-->

MY FOLLOWER

Pages

Thursday, December 28, 2006

UP..UP..POWERTEAM!!

UP..UP..POWERTEAM!!.yeahaaa....he..he...
Assalamualaikum..he..he..apa lak yang powerteam tuh kan.Sebenarnya pada minggu lepas n minggu nih office as ada mengadakan Karnival Sukan PSB..Sukan office..ada pelbagai acara seperti congkak.dam,karom,badminton,bowling,dan juga bola tampar..mmg meriahhh sesangatt.Hari ini merupakan acara penutup untuk karnival sukan nih.Sebelum tuh still ada lagi dua acara yang perlu diselesaikan iaitu Jungle Tracking berpasukan dan juga bola tampar.Mmg havoc giler...mmg besttt sesangat walaupun penat.
Acara tadi berlaangsung pada jam 8.00am untuk acara jungle tracking...masing2 bersiap sedia dengan t-shirt dan topi pasukan masing2..dan as rasa pasukan as ler pakaian yang paling cantik sekali..he..he..angkat bakull tuhhh..pasukan as merupakan pasukan pertama berlepas...mula2 tuh..okeh ler kan..jalan mendatar jer..tapi lepas tuh..lama kelamaan aduhaiii..makin tinggi pula nak mendaki bukit..adehler..penat sesangat..semput jer rasa.maklumlah dah lama tak exercise..mcm tuh ler jadinya.
Lepas jer acara jungle tracking terus diadakan acara bola tampar..fuh..sakit sore as..maklumlah i can pop-pom girl..har..har..har (gelak ala2 afdlin shauki dlm Diva popular) at least menang gak ler group as..lawan 3 game..tewas 1 game jer..oklah tuh kan..he..he..pada as karnival sukan mcm nih mmg bagus dlm mengeratkan persahabatan dan perhubungan antara staf sokongan dan juga pegawai atasan..tak ler ada jurang kan..okler gak..besttt..apa yg as tgk game ari tuh mmg mencapai matlamatnya..syabas sekali lagi..ada banyak gambar yg ada,,tapi nnati as paste gambar tuh kat sinin yer..
so..adios..amigos..bye...wasalam...

Thursday, December 21, 2006

Lembap..

Banjir oh Banjir...
================
assalamualaikum semua...sejuknya ari nih...bzzzzz...bukannya apa..sejak dari semalam lagi..hujan turun tak henti2..lepas subuh barulah dah stop..kuasa ALLAH semua tuh..ari nih pun nampak mendung semacam jer..nak hujan lagi kot..kalau diikutkan laporan cuaca ari tuh..hujan lebat nih akan berlarutan sehingga MAC tahun depan..tapi tak tahulah mcm mana kan..semua tuh ketentuan ALLAH..kita ikut jer..tapi alhamdulilah..walaupun hujan lebat di area as nih masih lagi belum banjir..selalunya kalau bulan Nov hingga Dis jer mmg kita tak akan melancong ke Kelantan punyer..sebab hampir setiap tahun diaorang akan dilanda banjir besar ataupun bahasa utara 'BAH'.tapi apa yg peliknya kali ini,bukannya Kelantan yg banjir..tetapi negeri2 di Selatan Tanah Air iaitu di Johor,Melaka dan juga Negeri Sembilan..Yang paling kritikal adalah di Johor..mmg kritikal..sekarang nih hampir 26,704 orang penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir..diaorang ckp..banjir di Johor nih mmg tak pernah jadi..selalunya banjir kecil2 jer tapi kali ini..mmg dasyat..jangan persoalkan kenapa..kerana telah ketentuan...betul tak?


keratan akhbar dari Berita Harian 21 Disember 2006

-------------



ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2006 KEMBALI!!!

=======================






Jeng..jeng..jeng...ia kembali lagi...anugerah yang unggul abad ini telah kembali(baik punya bodek..he..he..)kalau dulu mawi berjaya menewaskan ct untuk dinobatkan Bintang Paling Popular..bagaimana kali ini?? dengan pelbagai kontroversi melanda mawi..dan pelbagai dugaan..adakah mawi berjaya mengekalkan takhta nya??? hanya anda yg menjadi penentu segalanya..ceewah..cam iklan lak..he..he..pada anda yang meminati mawi..ayuh..lupakan segala kontroversi..tingkatkan undi!!kita gempur sekali lagi..ayuhhhh!!

GERAK GEMPUR MAWI DI ABP!!!


UNDI MAWI DLM :




I) PENYANYI LELAKI POPULAR


2)ARTIS DUOA BERKUMPULAN POPULAR

-->BINTANG PALING POPULAR 2006!!!




*PASTIKAN ANDA MENGUMPUL BORANG UNDIAN MULAI 18 DISEMBER SEHINGGA 21 JANUARI 2006!!PASTIKAN ANDA MENGHANTAR SEKURANG2 NYA 50 KEPING SEORANG!! AYUH..GEMPURRR!!








adakah sejarah bakal berulang?? hanya anda menjadi penentunya!!















































Monday, December 11, 2006

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum..ari nih tak der ceriter banyak sangat yg ada n as nak ceriter..cuma ari nih ada pertandingan sukan peringkat office...as pun masuk bahagian gak..he..he..walaupun bakat 'yang adoo' he..he..as sukan indoor nih as kurang sikit ..as lebih suka sukan outdoor n olahraga macam 100m or 4x100m..tuh jer yg as leh pun..mmg sejak sekolah pun as mmg masuk acara nih..so far sepanjang penglibatan as nih..alhamdulilah tak mengecewakan juga ler.paling tinggi as dapat pinggat perak dalam 100m pecut wanita untuk peringkat sekolah..(umah sukan jer..idup umah PERKASA!!)yg lain kebannyakkannya dapat pingat gangsa jer..sepanjang 5 tahun as terlibat,alhamdulilah tak rugi gak ler penglibatan as..skrg nih tak tahu lak mcm mana..dah lama dah tak berolahraga nih..winduu lak rasanya..
Tadi berlangsung dua acara..iaitu karom n congkak..alahai..as nih mana ler tahu sangat main congkak nih..belasahh jer..he..he..seperti biasa keputusannya..KALAH>.he..he..mana ler as tahu sangat nak main benda nih..hentam sajalah labu..lepas nih as terlibat ngan bola tampar plak...mcm manaler keadaannya yer..tunggu..apa2 pun..hidup kumpulan 3--hidup kumpulan POWERTEAM!! yEaahaaaaa!!
SUKAN ASIA DOHA 2006
PENCAPAIAN MALAYSIA
11 DISEMBER 2006


1 - CHN - PR China G- 110, S-63, B-39 T = 212

2- JPN - Japan G- 38, S-45, B-53 T = 136

......

11. MAS - Malaysia G-4, S- 9, B-6 T = 19

*GOLD


Badminton
Men's Doubles -

TAN Boon Heong
KOO Kien Keat


Bowling
Men's Trios

HENG Boon Hian
KONG Aaron Eng Chuan
LIM Tow Chuang Daniel

Women's Singles

CHEAH Mei Lan Esther

Women's Five Player Teams


AZIELA Zandra
CHAI De Choo Wendy
CHEAH Mei Lan Esther
CHOY Poh Lai
KOH Suet Len Sharon
ZULKIFLI Shalin


Sunday, December 10, 2006

Khabar dari Malaysia..

assalamualaikum semua..alohaaa..rasa nak demam lak as rasa..kejap ok..kejap tak ok..adehler..sakit kepala eden..maklumlah sekarang nih musim tak menentu sangat..kejap panas..kejap hujan..as nih dah ler antibodi pun tak kuat..sebab tuh ler asyik tak sihat jer..kena makan banyak vitamin nampaknya nih..he..he..



ermm..apa ceriter sekarang yer..as rasa selain Sukan Asia Doha yang sedang berlangsung sekarang nih as rasa ada satu lagi ceriter penting yg kita semua sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia perlu ambil perhatian.Kalau anda rajin membaca akhabar dan menonton berita terutamanya Buletin Utama anda akan tahu berita apakah yang panas sekarang nih.Tak lain tak bukan ialah tentang meluasnya penyebaran fahaman 'Rufaqa' yg asalnya adalah daripada 'AL-Arqam' yang diharamkan suatu masa dahulu.Apa yg membimbangkan sekarang,kerana ketidak tegasan pihak berkuasa menyebabkan saki baki al-arqam nih kembali bergiat cergas dan kini menubuhkan 'Rufaqa'.ia bukan sekadar satu pertubuhan,tetapi satu ajaran yang benar-benar terpesong dari ajaran Islam kita.Sedih dan marah semuanya bercampur baur..


-------------------------------------------------------------------------

10 Disember 200619 Zulkaedah 1427

UTUSAN MALAYSIA ONLINE

--------------

Ajaran Rufaqa’ menyeleweng – Mufti
Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD

KUALA TERENGGANU 29 Nov. – Terengganu menjadi negeri yang pertama di Malaysia mengeluarkan fatwa bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ahli jemaah syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. dan gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.
Mufti negeri, Datuk Ismail Yahya berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri mendapati ajaran dan pegangan ahli jemaah syarikat tersebut menyerupai ajaran kumpulan Al-Arqam yang diharamkan pada 1994.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya kini dalam proses untuk mewartakan fatwa tersebut.
‘‘Kita kini dalam proses mewartakan keputusan ini dan ia dibuat kerana ajaran Rufaqa’ Corporation mempunyai persamaan dengan Al-Arqam yang diharamkan,” katanya.
Ismail menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri di sini hari ini.
Sabtu lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan kira-kira 100 orang dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Seksyen 13 Shah Alam kerana dipercayai mengamalkan ajaran yang menyamai pegangan Al-Arqam.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau telah pun mengadakan pertemuan dengan Mufti Terengganu berhubung isu ajaran Rufaqa’ Corporation.
Katanya, perbincangan itu menyentuh beberapa aspek termasuk fatwa dan langkah pengawalan terhadap kumpulan Rufaqa’ di negeri ini.
‘‘Kita juga berbincang dengan Penasihat Undang-Undang Negeri untuk menentukan bentuk operasi dan tindakan lanjut yang boleh diambil,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini.
Sementara itu, di SEREMBAN, kerajaan Negeri Sembilan sedang memantau tiga buah kumpulan yang berselindung di sebalik nama pertubuhan, kumpulan nasyid dan perniagaan untuk menghidupkan kembali Al-Arqam.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kegiatan kumpulan itu kini dipantau oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) dan Majlis Keselamatan Negeri.
‘‘Kita memang menyedari kewujudan kumpulan ini dan sedang memantau kegiatan mereka. JAINS dan Majlis Keselamatan Negeri sentiasa menghantar laporan kepada kerajaan,” kata beliau.
Mohamad ditanya mengenai kumpulan Rufaqa’ yang cuba menghidupkan kembali ajaran Al Arqam dan kegiatan kumpulan itu yang kini tertumpu di kawasan Nilai Springs dan Seremban 2 di sini.
Kata Mohamad, bukan Rufaqa’ sahaja yang dikesan terlibat, beberapa kumpulan lain yang menggunakan nama lain turut didapati mempunyai matlamat yang sama.
Di KOTA BHARU, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sememangnya menyokong tindakan tegas kerajaan ke atas individu yang berusaha menghidupkan kembali Al-Arqam termasuk yang berselindung di sebalik perniagaan.
Walaupun Nik Aziz secara peribadi mengakui tidak mengetahui pergerakan Al-Arqam dengan terperinci, namun dari segi luaran, khususnya pakaian pengikut ajaran itu, beliau sudah boleh menilai sama ada mereka terpesong atau tidak.
Katanya, Islam tidak pernah menetapkan pakaian seragam hingga perlu berjubah dan berserban.
‘‘Islam tidak pernah ajar seperti itu. Nak pakai apa pun pakailah, nak berserban macam saya ke, nak pakai cara Melayu ke, Benggali ke, asalkan tutup aurat. Sebab itu saya kata Arqam ke, Rufaqa’ ke, sesat.
‘‘Sesat ini pun macam-macam, yang berfahaman nasionalis, memisahkan agama dengan politik juga sesat. Eloklah sama-sama bertaubat,” katanya.
Di ALOR STAR, kerajaan negeri Kedah dilaporkan sedang mengawasi dua buah perkampungan di negeri ini yang disyaki menjadi pusat mewujudkan semula kegiatan Al- Arqam.
Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dua perkampungan terbabit terletak di Pulau Pisang di Kubang Pasu dan Merbok, Kuala Muda.
‘‘Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKN), Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan polis sentiasa memantau perkembangan kedua-dua perkampungan ini.
‘‘Kita dapati wujud elemen-elemen seperti kumpulan Al-Arqam dari segi pakaian dan cara hidup,” katanya.
Sementara itu di Sungai Petani, seorang penduduk meminta pihak berkuasa agama memantau aktiviti sekumpulan 100 orang yang sebahagiannya dipercayai orang luar yang cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam di Kampung Bukit Haji Omar, Merbok dekat sini.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah berkata, mereka bergiat aktif dengan berselindung di sebalik kegiatan perniagaan dan menternak ikan menggunakan nama Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd..
Beliau berkata, kegiatan tersebut dikesan sejak setahun lalu dengan kebanyakan ahlinya berasal dari luar kawasan kampung berkenaan.
Abdullah mendakwa perbuatan dan cara ibadah ahli kumpulan tersebut dikhuatiri bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.
‘‘Mereka tidak bercampur dengan penduduk tempatan sedangkan surau dan masjid terletak hanya beberapa ratus meter dari tempat itu,” katanya

-----------------------




Sukan Asia Doha


SYABAS MALAYSIA!!




syabas buat pasukan malaysia..yes..yeahaaaa..alhamdulilah
DOHA – Malaysia menamatkan penantian 36 tahun dengan merangkul pingat emas badminton pertama di Sukan Asia selepas gandingan muda, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menumpaskan beregu Indonesia, Luluk Hadiyanto-Alvent Yulianto dalam perlawanan akhir di Aspire Hall, Sport City, malam tadi.
Kien Keat-Boon Heong, pasangan bukan pilihan yang digandingkan pada saat akhir untuk menggantikan Chan Chong Ming hanya memerlukan 27 minit untuk menang 21-13, 21-14.
Kali terakhir Malaysia merangkul emas badminton Sukan Asia adalah pada Temasya Bangkok 1970 apabila meraih tiga emas menerusi Punch Gunalan (perseorangan lelaki), Punch Gunalan-Ng Boon Bee (beregu lelaki) dan Ng Boon Bee-Sylvia Ng (beregu campuran).
Ini merupakan kejayaan terbesar buat Boon Heong, 19, dan Kien Keat, 21, yang sebelum ini mengejutkan juara dunia dan beregu nombor satu dunia, Fu Haifeng-Cai Yun dari Chian di suku akhir.
Kemenangan itu menyaksikan kontinjen negara menambah pungutan emas kepada empat, enam perak dan lima gangsa setakat ini, sekaligus menduduki tangga ke-11 pungutan pingat keseluruhan.

Monday, December 04, 2006

APA CERITER?

assalamualaikum semua..aloha..ahlan wasahlan..arigato..apadaaa...yg as merepek nih..he..he..baru ari nih sempat update blog as nih.bz jer sebelum nih kan..bz ngan KIK,bz ngan kerja office..bz ngan exam..alhamdulilah..sekarang semuanya dah selesai..lega sikit rasanya..masuk ari nih..baru dua ari as datang office..bila dah lama cuti rasa malas lak..he..he..mcm mana nak jadi pekerja yg cemerlang mcm nih.,,asyik malas jer kan..ceewahh..mentang2ler baru balik dari KIK..he..he..

Banyak ceriter yg as nak ceriter..antaranya masa as p Pertandingan KIK Peringkat IPTA kali ke-3 kat UKM..Exam n mcm2 lagi..tapi tunggu dulu..biar as tarik nafas dulu...baru ceriter..he..he..
3 Hari di U.K.M..

(coretan dari salah seorang ahli KIK UUM-group Surai@Lib..sorry..as malas nak tulis balik..so as copy jer..he..he..lagipun sama jer)
- Coretan dari En.Hisham Ros..as tambah sikit jer..he..he..

Akhirnya kami selamat tiba di Kolej Aminuddin Baki, UKM pada jam 9 pagi. Bertolak dari UUM tepat pada masanya, iaitu pukul 10 malam semalam. Singgah di beberapa tempat untuk makan dan sembahyang subuh. Mengikut kiraan saya, masa berhenti sampai 4 jam. Bas laju jugak semalam. Bas luar ”cuti-cuti Malaysia” dan bukannya Bas UUM. Katanya semua Bas UUM sudahpun ditempah untuk aktiviti lain. Bas ini bukanlah pilihan terbaik bagi mendapat kesesaan tapi yang penting, kami semua selamat sampai. Ada beberapa peserta yang tak dapat tidur dalam bas, mungkin kerana tak biasa.

Di Asrama, kami tinggal di blok K5A(lelaki) dan 5C (wanita) Boleh tanah juga bilik ini, tidak seperti yang digambarkan sebelum sampai ke sini. Kain cadar dan tuala turut dibekalkan. UUM merupakan kumpulan pertama yang sampai dan check-in. Kumpulan dari IPTA lain belum lagi tiba. Mereka dijangka akan turut menetap di asrama ini nanti. Kemudahan network (wired) ada tapi tiada sambungan internet atau tak tahu macam mana nak setup. Mungkin setting-nya lain dari kebiasaan saya di UUM. . Selepas makan tengahari nanti, ada taklimat dan raptai untuk hari pertandingan / konvensyen esok. Dalam taklimat itulah baru akan dapat kepastian tentang keadaan, jumlah dan pasukan mana yang telah disahkan akan menyertai. Setakat ini, jumlah tidak rasmi ialah 11 pasukan termasuk 3 dari UUM.
Konvensyen ini turut terbuka kepada IPTA lain, tapi hanya beberapa saja yang telah menghantar pasukan masing-masing. UKM sendiri telah menghantar 3 pasukan. Pasukan lain termasuk KUKUM (2), HUSM-Kelantan (1) dan UiTM (2).
-------------------
coretan sendiri :
Ahad, 26 November 2006 (Raptai Persembahan)
8.00am- 5.00pm
Setelah bersarapan pagi tuh..kami dikehendaki untuk ke dewan untuk menghadiri raptai..errm..nampaknya group or team UUM jer nampaknya yg betul2 skema..siap bertali leher n berbaju kurung lagi..sedangkan group lain ada yg hanya memakai t-shirt dan jeans jer..errm..macam2..tak perlah lah kan..kita kena profesioanal..so far raptai berjalan lancar..n kumpulan as adalah merupakan kumpulan terakhir..aisyehh...apa daaa...last kumpulan lak..tapi apa2 pun..okehler kan..1st experience..tapi apa yg as kesalkan masa kat sana ialah --URUSETIA UKM..veryyyyy bad n not profesioanal..tapi tak semua..adalah dua,tiga,empat,lima,enam orang..he..he..iyerlah kan..yg datang tuh semuanya staff..bukannya student..so kena ler layan mcm staff..errm..apa nak buat kan..datang tempat orang..
6.00-8.00
dah habis raptai sesi jalan2..he..he.. i..like..:D dikesempatan yg ada..kami dibenarkan untuk 'jalan-jalan cari makan' he..he,,apa lagi..kami semua g kajang ler..buat apa?? macam tak biasa..SATAY KAJANGGGGG!! nyum..nyum...as ada gambar satay n a few pics masa kami kat sana..tapi ada prob lak nak letak kat sini..tapi takper..nti check kat 'potret hatiku' kat sebelah nih yer..kami duduk semeja 7 orang rasanya ..geng ipq n psb ..kak not,kak miss n naim(ipq) n as,kak wati,yana n kak ja -psb...alhamdulilah..kenyang..
Kami balik lebih kurang kul 8++ rasanya..n lepas mandi n wangikan diri..ceewah..he..he..as n group SnC ada latihan kat lobi asrama tuh lak..biasalah nak mantapkan lagi presentation sok...so far semua okeh..n dlm kul 10+ semuanya dah selesai..yg lain semua dah masuk tido..tapi bagi as..awal sangat ler..he..he..apa lagi..as ,yana,rusmaini n abg nasir kami borak2 dulu kat luar asrama dlm setengah jam sebelum masuk zzzzzzzzzzz....
Isnin 27 November 2006
8.00-5.00pm
Jeng..jeng..jeng..tibalah hari yang ditunggu2 selama nih..hari pertandingan KIK..selepas bersarapan..dlm kul 8.30am(kalau tak salah ler..lupa ler..he..he..) kami pun berangkat menuju ke tempat yg dituju..masing2 berdebar2 jer..maklumlah 1st time masuk bertanding..masing2 smart n ayu gitu..he..he..ada yg memakai blazer,ada yg memakai baju khas..err..iyer kot..alah baju ala2 baju bengkel n makmal tuh..dair pusat komputer..smartt jer..he..he..berdebar2 jer rasa di hati nih..bagi kami di PSB semua ahli wanita dikehendaki memakai baju sedondon colour biru..walaupun tak ler berapa sedondon..he..he..
dlm kul 9.30 majlis pun bermula..ketibaan NC UKM dan dia memberi ucapan sepatah..dua..tiga..empat...la..bla..bla..kataaaaaaaa..setelah semua seleasai majlis pun bermula..dimulakan dgn Kumpulan SISBIS dari Pusat Komputer UUM..tapii malang menimpa diaorang nih..sebelum bermula ..pengacara majlis memaklumlah syarat2 pertandingan n dikatakan masa yg diperuntukkan adalah selama 30 min!! sedangkan masa yg betul hanyalah 20 min sahaja..bila dah jadi mcm tuh SISBIS pun slowkan ler diaorang punya presentation..tetiba masuk minit ke 17..loceng berbunyi..aisyehh,.maksudnya diaorang masih ada 3 min sahaja lagi untuk menghabiskan perbentangan..siannn diaorang tak sempat habiskan..apa nak buat kan..kita kat tempat org..
Kumpulan as memulakan perbentangan lebih kurang kul 4.30pm juga ler..sejam awal dari jadual asal..alhamdulilah smeuanya berjalan dgn lancar..lancar jugaler..walaupun memula tuh slide statik ilang n lagu tak keluar..aisyehh..spoil tul ler..he..he..tapi alhamdulilah lepas tuh semuanya berjalan lancar..yg paling best sekali kehadiran orang penting PSB --Pemangku Ketua Pustakawan..Pn.Rodziah..wahh..makasihh puan coz kasi support pada kami..cayalahh..Kak Lela n Pn.hasma pun turut hadir..walaupun kak lela tuh dlm perjalanan nak ke Bali..amboii..,jauhnya..nak ikutttt.. :D setelah semuanya selesai..kami semua bergambar bersama2..kiranya penutup majlis ler kan..so semuanya selesaiiiii..tunggu keputusan jer malam nih..
8.30 pm -10.30 pm
Kami sedang bersiap sedia untuk ke Majlis Makan Malam dan pengumuman result pertandingan..semua geng UUM dikehendaki memakai baju batik universiti..walaupun baju as tuh pun dah kurenggg sikit colournya..terpaksalah pakai kan..nak beli lain..errmm..duitttt..he..he..nampak bestt plak tgk semua nampak sama jer pakai baju batik tuh..as seperti biasa pakai batik universiti n yg lain sikit as pakai selendang hitam berbatu..adehler..dahler naik bas lambat masa semua dah naik dah..semua sorak ler plak..berkelip-kelip diaorang ckp,.,.adehler..malu eden.. bak kata sorang tuh ..lip lap..lip lap..aisyeh..mana nak lip lap lak..as bukannya lampu raya .he..he..
menu kami malam tuh ada udang cili,daging masak hitam,ayam,acar,kari,sayur..yg lain tuh as tak sure lak..n desert kami malam tuh ais krim n ada lah sedikit buah..majlis malam tuh diselang selikan dgn persembahan kebudayaan universiti dan juga nyanyian..so far okehler kan..tapi masa tuh org bukan tgk sangat...MAKAN TIME..he..he.. sedang enak menjamu selera tuh adalah persembahan nyanyian dari sorang staf UKM nih...terhenti sekejap suapan as..bukannya terpesona dgn kehenseman dia..he.he..tapi lagu yg dia nak nyanyikan tuh mengenangkan as pada MAWI..sorry ler sapa2 yg terasa muakkk jer bila as sebut nama mawi..tapi nih blogs as..suka ati as ler..he..he..isyh..tak sopan lak ckp mcm tuh..he..he..dia nyanyi Beautiful Maria..wahhh..lagu nihlah yg mawi nyanyi masa minggu ke 5 masa di af dulu..tapii yg spoilnya..asiyehh...lagu yg dinyanyikan staf ukm nih mmg real punya beautiful maria..bukan versi B.I tapi versi asal..potong tul ler..tapiii.bolehler...he..he..
result diumumkan dan seperti dijangkan UKM mengondol semua sekali..3 team masuk..ketiga2nya menang,,tapi mmg boleh dipertikaikan jugaler result dia..bukannya apa..tak logik langsung pemenang tempat ke tiga tuh..nampakk kurenggg sesangat..tapi leh menang!! kami semua mmg tak puas hati..siap lempar telur,nasi,ayam,tenuk,tapir,chimpanzi,bigfoot..(aisyehh melampau2 lak..he..he.) kat dioarang,.,mmg betul2 tak puas hati...ceewaaahh..amboi2..beranii ker buat mcm tuh..? mana ada...kami nih Universiti yg profesional..tak mainler buat mcm tuh..reputasi perlu dijaga..ceewah..kiranya tak puas hati bercakap sesama sendiri jer..biasalah adat bertanding kan..apa nak dikatoo...malas as nak ulas bab nih.,,faham2 jer lah yer..
Selasa 28 november 2006
9.00 am-9.30pm
Setelah mengemas bilik apa yg patut..kami pun check out dengan meninggalkan seribu kenangan..pahit ker manis ker kelat ker..semuaaa ada...selesai berakfast kami pun menunggu kehadiran org yg paling penting dlm hidup kami dlm masa 3 hari tuh..siapa lagii kan...macha driver bas ler..he..he..bas pun dgn slow motionnya meninggalkan UKM..dengan kepahitannn...n bas terus menuju ke destinasi seterusnya,.kat mana ??? shooping ler..he..he.. kami berhenti di SOGO,jalan masjid india n etc ..tempat biasa geng UUM berhenti..he..he..sseperti biasa..as tak beli apa2 pun..tgk diaorang beli dgn 2,3 pasang baju ler..kain ler..as tak beli apa2 pun..tak berkenan lak as tgk..as cuma nak cari kasut jer..tapiii errrmm..satu pun tak menarik hati as..dari kedah sampai kl pun tak dapat cari lagi..adehler..dekat k.l as cuma beli majalah jer..he..he..dekat kedah pun ada kan..tapi untuk baca dlm bas..beliI Intrend n Mastika terbaru jer,,untung gak beli Intrend bulan nih..edisi kali nih mmg bestt..tak sesia gak ler kan..
kami singgah di 2,3 tempat perhentian..kami berhenti di sungai buluh n as beli satay kajang kat situ..tapi yg bestnya..ada orang belanja..he..he,..Tq en.abu.he..he..rezeki katakan..as ngan yana singgah makan di Burger King kat situ..maklumlah kat kedah tak der..he..he..padahal sama jer burger nya..burger rm1.80 lagii sedap..(ckp2 orang takder duit..he..he..) lepas tuh kami berhenti di tambun untuk beli buah2 han tempatan(walaupun thailand mariii maaa..) as beli buah longan untuk abg n kak n untuk diri sendrii buah jambu air..bolehler kan..jalan punya jalan punya jalan..dlm kul 9.00pm kami pun sampai di uum..dari penuh bas..hanya tinggal 4 orang jer dlm bas tuh..apa taknya semua dah turun speanjang perjalanan tadi..sampai2 jer UUm ..panaskan enjin kereta jap as pun balik umah..letihh betull..balik pun as duk sorang2 jer kat umah..mak ada kat umah abg..3 hari juga ler as duk sorang..soknya as cuti..letihh ooo..n lusanya lak as ada exam..adehler..penat..penat..apa nak buat kan..dah nasib...
---> UNTUK MELIHAT GAMBAR2 SILA KLIK DI ' POTRET HATIKU ' KAT SEBELAH NIH..--->

Monday, November 13, 2006

Aku dan Sesuatu..


Sumber Gambar : URTV 15 November 2006
Kredit Untuk : Mawifc Frenz for the pics



assalamualaikum semua..bz nyer minggu nih..tak habis2 dgn KMK tuh..isyh..iysh..kerana KMK nih ler banyak kerja as tertangguh.adehler..buku2 pun masih banyak lagi tak tersusun tuh..erm..apa nak buat dah jadi 'orang terpilih' ceewah..kalau nak diikutkan as..mmg as tak akan terima punya KMK nih..tapi dah dilantik..so terpaksa ler terima.perbezaan minggu nih n minggu lepas punya ceriter..minggu nih asgmnt dah settler dah..alhamdulilah..so mmg banyak rileks gak ler kalau kat umah..cuma kat office jer jadi sibuk balik..banyak benda n banyak gambar yg as nak paste kat sini..tapi alamak..blogspot nih ada problem kot..kejap boleh..kejap tak boleh nak add gambar..adehler...nak tukar ker blogdrive..sayang ler plak..dah banyak dah info kat sini..ermm.hentam sajalah labu..he..he..

"PERJUANGAN BELUM SELESAI"

sebenarnya dah lama as nak tulis pasal benda nih..tapi masa tak mengizinkan..apa2 pun apa yg as nak ckp.."PERJUANGAN BELUM SELESAI" HIDUP TUN.DR.MAHATHIR!! he..he..jangan marah..salah ker as sokong Tun? tak salah kan??so mind u'r own bussiness..fuh..garangnya..he..he..as bukannya apa..menyampah sesangat ngan media n beberapa orang "BESAR" dalam kerajaan sekarang.hanya kerana nak bodek Pak Lah sanggup menyumpah Tun..hello ...sedarlah sikit jasa Tun dulu..secara jujur as ckp as hilang respek ngan Pak Lah..sebab apa?? errmm..biarlah as ,dan family as sahaja yg tahu n maybe org lain.sapa2 yg terlibat ngan tender di Penang dan kedah nih maybe akan tahu..so siapa2 yg tak tahu tuh..bukalah mata ..bukalah minda..media??ermm..mcm biasa..kena ampu ler kan..kalau tak tak pasal2 kena banned..

-----------------------------to be continued-----------------

Wednesday, November 01, 2006

MUSIBAH MENIMPA LAGI..

assalamualaikum..lama rasanya tak update blog..bz yggg amattt sesanagat..percaya atau tak,ketika as update blog nih bukannya duduk dpn pc mcm biasa tetapi sedang BERDIRI!! sekali lagi BERDIRI!! he..he..sebenarnya as ada kat office skrg nih..kena kerja malam plak ari nih..sesambil jalan2 pantau keadaan sekeliling)ceewah..he..he..sesambil nak tutup pc2 kat sini(terminal komputer OPAC) sempat lagi tuh nak update blog..bukannya apa..nak turun awal lagi..as skrg nih ada kat tingkat 5..boring giler sesangat ari nih..student bukannya ada pun..apasal ler kena gak buka office..isyh..isyh..
minggu nih bz gak ler as dgn asgmt (padan muka terhegeh2 sangat nak buat..dah dateline pun tak siap lagi..he..he..) dgn perbentangan KMK lagi (urusan pejabat) adehler..biol kepala nih..he..he..tapi takper...sok last KMK..setelah seminggu berkampung dkt Bilik Perbincangan tuh..fuh..akhirnya nak present gak..tadi ada sesi perbentangan untuk office sok barulah yg real punya.sok dalam pukul 8.30 dah kena gerak p EDC dah..hotel tuh..hotel UUM ..he..he..okehler tuh..lagipun baru siap jer hotel tuh..sesambil tuh leh gak p jenguk2 hotel baru kan..okehler tuh..dgr kata ada 3 group jer akan bertanding sok..hek eleh...lebih baik hakim2 tuh p jer kat office jabatan yg bertanding tuh kan..3 group jer pun.he..he..
-----------
ISU MAWI
mawi..oh mawi..semua nak jadi mcm ko..terkenal..kaya..disayangi n sebagainya..tapi yg orang tak tahu betapa susahnya nak menjadi mawi nih hanya mawi jer yg tahu.menjadi terkenal mmg senang dan mudah dan untuk mengekalkan populariti tuh yg susah..lagi satu ramai sangat yg iri hati dan penuh hasad dengki bila tgk bangsa sendiri berjaya..biar jatuhkan bangsa lain takper jgn jatuhkan bangsa sendiri..isyh..isyh..org mcm nih pun ada ker..dunia..dunia.mmg dah jadi lumrah alam ada jer pendengki2 nih or ayat popular yg org guna skrg 'NT' untuk yg anti mawi.diaorang nih punya matlamat bukan setakat anti mawi bahkan sampai sanggup nak memusnahkan dan menghilangkan mawi nih dlm industri seni nih..isyh..apa daaa..org kalau bangsa sendiri maju..kita perlu lebih bantu lagi..bukannya memperlekehkan dia dan menghina dia.
dari satu gosip..ke satu gosip..isyh..mmg tak leh nak menarik nafas lega langsung mawi nih..dari datu kontroversi kepada satu kontroversi yg boleh dikatakan sesetengahnya kecil tapi diperbesarkan..iyer ler..sbb isub tu membabitkan mawi..cuba nama dia..ali ker..mad ker..ayub ker..tak der maknyerrr nyerr paper nak ambik ceriter letak kat front page lagi.setelah kes ngan media selesai..pastu keluar plak isu mawi tak nak bergambar ngan artis wanita..okeh dah ceriter tuh..pastu isu mawi tak nak berpegangan tangan dan bersentuhan dgn artis wanita dalam filem..kalau dia berlakon nanti..sampaikan ada ler beberapa pelakon lama nih tersentap..takut ker bangg..he..he..dah settle bab tuh keluar plak isu dia risik ikin pelakon drama 'kawan' tv3 tuh..as pun tak berapa gemor sangat kalau ceriter nih betul..he..he...pastu lepas ikin nih menafikan..keluar lak ceriter dia risik gadis uitm arau(org perak) kononnya anak sahabat arwah ayah dia dan merupakan wasiat suruh mawi kawin ngan gadis tuh..adehler..apa daaa media nih..kononya dapat sumber sahih..pastu bila rasa mcm tak betul keluar plak isu lain..kononya sahih gak..bila maei menafikan..n ceriter risik merisik tuh media tak leh buat isu..dia buat plak isu rumah,,.kononya peminat kecewa mawi tak kasi masuk umah..apa daaa...isu kecikk sangat..bukannya mawi halau peminat pun..dia just letakkan makanan kat luar dan peminat beramai2 makan kat luar..ingat muat ker korang tuh nak masuk dalm tuh..apa daaa....lepas tuh ingatkan dah reda isu tuh leh ler dia rileks balik..adehler..kes Mawi world kena saman 1 juta ler plak..adehler...poning kepala..as yg jadi peminat dia nih pun naik pening kepala..apatah lagi mawi sendiri..mawi..mawi..dlm smeinggu 3 kes sekali.. - risik,rumah,saman..sian ko mawi..sabarlah banyak2..isu saman nih kononya syarikat YASSA nih nak saman sbb label pada air mineral mawi nih sama ngan address syarikat dioarang n tak minta kelulusan pun..adehler..mcm2..pagi tadi as dpt sms dari frymee..dia bgtau isu saman dah selesai..alhamdulilah..sebabnya isu saman nih mawi world tak terlibat sbb mawi world hanya pasarkan jer n serahkan hak pengeluaran air mineral nih pada Johtow sdn.bhd..so sbrg saman menyaman kena ler saman Johtow nih..apa daa nak saman mawi..mawi tuh tukang edar jer..mmg susah hati tul as bila dgr Mawi world nak kena saman 1 juta ringgit nih..tidur malam pun terkenang 2jer..sian ngan mawi..bukannya sikit..1 JUTA!!! tau..adehler...tapi alhamdulilah semuanya dah selesai..bestlah frymee..smlm dia lepak2 ngan mawi..mawi dah ceriter semua hal n isu2 berbangkit nih.siap mawi belanja makan lagi..amboi-amboi( cuit2 tangan mcm azwan..sorry azwan..jgn saman i yer..he..he..)lepas tuh siap p tengok office baru mawi lagi..bestnya..tapi apa2 pun as harap mawi tenang dan sabar menempuh dugaan hidup..dont worry as akan tetap menyokongmu..worldddd!!
ps- PASTIKAN DAPATKAN BORANG UNDIAN ABP 2007 DI AKHBAR BERITA HARIAN.UNDIAN AWAL AKAN BERMULA PADA 2 NOVEMBER 2006!!

Monday, October 23, 2006

SALAM AIDILFITRI SEMUA

selamat...hari raya,
kepada saudara serta saudari,
setahun..hanya sekali,
merayakan hari yang mulia ini.
SELAMAT HARI RAYA!!
--------------------------------
assalamualaikum semua....alhamdulilah..akhirnya dapat juga kita menunaikan ibadat puasa kita pada tahun ni.menjelang esok,kita akan menyambut hari raya aidilfitri.horreyyyy..selamat hari raya!!.amboi2..hepyy nampak..puasa tuh cukup ker? he..he.. apa2 pun tahun nih meriah sikit raya as.apa taknya..abg2 as semua balik beraya pada tahun nih.sure meriah gilerrr..meriah ngan anak sedara kat umah.
Raya kali ni agak lembab sikit..bukannya lembab apa..tapi hujan lebatttt sesangat sejak minggu lepas lagi.hingga hari ni pun still hujan lagi dan di setengah tempat sudah banjir looo..aiyaaaa...apa nak buat kuasa ALLAH..alhamdulilah umah as tak terkena banjir..kesian sangat ngan org lain yg umah mereka terkena banjir..apa nak buat..berserah ajerlah.cdg nak basuh kereta..apa taknya kereta tuh dah lama dah tak basuh..tapi nampaknya tetap tak leh basuh..hujan tetiap ari..basuh air hujan jer lah nampaknya.he..he..
------------------------------------------
esok dah nak raya..sepatutnya menjelang sehari sebelum raya nih..as ada kat umah.tgh vacuum umah..lap abuk2 kat almari..anyam ketupat(ceewah..),masukkan kuih dalam bekas..n macam2 lagi..tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii alahaiiiii as masih lagi ada kat office..sedihnya..org dah bercuti as masihh lagi kat office ..kena kerja..adehlerr...penat tul.sepatutnya ari nih kakitangan kerajaan dapat cuti am pada 23 oktober nih setelah diberi oleh kerajaan pusat..tapi last minute kerajaan kedah batalkan..kedah ambik pada hari khamis nih.adoilerr..kita dah plann baikkk punyer tetiba cancel lak cuti..errrmm..mmg ler elok kedah ambik cuti hari khamis kiranya start selasa sampaiii sabtu,sebab kedah bekerja pada hari ahad.tapi kalau iyer pun apasal tak anounce awal sikit.!!!!! tension tull..sunyi jer office nih..org lain dah balik kampung dah pun..waaaaa..nasib baikkk ler kamapung pun dekat jer tak perlu nak beli tiket bus or drive lelama..tapi balik kg drive 2o minute jer..he..he..dah tetiap ari dah balik kampung...he..he..kalauler kg as jauhh alamatnya mmg cabut lari ler..
-----------------
kejap jer kan kita dah nak sambut hari raya..alhamdulilah..so dikesempatan nih as nak ucapkan selamat hari raya aidifitri buat keluarga tercinta dan pada bangtih yg kena bekerja di pagi raya..nti adik send kan gambor mee kari yg kitaorang buat..he..he..nyum..nyum...siann bangtih..pada saudara mara yg tersayang dimana jua berada tak kira di malaysia ,singapore dan juga di Brunei(ada ker..memandaiii jer).tak ketinggalan pada bos di PSB,UUM nih..bosss..tak der duit raya ker bos?? he..he..pada rakan office..dan juga pada sahabat handai di mana jua anda berada..i miss u sooo muchh..
----------------
Tak lupa juga pada my fav singer..he..he..saudara World!! ewaahhh..tak kan tak kenal lagi kot..sapa lagi..mawi ler!! he..he...fanatik sungguh..he..he..n pada sahabat2 di Mawi Fc dan istimewa buat Mawifc Utara..salam aidilfitri....n ampun maaf dipinta...salam worldddd buat semua..jangan lupa main mercun tau..opsss..he..he.. jangan main mercun tau..main bunga api tak per..(pstt...kat mana nak beli mercun aaaa..bgtau ler..jgn beritahu org lain tau) so dengan setulus hati as..as nak ucapkan sekali lagiiii......ehem..ehem...
"SELAMATTTTT HARIII RAYAAAAAAA"

Wednesday, October 18, 2006

ICC + OUM = Raya??

ICC

assalamualaikum semua..wachaaaa..he..he.. apasal ler tajuk blog as ari nih lain mcm jer yer..mcm algebra plak.he..he..otak tgh biol katakan..apa taknya dalam 2 minggu nih asyik bz jer ngan meeting ICC..apa dia ICC? ICC nih maksudnya dlm bahasa melayu KMK(kumpulan meningkat mutu kerja)..as nih salah seorang ahli yg terlibat dlm ICC nih.kena cari pembaharuan dan masalah kat office n cuba selesaikan masalah tuh..itulah kerja ICC nih..pening tul kepala eden nih..skrg nih pun as ada kat bilik mesyuarat..meeting katakan.pening tul as..2 november nih dah nak kena presentation dah kat EDC(Hotel UUm jer..he..he..) pening..pening..

suasana ketika meeting..tapi gambar as takder yer.low profile katakan..he..he




OUM

adehler..asgmt pun lum siap lagi nih..lagi 3 hari dah nak kena submit..adehler..pening..pening..tapi takper..jawapan dah draf dah..cuma nak taip jer..rileks as..rileks..he..he..dah lama dah as tak study..risau kalau takut lupa jer apa yg dah study dulu..sbb tu ler as nih suka study last minute..cepat sikit masuk..agaknya dulu termakan banyak semut kot as nih..he..he..

MAWI VS MEDIA??

errm..dua tiga menjak nih sian lak as ngan mamat nih..he..he..apa taknya tak habis2 isu yg berbangkit.sampai bila ler agaknya dia nak aman.soal tak nak bergambar ngan pompuan pun jadi isu..tak nak berlakon bersentuhan ngan pompuan pun jadi isu..sampai bila ler dia nak aman yer.nasib..nasib..apa yg as tgk skrg media mmg dah teruk sesangat.kalau artis tuh tak ikut ckp dioarang..mulalah artis tuh jadi mangsa..apa kes wartawan skrg ?? sampaikan % undian masa fenomena seni tajuk "wartawan hiburan melampau" pun setuju sampai 77%..tu pun reporter masih perangai mcm tuh lagi..geram tul ler..

pada mawi..just be u'r self n be strong..kami sentiasa akan menyokongmu..worlddd!!

MAJLIS BERBUKA PUASA MAWI&MAWIFC

tarikh :

tempat :Palace Of The Golden Horses (POTGH)

majlis : majlis berbuka puasa bersama fan &anak2 yatim

kalauler as ada kat k.l..rasanya as dah p dah ni..he..he..apa nak buat jauh katakan..so far majlis berjalan lancar n ramai yg hadir..kiranya penuh gak ler dewan kecuali ada 2 meja kosong(meja yg dikhaskan reporter ada 3..but satu meja jer yg penuh) amboi2 boikot nampak..ikut suka koranglah..nak tgk sikit sampai bila korang nak buat cam tuh..

Saturday, October 14, 2006

RAMADAN TERAKHIR..

Amalan Pada Malam Lailatul QadarAmalan-amalan yang diamalkan pada malamnya:

Mulai jam 12.00 tengah malam:

1. Sembahyang sunat wudhuk.
2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.
3. Membaca al-Quran.
4. Istighfar:
5. Zikrullah:
6. Bertasbih:
7. Selawat:
8. Sembahyang sunat tahajjud.'

9. Sembahyang sunat tasbih


.Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca:


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

Copyright © The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad


nak tahu lebih lanjut lagi mengenai:
  • Fadilat Ramadan
  • Doa-doa Rasulullah
  • Doa Ramadan
  • Panduan Solat Aidilfitri
  • dan pelbagai lagi?

-->http://ramadan.emedia.com.my/

---------------------------------

Thursday, September 28, 2006

Sinar Ramadan

assalamualaikum ...sebenarnya tak tahu apa nak tulis kali nih..bukannya apa..blog nih ada prob sikit..x leh nak add gambar lak..adehler..penat tul ler..skrg nih pun as tgh bz ngan asgmt..tak siap lagi nih,T4 dah nak kena submit..insyaallah..kalau tgk pada soalan kali nih mudah jer..tapi nak buat tuh jer yg susah..he..he..asyik bertanguh jer nak buat.bukannya apa,ada benda nak kena selesaikan dulu..pergh..mcm PM lak..bz jer..ataupun buat2 bz..he..he..

Dah lima hari kita menyambut ramadan yang mulia nih..cepat jer masa berlalu kan..dlm masa 5 hari nih,hanya 2 kali jer yg as sempat masak kat umah..isyk..isyk..malas betul anak dara nih..he..he..bukannya apa..kalau balik kerja pun dah kul 6..abih tuh camner..tak sempat sangat nak masak,so beli ajerlah.tapi yg tension kat Bazar Ramadan nih..juadah tuh semua nampak sama jer..so mmg tak tahu nak beli apa..pening plak pikir nak beli apa..last2..raound sampai dua tiga kali kat situ n beli benda yg sama jer setiap tahun..aduhler..boring tul..harga pun skrg..amboii bukan main mencanak naik..ingat semua nih org kaya ker?? nih yg nak marah nih..(cuba marah tapi ttp control ayu..he..he..) ntahlah tak tahu as nak ckp apa..harga minya naik..ayam naik..cili merah naik,pendek kata smeua harga naik..lama2 makan loti loooo..itupun kalau roti tak naik. sebelum nih dlm seminggu nih sejak berpuasa,kita dihebohkan(heboh ker?) dgn gula tak n harga barang yg naik..n yg paling terasa sekali..ayam naik sampai rm0.65 sen!!! amboiii..mahalnya.dahler dulu minyak pun naik mendadak jer naik..aduhler..'orang Besar' leh ler ckp harga berpatutan..apa taknya gaji saja dah cecah ribu riban..yg org sederhana nih? aduhler..demam jer rasanya..lepas nih tol lak naik..last2 naik basikal jer p kerja..he..he..
-----------

Saturday, September 23, 2006

SALAM RAMADAN

assalamualaikum..salam ramadan diucapkan buat semua..alhamdulilah..akhirnya ramadan yang mulia kembali lagi menjenguk di sini..syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih berpeluang untuk sama-sama mendapat keberkatanNya.masa kini berlalu dgn pantas sekali..baru jer rasanya kita berbiacara ttg puasa..tiba2 dah sampai masanya.betapa cepat masa berlalu.mudah2han kita mengambil kesempatan atas bulan yang mulia ini untuk mencari lebih amal jariah dan pahala untuk dikumpulkan..insyaallah bulan ramadan ini merupakan bulan rahmat buat kita semua..insyaallah sama2 lah kita mencari keredaan-Nya.Dikesempatan ini juga as nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan yg mulia ni buat keluarga tercinta, saudara mara yg tersayang walau dimana jua berada,sahabat2 yg dirindui- normah(dah lost contact..mana pigi aaa..),5ruz,Yus,Ju,Nani,Ezin(housemate yg worldd!!),Yan dan juga Munirah..tak lupa buat sahabat lama yg dah lamaaa sangat tak berjumpa -ct robiah n na(selamat menjadi ibu..)dan semua sahabat ku sekalian..sayanggg sangat ngan korang..last but not least-rakan2 office ku -Circulation Depart.Sultanah Bahiyah Library,UUM..salam ramadan buat korang..jgn ponteng pose tau..
---------------- SALAM RAMADAN AL-MUBARAK-------
ramai lagi nak ucap..tapi kalau sebut nama..sampai lepas raya pun tak habis..he..he..apa2 pun walau as tak sebut nama korang..korang tetap yg terbaik untuk as..tq..buat adikku yg berada di Menara K.L..kerja elok2..n kakak sayang adik..take care of yourself.dan yang terakhir..salam ramadan buat Mawi world..teruskan perjuangan yer..serta tak lupa pada sahabat2 MAWI FC dan juga sahabat M2M yg tersayang..teruskan perjuangan kalian..as akan tetap menyokong kalian semua..terutamanya kak ita,kak nurhanie,umi,lyra,kak mier,anizz dan special mfc utara-knot,kak jier,ira,frymee,umi, babymisha dan semuaaaa yg ada..sayangg korang.
----------------SALAM RAMADAN AL-MUBARAK----
fuh..punyalah banyak.rasa mcm sampaikan salam raya plak..he..he..walaupun baru nak pose esok..he..he..malam nih ntah kenapa rindu plak ngan member2 lama..teringat kenangan zaman sekolah dulu..zaman study kat poly n rindu pada kenalan lama.hari makin berlalu..kita pun makin berubah..tapi apa yg as harapkan persahabatan yg kita bina ni akan berkekalan dan berterusan sampai bila2 kerana as sayanggg sangat ngan korang.korang mmg special dalam hidup as..tq again coz be my friend.
----------------SALAM RAMADAN AL-MUBARAK---
banyak benda berlaku dalam minggu nih tapi banyak benda juga yg bermain dalam fikiran as nih.sesuatu yg as melibatkan kehidupan....sesuatu yg melibatkan kehidupan as dan juga kehidupan insan lain...sesuatu yg as rasa sukar dimengertikan..sesuatu yg membuatkan as tertanya-tanya..MENGAPA? ..MENGAPA?..MENGAPA?..as pun confuse dgn masalah ini..adakah as perlu risau? adakah as perlu rasa gusar? dan adakah as hanya stay calm? sampai skrg as masih tercari-cari jawapannya..adakalanya as memilih jawapan yg pertama dan kedua..tapi adakalanya as memilih jwpn yg terakhir..keliru?? as sendiri keliru..biarkan ia berlalu tanpa memikirkan kemungkinannya adalah sesuatu yg kejam..tetapi mencari jawapan mengapa ia perlu berlaku dalam hidup as , ia sesuatu yg 'bisu'..tidak mengerti?? biarlah..as pun masih cuba mengerti dan tercarcari-cari sesuatu yg pasti...kadang2 hati as tidak terdetik perasaan pilu..tapi nampaknya as selalu kalah dalam perasaan sendiri..minggu ni mmg as rasa bingung..tapi as gagahkan diri untuk sentiasa tersenyum walau hati terhiris pilu..luka ini biarlah ku tanggung sendiri..kerna bicara hatiku sudah tidak mampu untuk menangis lagi...
-----------SALAM RAMADAN AL-MUBARAK----
mungkin ini adalah ujian dari Yang Esa untuk hambanya..dan as tidak terkecuali..alhamdulilah..as yg terpilih menerima ujian sebagai hamba-Nya..hati as juga runsing memikirkan kesihatan mak as..oh yer..lupa lak nak bgtau..mak as patah tangan pada 27 august yg lalu.tapi alhamdulilah..dh semakin sembuh..maybe dalam 1 month lagi..baiklah tangan mak as..insyaallah..as cuba untuk sibukkan diri as..tapi hati as masih belum kuat untuk tidak memikirkan masalah yg melanda..tapi..as akan gagahkan diri juga mengharungi benda ni n as pasti ia akan selesai juga dalam masa terdekat ini..insyaallah..as berharap keberkatan ramadan ini dapat mengubah suasana..insyaallah..

Tuesday, September 12, 2006

GEMILANG MAWI DI ANUGERAH ERA!!


MAWI TEWASKAN CT??

worlddd!! alhamdulilah..itu lah yg as boleh simpulkan pada Anugerah Era yang lalu pada 9 september ari tuh..fuh..dasyat tul..sejarah bagi AE untuk tahun nih bila mawi membolot 7 anugerah sekali..5 anugerah yg dipertandingkan dan 2 anugerah khas..itulah yang dinamakan rezeki..kalau dah rezeki orang nak buat camner pun tetap dapat kat mawi juga..walaupun pelbagai dugaan yang menimpa..mawi tetap teguh..alhamdulilah..terima kasih pada smeua mawifc dan silent voters mawi..korang mmg world..n lagi satu..he..he..nama as ada masa dalam paper Mstar online pada 12 september yg lalu..tentang apa? alah..ciput jer..artikel ttg kenyataan Kak Ita (President Mawifc) yang ucapkan terima kasih pada geng komuti undian AE..alhamdulilah..mmg penat juga tuh ngundi..apa2 pun kak ita..usaha as sikit jer berbanding dgn usaha geng2 yg lain..syabas!!

------------------------Keratan Suratkhabar dari Mstar Online 12/09/06---------

(kenyataan Kak Ita)

Menurut Rozita, pihak pengurusan MawiFC juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada ahli komiti undian Anugerah Era 2006 iaitu nurhanie, fraimee, juana, shida dan gadisworld yang telah membuat promosi serta mengaktifkan undian MawiFC dengan baik sekali.

-------------------------------------------------

mmg meriah AE yg lalu tuh..apa taknya geng mawifc pun turun sekali ngan banner2 sekali..cayalah korang..mmg worlddd..setiap kali nama mawi disebut korang yg kuat jerit..as pun jerit gak..tapi jerit dgn sopan santun dan ayu gitu..he..he...duk kat umah daaaa...:D glamor tul korang nih..sokongan yg korang bagi pada mawi mmg meletoppp ..


MAWIFC WORLDDD!!!

SHARING IS CARING!!

Anugerah Era 2006

Ini sedikit ulasan yg as boleh kasi untuk keseluruhan AE untuk kali ini..tak nak komen lebih2..as komen serba sikit jer..

----

Permulaan AE kali ini agak membosankan..maybe dah selalu dioarang buat gambit mc tuh so nama terlalu 'biasa' sangat.Permulaan anugerah ditunjukkan Vc tentang seorang pereka fesyen yg diculik..dilakonkan oleh Apek n DJ2 era n 2 gadis ejen 016..biasalah kan..DIGi yang taja AE..he..he..kononnya apek tak der baju ler..pereka fesyen dia kena culik..pastu masa kat penats apek n linda onn pun kuar..n tetiba jer 'gadis' 016 pun kuar kasi baju kat apek..n ntah dari mana ntah kuar ler mat motor yg kononya jahat ler nak rompak baju apek..pastu abih camtu jer..lakonan diaorang..adehler..tak teruja pun tgk.biasa jer..

untuk AE kali ni apek dan linda onn ditugaskan untuk menjadi pengacara..secara jujur as katakan..minta maafler anda berdua tak sesuaii jadi pengacara untuk AE kali nih..untuk apek teruskan berlakon..n untuk Linda ONN..adehler..better jadi DJ jer..mas aAE05 yg lepas pun Aznil yg banyak menghangatkan suasana ..mmg membosankan koloborasi antara linda n apek nih..so boringggg..kalau korang fikir nak mengamatkan susana dgn segemn kononya 'info ringkas era' ala2 berita tuh..tetapi hanya nak perli n sindir artis2 kita..baik tak payah..tak baik nak mengaibkan orang di khalayak ramai.perlu ker bangkitkan lawak jenaka ttg Ct-Dk,mawi n ina n beberapa artis lain?? tak terfikir ker betapa aibnya mereka..kalau sekali dua maybe boleh diterima pakai mungkin diaorang tersasul..tapi dlm tempoh 3 jam tuh asyik nak sindir orang jer..mana boleh mcm tuh..nyampesss tul ler...

Untuk persembahan artis2 kali nih so far boleh ler tahan tapi tak panas mcm AE05 yg lalu..apa taknya dah mcm Anugerah AStro ler plak..kebanyakkannya semua dari artis maestro..so susah sikit nak tgk artis lain..persembahan search..seperti biasa mmg mantap..cuma yg tak bestnya sistem audio kali nih mmg teruk..isyh..apasal aaa..tak kan tak check dulu kot sblum nih..??selain tuh persembahan ning dgn anak didiknya yanie n nikki boleh dibanggakan..mmg satu usaha yang bagus..n persembahan yg mantap..cuma sekarang nih tgk pakaian ning dah makin 'low' ..dulu dah ok dah..skrg nih dah teruk balik..dah kembali mcm asal ker?? apa2 jer lah..selain tuh persembahan sean ghazi pun menarik minat as..ermm..tak sangka gak dia nih boleh menyanyi..mendayu gak sore dia nyanyi 'Jeritan batinku'..persembahan mawi..ehem..ehem..he..he.. mmg ler best..mmg satu kelainan kali nih bila mawi menampilkan kanak-kanak dari kumpulan koir sekolah untuk turut sama menyanyikan bersamanya..mmg syahdu jer..sore mawi ditambah dgn sore budak2 tuh..mula2 tuh..alamak,..dgr mcm pitching lari jer budak2 tuh..lama2 baru ok..cayalah..persembahan lain..as tgk biasa2 jer..pop shuvit pun best juga..n nampak sangat diaorang mmg berusaha.kiranya show dioarang mmg show anugerah ler..tapi mmg sesuai ler diaorang nih.walaupun tak famous di Malaysia,tapi dioarang nih popular kat Jepun tau..fuh..dasyat tuh..persembahan zahid paling kelakar..bukannya sebab dia pandai buat kelakar ker apa ker..tapi oleh kerana kasut roda punya pasal..dia nyaris nak jatuh..kalau jatuh tuh..eee..tak tahu nak kata apa..gedebukk..adehler..malu satu hal..sakit satu hal..he..he..be carefull zahid..next time..persembahan 4 Bintang Af tuh menarik ler juga..leh nilai 4 Juara AF..Dimulakan dgn persembahan Vince,sesuai dgn tittle AF1 ..perembahan yg sederhana dan kawalan vokal yg agak sederhana n diteruskan dgn zahid..n seperti biasa lagu'Wo'..err..tak der lagu lain ker zahid?? as lebih prefer dia nyanyi "Kau teristimewa"(kalau x salah ler tajuk lagu dia) maybe sebab zahid nih suka dance kot.sbb tu ler dia nyanyi lagu nih..diteruskan dgn show mawi(ulasan seperti diatas) n akhir sekali Faizal dgn lagu "lihatlah.." errr..komen as?? errr..biasa jer..tak der umphh ler..kawalan vokal agak sederhana..antara keemapt2 bintang af nih kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan mereka dibezakan dgn bilangan peminat n nilai diri..n so far pemenangnya adalah..he..he.. of course mawi..[bias tul ler..he..he..]

