-->

MY FOLLOWER

Pages

Tuesday, April 24, 2012

Apa citer tentang PTPTN?

wah..mmg isu panas skrg ni..tak lain tak buka adalah merupakan isu PTPTN.tapi kan, percaya atau tidak berapa ramai antara kita yang mengetahui sebenar2 nya ttg fungsi dan apakah PTPTN itu? dan bagi mereka yang terbabit menyokong penghapusan PTPTN ini, apakah yang ingin diperjuangkan?? Pendidikan percuma? ok, fine..sapa yang tak nak percuma kan, kalau dulu2 masa zaman sekolah(rasanya skrg pun ada) Lori Milo datang ke sekolah n kita diberi minum MILO percuma..berebut2 kita masa tu, bahkan siap bertambah2 lagi..percuma katakannn..kalau kat umah kenduri plak, dah ler kenyang perut makan kat umah kenduri, pastu siap minta plastik untuk ditapau pulang! aduhhh..mmg sikap manusia sukakan percuma..kalau tanya saya, mmg saya pun sukakan percuma..tapi kita kenalah juga gunakan 'otak' untuk fikir yang mana sesuai atau tidak ..bukannya main hentam kromoo jerr..


Apa itu PTPTN ? 

  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Ditubuhkan pada Nov 1997
  • Matlamat - Membantu pelajar tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT)
  • Terdapat 3 Tahap 
                        a) Pelajar Keluarga Berpendapatan RM 4,000 sebulan
                            - Layak menerima pembiayaan penuh iaitu kos sara hidup dan pengajian

                        b) Pelajar Keluarga Berpendapatan RM4,001 - RM5,000
                           - Layak menerima separuh pinjaman

                       c) Pelajar Keluarga Berpendapatan RM5,001>
                          - Layak menerima pinjaman yuran pengajian sahaja.

  • Mempunyai dua bisnes teras utama iaitu memberima pinjaman dan mengalakkan rakyat menabung melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) .Ianya bertujuan untuk mengalakkan rakyat menabung dan mengurangkan beban membiayai pinjaman pendidikan.
  • Kadar asal faedah ialah 5% sebelum diturunkan kepada 1% sahaja dan ianya adalah merupakan Ujrah(Kos Pentadbiran) . 4% adalah ditanggung oleh KERAJAAN.Sehingga 29 Februari 2012, 561,120 (67.1%) peminjam layak sudah mengemaskini maklumat pertukaran dan bakinya 275,288 orang belum melakukannya.
  • Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) sebanyak RM1,500 diberikan kepada pelajar yang layak untuk membuat persiapan memasuki IPT.Wang tersebut akan ditolak selepas mendapat keseluruhan pinjaman.

 JOM LIHAT ANGKA-ANGKA INI!
  • Sehingga 29 Februari 2012, jumlah bayaran balik diterima hanyalah sebanyak  RM3.11 billion daripada 753,913 peminjam sedangkan bayaran yang sepatutnya diterima adalah RM6.72billion dari 1.05 juta peminjam!
  •  PTPTN meluluskan penanguhan pembayaran balik kepada 34,451 peminjam berjumlah RM1,06 billion atas sebab-sebab yang dibenarkan.
  • 263,078 peminjam menghilangkan diri dan tidak memberi maklum balas selepas tamat pengajian dengan jumlah pinjaman sebanyak RM1.47 bilion! (Anda kategori ini kerrr?, rasanya tak kott kannn...)
  • Peminjam mempunyai tempoh 18 bulan dengan tiga kali peringatan untuk membuat bayaran balik pinjaman dan selepas tamat tempoh, surat peringatan Undang-Undang akan dihantar.Antara tindakan yang dilakukan ialah saman dan juga senarai hitam di Jabatan Imigresen yakni,tidak boleh keluar negara.Senaraihitam ini TIDAK termasuk urusan pinjaman KEWANGAN!!
  •  
     TAHUKAH ANDA?
  • Menurut kajian , 75% daripada peminjam menggunakan duit PTPTN untuk membeli barangan peribadi yang tidak ada kena mengena dengan pengajian seperti - gadjet-gadjet,  alat solek, Pakaian berjenama,berhibur dan sebagainya.
  • Peminjam menganggap membayar  balik pinjaman sebanyak RM150 sebulan adalah membebankan sedangkan sanggup membayar RM600 sebulan untuk bulanan kereta ataupun RM130 sebulan langganan internet.(brodband
  • Peminjam yang enggan membayar balik pinjaman sebahagian besar adalah terdiri dari mereka yang bergaji melebihi RM2,000 dan menjawat jawatan tinggi!!
  • Peminjam yang mendapat kelulusan cemerlang dan berada dalam gred Kelas Pertama akan ditukarkan status 'PINJAMAN' kepada 'BIASISWA'.
  • Jika PTPTN dihapuskan dan pendidikan PERCUMA diperkenalkan, mutu dan gred pengajian juga menjadi 'murah' apabila biasiswa tidak lagi menjadi buruan pelajar..so cemerlang dan tidak cemerlang sama jer, dapat yuran free!! kalau skrg ni, ramai pelajar cemerlang ditawarkan biasiswa utk menyambung pengajian dan juga pelajar akan berusaha dgn lebih gigih untuk menukarkan status 'pinjaman' kepada 'biasiswa' jika menjadi pelajar yang cemerlang.Dengan itu mutu dan gred pelajar akan meningkat!!
  • Hanya berapa peratus sahaja peserta demonstrasi di Dataran Merdeka adalah MAHASISWA kerana kebanyakkannya adalah PENGANGGUR!!
  • MAHASISWA yang membuat bantahan utk menghapuskan PTPTN di Dataran Merdeka sebenarnya kurang @ TIDAK mengetahui apakah hala tuju perjuangan mereka dan ditanya : Jika PTPTN dihapuskan, dan pendidikan percuma diberi, siapakah akan menanggung kos sara hidup pelajar cth makan, membeli buku, photostat nota dan sebagainya? Jawapan mereka : "Kami hanya memperjuangkan utk memansuhkan PTPTN  dan memperjuangankan pendidikan percuma terlebih dahulu, fasa seterusnya masih belum dibincangkan lagi!!"   
Nak tahu apa jawapan saya : "kalau dah semua mansuh dan pendidikan percuma, sumber kewangan utk makan pakai, soping , beli buku dan sebagainya akan timbal balik kepada ibu bapa ler!! kalau ibu bapa kaya ok ler, kalau ibu bapa kurang mampu,camnerrr tuhhh???,so mahasiswa yang CERDIK, sendiri mau ingat lerrr...!!!"

3 comments:

::abahsofea:: said...

jalan terbaik mansuhkan CAJ PENTADBIRAN BULANAN dan yang lebih baik mansuhkan juga KOS 1% @ 4%..buat macam MARA, pinjam 20k, bayaq 20k, tak mampu bayar rm200, bayaq rm50..sikit2 lama2 habih jugak..dari nak tunggu bayaq RM200 tapi setahun sekali..

komen seterusnya kat http://abahsofea.blogspot.com

Sekian. Hehe

gadisworld said...

abah sofea, kalau hapuskan caj 1% tu pun tak boleh juga, sbb yg tu merupakan caj pentadbiran n melalui caj itulah gaji dibayar dan kos operasi..sian plak ngan sedara2 kita yg kerja ngan caw PTPTN..

("," )))))))))))))))))))))) said...

Kalau tak silap, caj 1% tu adalah profit margin..manakala caj pentadbiran yang dikenakan tiap2 bulan RM38.60 tu..apa pun hutang wajib dibayar, hatta pada orang kafir sekali pun..wallahua'lam