-->

MY FOLLOWER

Pages

Monday, March 30, 2009

aduhaiiii..malunyaaaa...

salam...aloohaaa...sure heran kan pesal tajuk mcm tuh..he..he..nak citer sikit nih..ari tuh lepas as balik kerja..rasanya ari sabtu lepas kot..cdgnya nak g beli mee rebus tempat fav as ler..ngan berkebaya n control ayu ari tuh as pun parking ler keta depan gerai mee tuh..n dgn confidenya terus kuar n tetiba kebabommm..kain as tersangkut dkt side kerusi as tuh..per lagi..terjatuh ler kat jalan tuh..ngan kain still stuck kat situ lagi..leh korang bayangkan tak? he..he..tapi kain tak tanggal yer..jgn fikir bukan2 plak..kalau kain tanggal harus as pindah negeri terus..maluuu..he..he..lepas2 jatuh tuh..as tahu orang kat gerai tuh mmg nampak tapi dioarang pun wat tak tahu jer..sure tanak kasi as malu..n dgn tebal muka lebih kurang 4 inci tuh..as terus g order mee..aduhaii..masa tuh malu tak yah citer ler..mmg malu siot..he..he..hasil dari jatuh tuh..tangan n lutut as luka..aduhaiiii..luka tuh tak kisah sangat..tapi yg maluu tuh ler yg palinggg as kisah..tobat ler..sebulan as tanak singgah kedai tuh lagi..he..he..malu tul tau..bukan jer malu..sakit pun dapat gak..he..he..
------
marin as ngan tunang kami g wat hiv test tuk borang kawin kami ..memasing kecut perut gak ler..fikir dioarang wat mcm ner ler test tuh kan..maklumlah kami nih masing2 'berani' ..he..he..oleh kerana waktu operasi dia 2.30pm-4.30pm..kami kena kuar waktu office gak ler..tapi kena isi borang kuar pejabat dulu ler..ikut jer time tuh kami terus g klinik..tgk keadaan klinik pun sian tul..bawah khemah jer..maklumlah klinik kami tuh terbakar, so hasilnya untuk sementara waktu kena duk bawah khemah ler..masih ada lagi bangunan..tapi just tuk bilik pemeriksaan n bilik2 penting yg lain..
--------------
lepas isi2 borang jer kami terus dibawa ke bilik tuk check darah..nasib baik time tuh tak ramai orang..so kami berdua jer lah..lepas akak nurse tuh bercerita itu ini maka proses tuh pun dimulakan..tapi as yg wat dulu amik darah tuh..tadi masa register awal2 lagi tunang as daftar nama dia..tapiii bila masuk bilik tuh jer..tetiba lak dia suh as dulu..he..he..takut ler tuh..dia wat tuh sikit jer ..just cucuk kat jari jer n ambik sikit darah n letak kat alat test hiv tuh..kalau line dkt alat tuh g dkt 'T" alamatntya..kena risau ler..kalau g dkt "c' tak yah risau..normal..he..he..alhamdulilah kami normal..he..he..tapi yg kelakrnya masa time tunang as wat tuh..tetiba dia plak yg gigil tangan2 tuh..he..he..itulah tadi gelakkan orang..he..he..takut juga dia rupanya.rileks ler bang, sikit jer..he..he..as ada snap gambar masa proses tuh..tunggu yer..nanti as upload..skrg nih tak sempat lagi nak upload..he..he..
-----------
JUST FOR FUN
ada orang kasi artikel nih pada as dlm emel ..mmg menarik..ada mesej yang ingin disampaikan.happy view..

Biler Suami Jadik Isteri

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~
Mat berdoa,”Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah”
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit sajalagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe…Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur……. tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,”Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja”
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,”Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….”
Whatttt???… 9 bulan 10 hari???…..Beranaaak???…….Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk…!!!
~~~~~
“Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??”
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,”Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???
“Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni…..”
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh… Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya………
Moral cerita :Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda..

Saturday, March 28, 2009

gadisworld support Earth Hour




take your action now !!
turn off the light tonight : 8.30pm - 9.30pm , 28 March 2009!!

Friday, March 27, 2009

selamat hari lahir untuk kita Sayang..

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK KAMI..



SAYANG 23 MARCH 1983



ABANG 25 MARCH 1982



Alhamdulilah,

up lagi umur kami setahun..he..he..tahun nih as dah 26 tahun n my darling dah 27 tahun..he..he..kejap jer masa kan..n yang paling manis bagi kami ialah..hari lahir kami selang 2 hari jer..walaupun pelbagai dugaan melanda kami n as bersyukur sangat pada hari lahirnya as dapat menyambutnya dengan hati yang tenang dan gembira ..bersyukur pada ALLAH S.W.T..tapi yg ralatnya kami tak sempat nak sambut lagi..ari tuh cadangnya nak sambut birthday kami pada 25hb ari tuh..tapi ada emergency plak kat umah tunang as..so kami terpaksa cancel n yang paling kelakar,kami sambut dlm kereta jer..he..he..kereta lain2..yg bestnya as kasi present n cupcakes kat dia tru window keta jer..he..he..kalau orang tgk..sure orang heran punyer..he..he..mmg tak sempat nak sambut proper punya birthday..dia pun baru balik dari ipoh..sian dia..asyik kerja jer..nak wat mcm ner kan..dah kerja kita..tuk birthday as, jeng..jeng..as dah dapat hp baru..he..he..tq my dear...maklumlah hp as kan rosak, n tetiba jer dpt hp baru plak..makacihhh..he..he..






n dlm masa yg sama..walaupun kami masih belum berkesempatan menyambutnya..apa yg membuatkan as rasa terharu sangat..dia sanggup ambik cuti pada hari lahir as tuk celebrate..tapi oleh kerana ada kekangan dan 'gangguan' ketika itu.plan tuh terbatal..tapi as bersyukur semuanya dah selesai..alhamdulilah..abang, terima kasih..



pada hari lahir kami nih..apa yang as harapkan ialah moga apa yang kami impikan dan harapkan akan tercapai hendaknya..n moga impian kami akan menjadi kenyataan .n moga hubungan kami akan menjadi lebih erat dan bahagia..insyaallah..







sempat makan dlm keta jer sikit..he..he..


-------
abang..selamat hari lahir..
there is no day that i dont love u..

-------


p/s - to kak nuwairani..thanks for the cuppies.. :)








Wednesday, March 25, 2009

kenapa masih ada lagi insan yg busuk hati????

salam...terlebih dahulu as nak panjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana rahmat dari-Nya..alhamdulilah segala masalah yang melanda dah as dapat trace penyebabnya..syukur sesangat dpt tahu awal benda nih..kalau still tak tahu lagi maybe sampai skrg as masih lagi dlm keadaan yg separuh sedar dan tewas..as sendiri pun tak pernah menjangka benda sebegini terjadi dalam hidup as..selalunya as hanya lihat sendiri..tapi kali nih as sendiri yg mengalaminya..mungkin semua yg berlaku dugaan dan ujian dari-Nya untuk as..untuk lebih tabah, dan lebih dekat dengan-Nya dan sentiasa berhati2 dlm kehidupan..tak semua orang menyenangi kita ..so be alert dgn insan sekeliling kita..


dlm dua tiga hari ini, mmg as bukanlah diri as yang sebenarnya..as jadi runsing dan serabut jer kepala nih..airmata jadi peneman hari2 as..as pun tak tahu kenapa as jadi begitu lemah dalam menghadapi dugaan yang melanda..apa2 pun yang berlaku as anggap semua tuh adalah merupakan suntikan bagi as lebih tabah dan kuat..as bersyukur sesangat, semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya..per2 pun as akan jadi lebih kuat dan berhati2 kelak..tapi as heran mengapa masih ada lagi insan yang busuk hati di luar sana??? kenapa tak boleh tgk kebahagiaan orang lain sampai sanggup menggunakan 'ilmu'..heran kan..tapi apa nak diherankan bila syaitan dah menguasai diri dan kewarasan fikiran, org yg cerdik pun akan jadi 'bodoh'.as berdoa agar insan2 ini dibukakan pintu keinsafan dalam diri mereka..dan sedarlah sebelum terlambat..ingatlah, hidup di dunia bukannlah kehidupan yan abadi..tetapi alam akhirat adalah selamanya..
kehidupan as sekarang nih makin gembira apabila yang 'sakit' kembali pulih..hanya pada ALLAH as panjatkan kesyukuran..moga kami akan menjadi lebih gembira dan perhubungan kami akan diberkati oleh-NYa..amin..

Sunday, March 22, 2009

Dugaan

Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Besarnya dugaan-Mu buatku kali ini,
sesungguhnya aku hanyalah insan kerdil yang lemah..
aku takut tewas dengan perasaanku sendiri Ya ALLAH..


Ya ALLAH YA Tuhanku,
Tabahkanlah hatiku dalam menempuh dugaan-Mu ini,
berikanlah aku kekuatan dalam mengharungi segala badai yang melanda,
berikanlah aku semangat untuk meneruskan perjuangan hidupku ini,
tika ini aku semakin lemah dibawa dugaan-Mu Ya ALLAH..


Ya ALLAH YA Tuhanku,
Aku ingin bangkit dari dugaan ini,
Aku ingin sucikan perasaanku ini,
Aku ingin sinarkan kembali rasa bunga di hatiku ini,
Sesungguhnya aku ingin kebahagiaan itu kembali..
KAU kurniakanlah kepadaku YA ALLAH..
sesungguhnya itulah harapanku..



Berikanlah kami petunjuk untuk meleraikan kekusutan ini..
Berikanlah kami kekuatan untuk menghadapi dugaan ini..
Berikanlah kami rasa yang pernah KAU kurniakan kepada kami..
Berikanlah kembali sinar kebahagian dalam diri kami berdua..
Hanya itu yang ku pinta..
Amin..

Friday, March 20, 2009

Sabah - Part 2

Hari ketiga
12 Mac 2009

Event :

#Melawat UMS Labuan

# shooping di pasar malam KK

  • mmg cantik tul ums labuan nih..apa taknya dikelilingi oleh laut..mmg gempak
  • dlm kul 11++am kami pun bertolak balik ke KK..



  • sampai2 jer di KK, kami semua diberi masa tuk shooping di pasar malam KK..he..he..apa lagi..serrrbuuu..he..he..tapi bagi as nih..just belek sikit2 jer..tak bawa ongkos lebih pun..beli serba sedikit tuk family jer..mmg leh rabun mata tgk barang2 yg ada kat pasar malam nih..kebanyakkannya ada mutiara n kristal..mmg besttt sangat tgk..harga pun murah2 gak..pendek kata kalau beli dkt semenanjung nih harga leh jadi 3x ganda!!





  • oleh kerana hotel kami dkt jer ngan pasar malam..so kami decide tuk jalan kaki jer balik hotel..as just beli brosch tuk kak2 as n keronsang tuk abang2..n souveniour tuk family tunang.


  • hotel as mmg bestt..tapi sayangnya luper lak nak snap gambar hotel..apa nama hotel yer..luper lak..rasanya 1city hotel kot..tapi mmg besttt..


  • balik2 hotel jer terus tido..zzzzzzzzzz....sok kena bangun awal lak..nak ke kundasang..

Hari KeEmpat


13 Mac 2009



Event : Melawat Kundasang,Kaki Bukit dan Poring Hot Spring





  • kami kena bergerak dlm kul 6.30am!! jangan terkejut..tak awal pun..kalau dkt semenanjung lebih kurang kul 7.30am..so dah mmg cerah dah pun


  • perjalanan mmg mengambil masa yang lama sesangat..lebih kurang 2 jam kot..kalau tak salah as..kami kena g awal tul tgk puncak gunung kinabalu..kalau g lewat tak akan nampak dah..coz akan dilindungi oleh kabus..


  • jalan tuk ke kaki gunung nih aduhaiii..mmg memeritkan as ler..jalan mcm nak g cameron highland jer..berpusing2..aduhaiii..as nih plak jenis yg tak leh jalan pusing2 mcm nih..punyalah seksa menahan agar tak terkeluar isi perut nih..tapiiiiiii he..he..korang agak2 sendiri lah..he..he..tewas jua akhirnya..


