-->

MY FOLLOWER

Pages

Thursday, October 20, 2005

Hilang..

so sorry dah lama as x update post baru kat sini.Bukannya apa bz sikit dua ,tiga ari ni.lagipun blog as ni ada problem.as dah update dah cerita baru sebenarnnya tetiba pc kat office ada problem lak.server asyik down jer..bila server dah ok,blog ni plak buat hal,abis semua yg as post hilang.pagi ni tetiba jer dikejutkan dengan pemergian allahyarhamah datin seri endon mahmud..mmg terkejut.x sangka sangat.apa nak buat..semua tu ketentuan dari Allah S.W.T..apa yg kita boleh buat banyakkan doa..so as kehilangan 2 perkara sekali..
mawi gemparkan muzik@ria
18hb yg lepas mawi telah menganas ..tolong...tolong...mawi telah mengeletek usus ku ini.ha..ha..ha.sebenarnya pada hari tu mawi telah diundang ke muzik @ ria bersama hani dan beberapa penononton yg bertuah.kalaulah as ada kat area k.l dah lama dah as ikut sekali.dengan baju melayu johor colour purple mawi mmg cute..ewahh..dah betul ka..isyk..isykk..nanti dituduh fanatik plak :D ramai gak ler penonton kat studio hany yg comel tu.sebelum muzik @ ria mula,as pun terpaksa ler tgk dulu Beat Tv.
sebelum ni jarang sikit tgk bukannya apa,x berapa sesuai dgn jiwa as.ceewahh.tapi mlm tu mmg bertuah aaa..dahler beat tv ari tu okler juga,maybe sebab bulan ramadan kott..n yg bestnyer ada disiarkan majlis berbuka puasa astro.x ketinggalan bintang af sekali.rosma and khai pun ada..dah lama x tengok rosma.cute pula dia skrg ni.seperti biasa ngan khai ler..ehem.ehem..bila lagi khai?
pada majlis berbuka puasa tu diazankan oleh mawi.Ya Allah..syahdu betul dgr sore mawi azan.maklumlah org dah ada pengalaman.bertuah rasanya as dapat dgr.jarang kita dapat artis dua alam ni kat m'sia.kalau ada pun artis2 dulu..artis sekarang ? boleh kira ..
okey berbalik kat studio hany wachaaa tu..mawi mmg kelakar habis.sepanjang rakaman tu as ngan family asyik bergelak jerr..isykk.budak world ni leh jadi pelawak juga ler..sempoii jer dia.ada diselitkan segeman sketsa dgn penonton.yg tu mmg kelakar abis.terserlah 'kelawakkan mawi tu'.ha..ha..ha..eh..he..he..he..(gelak sopan).x puas tgk kejap jer,w'pun sejam rasa sekejappp jer..
mawi ketika di muzik@ ria bersama hanyy..dgr kata hany pun dah ilang akal selama 5 saat bersama mawi..isyk..mawi..apa kau dah buat :D.penonton kat studio pun sama..
Mawi Raja Duta ?
apa tu? pelik jer dengornya..sajer jer.kasi up sikit cerita as kali ni.sebelum tu congrats mawi coz kini dah jadi duta Canon.wow..canon tu..international brand.bukan calang2 org leh jadi duta ni.lebih2 pula duta produk international.murahh rezeki yer mawi.
menurut Maestro,kini ada 6 lagi produk @ syarikat sedang menunggu mawi dan nakkan mawi menjadi duta mereka.antaranya kereta,makanan dan pelbagai lagi.apa yg as dapat tahu,mawi juga dah menjadi duta bagi EON dan juga mee segera MAMEE..senang d masak sdap d makan :D
Marhaban di Astro
Pada 9 oktober yg lalu mawi dan beberapa artis terlibat dalam program marhaban yang di dianjurkan oleh Astro.Antara artis yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah seperti keluraga akademi fantasia iaitu mawi,zahid,kaer dan juga azizi.serta beberapa artis lain seperti kumpulan firdaus,zainal alam kadir,mirwana dan beberapa org lain lagi.terdapat beberapa lokasi yg terlibat antaranya di alamanda putrajaya,johor bharu dan pelbagai tempat lagi..(ayat skema tu..bukannya apa terlupa daaa kat ner).so as postkan gambar2 mawi masa kat sana.thanks kepada kawan2 di cari.com yg post gambar ni.makasihh yerrr..
antara aksi-aksi mawi bersama abg ngahnyer(zahidler,abglong kan vince :D ) di marhaban at astro di alamanda putrajaya(kalau x salah ler)
p/s- terima kasih kepada rakan mawifc.com kerana kasi as pinjam gambar2 kat sini..cayanggg korang.
kredit tuk www.mawifc.com

No comments: