-->

MY FOLLOWER

Pages

Sunday, August 12, 2012

sawadikappppp

sawadikappp..aik, per hal plak chik as bersawadikap ni.he..he..ni semua gara2 chik as merentas 'oversea' marin.fuh, walaupun dah 29 tahun chik as menetap di kedah ni, baru marin 1st time chik as menjejakkan kaki ke Thailand.isyh, mcm tak percaya jer chik as g juga sana.Tu pun gara2 ikut member2 chik as g sana..so chik as ngan suami pun numpang sekaki ler.he..he..Kelmarin chik as ngan suami, DQ n family, Chik Tun n suami n linda together2 merentas negara.Oleh kerana Chik As n Deq Qien a.k.a Mama Qhayra ni first time masuk Thai, mmg berdebar2 gak ler Chik As..lebih2 lagi, bila dgr macam2 citer ttg bom mengebom ni..mmg berdebar2 ler chik as..tapi alhamdulilah kami selamat pergi dan balik..



bersedia nak habiskan duitt.he..he..


Kamilah GGP!!..(geng giler photo) ha..ha..



Destinasi yang kami tuju ialah Pekan 'Krongek'..chik as tak pasti plak speeling dia mcm ner..tapi kalau ikut sebutan tu mmg camtu ler.he..he..Kami ni ikut Chik Tun jer..sbb dioarang mmg rajin g sana, kiranya dioarang tourist guide kami ler.he..he..Pekan Krongek ni jauh sikit jer dari Pekan Danok jer..mcm dari Changloon nak ke Jitra lebih kurang.N pasar krongek ni merupakan pasar yang menempatkan baju2,kasut, handbag, bundle gred A,gred B, Gred C dan lain2 lagi..Lebih kurang mcm pasar malam gitu..macam2 dijual kat sini dgn harga yang jauh lebih murah.Barang2 basah mcm ikan, udang, ketam mmg murah gilerr.Buah pun mmg fresh dan murah berbanding di Malaysia.Sampai2 jer kat sana, kami berpecah..geng lelaki dan geng perempuan.Lagipun kalau shoping ngan geng perempuan ni lagi bestt, memahami gitu..he..he..Chik as ngan member2 banyak borang baju anak jer..maunya tak borong, bila sehelai baju leh dapat bawah RM10 dan ada juga yang bawah RM5..kain2 dia mmg elok plak tuh..perghh..dasyatt..so hasil tangkapan chik as marin ialah, 8 helai baju darwisyh, 2 kilo buah salak, 2 kilo buah anggur, 1 kilo buah mata kucing dengan total = RM66 sahaja!! ha..ha..gumbira..gumbira.Terlampau gumbira plus letih, chik as sampai luper nak snap gambar kat situ.he..he..Mmg murah giler buah2 yang dijual kat sana.Buah anggur tuh sekilo Rm3.50,Buah Salak Rm7.00,Buah Mata Kucing plak Rm4.00..iysh, mmg murah..


soping..soping..




tgh seronok2 meronda2 kat situ, ada something yg lucu plus 'hampess' bagi chik as..he..he..nak tahu apa? nahh cuba nengok.......



sama ler plak tudung chik as baju tuh..kalau beli ni sure dah mcm kain bergerak dah..he..he.. 

Bila selesai di Krongek, last pit stop kami ialah di pekan Danok.Tapi oleh kerana ada masalah teknikal, chik as dan suami gerak dulu ke Danok.Selama ni chik as dok dgr2 jer danok..danok..akhirnya dapat gak jejak kaki kat sana.Kami singgah beli beras wangi dan beras pulut.Maklumlah, nak dekat raya ni..per lagi, orang sini akan beli beras pulut kat sana punyer..Cuaca kat Thai mmg panas terik dan berbeza sangat ngan Malaysia.Dahler bulan puasa, kami ni lotihh yg amat sangat..kalau ler tak kuat iman, maunyer berbuka kat sana.he..he..tapi chik as nengok ramai gak orang Malaysia kat sana ngan selamba jer makan n isap rokok..errm, per nak jadi ntah.Lepas selesai semuanya, chik as ngan suami gerak balik dulu n geng2 chik as singgah di kedai2 di danok plak.Chik as ni kalau ikutkan hati mmg nak soping2 dulu kat danok, tapi badan ni kalau guna bateri mmg bateri dah low dah..lotihh sesangatt.Sampai2 umah jer elok2 kul 1.30,..lepas solat jer terus tido tak hengat donia punya..letihhh..Last2 bangun kul 4.00pm chik as hanya masak mee bandung jer untuk berbuka puasa..tak ada energy dah nak masak yang lain.he..he..



chik as tangkap otw balik..berselirattt wayar elektrik dioarang kann..


Kesimpulannya, trip ke Thailand adalah berjaya dengan jumlah belanja hanya RM74 (termasuk tiket parking n etc2) sahaja..tak termasuk beli beras sbb hencik somi yang bayar.he..he..Chik as bawa Rm200 = 2000 bath, n baki dkt chik as masih ada 1026 Bath lagi bersamaan dgn Rm126..mmg layanz gak ler kat Thailand ni, tapi dalam masa yang sama masih ada rasa takut2 dan berdebar2 lagi kat hati masa kat sana.Pendek kata, tak berapa rasa secure sangat.Memang betul kata orang, hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang..so lebih baik kita kutip emas tuh n bawa jual kat negeri sendiri..ha..ha..pepatah baru tuhh..he..he..

Nota kaki : Dengar kata Deq Qien, Chik Tun n Linda balik2 jer umah terus pengsan..lotihhh.he..he..

10 comments:

Si Matatajam said...

Wah Bestnya jejalan shopping....hu hu Jeles meles M tgk...

Deq's Qienz said...

aikkk kite pengsan yerr..awak tuh pengsan lagik awai kot..hahaha maklum la dah sampai dulu..hikhik

gadisworld said...

M, tak best sangat soping time posa ni..kering tekak yg amat..tgk air tepi jalan tu pun dah nampak mcm fresh orange..he..he..

dq, ha..ha..untung oo sampai awal, leh lena lama sikitt..

eimah siti said...

cik siti tak pernah lagi p walaupun duduk kat kedah jugak....heheh

Chic Na said...

macam best je shopping kat sana. barang murah2 kan. cun la kalo chik as pakai baju ngan tudung tu. matching sangat. hekhek..

Rai said...

wahh..meriahla raya cik as..sambil jimat baju raya pun banyak..murah betul anggur rm3.50 tu..

teringin gak nak ajak husband ke sana.. tapi husband ni cepat risau.. so tatau la bila nak sampai ke sana..

Deqla manjew said...

syoknye jenjalan..x ajak pun! huhuhu..cik as dan DQ iras2 la..kdg2 terkompius jugak! tp tak tau la kalo kat luar kan..tgk dlm gmbr nmpk la sama...

are_lin@yu said...

thailand erk..dkt ja ngn umah ayu..len kli singgah tau..hehe

gadisworld said...

eimah, chik as pun baru 1st time p..he..he..

chic na,ha..ha..takut tak nampak muker jer..org ingat harimau bintang mana ntah..ha..ha..

Rai, mmg murah buah2 kat sana..tapi balik umah mmg kena cuci bersih2 sikit..chik as pun masa memula g tu mmg cuak gak ..takutt

deqla, ha..ha..x sama ler dear..dq tu size xs, chik as lak size xl..he..he..

ayu, nak singgah time bulan pose tak bestt,,nanti kalau singgah bulan tak [pose baru bestt.he..he..

BERT said...

syoknye g thailand... lom penah jejak lagi nih hehehe