  • sampai kat nabalu dah mmg cantikk sesangatt..nampak gak puncak gunung kinabalu tuh..besttt jer rasa..kami terus melakukan aktivity wajib kami..he..he..berfoto ler..













  • aktiviti di teruskan dan kami ke poring hot spring lak..mmg bestt ler kat sini..dgn muka agak kelat..maklumlah tak sihat..he..he..kami sampai gak kat poring..rendam kaki kat sini mmg besttt..



Thursday, March 19, 2009

Ayam grill madu


Ayam_bakar

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g ayam
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • ( TUMBUK )
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
  2. Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar
  3. Jika menggunakan microwave pastikan suhu 200c n dlm 20-30min.(suhu oven berbeza mengikut jeni
  4. oven, jika oven kecil masa perlu dipanjangkan sikit n jika oven besar, masa sepertiyg diberi)
Kredit : Dari dapur choopy


Tuesday, March 17, 2009

sudah balik bah...

salam...apa kabar kamu di sana bah? sihat kaaa? he..he..udahler tuh..nak ckp bahasa sabah nanti terdialek bahasa indon ler plak..he..he..alhamdulilah,as baru jer balik dari sabah 14hb yg lepas..akhirnya lengkapler negeri borneo dlm catatan perjalanan percutian as..tinggal negeri melaka,kelantan,terengganu n negeri johor jer yg as belum sampai..negeri lain..alhamdulilah dah sampai..



errm..banyak benda yg as nak citer catatan perjalanan as masa kat sana..tapi as ringkaskan lah yer..banyak bebenor..gambar pun as akan upload kemudian..as g sana pun guna kamera member jer..kamera as wat hal plak..aisyeh..trip kali nih adalah usaha sama kami semua kat office nih..memasing otak berjalan jer..he..he..trip kali nih disertai oleh 22orang..sikit je..tapi besttt..geng library hanya ada 12 orang jer..n tambahan yg lain adalah dari ahli keluarga memasing...


--------------------------


CATATAN PERJALANAN
HARI PERTAMA : 10 MARCH 2009 (SELASA)
Alor Star - LCCT,Kuala Lumpur (0835- 0915)

LCCT - Kota Kinabalu (1930 - 2125)

















  • bangun dlm kul 5.30am...he..he..semangat punya pasal..bukannya per..flight kul 8.35am..so mmg kena check in awal kan..as g ngan mak n kak.



  • dlm kul 6.45am,tunang as dtg..dia yg hantar kami semua ke airport..sian dia..terpaksa rush g office plak lepas tuh..macih bangg..





  • sampai airport jer..as n family ler yg paling awal..tunggu diaorang dtg jap..zzz...ngantuk ler plak..check in dululah..tak yah nak usung beg tuh kat mana2..





  • alhamdulilah,semua dah sampai..dlm kul 8.15 semua dah kena masuk ke balai berlepas..n lebih kurang 8++ kami pun bertolak..






  • perjalanan kejap jer..coz kami hanya ke LCCT,Kuala Lumpur jer..dlm 45min jer..dlm kul 9++am kami pun sampai..






  • flight as ke KK seterusnya kul 7.30pm!! tu diaaaaa..maunya bosan tahap maksima melepak kat LCCT tuh..last2, as cari hotel yg dekat2 tuh..kami lepak kat hotel dulu..tido2 dulu..mandi2 dulu..barulah fresh sikit badan nih kan..kiranya okeh gak hotel nih..siap dtg ambik n hantar kita ke airport balik..hotel pun not bad..okeh ler kan.bumiputera punya hotel.






  • dlm kul 6.30pm kami check in utk ke KK,n dlm kul 7.15 kami dah ready tuk bertolak..n sepanjang 2 jam lebey dlm flight tuh..as tidooo Zzzzzzz...he..he..tapi kan..skrg nih Air Asia dah provide num seat..boring aaa as..dah kena duk asing2..kalau dulu free seat..senangg jer..lecehh aaaaa...





  • dlm kul 9.30pm sampai KK..kak pah n van dari ums dah ready ambik kami..alhamdulilah..





  • terus check in hotel kat Hotel 1City Hotel..n lepas tuh zzzzzzzzzz..letih ooooo





HARI KEDUA : 11 MARCH 2009 (RABU)

EVENT : UNIVERSITY MALAYSIA SABAH








  • kat sini subuh dlm kul 5.07am..awal kan..he..he..so tak leh nak wat mcm kat semenanjung..nanti tak pasal2 terlepas solat subuh.






  • dlm kul 6.30am kami pun bertolak ke ums..nasib baik ada bus ums..save cost..he..he..





  • cantik ler ums nih..maklumlah..dikelilingi oleh laut..so mmg cun..tenang jer rasa..







acara wajib..he..he..bergambar lerr..










  • 1st place kami g ialah melawat library ums.mmg besar tul..maklumlah university baru..pastu kami g melawat bangunan canselori..kat sini mmg cantik..luas jer..






  • alhamdulilah..rezeki..ada jamuan makan oleh ums..sedap lak tuh..macihhh..he..he..






  • lepas tuh kami pun bertolak balik ke hotel..nak bersiap2 ke jeti kat menumbuk plak..nak ke labuan..perjalanan dari kota kinabalu ke menumbuk nih lebih kurang 2 jam..adehlerrr..lama bebenor...kami kena naik feri dlm kul 4pm..so mmg kena rush ler ..takut terleps feri..








    kat atas feri..besar tul feri dia..




Sunday, March 08, 2009

merdeka!! besttnyaaaaaaa.....

salam...yeaaaaaaa..merdekaaaaa..jap..nak jerit..ehem..ehem..testing..testing..1,2,3....yeaaaaaaaaaaa.
he..he..tu diaaa..ilang abih keayuan sebagai gadis melayu..he..he..apa taknya ari nih as dah habis dah mid term..best tul ler..ilang seksa n pening pala nih..ari nih jer ada sampai 3 paper sekali..mau nya tak berpinau biji mata nih nak ngadap 3 subjek tuh sekali..web publishing kul 9am-10am..pastu multimedia lak 11am-12pm..pastu software engineering lak 4pm-5pm!!! peninggg ooooo...tapi alhamdulilah skrg nih semua dah berakhir..legaaa jer rasanya..tinggal 2 lagi asgmnt yg tak siap lagi nih..adehhh....



errm..ari nih letih tul as..asyik berulang alik dari uum ke ipda jer..lepas abih exam tengahari tadi as g office dulu..pastu dlm kul 3pm baru g ipda balik..n lepas abih exam,dtg balik office..nak wat mcm ner..dah terpaksa..as kerja malam lak ari nih..kalau ikutkan hati as nak cuti jer..tapi tak leh lak..ada kekangan kerja..so terpaksa ler kan..takperrr...yg penting semua dah selesai..alhamdulilah..so far paper pagi tadi mmg besttt..sukaaa tul as..as leh jawab semua soalan..insyaallah ler kan..as ckp jawab jer..tak tahu ler betul ke idak..he..he..tapi pagi tadi punya paper mmg lepas kuar dari jawab exam tadi..mmg senyum ler...tapiii petang tadi punya paper..software engingeering..adehlerrr...susah aaaa...sneyum gak ler..senyum biol..he..he..kami semua yang ambik subjek tuh ari nih mmg masing2 mcm kuda padi jer muka..he..he..mmg susah aaa software engineering nih..isyh...saborrr jer lah tau...



sekadar hiasan..tidak ada kena mengena dgn apa jua kandang kambing di daerah kubang pasu nih samaada masih hidup ataupun yang sudah dibuat daging kenduri..he..he...

