-->

MY FOLLOWER

Pages

Monday, October 17, 2005

TAZKIRAH RAMADAN

DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH
Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama;sementaraamal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada harikiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadratAllahswt. memohon sesuatu keinginan bagi manusia yang berpuasa di bulanRamadhan.
Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?.Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yangberpuasa dibulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahanlainiaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yangberdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan naik BORAQ sebagai kapal terbang.Ramadhan masih tegak tidak berganjak.
Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu yaRamadhan?"Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempat kanbersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.
MORAL & IKTIBAR
Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya samaada didalam kubur atau di akhirat kelak Fadhilat Ramadhan amat banyak tidakterbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had.-Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalanyangterpuji-Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allahteristimewadalam Lailatul-Qadar-Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga FirdausMereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan matakepalabersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.-Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betulsepanjangRamadhan ini.

No comments: