-->

MY FOLLOWER

Pages

Friday, May 25, 2012

kenapa aku berblog?

errm..rasanya soklan ni boleh ditanya pada kawan2 yang suka blog dan tanya jer diaorang kenapa diaorang suka berblog? kalau tanya pada as, senang jer..kalau sesetengah orang suka meluahkan perasaan pada diari tapi as ni lain sikit..kalau dulu nengok kengkawan ada diari, kita pun beli diari..memula tu minggu pertama tu mmg tulis lah..tapi lama kelamaan mula ler malas bebenorr..n last2 diari tu jadi tempat contengan n tulis nota kuliah jer..ha..ha..masa tu mana ler tersebar luas lagi penggunaan blog ni..pastu lepas grad jer n dah dapat kerja masa tu ler baru berjinak2 ngan blog..



gambar ni ambik sendiri yerr..masa mawi datang Jitra..pergh,sanggup tul masa tuh.


Blog pertama dicipta pada oktober 2005 dan entry pertama plak pada 07 Oktober 2005 dengan tajuk entry "Uniknya Ramadan Bersama Mawi".ha, apasal sengih2 plak tu..nak wat camner masa tu as ni 'kipas susah mati' (die hard fan) mawi..so kebanyakkannya semua citer ttg mawi dan fan club Mawi FC..perghh sejarahh tuhhh...ha..ha..dan entry seterusnya adalah tentang...? sila jangan muntah secara berjemaah yer sbb entry seterusnya juga adalah ttg mawi , mawi dan mawi..ha..ha..nak wat camner masa tu dok giler mawi..maklumlah bujang lagi..opssss tak der niat pun nak himpit mawi yer (tapi berangan tu ada ler gak masa tu..ha..ha..)

Pastu lama kelamaan blog pun berkembang mekar dan mengikut musim..musim rajin dan musim malas meghupdate blog, ha..ha..n semuanya berkisar kehidupan as dan perkara2 yang berlaku di sekeliling..blog as ni takder ler cun mana pun, tapi apa yang penting isi dalam blog tuh, sbb semuanya adalah ikhlas dari luahan hati as (sebenarnya x reti nak wat cantik2,ha..ha..) diam tak diam dah 7 tahun lebih dah blog ni wujud, perghh kalau ada anak tu dah masuk sekolah dah pun..perghhh..dasyattt,dasyatt..bagi as, melalui blog ni ler as luahkan apa yang terbuku di hati..n kalau ditanya "kenapa aku berblog?" jawapannya " kerana aku suka melayan perasaan dan meluahkannya ke alam maya seperti lukisan di langit yang biru penuh pengertian dan penuh keihklasan..perghhh ayatttt...agak2 kalau dalam peksa Bahasa Melayu SPM okeh tak..boleh dapat A tak? ha..ha..


Daisypath Friendship tickers



No comments: