-->

MY FOLLOWER

Pages

Monday, September 26, 2005

mawi dan bintang af3 gamatkan Brunei

pada 23 september lepas bintang2 af3 selamat sampai di Brunei. rasanya ini mmg perkara yg wajib untuk setiap bintang af3 untuk membuat persembahan di brunei.baguslah mcm tu..mengeratkan lagi hubungan dan kemesraan antara dua buah negara. Sebenarnya as rasa x perlulah as cerita lebih2 lagi..sbb rasanya korang dah pun baca kat mana2 website kan..sorry ler sangat..bz yg teramat2 ler sangat x nyempat nak update.so korang baca ajerlah yer :)


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Dewan Amphitheatre Jerudong Park digegarkan lagi semalam dengan kehadiran bintang-bintang Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dengan persembahan mantap setiap bintang.Konsert yang bermula pukul 8.30 malam itu dimulakan dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh artis tempatan yang juga bintang tempatan yang digilap melalui pertandingan Suara Bintang Keputeraan 2005.Artis tempatan, Has, memulakan konsert dengan persembahan mantap melalui nyanyian Jalinan Cinta yang kemudiannya diikuti dengan Yura yang mempersembahkan suara yang cukup lantang dengan lagu Sabar Menanti.Rina dengan lagu Teringin juga berjaya memukau peminat yang hadir dan seterusnya Aming dengan gaya tersendiri memberikan persembahan bertenaga yang berjaya menghangat dan menggegarkan dewan berkenaan.Suasana menjadi lebih meriah apabila semua bintang AF3 tampil dengan persembahan memukau dengan nyanyian Bermula Di sini dan seterusnya menampilkan pengacara yang terkenal dalam bidang lakonan, Ogy Ahmad Daud.Walaupun Ogy hadir menggantikan tempat pengacara asal konsert AF3 iaitu Aznil Haji Nawawi, namun beliau berjaya menghidupkan suasana dengan kehebatannya berkomunikasi dengan para peminat yang hadir.Konsert itu seterusnya dimulakan dengan persembahan individu bintang Akademi Fantasia yang dimulakan dengan Ekin yang membawakan lagu Lets get loud dengan mantap walaupun Ekin kurang sihat.
Persembahan individu bintang-bintang Akademi Fantasia diteruskan lagi sehingga akhirnya menampilkan bintang yang diminati ramai iaitu Juara AF3, Mawi World.Mawi mendendangkan dua buah lagu individu iaitu Gadis Melayu dan Aduhai Saleha yang menyebabkan suasana dewan menjadi lebih riuh dengan teriakan para gadis Brunei setelah Mawi menggubah lirik lagu menjadi "Siapa bilang gadis Brunei tak menawan...?'Selain lagu individu, lagu secara berkumpulan juga turut menyerikan lagi konsert berkenaan termasuk nyanyian lagu Hindi yang cukup memukau dengan tarian daripada bintang Akademi Fantasia terutama Amylea yang memainkan peranan penting dengan tarian solo sebelum lagu itu berakhir.Lagu medley Grease juga tidak kurang hebatnya yang mana semua bintang Akademi Fantasia dapat membawakan para peminat balik ke zaman lagu itu dipopularkan.Konsert semalam diakhiri dengan persembahan "wajib" iaitu lagu tema Akademi Fantasia Menuju Puncak oleh semua bintang Akademi Fantasia yang terdiri dari Mawi, Felix, Amylea, Marsha, Yazer, Kefli, Akma, Ekin, Idayu, Aidil, Fuad, Reza, Eliza dan Amy.Konsert Akademi Fantasia 3 Live in Brunei secara keseluruhannya memang berjaya menggegarkan dewan Jerudong Park Amphitheatre dengan persembahan yang memuaskan daripada semua bintang Akademi Fantasia.Konsert berkenaan ternyata memberikan kepuasan kepada semua peminat tempatan sekali gus memberi mereka peluang untuk melepaskan rindu kepada bintang pujaan mereka, sambil menyaksikan sendiri kehebatan bakat penyanyi yang digilap melalui rancangan yang disukai ramai, Akademi Fantasia.

GAMBAR AKAN D UPLOAD KEMUDIAN

1 comment:

Anonymous said...

An invitation to the future
We're having a party, hope you can come. If you are interested in blogging, journalism or any combination of the two, then the ConvergeSouth conference at N.C. A&T on Oct.
Hi, I was just blog surfing and found you! You might find mine of interest, go see my work from home related site. It isnt anything special but you may still find something of interest.