-->

MY FOLLOWER

Pages

Tuesday, August 30, 2005



MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA !!!

apa erti merdeka ? bebas dari penjajah ? dapat mentadbir sendiri tanah air kita ? bebas bergerak ? apa jua tafsiran kita sesungguhnya 31 ogos 1957 adalah merupakan tarikah keramat yang harus kita ingati.bukan untuk 2 tahun. bukan untuk 10 tahun..tapi perlu dingati seumur hidup kita. ingatkan pada anak-anak kecil, ingatkan pada kawna-kawan, ingatkan pada jiran-jiran,ingatkan pada semua..apa itu merdeka.. merdeka bukannya berkumpul di dataran menanti saat 12 tgh malam, bukannya berkumpul untuk melihat konsert,..tidak salah untuk melihat konsert@hiburan tetapi perlulah berpada-pada, bukannya bersedia untuk 'race' haram,bukannya merdekakan diri dari kongkongan ibu bapa, dan yang penting..bukannya MERDEKA DARI AJARAN AGAMA ISLAM.. apa tafsiran kita ttg merdeka? hanya kita yang boleh membawa merdeka itu ke dalam diri agar kita tidak leka dgn apa yang kita ada.
Ya ..kita sudah merdeka..sudah bebas..kita berada di negara yang berdaulat, negara yang maju,aman damai.perlu apa lagi kita risau..perlu apa lagi kita fikir..buat saja apa yang kita nak buat..kita sudah merdeka!!! ..kalau inilah fikiran kita,x mustahil negara kita akan musnah..x percaya..percayalah..hanya kita yang mampu membawa negara kita terus ke puncak jaya. janganlah kita leka dan tidak berusaha.sedikit kesilapan, maka musnahlah negara kita.. adakah kita sudah merdeka? sayang seribu kali sayang..ramai di antara kita tertunggu-tunggu 31 ogos tetapi bukannya untuk bersyukur kemerdekaan negara..tetapi menunggu konsert nyanyian, menunggu tayangan filem, menunggu untuk hiburan.apa yang lebih menyediahkan apabila as ada menonton satu rancangan 'remaja' dan topik yang diutarakan ialah kemerdekaan.sedihnya ada diantara remaja kita (mungkin dewasa pun mcm tu juga) tidak tahu tahun kemerdekaan negara kita. hanya sekadar mengetahui 31 ogos..tahun ??? sedih melihat anak2 remaja yang bakal memimpin negara kita menjadi sebegini. kalau ditanya berapa tahun merdeka apatah lagi..adakah selama 48 tahun kita merdeka ini remaja ini sudah merdeka.. Ya, kebanyakkan dari mereka sudah merdeka..merdeka dari pemikiran, merdeka dgn sosialnya, merdeka dgn pakaiannya..dan menyedihkan agamanya.. apa jua anutan agama..semuanya inginkan sesutu yang bersih dan suci..apatah lagi agma kita ISLAM. apa yang dapat kita lihat dengan rakyat malaysia kini ? bukan sahaja remaja tapi semua golongan ..adakah mereka sudah merdeka ??? bagi as..kita belum merdeka dari 'jajahan'.jajahan yang secara halus makin menebal dan adakah kita akan terus dijajah ? jajahan dari fesyen, sikap dan pelbagai lagi..mengapa kita ingin dijajah?? ubahah pemikiran kita, ubahlah cara kita berfesyen, ubahlah cara kita bersosial.,TETAPKAN IMAN DAN ISLAM..jgn biarkan kita dijajah lagi..sesungguhnya andai kita dijajah,adakah kita berpeluang merdeka lagi?? fikirkanlah...



ALBUM MAWI PECAH REKOD ?



KERATAN AKHBAR DARI HARIAN METRO

30 OGOS 2005

www.hmetro.com.my

No comments: