Minggu ni adalah minggu yang mengembirakan plus minggu yang membingungkan..ha..ha..per2 pun disini as nak kongsi beberapa tips untuk kengkawan yang bercadang untuk membeli rumah pertama.As tahu,ramai kengkawan yang dah berkira2 tuk beli rumah..maklumlah memandangkan gaji dah naik so masa ni ler kita perlu ambik peluang yang ada.Apa taknya, harga rumah berdasarkan harga tanah..dan cuba korang tanya semula kawan2 korang yg dah ada rumah..berapa harga pasaran masa tu? n kalau dikira semula, harga tanah yg sama tu melambung berganda2..perghh..itulah pelaburan namanya..
Tips Membeli Rumah Pertama
1) Beli rumah ikut kemampuan anda… anda tahu kan brapa pendapatan bulanan anda.. dan berapa belanja yang anda perlu keluarkan sebulan kan? Jadi anda tolak dengan semua tu.. Then tengok balance yang ada… melalui balance yang ada ni, anda boleh portion sendiri brapa anggaran bayaran bulanan yang anda mampu bayar.. supaya tidak terbeban dengan kos hidup yang tinggi setiap bulan.. Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta dan lain-lain bayaran tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah.
2) Sekiranya anda ingin beli rumah, tentukan dahulu sama ada anda ingin beli untuk menjual balik ataupun beli untuk duduk sendiri.. Sekiranya anda ingin beli untuk jual balik, pastikan anda kaji dulu facilities yang ada berdekatan.. banyak atau kurang.. jarak rumah dengan jalan besar.. jauh atau dekat… dan yang penting sekali, anda perlu tanya dari orang yang berpengalaman dalam bidang hartanah ni.. jangkaan harga rumah akan naik atau turun dalam stahun dua ke hadapan.. ini sangat penting… Anda jangan ingat semua rumah akan naik harga tau… Ada juga rumah yang akan turun harganya… itu yang anda kena tahu…
3) Sekiranya anda ingin beli rumah yang sedang dalam pembinaan, atau belum dibina lagi, pastikan anda kaji dulu siapakah developer dia.. Trusted atau tidak… kalau jenis developer yang baru atau pun yang banyak masalah, cuba elakkan… risiko anda sangat2lah tinggi… jadi, better buat kajian betul2 dulu…
4) Sekiranya anda ingin beli rumah untuk duduk sendiri, pastikan anda pilih yang betul-betul selesa untuk anda tinggal dengan famili anda… Jarak rumah ke tempat kerja juga penting… tengok dulu kawasan jalan jem atau tidak.. kedai runcit ada berdekatan atau tidak… ini semua mempengaruhi keselesaan anda nanti…
5) Anda juga perlu lihat majoriti komuniti yang tinggal di kawasan itu… anda kena kaji kawasan tu ramai cina ke.. india ke.. melayu ke… Sekiranya kawasan perumahan tu ramai warga asing, jadi ianya tidak sesuai untuk dijadikan rumah anda sendiri.. sudah tentu mengancam ketenteraman anak-anak anda nanti… Sekiranya rumah tu kawasan sekolah ataupun universiti, anda boleh sewakan rumah tersebut kepada pelajar sekolah ataupun pelajar universiti.. Sudah pasti ada penyewanya nanti…
6) Kalau nak beli rumah yang dah siap ataupun yang telahpun dipakai sebelum ni, pastikan anda semak betul2 semua kelengkapan dalam rumah tersebut.. dari segi letrik, air, lantai, toilet, dinding dan lain-lain… ini untuk mengelakkan anda perlu keluarkan kos yang tinggi pula untuk repair nanti… Senang juga untuk anda estimate brapa kos yang perlu dikeluarkan untuk repair semua tu supaya senang untuk anda nego dengan tuan rumah nanti…
7) Cuba korang borak2 dengan rumah2 jiran sebelah rumah yang korang akan beli tu… tanya-tanya dia macamana keadaan area situ.. ok ke tak… selalu ada kecurian ke tak.. ataupun ada banjir atau sebagainya lah… mungkin dari borak2 tu, korang akan dapat input-input yang bagus mengenai rumah yang bakal anda beli..
Info ni dibawakan khas kepada anda olehhhh : Blog Hafizizain