat my bro ..adik sulhan yg x dapat beraya n kena braya kat K.L tu..siannyaaaaaa..apa nak buat dikk.dah kerja..jgn nangis..buruk bebebor :D he..he.. jgn marah yerrr..salam balik..salam balik..celamat ali layerrrr..
oh yer,korang semua tahu kan(kalau x tahu tu buat2 lah tahu) mawi buat umah terbuka sabtu lepas.punyalah sesak sampai 15,000 org..isyk..isyk..kalau mawi ni bertanding n jadi org politik..dah menang dah ni..tapi x yahlerr mawi..jadi org seni udah ler..yg bestnyer(best ker..layan jerr) sesak sampai 10km nak g umah terbuka mawi tu..isyk..isyk..dasyatt nyerrr.dgr kata keseluruhan kos rm50,000 hinggit..n mawi sponsor rm25,000.mawi..mawi..banyak duit ko yerrr..dlam sebulan berapalahhh ko dapat yerr.bertuah ina :D he..he..
ari ahad tu as beli 3 paper sekali,Berita Minggu,mingguan n Metro n yg bestnyerrr semua cover depan ada cerita n gambar mawi..dasyatt tu..tengok sekali imbas comel gak ina tu yerr..walaupun sebelum ni rasa berapi jer tgk dia coz apa yg dah dia buat sebelum ni..rasa sejukk plak tgk dia ngan mawi..insyaallah ada jodoh ada ler tu ina.cuma lepas ni x yahler masuk paper tetiap ari cerita itu ini yer dik ina sayang..peminat pun kurenggg jer baca cerita cam tu..just simpan jer yer dik.hope lepas ni ina dah dpt pengajaran dari apa yg berlaku.biasalah ina,awak tu remaja lagi banyak org nak ambik kesempatan.yg penting jaga diri..n x yah risau ler ttg mawi tu..akak leh jagakan..ceewah he..he.. jgn risau ina,mawi tu pegang pada janji..
SAMBUNGAN..

1 comment:

Anonymous said...

Feedster Beta Testing Podcast Search Tool
I just noticed on the Feedster home page that Feedster is now beta testing a "podcast" only search tool that current indexes 27,482 podcasts.
Find out how to buy and sell anything, like things related to road construction safety equipment on interest free credit and pay back whenever you want! Exchange FREE ads on any topic, like road construction safety equipment!