Paling menarik AE kali nih apabila 7 kali mawi naik stage terima awards..alhamdulilah..korang kutuklah dia lagi..he..he..n setiap kali dia menang ucapan pun berbeza..sampai tak tahu nak ckp apa lagi dah..he.he..dia banyak ucapkan terima kasih pada semua yg banyak menyokong dia terutamanya MAWIFC..cayalah mawi..n yg paling syahdu bila dia bercakap ttg arwah Pak atan..sedih jer..

(bersambung...mcm drama bersiri daaa..)



antara 6 trofi daripada 7 trofi mawi

----------------------

Result penuh Ae06

Artis Harapan Pilihan

Mawi

Lagu pop Pilihan

Kian(Mawi)

Muzik video popular

Lagu Jiwa Lagu cinta -Mawi&M.Nasir&Mamat khalid

Vokal duo berkumpulan pilihan

Nikki&Zahid

Irama Global Pilihan

Aduh saliha - Mawi

Lagu Nasyid pilihan

Nawaitu (Rabbani)

Band Pilihan

Dewa

Lagu Rock Pilihan

Diari seorang lelaki(prety ugly)

Kaki wayang Era

Baik punya cilok

Vokal wanita pilihan

'datin' Siti Nurhaliza

Vokal Lelaki Pilihan

Mawi

Anugerah Carta Era

Aduh Saliha(Mawi)

Anugerah seni Era

seniwati Zaiton&Datuk Mariam Menado

Artis SMS Dg

Mawi

Tuesday, August 29, 2006

MALAYSIA KITA

MERDEKA!!! MERDEKA!! MERDEKA!!!
SELAMAT MENYAMBUT
KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE 49
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
alhamdulilah...dah 49 tahun kita merdeka...tapi adakah kita betul2 merdeka??? malangnya merdeka hanyalah dimulut semata-mata..sedih juga bila kita tanya pada kanak2 sekarang..bila Malaysia merdeka?? ada sesetengahnya dapat kasi jawapan yg betul..tapi banyakkkkk yg tak tahu sebenarnya..!!aduh..sedihnya rasa...kita lah yg sepatutnya lebih peka terhadap adik2 kita ataupun anak2 kita..jgn hanya nak berhabis berhias untuk merdeka tapi pengertian merdeka tak dapat dinilai dan dimanfaatkan..alangkah malangnya ..dimanakah jati diri kita ? tepuk dada tanya selera...
---------------------------------------nota harianku--------------
PERANG STESYEN TV ??
TV3 , RTM 1 & ASTRO
VS
apa nak jadi dgn mutu penyiaran kita sekarang nih...hanya kerana nak berebut rating siapa paling tinggi sampai etika dan moral individu lain diperdagangankan?? malangnya industri penyiaran sekarang tidak mementingkan harga diri orang lain tetapi hanya memikirkan keuntungan semata-mata..
soal siaran langsung perkahwinan ct as tak kisah sangat..tapi yg paling sakit hati pada RTM nih!! apa rasionalnya mengadakan rancangan khas Mawi ..Ina nih??? mmg memalukan stesyen penyiaran..lebih2 lagi RTM adalah stesyen kerajaan..kalau swasta masih lagi boleh dimaafkan..sedih ..mmg sedih..yg jadi mangsa adalah ..MAWI!! sememangnya..bagi INA dia dah dapat pulisiti dah dgn rancangan nih..n lagi satu..publisiti untuk buku dia tuh..adehlerrr...pening kepala..yg jadi mansa..mawi juga..banyak lagi yg as nak ckp..tapi ari tuh dah tulis berjela2 dah..tetiba jer blog nih ada problem..itu yg malas nak tulis lagi tuh..he..

------------------------------------------------------------------------------

NANTIKAN ANUGERAH ERA 2006 MALAM INI!!!! TUNGGUUUUUU!!!

KREDIT UNTUK THIS BLOG FOR THE PICTURES..

http://santapanhati.blogspot.com/2006/08/merdeka-merdeka-merdeka-happy-birthday.html

Tuesday, August 22, 2006

Diari Seminggu

assalamualaikum...dah lama as tak update blog nih kan..bukannya apa..bz sikit..ceewah..bz ajer..he..he..oh yer sebelum terlupa nak ucap sikit..
"SELAMAT PENGANTIN BARU 'DATIN' SITI NURHALIZA&DATO K
MOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT"
21 OGOS 2006 -Akad
28 OGOS 2006- Persandinggan di KLCC
dah kawin dah pun dia nih..he..he..tak kisah lah kan..dah jodoh dia..sapa lah kita yg nak menidakkan jodoh yg dia pilih sendiri..tapi kesian gak ler ngan TZ tuh..dulu kongsi perniagaan sekarang nih..terus ambik 'rakan' niaga tuh..opsss...tersasul lak..tak pasal2 ct saman nanti..sorry Datin...he..he..
minggu lepas n minggu nih mmg bz sesangat ler..adehler..sepatutnya as kena gi register untuk sem baru..tapi bank lak buat hal..adehler..sia2 jer cuti 2hari tapi x leh buat apa2..risau gak ler kalau class dah start..apa nak buat kan..dah nasib..maybe minggu nih leh kot settle kan benda tuh..cepat jer masa berlalu dah semester enam dah pun.,.isyh..isyh...dah masuk 2 tahun dah pun ..tinggal lagi 2 tahun jer lagi nak habis..tak sabar betul nak habis study..he..,he..
Pertemuan Kembali
sebut pasal member2 nih..minggu lepas juga ler as dapat contact balik member yg dahh lamaaaa menyepikan diri..ezin..sob..sob..syahdu ler plak..ingatkan ezin dah tak ingat kat ckn nih..maklumlah member2 integrasi dulu kan ramai...kalau x ingat pun tak per..."aiman tak kisah"..sob..sob..anyway congratulation dah jadi "Penolong Pegawai Teknologi Maklumat" di Putrajaya..tahniah n one more thing..congratulation coz dah jadi tunangan orang..(kalau x salah ler..)kawin nti jgn lupa jemput tau..
Majlis Pelancaran Kad Mawifc dan Sambutan Hari Lahir Mawi
yahooo...dah tak sabar rasanya as nak bertolak g sana..majlis tuh dibuat serentak.maklumlah 25 Ogos kan Birthday Mawi so kiranya sekaligus ler ngan pelancaran kad tuh..he..he..x sabarnyaaaa..(xcited terlebih ler plak)
as bertolak pada 23hb n balik pada 25hb ogos nih.flight as 23hb ogos 8pm..isyh..harap2 ler sempat..bukannya apa,as kerja lagi 23hb tuh..insyaallah sempat kot..kena rush ler nampaknya g airport.sampai sana kak jier ambik pula..tq yer kak jier..jasamu ku kenang..he..he..so seperti biasa 'hotel' as..umah kak jier ler..he..he..makasihh yer kak jier..i luv youuu(bodek tuh..nak makan nasi lemak special hulu langat..sedappp tau kak jier masak.nyum..nyum..)
apa2 pun..back blum pack apa2 lagi nih..tgh confius nih(ala2 zulplus mawifc) tak tahu nak pakai baju apa..ermm...nak pakai baju apa yer...tgh pikir lagi nih..any idea ker?? kalau ada idea tuh jgn lupa antar Idea MFC send ke 32222 (lawak jer nih..jgn buat plak) he..he..apa2 pun..mmg tak sabar nak p sana nak jumpa geng2 mawifc n yg paling penting..ehem..ehem...MAWI ler.....worldddd!!!
Butiran Majlis
Kad Pelancaran Kad Mawifc&Birthday Mawi
Tarikh : 24 Ogos 2006 --25 Ogos (midnight)
Tempat : Hotel Legend Kuala Lumpur
Masa : 8.30 Malam
Anjuran : Mawifc dengan Kerjasama Majalah HAI (thanks Huzz)
Tema : Biru dan Putih