-->

MY FOLLOWER

Pages

Thursday, July 26, 2012

Entry Lepas Geram!!

Entry ni chik nak klasifikasikan sebagai entry lepas geram..boleh tak? boleh ler kann..he..he..Pada 24 hb lepas chik as terpaksalah ambik cuti sbb nak uruskan penukaran hak milik keta chik as.Oleh kerana semua dokumen dah siap dan dah disahkan oleh JPJ sebelum ni, so abang chik as tak perlu datang sekali lagi untuk urusan ni, so chik as gamble jer p sensorang sbb hencik somi chik as tak leh temankan sbb dia ada meeting ari tuh.Takperlah, nak wat mcm ner kan..tapi rasa risau gak ler..maklumlah nak uruskan semua benda sorang diri.Tapi takper, chik as kan kental orangnya..ok ler kan.he..he..

Chik as ada appointment ngan PUSPAKOM kul 9am, n oleh kerana keta chik as tu dah tak nampak mcm keta dah..kotor bebenor, chik as g basuh keta dulu dgn perasaan bercampur baur sbb sebenarnya road tax keta chik as dah lama 'meninggal'.Nak g renew, JPJ suh wat penukaran hak milik dulu..n oleh kerana ari ni jer chik as berkesempatan g JPJ, mmg seminggu tu mmg chik as bawa keta secara haram ler..he..he..Tapi nak dijadikan citer, lepas kuar jer dari mesin basuh automatik tuh, keta chik as parking betul2 tepiii sebelah keta JPJ..hadoiiii berderupp darah chik as.Kalau ler tetiba abang JPJ tu nengok roadtax chik as..naya jer.Siap2 jer diaorang lap2 keta, chik as terus berdesup kuar...takuttt.he..he..

tu ler keta JPJ..syhh, larikkk.




Lepas kuar jer dari carwash tu, chik as berdoa jer moga2 tak jumpa ngan road block.Chik as siap hafal jawapan lagi kalau kena tahan ngan 'abg' JPJ..he..he..siap nak tunjuk borang tukar milik lagi yang chik as dah ambik ari tu.Alhamdulilah, nasib baik tak jumpa n perjalanan chik as terus ke Puspakom..adoiii, lama bebenor ler kat puspakom tu.Dahler yang ada kat situ semuanya lelaki, chik as jer perempuan..oh yer ada lagi sorang pompuan..akak cashier kat situ.he..he..Walaupun chik as tak tahu nak wat per, chik perhatikan jer apa orang wat, n ikut jer .Mmg lama tul ler kat situ, naik bosan chik as berdiri jer kat tepi keta tuh..arghhh tensionn.





lepas selesai jer urusan Puspakom chik as terus gerak ke JPJ, dan episod lepas geram bermula di sini...ceewah.Sampai2 jer kat JPJ n parking pun dgn tenangnya chik as terus masuk utk nak ambil nombor.Puas gak ler chik as cari kat mana ler tempat tuk ambil nombor tuh..uper2nya kena g ambik kat kaunter guard kat depan pintu tuh..aisyeh, dahler kaunter guard tu sekali ngan kaunter informasi.So bila ada orang kat kaunter informasi tu mmg tak nampak ler tempat ambik nombor tu sbb dah lindung orang.Dgn muka separa ayu chik as bagitau ler kat Encik Pengawal Keselamatan tu..meh chik as wat dialaog..lagi senang..

Chik   As       : Assalamualaikum encik, saya nak buat tukaran hak milik kereta..

Pengawal  1  : Hari ni sistem offline, tak leh buat..p balik ! nanti mai lain

Chik As        : (masa ni dah runsing dah) Agak2 bila sistem ok balik encik?

Pengawal     : Mana saya tau!! mungkin, sehari  ke ,dua ari kaa..

Chik As       : .............. (tak terkata apa2)

Pengawal 2 : (Menyampuk) habaq kat dia, call jer nombor ni(sambil tuding jari kat nombor yang ditulis kat dinding tu).SIstem ok ka , tak ok ka..nanti kita bagitau la masa tu kan..la ni mana leh nak wat pa..



Lepas jer dia ckp mcm tu,mmg perasaan chik as bercampur baur..geram pun ada sedey pun ada.Geram sbb sikap pengawal keselamatan tu yang cakapnya kasar yang amat..sedey plak bila rumah chik as dah ler jauh..takkan nak balik mcm tu jer.Pastu nak kena ambik cuti lain uruskan kerja yang tak selesai ni..mmg bercelaru chik as masa tu.N chik as wat keputusan tak balik, tapi chik as dok termenung kat kerusi menunggu tu tanpa tak pasti tunggu apa..chik as berfikir  n berfikir..lebih kurang setengah jam gak ler chik as dok situ n chik as terus call hencik somi.Hencik somi suh tanya semula kat kaunter informasi tu utk boleh ker chik as nak renew jer dulu road tax baru wat tukaran hak milik.Chik as pun terus ke kaunter informasi tu..

Chik  As       : Assalamualaikum Chik, tumpang tanya..saya nak buat tukaran hak milik..tapiii..

Pengawal   2 : (Dengan tetiba dia menyampuk) Saya dah cakap tadi!!.sistem tak ok, mana boleh buatt!! kalau...

Chik As         :(Masa ni chik as mmg rasa bengang sangat..) Encik, saya nak cakap ngan Cik ni !

Terus terdiam Pengawal tu..masa tu mmg chik as rasa geram sangat2.Dia buat mcm kita ni tak faham bahasa kot..mmg chik as tahan jer sakit hati chik as tuh.Lepas chik as citer semua masalah kat cik kat kaunter informasi tu, dia pun sudi nak tolong chik as..tapi ada satu lagi perkara yang chik as geram.Masa cik kaunter informasi (sorry tak tau nama dia..he..he.) tanya ler soalan kat pengawal tu


Cik Kaunter  : abang... kalau tak buat hak milik lagi, boleh tak renew roadtax?

Pengawal 2   : dia marah saya tadi..saya tak mau jawab!


hadoiiii, chik as rasa mcm nak soung jer dia kat situ.Tapi chik as bersabar jer banyak2..Kalau ler chik as ni jenis lantang mmg dah kena dah pengawal tu.Dia yang dok asyik marah kita, dia kata kita plak marah dia.Masa tu temperature chik as mmg naik tinggi tapi sabar jer dok tunggu cik kaunter tu g tanya kat kaunter JPJ kat depan dia.Lepas tu cik kaunter tu datang bgtau chik as yang sistem sebenarnya dah ok dah pun n boleh buat urusan seperti biasa!! Satu perkara lagi yang chik as geram, kalau tau sistem tu dah ok, apasal tak maklum pada Kanter Informasi tu?? Nasib baik ler chik as g tanya semula..kalau chik as tak tanya tadi, tak ker naya jer chik as balik umah sedangkan sistem dah ok dah pun..gerammm tul ler chik as.Lepas cik tu tolong ambikkan nombor, urusan tu kejap jer..chik as tak sempat duduk di kerusi menunggu pun.Waktu urusan berjalan, chik as tahan jer dalam hati ni nak komplen kat pegawai kat situ..n last2 chik as terkeluar gak.Chik as tanya dia, kenapa pengawal keselamatan kat situ bersikap kurang sopan dgn pengguna..tapi tak tahu kenapa, masa chik as bercerita ngan pegawai kat situ, air mata chik as dah bertakung dah nak melimpah..n chik rasa dia pun nampak chik as nak nangis.Dia pun mcm terkedu jer tgk chik as bercakap sambil sore tahan sedey (isyh, mesti buruk bebenor waktu tu).

ni ler pengawal keselamatan tu.Yang duduk tu pengawal 1 n berdiri pengawal 2 !!

 

Dia minta maaf bagi pihak diaorang n lepas dari tu chik as terus ke kaunter informasi say thank untuk cik kaunter tu..walaupun pengawal2 tu ada kat tepi dia jer, chik as wat bodoh jer..geram yang amat.Lepas buka jer pintu n menuju ke parking keta, chik as menangis sepuas hati..hu..hu..chik as ingatkan chik as ni kental orangnya..tapi rupernya rapuhhh...hu..hu..


20 comments:

Deq's Qienz said...

tu dienn bahasa..mau kena DQ siap la puak² tuh..hahahaha..patut la nk suh kite baca..hihii

gadisworld said...

mmg pun dq..bahasa gred A punya..he..he..

Unknown said...

wordless...

Unknown said...

kuajaq na!! kalo deqla pun panas hati ni... lagi2 kalo hubby yg ada dlm situasi cam gini.. mmg dah kena mkn penumbok kot.. hihi..smpt snap pic...ish...tgk muka dah la x ensem, bahasa dan adat pun tak ensem!!

Anonymous said...

bukan semuanyer, tapi gitulah biasanya!...kena bnyak2 sabar no next time!...Slam kenal dri KA n dah follow u ye 116

mama aryan said...

salam kenal & salam ramadhan..
saya dah lama tak berurusan dgn jpj semuaa harapkan suami je,malas kalu jd mcm tu la..tetiba kang nangis sorg2 hehehe

gadisworld said...

DEQLA, chik as masa tu dah mmg nak nangis dah..mmg sempat snap pic..sbb mmg niat nak masukkan dlm blog.he.he..panas jer masa tu

Kesuma, mmg betul pun..mmg kena sabar.he..he..

mama aryan, chik as pun kebetulan hencik somi ada meeting..kalau tidak, mesti x jadi mcm tu.. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mmg panas klu kena cam tuh len kali gtau pakcik2 tuh "bahasa kita budaya kita" hikhikhik

Unknown said...

chik as,
sabo je lah..tengok kat mana mana pun ada je kes pengawal keselamatan nak tunjuk kuasa lebih..bukan kita suka sangat nak mengata diorang ni.. tapi mulutnya ya rabbi..memang rasa macam nak ganyang..bukan tak boleh cakap elok2.

Chic Na said...

bengang jugak ni kalau kena macam ni. dahla kita ni perempuan. haihh.. nasib bulan posa. sabar ye chik as. huhu..

abahsofea said...

mak aii..ayat dia buleh tahan menguji kesabaran no..orang tak baran pun buleh jadi baran lagu ni..masyaAllah..

Masha Meisters said...

singgah,follow sini dari blog Deq Qienz :)

Cikrosecute said...

datang follow sini...

gadisworld said...

waniey, mmg panas jer rasa..ikut hati mmg nak sound jer pun..tapi saborrr jer

Rai, ituler pasal..heran gak..tak kan tak boleh ckp elok2 kan..bukannya rugi pun..

Chic Na, rasanya sbb dia tgk chik as mai sorang2 kot..tu yg dia wat mcm tuh..hu..hu..sedeyy

abah phea, ayat dia 'makan dalam ' tuhhh.orang yg x sabar mmg kena punya lah pengawal tuh.


hii marsha n che ros :)

Unknown said...

sabar ye..hehe
follower ke 123

aNiss :):) said...

sabar yaa sis :)
biase laa manusia, tak pandai nak bersopan :DD

Cik Rose said...

amboi..cantik sungguh bahasanya.. Kalau Ros pun nangis.. Sabar ye Cik As....

athirahatiesya said...

kecian kat chik . takpe lahh dugaan di bulan pose tuu :)

gadisworld said...

yunida, he..he..cantik number..

anis, tu ler pasal..mmg tak sopan langsung

ros, tq..chik as dah nangis dahhh..he..he..

esya..dugaannn..he..he..

Unknown said...

kalau cik siti mmg kat situ jugak cik siti menangis sambil kata balik kat pengawal keselamatan tuu.....geram sangat2....huhu...skrg da settle kan? lps ni tak payah da jumpa pengawal2 tuu lg....hehe