ari nih as kena kerja malam ler plak..letih ler rasanya..apa taknya..mandi sekali jer ari nih..opsss...asyehh..terbocor rahsia ler plak..he..he..syhhh..jgn bgtau sesiapa tau..asyik sembur minyak wangi jer nih dari tadi..he..he..takperrr..yg penting totapppp control ayu..he..he...poyos tul ler...isyh..tak sabarnya as nak g sabah..lagi sehari lagi nak g nih..mcm tak caya jer kan..cepat tul masa berlalu..oklah..nanti per2 pun as update lain..nak tgk tom n jery jap..he..he..k adios..

Monday, March 02, 2009

sempat lagi...

salam...arigatooo..he..he..ari nih dah kurang sikit tekanan as..dah rilekss sikit..per taknya asgmnt dah nak sampai ke garisan penamat dah..2 asgmnt dah hampir selesai..n satu lagi tuh alamakk..yg tuh kurengg sikit..he..he..takw at pun lagi..baru wat dlm 5 page..pastu terus blank..dari terus blank, baik as wat asgmnt lain dulu..pastu baru ler concentrate asgmnt tuh kan..takder ler blank terus..skrg nih pun as study sikit2 utk mid term nanti..per taknya..dlm sehari as exam 3 paper sekali!! aduhaiii tak ker pusing pala as tuh nanti..naik pinau mata nih haaa..serabutt jer kepala..kerja kat office pun banyak n terbengkalai jer..sorry bos..nti saya siapkan kerja yer..he..he..kalau boleh sebelum g sabah as nak settle kan semua kerja..n nak g sabah tuh nanti nak bersuka ria jer..he..he..




Dalam sibuk2 wat asgmnt tuh sempatt lagi as g tgk wayang..he..he..member dah ajak ari tuh..so tuk release tension, apa salahnya g kan..(alasan tuh..he..he..)member ajak g tgk Geng..alah citer upin n ipin tuh..yg as citer sblum nih..apa lagi..as pun g ler..lagipun mmg nak tgk pun kan..as suh member beli tiket..n kami tgk kul 4.30pm..so ptg tuh lepas wat asgmnt serba sikit..dlm kul 4pm baru as kuar umah..sampai2 jer kat sana..tensionnnya..punyalah ramai orang sampai nak cari tempat parking pun sampai dua tiga kali kena pusing..aduhaiii dah ler kita kejar masa..takut wayang dah start..last2 kena parking jauh ler plak keta..takper..yg penting ada gak parking kan..so mmg rush ler as..sampai2 kat panggung pun dah kul 4.30pm..member dah tunggu dah pun..nasib baik tak start lagi..tapi mmg orang dah masuk dah ler..panggung kali nih kecik tul ler..mmg betul kata pengarah filem nih, bila dah sampai nak penghujung taukeh panggung nih akan kecilkan waktu siaran n kapasiti..dari panggung yang besar dah jadi kecil dah..dia tak tgk ker full house?? mmg ramaii giler ..n pack ler panggung..kebanyakkan family yg bawa anak2 diaorang..apa komen as?? nih komen as..












* jalan citer yg baik..n boleh wat kita menangis, ketawa n cuba berada di dalam animasi tuh


* mmg kelakar giler..even watak yg kecil2 pun boleh wat orang ketawa..as suka tul watak angsa tuh..mmg kelakar..watak2 yg besar tuh tak yah citer ler..mmg bestt


* animasi yang cantik


* lagu yang best


* dioalog yang melucukan


* watak opet tuh rasanya mcm cakap bahasa jepun jer..he..he..


* tak tahu nak komen per lagi..tapi mmg besttt ler..




mmg best sangat citer nih..apa taknya, bila dah tulis tamat tuh semua orang bangun nak kuar panggung..pastu tetiba ada lagi plak sambungan dia..yg kelakar tuh semua orang duduk balik..he..he..kalau citer nih tak best..tak der maknyernya nak duduk balik..so korang leh imagine sendiri ler kan..mmg besttt citer nih..rugi tak tengok...




as kasi 5 bintang tuk filem nih..mmg membanggakan negara tul ler..syabas ..syabas...n as bangga bila semua yang terlibat dalam filem nih terdiri daripada anak2 melayu yang betul2 berbakat..muda2 lagi..n tak kurang juga penglibatan cina dan india..menunjukkan betapa erat perhubungan antara kita dalam satu negara...