salam...aloohaaa...sure heran kan pesal tajuk mcm tuh..he..he..nak citer sikit nih..ari tuh lepas as balik kerja..rasanya ari sabtu lepas kot..cdgnya nak g beli mee rebus tempat fav as ler..ngan berkebaya n control ayu ari tuh as pun parking ler keta depan gerai mee tuh..n dgn confidenya terus kuar n tetiba kebabommm..kain as tersangkut dkt side kerusi as tuh..per lagi..terjatuh ler kat jalan tuh..ngan kain still stuck kat situ lagi..leh korang bayangkan tak? he..he..tapi kain tak tanggal yer..jgn fikir bukan2 plak..kalau kain tanggal harus as pindah negeri terus..maluuu..he..he..lepas2 jatuh tuh..as tahu orang kat gerai tuh mmg nampak tapi dioarang pun wat tak tahu jer..sure tanak kasi as malu..n dgn tebal muka lebih kurang 4 inci tuh..as terus g order mee..aduhaii..masa tuh malu tak yah citer ler..mmg malu siot..he..he..hasil dari jatuh tuh..tangan n lutut as luka..aduhaiiii..luka tuh tak kisah sangat..tapi yg maluu tuh ler yg palinggg as kisah..tobat ler..sebulan as tanak singgah kedai tuh lagi..he..he..malu tul tau..bukan jer malu..sakit pun dapat gak..he..he..
------
marin as ngan tunang kami g wat hiv test tuk borang kawin kami ..memasing kecut perut gak ler..fikir dioarang wat mcm ner ler test tuh kan..maklumlah kami nih masing2 'berani' ..he..he..oleh kerana waktu operasi dia 2.30pm-4.30pm..kami kena kuar waktu office gak ler..tapi kena isi borang kuar pejabat dulu ler..ikut jer time tuh kami terus g klinik..tgk keadaan klinik pun sian tul..bawah khemah jer..maklumlah klinik kami tuh terbakar, so hasilnya untuk sementara waktu kena duk bawah khemah ler..masih ada lagi bangunan..tapi just tuk bilik pemeriksaan n bilik2 penting yg lain..
--------------
lepas isi2 borang jer kami terus dibawa ke bilik tuk check darah..nasib baik time tuh tak ramai orang..so kami berdua jer lah..lepas akak nurse tuh bercerita itu ini maka proses tuh pun dimulakan..tapi as yg wat dulu amik darah tuh..tadi masa register awal2 lagi tunang as daftar nama dia..tapiii bila masuk bilik tuh jer..tetiba lak dia suh as dulu..he..he..takut ler tuh..dia wat tuh sikit jer ..just cucuk kat jari jer n ambik sikit darah n letak kat alat test hiv tuh..kalau line dkt alat tuh g dkt 'T" alamatntya..kena risau ler..kalau g dkt "c' tak yah risau..normal..he..he..alhamdulilah kami normal..he..he..tapi yg kelakrnya masa time tunang as wat tuh..tetiba dia plak yg gigil tangan2 tuh..he..he..itulah tadi gelakkan orang..he..he..takut juga dia rupanya.rileks ler bang, sikit jer..he..he..as ada snap gambar masa proses tuh..tunggu yer..nanti as upload..skrg nih tak sempat lagi nak upload..he..he..
-----------
JUST FOR FUN
ada orang kasi artikel nih pada as dlm emel ..mmg menarik..ada mesej yang ingin disampaikan.happy view..
Biler Suami Jadik Isteri
Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~
Mat berdoa,”Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah”
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.
Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit sajalagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe…Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur……. tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,”Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja”
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,”Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….”
Whatttt???… 9 bulan 10 hari???…..Beranaaak???…….Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk…!!!
~~~~~
“Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??”
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,”Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???
“Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni…..”
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh… Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya………
Moral cerita :Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda..
1 comment:
time jatuh tu kalau leh rakan n buat tontonan umum mesti best kan2...he..he..he jgn marah, k.jat simpati tp gelak x dapat ditahan
Post a Comment