-->

MY FOLLOWER

Pages

Monday, May 14, 2012

berilah dia peluang


Sempena hari ibu yang baru lepas ni hati as kenkadang mudah tersentuh dan rapuh,ibaratkan kaca yang terhempas dan jatuh berderai takalan menghempas lantai..errr per motif lak berbahasa bagai ni(nota utk diri sendiri : kurangkan baca novel sastera yg berbunga2..he..he.).Kalau dulu as ni mmg sensitif tapi takderler sesensitif mana pun..tapi sejak menjadi ibu hati ni lebih lembut..mmg lumrah dan sifat semulajadi seorang ibu(lembut ker as ni?) yang bersifat penyanyang dan melindungi..tapi betul ke semua ibu ada sifat mcm tuh? apa taknya sejak dua tiga menjak ni as tgk banyak tul citer ttg ibu..dan yang paling menarik perhatian ialah kes ibu yang memukul anaknya yang berumur 10 bulan tuh..siap masuk Tv3 n laman sosial lagi.
i
as sebenarnya mmg tak tahu pun video tuh tersebar kat Facebook, n as hanya tengok video tersebut bila ditayangkan di Buletin Utama jer..masa mula2 nengok tu
as, hencik somi n anak ada kat kedai makan.Memula nengok tu ingatkan kat negara luar ,tak mengejutkanlah bila perkara ni berlaku ..pastu bila tahu rupanya jadi kat Malaysia, lagii panassss..rasa geram sangatt..rasa kesian sangat ngan baby tuh..mmg segala sumpah seranah ler kuar(tapi masih lagi secara sopan dan berbudi bahasa..he..he..).Terus as tgk muka anak as..isyh, kita ni nak tampar anak pun bersebab n bila tgk mata hitam dia tuh lagii ler rasa kesian, boleh plak orang buat anak mcm tuh..isyh, mmg geram sangatt..
 
Tapi untuk pengetahuan semua, n as rasa ramai dah antara kita yang dah tahu..video tersebut adalah merupakan video lama iaitu pada tahun lepas dan ini adalah merupakan kenyataan dari Pihak PDRM.


'Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.


Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. — via Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'


Untuk pengetahuan semua juga, bayi tersebut kini berada di bawah jagaan keluarga angkatnya dan masih dipantau oleh Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Alhamdulilah..lega rasanya kan..Ada satu persoalan yang rasanya mmg semua antara kita persoalkan kenapa perakam video tersebut tidak menghentikan perlakuan si ibu tersebut..dan ini adalah jawapannya.
Berikut adalah kenyataan perakam video tersebut di sebuah akhbar tempatan

“Bukan sengaja saya ingin merakamkan kejadian itu tetapi kerana inginkan bukti untuk diberikan kepada pihak polis bagi memastikan ibu kandung bayi yang berusia 10 bulan (ketika video dirakam) itu menerima hukuman selepas berbulan-bulan dia mendera bayinya, jadi saya terpaksa

“Untuk mereka yang tidak tahu perkara sebenar, janganlah menuduh membuta tuli dan mengatakan saya bersekongkol, siasat dahulu supaya tahu apa yang berlaku tetapi bila ini yang saya terima saya kesal dan sedih,” katanya kepada Bernama sambil mengesat linangan air matanya.

Mesti ramai antara kita (as jugaaa) yang menyumpah seranah dan marahkan si ibu tu..tapi apa2 pun si ibu tersebut telah pun menjalani hukumannya di penjara dan telah menerima akibat perbuatannya itu..samaada ibu tersebut telah menerima pengajaran ataupun tidak dari hukuman tersebut, kita tidak pasti.Mana tahu, ketika kejadian tu si ibu berada di luar kewarasannya dan mungkin kini dia dah insaf dan menyesali perbuatannya..so mulai hari ni sama2 ler kita berdoa agar dia akan menjadi ibu yang baik(utk diri sendiri sama..) moga2 dia diberi hidayah dan akan menyanyangi anaknya sepenuh hati..n kalau diikutkan si ibu akan menjalani hukuman selama 18 bulan dan insyaallanh akan keluar pada November nanti..jadi, sama2 ler kita memberi peluang kepada ibu bayi tersebut utk berubah..berubah menjadi ibu yang lebih baik..

No comments: