-->

MY FOLLOWER

Pages

Monday, August 27, 2012

Saya nak duit rayer dari Cik Misya!!

Wah, dah lama dah tak masuk n join apa2 pun contest n tetiba ari ni walaupun masih rasa lemau akibat dari lemak ketupat dan lemang yang dah berumah dalam badan ni, chik as gagahi juga diri ni tuk join contest ni.

Contest ni pun chik as jumpa masa 'jenjalan' g melawat blog kengkawan n tetiba terjumpa ler contest ni dari owner blog yang comel, cute dan miut (bukannya bodek tauu.he..he..) Rupa-rupanya cik misya ni model muslimah upernya..Patutlah dia pandai bergaya..kalau ler chik as bergaya mcm tuh mau muntah secara berjemaah orang tgk chik as..he..he..okehler melalut plak chik as ni...tahuler skrg ni tgh bosan takkala jam menunjukkan angka kul 1.28 menandakan waktu rehat bagi waktu2 kerja gomen dan swasta yang sewaktu dengannya tapi chik as masih lagi ada kat workstation bekerja..hu..hu..sedeyyy..




Kisah Duit Raya Chik As

Chik as ada kisah yang menarik nak citer ni..tapi chik as tak pasti ler boleh dikategorikan sebagai kelakar ker, sedih ker, sadis ker, kejam ker..nilailah sendiri.he..he..

Kisah ni terjadi masa tu chik as tak 'berdua' lagi..masih lagi solo dan available.ha..ha..masa tu chik as baru jer kerja n masa tu first time chik as kasi duit raya kat orang.Maklumlah sebelum ni asyik tunggu jer duit raya dari orang..maklumlah anak dara sunti katakan..he..he..Lepas jer dapat gaji tu teruja tul bila pihak bank kasi sampul raya..Balik2 umah jer terus ler chik as isi duit2 raya berdasarkan skala ricter gaji n populasi 'penduduk' yang bakal menerimanya.Oleh kerana pihak Bank hanya kasi 10 jer sampul, maka dgn inisiatif sendiri, chik as menambah lagi dan membeli lagi sepaket sampul raya.

Tibalah hari raya yang dinant2kan..chik as lebih teruja dari anak2 sedara yang bawah umur tuh.Maklumlah, 1st time merasa sebagai orang dewasa..Lepas bersalam2 tu kami pun terus konvoi g umah sedara mara.N dgn muka bangga dan riaknya chik as pun hulurkan sampul dan lepas tu terus ke next 'pit stop', umah sedara yang lain plak..lepas beramah mesra n menghabiskan kuih yang ada kami pun minta diri utk balik dan seperti kelaziman chik as hulurkan sampul raya.Belum sempat chik as masuk dlm keta, sedara kecik chik as tu panggil " kak kecik..kak kecik..sampul ni takder duit.." alamak, terkeduu chik as..check punya check sampul budak2 yang lain pun sama..tak der duit juga.aduhhh, camner ler leh jadi mcm tuh.So dgn muka tebal setebal tembok besar china, chik as tukar ler balik sampul tuh..fikir punya fikir baru chik as tingat..rupa2nya sampul baru yang chik as beli tu tak masukkan pun lagi duit, chik as hanya kembungkan sajer sampul tu sbb ingat senang sikit nak masukkan duit nanti,last2 terus luper..hadoiii.dah berapa orang budak ler chik as aniaya kasi sampul kosong..sure berbakul2 sumpah seranah chik as dapat.

ikhsan dari pakcik google


Patutlah asyik tersedak jer chik as ari tuh..ha..ha..pada budak2 yang teraniaya, chik as minta maaf ler kat korang n chik as dah tebus dah pun ngan kasi extra duit kat diaorang hari raya tahun berikutnya..tapi yang tak tahan tu siap kena perli lagi ngan sepupu sepapat chik as, suh anak2 diaorang n adik2 dioarang check ada duit ke idak..hadoiii..hampagass dot com tul ler..he..he..takper,semua tu sejarah dan memori..kalau diingatkan balik mmg jadi pengajaran, teladan dan etc..etc(malas dah nak tulis ni..).so itu jer kisah duit raya dari chik as..jumpa lagi di lain siaran..eh, silap plak.he..he..

Soklan utk Cik Misya Cayang

Pernah tak cik misya curi2 makan pada bulan pose?, tapi bila time berbuka wat muka seposen jer..kengkonon letih berpuasa?



Ucapan Raya dari Chik As

Sempena Syawal yang mulia ni, chik as nak ucapkan selamat hari raya buat Cik Misya owner blog yang cute mute(lagi sekali..bukan nak membodek, tapi ayat penyata..he..he..) yang menganjurkan contest ni.Tak lupa juga kepada follower2 sahabat chik as tersayang yang sentiasa mengikuti perkembangan blog chik as dan juga kepada semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada.Selamat Hari Raya Aidilfitri ,Maaf Zahir Batin dengan ucapan " jangan makan banyak2 sangat..kelak anda akan menyesal..(bila berat badan naik..he..he..)


Sunday, August 26, 2012

pahit manis raya kali ni..sedeyyyy

assalamualaikum dan 'samat rayaaaa' (bak kata darwisyh)..alhamdulilah, dah sampai dah pun bulan syawal dan ari ni dah 7 syawal dah pun..selamat berpuasa buat kengkawan yang sambung berpuasa..chik as pun insyaallah nak puasa gak, cuma nak startt jer belum lagi..he..he..per taknya, setiap ari kengkawan n sedara ada wat umah terbuka..so per lagii chik as pun terpaksa ler membuka mulut n usus tuk makan.he..he..
 
Raya kali ni as beraya umah as n ari raya kedua baru ler balik umah MIL n bestnya kali ni abang2 balik beraya kat umah, tapi sedey gak ler bila bang cik n bangtih tak dapat balik beraya sbb tak dapat cuti, hu..hu..takper nak wat camner kann,dah tuntutan kerja.Per2 pun raya kali ni meriah ngan bunga api n mercun jer..pergh, chik as dah rasa mcm ada perasmian sukan olimpik pun ada bila nengok mercun yang berdentum dentam kat langit tuh.Tukang bakar mercun tak lain tak bukan hencik somi chik as ngan anak sedara chik as..kami yang lain jadi pemerhati jer kat luar.he..he..Tapi sayangnya, lepas dah habus main mercun tu baru ler tingat nak tangkap gambar..aisyeh, luper daaa..Darwisyh seperti biasa, dgr jer bunyi mercun meraung2 dia..takutt..bukan jer dgr bunyi, bila kita sebut mercun pun dah nangis dah..siann dia.Bukannya per, dia jadi mcm tu bila masa awal2 puasa dulu adaler jiran tetanga ni yang tak berapa nak menghormati jiran lain..ada ker dlm kul 11pm lebih kurang mcm tuh g baling mercun bola kat laman umah as..masa tu darwisyh tgh minum susu nak tido..terkejut ler dia, sampai teresak2 nangis..sejak ari tu, bila dgr bunyi mercun or sebut perkataan mercun pada dia mmg dia akan nangis..fobia kot.sian anak ibu sorang tuh..
 
Awal2 hari raya jer,lepas prepare apa yang patut n lepas balik sembahyang raya jer baru ler bermula sesi fotografi ,sesi bermaaf maafan dan bagi duit raya.Masa ni ler masa yang ditunggu2 oleh kanak2 ribena tuh.Yang mana tgh merajuk2 tuh terus tersengih bila dapat duit raya.he.he..
 
 


utk family photo..darwisyh sorang jer out of frame..sebabnya ialah,cuba tgk gambar bawah..


 
sampai nangis2 tanak kuar dari keta abah dia..

 
Kami kuar dari umah kali ni agak lewat gak ler..per taknya, baru nak kuar umah ada orang datang n last2 dlm kul 12.30pm baru kami bertolak kuar ke destinasi utama kami..ke kubur n baru ler pusing beraya umah sedara mara..sebelum kuar tu kebetulan plak sedara kami bangcik chet datang n hencik somi as tetiba jer mata yang kecik tu terus bertukar jadi mata ala2 kartun jepun..mata besor..per taknya, bang chik chet datang ngan motor idaman dia.Lagiler somi as dok pujuk as soh benarkan dia beli motor tuh..adehhh,poning palaa..
 
nasib baik ler chik as pakai baju kurung..he..he,,
 
Keluar2 jer secara konvoi kuar rumah, ada perkara yang tidak diingini berlaku bila abang sulung chik as terlibat dalam xcident.Chik as naik kereta lain dgn sorang anak sedara dan kami kereta yang pertama..Masa U -Turn tu heran gak ler chik as mana dia keta abg chik as..sbb tadi mmg ikut belakang keta kami jer.Lepas u turn tuh  kami berhenti kat tepi jalan utk tunggu keta lain n kemudian ternampak keta abang kat simpang jalan n masa tu mmg dah ramai orang berkumpul kat situ.Hati chik as dah berdebar2 dah masa tu.Suami chik as tak kasi kami kuar n suh dok dlm keta jer.Dia sorang jer melintas jalan n kuar.Masa tu chik as dah leh agak dah ada xcidnt, tapi tak pasti samaada abg chik as terlibat ker or  abg tolong orang xcdnt.Tapi bila nampak keta abang2 lain pun berhenti sama,mmg naluri kuat mengatakan yang xcdnt tu keta abang chik as.Aduh, lagi ler chik as rasa takut.Nengok plak mak chik as n semua abang2 ada kat situ..Tak lama lepas tu plak, sampai ambulan..isyh, perasaan chik as masa tu mmg tak keruan.Takut, berdebar2 semua ada..Dlm  setengah jam lepas tu, lepas ambulan pergi baru ler suami chik as masuk keta balik..
 
 
tak berapa clear sangatt..sbb lindung dgn divider tuh..
 
Rupa2nya ada motor langgar keta abg , sewaktu nak kuar simpang..Budak tu budak2 perempuan n diaorang konvoi  2,3 biji motor lagi.Apa yang lebih jadi drama kat situ ialah budak perempuan yang jadi 'driver' tu terguling kat situ tanak bangun2..dia diam jer sambil tutup mata rapat2..Kami ni risau ler kot2 ler patah kaki ker haper ker..tapi mengikut abg,kalau nak diikutkan teruk, pembonceng tu lagi teruk sbb kawan dia tu 'terbang' ke tepi jalan..tapi yang kawan dia tu awal2 lagi bf dia dah bawak larik..Tinggal ler dia dok sorang2..Memula tu ada kengkawan 'sekonvoi' dia nak salahkan keta abg ,  dia ckp "keta sapa ntah mai dari mana terus langgar kami"..lepas tu kakak chik as terus ckp " tu kereta saya.." terus budak tu diam..n ckp salah diaorang sbb bawa melawan arus ..n lebih drama, keta abg chik as tu tak bergerak pun lagi n diaorang yang langgar keta abg .dahler dgn takder lesen, x ada helmet, lawan arus n ic pun diaorang tak bawa.Rupa2nya diaorang tu dari Risda Tanjung Genting kat uum nunnn..jauhh sangatt dari k g chik as tuh..isyh, berani tul budak2 ni..
 
 
At the end, abg terus cancel nak ikut kami konvoi..n terus ke balai polis wat report  dan terus ke hospital nak tgk budak tuh.Kami yang lain teruskan juga konvoi dgn perasaan sedikit ralat n sedey..sian abang..keta abng walaupun takder terus mana pun tapi mau makan ratus2 gak ler nak repair..ermrm..nak wat camner kan bang..Kami yang berkonvoi ni pun rasa x berapa meriah dan seronok bila dah jadi mcm tuh n sentiasa call abg nak tau perkembangan terkini..N mengikut kata abg, budak tu dah boleh kuar hospital dah pun sbb selepas pemeriksaan doctor, tak ada kecederaan apa2 pun pada budak tu..sihat walepatliatt.Lepas selesai semua perkara, abg terus balik umah..ilang abih mood nak beraya..kami pun lepas selesai beraya umah sedara, terus balik umah tgk perkembangan kes  abg.Tetiba ayah kepada budak tu datang..dia datang minta maaf dan minta tolong tarik balik report..Ayah dia ckp anak dia budak 'sport', so mmg effect ler kalau ada kes polis , tambahan plak kesalahan dia mmg banyakk.Abg n kak mmg  tak minta duit ganti rugi kerosakan walaupun ayah n mak dia nak bagi..sbb bagi abg, biarlah selesai mcm tu jer.Abg mmg nak tarik balik report, tapi bila diaorang pergi semula balai malam tu bersama2 keluarga budak tu..report tu tak leh ditarik balik sbb budak tu mmg banyak kesalahan trafik so hanya boleh dikurangkan jer..errm..chik as pun tak tahu perkembangan kes tu seterusnya..per2 pun chik as harapkan selesai dgn elok..nak wat camner kan, bukannya kita minta semua tu terjadi..tapi mungkin ada hikmah disebaliknya..
 
abg n kak terus ilang mood nak beraya ..sian anak2 sedara pun beraya kat umah jer tahun nii..




 




Tuesday, August 21, 2012

Oh saya seorang yang sangat rajinn!!


HU..HU...RAJINNYA CHIK AS ..
DENGAN BANGGANYA ORANG LAIN TENGAH  BERGUMBIRRAAA DI HARI RAYA, 
CHIK AS DGN GUMBIRANYAA BEKERJA DI HARI RAYA KETIGA!!

HU..HU...SEDEYYY...SEDEYYYY...

MOOD : SEDEYYY..

Thursday, August 16, 2012

terima kasih bos!!

alhamdulilah rezeki lagi..tgh chik as dok berangan2 nak makan ketupat, nak buat kuih raya, nak kemas umah,nak wat itu n ini..tetiba bos panggil.Rupa2nya bos nak kasi duit raya..yeaaaa..dah lama dah chik as tak dapat duit raya ni..selalunya asyik bagi duit raya jer.Hepy betul raasa..tq bebanyak wat bos tersayang chik as En.Mohd Nor Ahmad atas pemberian duit raya wat 'anak2 dia' kat bahagian sirkulasi ni..macihh bossss


berebut2 tuhhh

"terima kasih boss!!"

sememangnya kami ni GGP (geng giler photo) ler..ha..ha..




yeaa...yea...rayaaa

 SEMPENA MENYAMBUT SYAWAL YANG MULIA INI,
CHIK AS DENGAN RASA RENDAH HATI NAK MENGUCAPKAN,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI YANG MULIA,
BUAT SEMUA RAKAN DAN TAULAN DAN SEMUAAAA FOLLOWER CHIK AS
YANG TERSAYANG..
 



Sebagai bekas artis rakaman (ha..ha..) kami kat opiz pun ada wat sedikit rakaman yang menjadi rebutan penerbit2 di Uganda dan juga Alaskan Selatan untuk ditayangkan sempena Aidilfitri nanti.Tapi oleh kerana rasa semangat jati diri kenegaraan, kami hanya memuat turun di Youtube sahaja..he..he...




Tuesday, August 14, 2012

Iklan raya pilihan chik as






IKLAN RAYA PETRONAS 2008













Lega rasanya

alhamdulilah, lega rasanya bila chik as dah settlekan benda yang tertunda ari tuh.Sejak dua menjak ni bz plak chik as mengalahkan YB plak..sebab tu ler nak reply komen pun sampai bercinta nak reply..sibuk sikit skrg ni.Pada kengkawan yang tinggal jejak tuh, insyaallah nanti chik as melawat korang kembali yer.Skrg ni chik as nak online pun mmg susah sikit.Kat umah mmg tak online dah.Sibuk nak wat kuih..alah, kuih pun ala kadar jer takder ler hebat mcm kat kedai pun.he..he..Kelmarin chik as baru post hadiah wat pememang contest chik as.Chik as beli pun ikut selera chik as, chik as harap izan mama mia suka :) Nanti bila dah sampai bagitau chik as yer :)

Oh yer, utk wanie plak, hadiah tuk wanie masih postpone lagi.Chik as terdelete alamat yang wanie hantar, hu..hu..sorry.hadiah dah beli, masa nak tampal alamat tgk2 aik..dah ilang..chik as terdelete ler plak..waaaa...Wanie, nanti hantar lain yer alamat dkt chik as semula.Dan kepada semua pemenang saguhati chik as, chik as harap korang semua dah dapat yer..Kalau belum dapat lagi, bagitau chik as tau..Mana tahu chik as terlepas pandang ker..

Per2 pun chik as nak ucap terima kasih tuk korang yang support chik as.Insyaallah kalau ada rezeki dan masa, chik as wat contest lagi yer..



p/s -tgh sedey nengok iklan raya dari BERNAS..hu..hu..sedeyyyy

Sunday, August 12, 2012

sawadikappppp

sawadikappp..aik, per hal plak chik as bersawadikap ni.he..he..ni semua gara2 chik as merentas 'oversea' marin.fuh, walaupun dah 29 tahun chik as menetap di kedah ni, baru marin 1st time chik as menjejakkan kaki ke Thailand.isyh, mcm tak percaya jer chik as g juga sana.Tu pun gara2 ikut member2 chik as g sana..so chik as ngan suami pun numpang sekaki ler.he..he..Kelmarin chik as ngan suami, DQ n family, Chik Tun n suami n linda together2 merentas negara.Oleh kerana Chik As n Deq Qien a.k.a Mama Qhayra ni first time masuk Thai, mmg berdebar2 gak ler Chik As..lebih2 lagi, bila dgr macam2 citer ttg bom mengebom ni..mmg berdebar2 ler chik as..tapi alhamdulilah kami selamat pergi dan balik..



bersedia nak habiskan duitt.he..he..


Kamilah GGP!!..(geng giler photo) ha..ha..



Destinasi yang kami tuju ialah Pekan 'Krongek'..chik as tak pasti plak speeling dia mcm ner..tapi kalau ikut sebutan tu mmg camtu ler.he..he..Kami ni ikut Chik Tun jer..sbb dioarang mmg rajin g sana, kiranya dioarang tourist guide kami ler.he..he..Pekan Krongek ni jauh sikit jer dari Pekan Danok jer..mcm dari Changloon nak ke Jitra lebih kurang.N pasar krongek ni merupakan pasar yang menempatkan baju2,kasut, handbag, bundle gred A,gred B, Gred C dan lain2 lagi..Lebih kurang mcm pasar malam gitu..macam2 dijual kat sini dgn harga yang jauh lebih murah.Barang2 basah mcm ikan, udang, ketam mmg murah gilerr.Buah pun mmg fresh dan murah berbanding di Malaysia.Sampai2 jer kat sana, kami berpecah..geng lelaki dan geng perempuan.Lagipun kalau shoping ngan geng perempuan ni lagi bestt, memahami gitu..he..he..Chik as ngan member2 banyak borang baju anak jer..maunya tak borong, bila sehelai baju leh dapat bawah RM10 dan ada juga yang bawah RM5..kain2 dia mmg elok plak tuh..perghh..dasyatt..so hasil tangkapan chik as marin ialah, 8 helai baju darwisyh, 2 kilo buah salak, 2 kilo buah anggur, 1 kilo buah mata kucing dengan total = RM66 sahaja!! ha..ha..gumbira..gumbira.Terlampau gumbira plus letih, chik as sampai luper nak snap gambar kat situ.he..he..Mmg murah giler buah2 yang dijual kat sana.Buah anggur tuh sekilo Rm3.50,Buah Salak Rm7.00,Buah Mata Kucing plak Rm4.00..iysh, mmg murah..


soping..soping..




tgh seronok2 meronda2 kat situ, ada something yg lucu plus 'hampess' bagi chik as..he..he..nak tahu apa? nahh cuba nengok.......



sama ler plak tudung chik as baju tuh..kalau beli ni sure dah mcm kain bergerak dah..he..he.. 

Bila selesai di Krongek, last pit stop kami ialah di pekan Danok.Tapi oleh kerana ada masalah teknikal, chik as dan suami gerak dulu ke Danok.Selama ni chik as dok dgr2 jer danok..danok..akhirnya dapat gak jejak kaki kat sana.Kami singgah beli beras wangi dan beras pulut.Maklumlah, nak dekat raya ni..per lagi, orang sini akan beli beras pulut kat sana punyer..Cuaca kat Thai mmg panas terik dan berbeza sangat ngan Malaysia.Dahler bulan puasa, kami ni lotihh yg amat sangat..kalau ler tak kuat iman, maunyer berbuka kat sana.he..he..tapi chik as nengok ramai gak orang Malaysia kat sana ngan selamba jer makan n isap rokok..errm, per nak jadi ntah.Lepas selesai semuanya, chik as ngan suami gerak balik dulu n geng2 chik as singgah di kedai2 di danok plak.Chik as ni kalau ikutkan hati mmg nak soping2 dulu kat danok, tapi badan ni kalau guna bateri mmg bateri dah low dah..lotihh sesangatt.Sampai2 umah jer elok2 kul 1.30,..lepas solat jer terus tido tak hengat donia punya..letihhh..Last2 bangun kul 4.00pm chik as hanya masak mee bandung jer untuk berbuka puasa..tak ada energy dah nak masak yang lain.he..he..



chik as tangkap otw balik..berselirattt wayar elektrik dioarang kann..


Kesimpulannya, trip ke Thailand adalah berjaya dengan jumlah belanja hanya RM74 (termasuk tiket parking n etc2) sahaja..tak termasuk beli beras sbb hencik somi yang bayar.he..he..Chik as bawa Rm200 = 2000 bath, n baki dkt chik as masih ada 1026 Bath lagi bersamaan dgn Rm126..mmg layanz gak ler kat Thailand ni, tapi dalam masa yang sama masih ada rasa takut2 dan berdebar2 lagi kat hati masa kat sana.Pendek kata, tak berapa rasa secure sangat.Memang betul kata orang, hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang..so lebih baik kita kutip emas tuh n bawa jual kat negeri sendiri..ha..ha..pepatah baru tuhh..he..he..

Nota kaki : Dengar kata Deq Qien, Chik Tun n Linda balik2 jer umah terus pengsan..lotihhh.he..he..

bila chik as kacau bubur lambuk..

Minggu lepas chik as terlibat dalam aktiviti masak bubur lambuk untuk peringkat Universiti..biasalah, potong bawang, wat itu n wat ini.Tapi bukannya chik as masak pun, dah ada chef yang masak..kalau ler chik as masak, ntah2 sampai opiz tutup pun masih belum siap lagi..he..he..terlebih teror katakan..

action jer lebihh chik as tuh..he..he..


Mmg best bila aktiviti gotong royong ni dilakukan bersama2.layanzz jer..sampai nangis2 chik as.he..he..bukannya per, ni semua salah bawang, dia yang wat chik as nangis.he..he..Chik as bersama2 ngan Nana Sayang  a.k.a  chik tun,together2 wat rewang2 ni.Chik Tun tu dah mmg expert dah masak memasak ni..isyh tingat plak beehun sup kak tun..dapppp (tiru cakap awisyhh he..he..).






ada gaya tak? he..he..


Wednesday, August 08, 2012

alhamdulilah...berjayaa


alhamdulilahhh,permohonan chik as dah lulus..rasa lega n happy sesangatt.setelah setahun lebih x study,nampaknya nak kena start memerah otak kembali ni.dioakan chik as berjaya menempuhnya yer kengkawan..

Sunday, August 05, 2012

awisyh..oh awisyh..

Hero tecik ni, kalau kita nak sembahyang jer mula ler dia sibuk dok atas sejadah kita..kenkadang tu dia plak nak jadi imam tuk ayah dia.he..he..

kenkadang tu tgh ayah dia duduk antara dua sujud, dia dengan bangganya terus duduk atas riba ayah dia..ayah dia per lagi,puas berdehem2 panggil as..he..he..awisyh,awisyh..mcm2 ler hero tecik sorang tu :)




ni style sujud per ni awaiyh?

ari jumaat lepas, Cmart ada wat offer tuk pampers awiysh ni..per lagi, chik as tak lepaskan peluang ler..atas troli tu penuh ngan pampers ni jer..he..he..kalau ari biasa mahal bebenor..sampai rm39!! so bila offer mmg chik as akan borong punyerrlahh..n hasilnyaaa...
stok tuk awiysh..

baju ibu?

Selamat berhari minggu buat kengkawan yang bercuti ari ni..n bagi kengkawan yang bekerja mcm chik as hari ni, selamat bekerja dan jangan ngantuk tau (kata kat diri sendiri kerr? he..he..). Malam semalam chik as ngan hencik somi bawa mak, MIL n FIL kuar soping2 barang raya kat Alor Star.Alhamdulilah, dah dapat gak apa yang dicari..n last grab ialah baju melayu darwisyh..susah tul nak cari baju yang sama color ngan baju ayah dia..marin pun dapat yang 80% sama jer..takder yang betul2 sama.Sekarang ni yang tinggal baju ibu darwisyh jer..sampai skrg tak beli2 lagi..adakah chik as takder baju raya tahun ni? hu..hu..sedeyyy..sedey.tapi takper, pakai baju tahun lepas pun ok..masih elok lagi (ayat simpatii nampakkkk) .

Lepas bersoping secara ala kadar tu, kami gerak pula ke bazar kat stadium dgn satu jer misi..misinya ialah tuk beli air teh bunga dan dengan sukarelanya tuk beratur.he..he..chik as pernah citer pasal air teh bunga tu kat SINI ..Macam nak pengsan chik as beratur,panas bebenorr..n lepas selesai tu terus gerak umah kak tuk berbuka puasa..sampai2 jer tgk kak dah siapkan semua..iysh, tak sempat nak tolong (rajin ker chik as tuhh..he..he).Lepas selesai semuanya dalam kul 12.30 gak ler kami sampai umah n alang2 dah lewat terus bersahur sekali..he.he..n lepas tuh terus tido..lotih ..lotihh..


kengkadang tuh kan, bila nak bersahur ni mesti chik as pening pala..sbb waktu sahur ni waktu kritikal sbb selera masa tu agak kurang kerana 'selera' tuk tido lebih menebal..puas chik as kena create resepi2 yang kreatif, tapi tak jalan gakk..last2 wat lauk2 yang simple baru selera..Tapi yang pastinya ari jumaat lepas , menu bersahur chik as betul2 simple mimple punya..he..he..chik as makan apa?
-

-

-

-

-

-

-


TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG !!!

DENGAN BANGGANYA CHIK AS NAK MENGUMUMKAN KEPUTUSAN
 CONTEST 'SULUNG' CHIK AS

LAMA BENORR TERTANGGUH..SORRY YER PADA SEMUA.HE..HE..
DAN PEMENANGNYA IALAH :




TEMPAT PERTAMA 

*IZAN MAMA MIA*


Jawapan : SINI 


MEMENANGI :
   a)Beg Duit Wanita ATAU
b) Top Up Rm20



TEMPAT KEDUA 

*WANIEYS*
 
 JAWAPAN : SINI

MEMENANGI :
a) Tudung Bawal 3 tone@ Tudung Obama ATAU
b) Top up Rm15



dan...

DENGAN SUKACITANYA CHIK AS NAK MENAMBAH HADIAH.MAKLUMLAH SEMPENA CONTEST SULUNG CHIK AS.HE..HE..


PENYERTAAN PERTAMA , TOP UP RM 10 :

*mi$$ch0c0laTe*




SAGUHATI  , TOP UP RM 5 :

*ros_reeza*


*are_lin@y*



*Eza Boom Boom*



TAHNIAH BUAT PARA PEMENANG.

KEPADA PARA PEMENANG, SILA TINGGALKAN NO TELEFON DAN KEPADA PEMENANG UTAMA SILA NYATAKAN PILIHAN ANDA.SAMAADA INGIN MENERIMA 
HADIAH 'A' ATAU HADIAH 'B'

TERIMA KASIH KERANA MENYERTAI CONTEST SULUNG CHIK AS

CHIK AS SAYANG KORANGG SEMUAAAA

 

Thursday, August 02, 2012

SAPA YANG MENANG CONTEST CHIK AS ??

assalamualaikum semua..sory mory sesanggat chik as sibuk sikit dua tiga hari ni.Tak sempat chik as nak follow kengkawan yang follow chik as n balas komen kengkawan semua.Insyaallah nanti chik as wat marathon yerr.Berlari2 dan menjenguk2 blog kengkawan dan balas komen yang ada.Larik guna tenet takper, tak lotihh.....he..he..

okies semua, keputusan dah ada untuk pemenang sulung contest chik as.Sekarang ni tinggal chik as nak print screen jer jawapan dari pemenang bertuah tuh..so nantikanlah keputusannya yer tungguuuuu...(tunggu lagiiii..he..he..).